Jumaat lalu...seluruh radio dan berita membuat liputan meluas tentang kematian MJ.
Aku yang mendengarnya berita itu di Panas FM ketika dlm perjalanan pulang mengambil Fareez dari sekolah agama terus memberitau Farhan tentang berita tu. Farhan memang meminati lagu2 MJ...paling diminati ialah lagu 'Smooth Criminal'
'Farhan...Michael Jackson dah meninggal...'
Farhan yang sedang bergolek di depan TV terus bangun...
'Ye ke?...Bila?'
Wajah dia masih terkejut...
'Semalam...'
'Sakit apa...?'
'Dia tak sakit...'
Fareez pulak menyampuk...
'Kalau tak sakit camaner dia boleh mati...?'
'Dia terjatuh kat dalam rumah dia...'
'Eh!! Jatuh? Macamaner dia boleh mati kalau dia jatuh je...Aeez selalu jatuh tapi tak mati2 pun'
'Ada pulak cakap camtu...'
'Ye le...'
'Dia dah tua...agaknya dia jatuh kepala dia terketuk ke...apa ke...lagik pun ajal dia dah sampai...'
'Eii...kesian ibu eh...'
'Tulah...ibu suka tengok dia menari...'
'Tapi kan ibu...Aeez suka dia mati...'
'Larr....!! Apsal...?'
Aku dan Farhan memandang muka dia dgn wajah tertanya2 ...
'Sebab...Aeez takut tengok muka dia. Muka dia macam patung...macam patung yang ada nyawa...'
Aku dan Farhan ketawa....
'Semalam baru kita tengok rancangan Farah Fauzana kat TV kan ibu...diorang tunjuk gambar muka Michael Jackson...pastu Michael cakap...'sesuatu tu kalau dah sempurna dan nak diubah lagi...maka jadilah macam saya...'
'Aha...'
Apa-apa pun...semoga dia abadi di sana...setelah melalui hidup yang penuh kontroversi. Kadang2 itulah terjadi bila manusia itu kosong jiwanya...
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
24 comments:
kak Anie, MJ meninggal dunia lagi kaya dr masa dia hidup..kesian jadi terlalu popular nie kan..tak bebas langsung..
itu lah harga untuk dibayar bila menjadi popular. Dah 3 hari meninggal pun masih lagi di post mortem sana sini
sepatutnya kita boleh ambil pengajaran dari kata2 MJ..sesuatu yang sempurna (yg Allah jadikan)..kalau diubah lagi jadi macam dia.. Tentu dia dah rasa keperitannya abb tu dia kata macam tu..
ummi membesar dengan lagu dia.. mungkin allah tau apa yang baik baginya..
kak anie, cepat buat projek.lepas tu update kat blog.. ummi nak nengok..hehehe
ooohh ke projek yang kak anie cakap tu?
SAYA MASIH KONFIUS PASAL AGAMANYA.
BERITA YG SAYA TUNGGU2 IALAH DIA DAH ISLAM ATAU BELUM..
hanya Dia yg tahu segalanya....
teringat dulu pasal teka teki pasal MJ..yg itam putih tu.
lagenda..
Memang teruk pun wajah Mj tu, saya suka wajah dia yang ori .
Ha...Kak Anie
Saya kat Stockholm..semua kedai..pub...segala2 ruang berkumandang lagu MJ kak...
idahani...bila dengar kisah hidup dia jadi kesian kerana terperangkap dengan populariti dia sendiri...bergerak ke sana ke mari dikejar lensa kamera...sampai terpaksa berkelibung...
----------------------
Zar...tulah zar...kalau benar dia telah memeluk Islam...sedih bila mayatnya diperlakukan begitu...azab
----------------------
Tirana...betul tu...kata2 itu penuh bermakna...
----------------------
Ummi...kalaulah betul dia telah memeluk agama islam dan ikhlas menerima Islam sebagai agamanya...mungkin kematian itu suatu yang terbaik untuknya
---------------------
Irfa...dlm berita kata dia dah memeluk Islam...tapi tulah...terlalu banyak khabar angin ttg artis barat memeluk Islam menjadikan kita ragu2 pada status agamanya
----------------------
Tulipurple...tulah...hanya ALLAH yang tahu...
Dia kini menjadi lagenda...
-----------------------
Pinatbate...betul tu...
-----------------------
Silversarina...tulah...akak pun suka wajah asal dia...sekarang ni selalu tgk konsertnya yang sdg galak diulang tayang
------------------------
Abah..bagi akak dia tiada gantinya...lagu dia...tarian dia...gaya hidup dia...adalah tersendiri...takde orang yang serupa MJ
mmg betul perubahan dia sungguh menakutkan...saya suka dia masa kanak2.
Itulah Allah jadikan sempurna nak ubah lagi
Dah ajal dia kak.. rasanya satu dunia menangis sebab kematian dia.. semua terkejut.. tapi itukan tandanya setiap manusia itu ada hidup dan matinya.. kita nie pula tggu masa jek.. ;) semoga hidup kita diberkati hendaknya ;)
memang muka dia freaky. Yang ori lagi cantik.
Kak Lady,
Cath nangis dua jam you.. bila dengar MJ meninggal... Tak leh tido malam tu... Huhuhu.
baru je layan konsert dia kat tv aritu smpi 12 tgh malam.
harap2 dia disemadikan dgn cara Islam - klu dia betul2 islamlah. hu~
Kak anie tau tak....anak kawan saya namanya Zoe cakap....MJ passed away coz there's no more music in his heart.Wah...comellah tengok gambar kak anie n kak sya dlm FB.
setujulah dengan fareez tu, muka dia ubah jadi teruk
takut lak nengok
macam hantu pun ada...
org yang x minat dier pon terase kehilangannyer...iaitu sye! hehhehe
salam kenal kak!
saya pun sedih jugak..walaupun tak minat sgt tapi lagu2 dia memang best...
kak ani jom jenguk kedai saya http://arkedcyber.blogspot.com
ada produk baru yang sensasi untuk akak....heheh heheh
Mokcik suka lagu2 MJ masa dia belum ubah mukanya..dan sekali gus mengubah nyanyiannya dari lagu mendayu2 ke lagu2 rancak siap ngan tarian yg ala2 lucah sket itteww..
apapun semoga rohnya tenang di sana.
Kematian MJ tetap satu kehilangan.
Masih teringat lagu BEAT IT yang dimainkan berulang - ulang saban hari.
Kak Anie..masa hari dikhabarkan berita kematian MJ ni..semua stesen radio mainkan lagu2 dia...adakah...patut kalau betul dia islam respect la sikit kan.. :P
aez yang bijak..hahahah budak2 dah boleh fikirkan kak...intan pun seriau tengok wajah MJ tu...
Kak...masa dia kecik2 comel kan...biar pun hitam tapi semula jadi...
-----------------------
Sya...manusia memang selalu berpuashati dengan apa yang ada pada mereka
-----------------------
iina...semoga hidup kita selalu diberkati...sedih dengan pemergian dia kan
-----------------------
Kakpah...biar pun yg ori tu tak seperti yang dia suka...tapi itulah yang diberi ALLAH...memang dah sempurna
----------------------
Rantong...salam kenal...thanks
---------------------
Cath...dulu akak masa Sudirman meninggal akak nangis...sedih sgt.
---------------------
Masy...itu harapan kita...semoga dia disemadikan sebagai seorang Islam jika benar dia sudah memeluk agama Islam
---------------------
Mas...pandainya budak tu cakap...hehehe
--------------------
Pnut...kita yang dewasa ni pun kadang takut kan
--------------------
salam kenal afiq...kita semua terasa kehilangannya sebab lagu2nya memang hebat...
-------------------
Kopisuam...akak pun sedih...sebab suka tgk videoklip dia...
Ada beg baru eh?
-------------------
Mokcik...akak selalu marah kalau anak2 cuba meniru gaya lucah tarian dia tu...hehehe
------------------
Abg Long...akak suka kebanyakan lagunya...Billy Jean...Black & White...Smooth Criminal...dan banyak lagik...
-------------------
Intanaziela...Jumaat ni dia akan disemadikan harap2 mereka mengebumikan dia secara Islam jika benar dia telah memeluk agama Islam..
Post a Comment