Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, June 9, 2009

Benar atau Tidak...

Aku tak taulah pemandangan ni biasa atau tidak ditempat lain.

Pemandangan orang2 yang menjual keropok atau kerepek di stesyen2 minyak atau tempat2 letak kereta.

Kalau di Shah Alam ni memang banyak...paling ramai di stesyen minyak berdekatan Hotel Concord* atau pun di kawasan letak kereta berhampiran Pusat Rawatan D*rul Ehs*n. Itu dulu...sekarang mereka dah ada di merata tempat.

Aku ni jenis cepat bersimpati...aku tak sampai hati mendengar orang merayu...lebih2 lagi kalau mereka tu mencari rezeki yang halal. Beberapa kali aku membeli keropok2 tersebut...aku ikhlas ingin menolong biarpun kadang kala keropok dan kerepek masih banyak di rumah.

Tapi...

Satu hari ...semasa aku sedang memandu kereta di daerah Bukit Jelutong...aku terlihat sebuah kereta menurunkan seseorang di satu tempat berdekatan stesyen minyak di sana. Orang tersebut membawa seberkas beg plastic yang biasa aku lihat dibawa oleh mereka2 yang menjual keropok & kerepek seperti yang aku ceritakan tadi. Sambil berjalan...pemuda tersebut mengeluarkan kopiah dan menutup kepalanya.

Yang membuat hati aku terdetik mereka ni adalah dari satu sindiket ialah bilamana kereta yang menurunkan mereka itu menggunakan kereta yang menggunakan plet nombor Th*il*nd.

Bila memikirkan semula apa yang aku lihat...aku mula sangsi dan berbagai2 persoalan bermain dalam fikiran aku...

Adakah mereka yang sering mengetuk cermin kereta dan memohon serta merayu aku membeli jualan mereka itu benar2 mereka yang susah atau pun mereka dipergunakan oleh orang lain...?

Adakah kesemua mereka terlibat ataupun ada juga mereka yang benar2 jujur mencari rezeki untuk menyara keluarga....?

Hmmm...entahlah...sekarang ni dunia penuh dengan kepura-puraan hingga kita sukar untuk mengetahui yang benar dan yang hanya bertopengkan kebenaran....


...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

34 comments:

Kak Elle said...

Anie ini lah tactic sindiket mcm ni sini pun sama mereka menguna kan budak2 atau yg tak kemampuan kekadang jadi org kesian terus membeli tapi untung nya mereka yg menjual di bagi comission...tapi ada juga yg benar tu yg susah nak asingkan.

zura aini said...

akak sekali sekala datang sebelah shah alam sini pun nampakkan. saya yang kerja dan tinggal sini pun naik rimas kak. kalau parking nak keluar duit kat atm, dah mereka datang ke kereta. dari atas pejabat boleh nampak tengah panas terik mereka jalan mundar mandir ke hulu ke hilir. tak salah kerja tu semua, jual keropok tapi saya selalu tertanya "tak boleh cari kerja lainkah, kalau betul mereka ni rakyat malaysia, berapa ramai yang nak jual keropok" .kita ni tak menang tangankan nak buat macam-macam kerja. akhirnya, saya anggap mereka ni pemalas.

Tirana said...

Serba salah kan kak..nak bagi dgn tak bagi.. Karang bagi...terkena sindiket..tak bagi..kot2 betul la dia orang susah...

zino said...

kalau rasa nak bagi tu beri je lah... tapi zino ada terbaca kat dalam paper.. sorang makcik yg menjual keropok di restoren2.. dia memang ebnar mengharap duit komisyen jualan tu utk sara hidup.. baca ceria nta pun sedih.. tapi ramai juga jadi mangsa sendiket..

iina said...

kesiannya.. nak hidup kdgkala org terpaksa pilih cara camtu cari duit.. kdg2 mungkin terpaksa sebab takde pilihan.. nak kerja pjabat atau kilang tak layak. terpaksa pula kerja dengan org.. emmm kalau jlnnya elok xpelah kan.. kalau kena yg jenis ambil kesempatan kesian sungguh

Jay said...

Off topic sekejab. Ni pasal orang buta yang jugak selalu minta sedekah atau jual barang tisu kat kedai makan. Ni my personal experience. Lepas dia round satu restoran dengan pembantunya diorang masuk satu kedai runcit sebelah restoran tu dan dengan selambanya dia jalan melenggang terus masuk dalam kedai tanpa bantuan sesiapa. Tongkatnya (yang orang buta selalu guna)dia pegang sambil lewa saja. Bila dia masuk kedai makan lagi satu tukar style macam orang buta pulak!!! Terkejut me and hubby tengok perangai diorang ni.

MOKCIK AZWA said...

Mokcik pun selalu saspek juga bila didekati orang2 macam nie. Masalahnya yang dapat nama buruk adalah Islam sebab kebanyakan yang buat kerja macam ni berlagak "alim". Kenkadang tu mokcik tengok orang juga, klu tergerak hati beri la setakat seringgit, klu tidak berikan senyuman dan ucapkan terima kasih.

ida napi said...

Kak anie, tolong salah tak tolong kang kita lak jd kesian..tp yg penting akk ikhlas..Allah dah bagi akk petunjuk dan ujian..wallahualam

Abang Long said...

Ada juga yang nakal ... minta nak rasa dulu keropok itu ... hehehe

ibundo said...

orang ambil kesempatan pada orang yang mudah kesihan macam kita ni. Apa-apapun pemberian ikhlas dari kita insyaalah diterima. yang nak tanggung dosa pun orang yang menipu. mana kita nak tau mana yang betul memerlukan dan mana yang menipu kan?

KV said...

sbb tu kalo bidak2 jual brg ke, mintak sedekah ke, mmg kv keraskan hati takmo derma or beli. Sbb mereka ni di dalangi sindiket.

cikceriacorner said...

csizn bdk2 tu dipergunakan..

aNIe said...

Kak elle...tulah...kadan kesian pada mereka yang benar2 melakukannya untuk sesuap nasi.

Yang anie tak suka ialah dia menggunakan cara yg buat kita mudah simpati...dengan berkopiah kita kadang kita rasa mereka tu dari persatuan anak yatim atau pun yang sewaktu dgnnya...

--------------------------

Zany akak ni memang duduk kat shah alam...tu yang akak selalu terkena...memang kesian pada mereka tapi kalau yg mengaut keuntungan tu rakyat asing yang menggunakan mereka...geram jugak kan? Tapi mungkin mereka tu dipergunakan kerana terpaksa.

-----------------------------

Tirana...kadang2 masa memberi tu akak selalu cakap...kita ikhlas dan yakin ...kalau mereka menipu biarlah mereka yang dpt bahagian menipu tu...

----------------------------

Zino...memang anie pernah jumpa makcik yang menjual keropok utk mencari rezeki menyara hidup anak2...kadang2 siap bagi diskaun sebab nak cepat balik bila bungkusan kerepek dah tinggal sedikit...

Tulah...segala2nya bergantung pada niat kita...andainya niat untuk membantu..ALLAH lebih mengetahui.

--------------------------

iina...tulah...kadang2 mereka terpaksa kerana takde pilihan lain tapi jgnlah masa nak jual tu mulalah pakai kopiah...untuk meraih simpati...tak suka lah bila mereka menggunakan agama utk kepentingan diri

-------------------------

Larrr...Jay...betul ke camtu?...Kita ni kadang2 selalu tertipu dengan mereka yang suka mengambil kesempatan...tapi berpura2 buta tu dah melampau...nanti satu hari betul2 ALLAH butakan mereka baru mereka tau nikmatnya mempunyai penglihatan...masa ada nak sgt hilang nikmat tu...menipu orang lain...

---------------------------

Mocik ...betul tu...akak paling tak suka bila mereka berlagak alim semata2 untuk meraih simpati kita. Kopiah mereka tu hanya dipakai semasa menjual keropok aje...kalau tak ...kopiah ke mana..dia ke mana...

--------------------------

Abg Long...hahahaha...boleh rasa ke?

-------------------------

Betul tu Kak Pah...kita bukan tau diorang tu menipu...anie selalu ingat dlm hati yg apa kita beri tu ikhlas dan kalau diorang nak menipu diorang lah yang dpt bahagiannya...

------------------------

KV...tulah...kalau kat sana lagi dekat dengan sempadan kan? Nanti yang untuk orang asing...yang jadi mangsa orang kita.

-----------------------

Syian kan ez...diorang dipergunakan org yang mengambil kesempatan...

-------------------------------

Sha said...

salam:)
kita ni mudah kesian. tak tlg rasa bersalah tp nak tlg diorg dipergunakan pula. dunia skg ni mcm2 boleh terjadi.

en_me said...

sindiket ghitewww.. siann kanns

KLMari said...

Kak Anie..kat Petronas BUkit Antarabangsa pun sekarang ni ramai yang dok jual keropok tu...Kalau dengan kids, mmg saya suruh kunci pintu kereta semua...Bila tengok kesian, tapi was was jugak...

Kak Ezza@makcik Blogger said...

kat tempat akak ni macam tu jugak..tapi akak pelik lah makcik makcik ni...azan maghrib kat masjid berkumandang tapi mereka tanpa segan silu pi ketuk rumah orang mintak beli barang mereka...tertanya2 jugak saya..makcik ni tak mo sembahyang kaaa...
Satu hari saya nampak mereka di JEMPUT oleh sabuah van untuk pulang..itu pun dah dekat pkl 10 malam.....sapa mereka ni....Wallahuwaklam!

Sya said...

Kat area rumah aku ni ramai gak yg jual keropok2 gitu.. Tapi kalau kat petrol station yg ramainya budak2 sekolah dr sekolah agama di Kedah yg mintak derma dengan menjual buku agama dan minyak balsam. Sian aku tenguk

silversarina said...

Saya petnah nampak kanak2 sekolah agama menual kerepek di kawasan Kuantan, kalau di kawasan perumahan jarang pulak ada.Memang kesian tengok mereka sebab masih muda dah kena bersusah payah mencari rezeki yang merela sendiri entah dapat atau tidak hasilnya.

zareda said...

kak anie

anak zar kalau nampak makcik makcik tua yang jual kerepek ni, sure dia sedih dan suruh kami beli sebab dia terkenangkan neneknya. Zar sendiri pun kadang kadang beli dengan niat nak menolong, bukan nak makan sangat. Tapai kalau org thai yang jual, mesti dialeknya ada sikit sikit kan

sonata anak kancil said...

salam...mula2 komen tentang rumah dulu...CANTIK!!!Banyak buah strawberi...TQVM datang rumah---tapi tuan rumah tak ada! Rumah berkunci...

Balik je ...tengok2 ada orang datang...he3x , selamat datang ke teratak yang penuh dengan asam garam - Asam Garam Kehidupan!!!

Tentang orang2 yang berjual macam2 ni dikatakan ada sindiket...saya pernah soal siasat tentang budak2 yang menjual ubat tertentu...katanya untuk derma - dgn harga begitu begini...akhirnya saya kata - ok makcik tak guna - ini makcik sedekah - jual ubat ni kat orang lain...!

ILA said...

Salam kak aniii...
Eloooo!!kabare??? nahhh..carrot cake ila bawakan skali..alamakkkk!!
tertinggal kat umah lerrr!!hihikk
gurauu lerrr:P

kak!! di kawasan ila memang ada.Terutamanya mereka bawa orang tua yg usia mcm nenek ila utk berniaga.mereka akan berjalan dari restoran ke restoran menjaja krepek2 tersebut.btw..ila bersikap positif dlm perkara ini.sementelah krepek2 tersebut pun mengiurkan..so kena support le mereka:D
dlm membeli mulut ila pun duk mesra bertanya..ohhh..rupanya mereka dari kawasan pendalaman.memang mereka sukarela utk turun bandar mencari rezki & ada sebuah van yg akan mgambil mereka.

Mama Rock said...

kadang2 kalau tak tolong, tak sampai hati. tapi bila tolong, ada pulak niat lain dia orang nih. tapi yang kesiannya orang2 yang genuine mintak tolong, kita pulak tak sure betul ke tidak :(

nilah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!

aNIe said...

Sha...segala yang berlaku sekeliling kita membuatkan kita berfikir dua kali kerana takut ditipu

--------------------------

en_em...tulah sindiket dari negara lain tu...

-------------------------

KLM...memang kena pesan kat anak2..sebab skrg ni kita tak boleh ambil mudah

-------------------------

Ezza...tu lah pasal..yang ni memang anie nampak jelas kereta yang digunakan ialah kereta yang biasa kita lihat di selatan Thai...kesian jika yang dipergunakan itu ialah rakyat tempatan...

------------------------

Sya...tu memang selalu kita jumpa kan?...Takpelah kalau nak bagi kat bebudak tu...sebab niat kita nak menderma pada anak yatim...kalau ada yang menipu itu salah mereka.

------------------------

Silversarina...akak kalau yang dtg dari sekolah agama tu memang sukar untuk kita tolak...kesian pada anak2 tu...

------------------------

Zareda...hahahah...perangai ika sebijik perangai Ude...sampai sekarang dia tak boleh tengok orang2 tua yang berjalan sendiri menyelongkar sampah untuk mencari sesuatu...dia jadi kesian...katanya teringat kat arwah nenek dia

-----------------------

Salam kenal sonata...ha'ah...aritu pergi menjengah 'rumah' sonata kat Melaka tu...hehehe...takde orang...

Memang pun diorang ni rasanya ada sindikit...kesian kalau mereka gunakan anak2 kecil kan?

-------------------------

Ilah...amboi2...buat akak terliur je tau...mentang2lah carrot cake dia sedap...hehehe

Siap temuramah ye Ila...hmmm...okay jugaklah kan...dpt jugak tau diorang tu dari mana...kesian kalau diorang betul2 mencari rezeki untuk sesuap nasi...

Yang tak syok tu apa yang akak nampak mereka berlagak alim untuk meraih simpati...ntah betul mereka tu islam pun tak tau

-------------------------

Betul mamarok...kerana nila setitik rosak susu sebelangan...simpati pada mereka yang benar2 memerlukan...

Kaktiny said...

salam..

takkan sudah kalau kita fikirkan apa dan mengapa... nawaitu mereka biarlah mereka dan Allah yg ketahui.. kita bersihkan hati kita dari prasangka... (tak de la diorang dpt pahala buta jer sbb kita ngumpat diaorg.. ye dak kak?... hihihi)

yg penting kita tak terdorong utk ikut jln yg nyatanya salah.. semoga mereka dan kita semua insaf..

kan kak anie kan kan kan..

zue said...

yg hairannya org yg menjual ni org islam...kadang 2 malu dgn bangsa lain...mcm x ada cara lain mereka cari rezeki..memaksa kita mmbeli.

Laracroft74 said...

i pun kadang2 kesian tengok diaorang esp budak2 yang jual barang tapi boleh agak ada sindiket yang bawak. Kadang2 nampak dorang ni berkumpul satu group..ramai betul...

Anonymous said...

kak, takut2 yg datang ketuk pintu kereta nak jual tu wali Allah, yelah mana tau saja Allah nak uji hati dan fikrian kita ni ....he..he..he

P/s: Selalu baca surah At tariq jadikan sebagai doa setiap lepas solat supaya kita dpt nilai yang benar dan yg salah insyaallah...mudah mudahan kita berjaya di dunia dan akhirat

* shami

Kiah Kardashian said...

Saya kekadang malas betul nak gi area area Mydin tu...penuh dengan derang jual keropok tu.

Tak sampai hati...tapi larat la den nak beli sekali sampai RM20. Parah kak. nampak jer derang kat area area tu terus park keta jauh sket. N then jalan laju2 buat tak nampak.

mmg dah agak ada sindiket2 nih.

Lagi satu geram kalau derang guna budak2. Pakai ketayap n jual kismis. Tak patut!. Kesian bebudak tu!!. Geram tengok.

CuTeMiUt78 said...

eemm... kak, sekarang ni rata2 byk kelihatan ngan situasi camtu.. kesian kan.. tapi tu la kekadang musykil gak..

Alina... said...

a'a kan kak ni..kat shah Alam kalo kita gi mkn, ada je org jual kerepek2 ni..
tapi sbb kita kesian, sbb yg jual tu org tua jadi kita beli juga lah..
kdg2 mahal, smpi 10 hengget pun ada..hahahah.. sabau aje ler..

kuIna said...

itu la taktik cari makan org asing dinegara kita

Mulan said...

betooolll dah banyak kat petrol station or parking lots.. pernah jugak beli sekali sebab macam kesian. tak tau lak ada ala2 sindiket..

aNIe said...

Pada semua komen yang tak dpt aku balas...kak tiny...zue...laracroft...shami...zek zek...cutemiut...alina...kulna ladyinred...future phenomenon dan Mulan...terima kasih kerana meninggalkan komen...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails