Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, June 19, 2009

Bapak...

Semalam semasa memandu...sambil mendengar Radio Sinar dan melayan celoteh Abby Nor Fanaskova yang membacakan sms2 tentang insan bernama 'ayah'.

Ketika mendengar curahan rasa anak2 pada ayah2 atau bapa2 mereka...airmata aku bergenang....entah kenapa perasaan aku begitu sayu. Sayu teringatkan bapak di kampung.

'Bapak'... adalah panggilan aku dan adik beradik yang lain pada insan yang telah bertungkus lumus bekerja untuk membesarkan kami tanpa mengenal erti penat. Lama sungguh aku tidak menjengok bapak di kampung...hanya sekadar bertanya kabar melalui telefon. Hati rasa begitu rindu untuk menatap wajah tua bapak.

Alhamdulillah bapak masih sihat. Walaupun usia telah menjangkau lewat 70an...tapi bapak masih gagah berjalan laju...dan membuat kerja2 yang biasa dilakukan. Setelah diserang sakit jantung beberapa tahun lalu...bapak begitu perihatin tentang pemakanan. Menu harian bapak tidak ada lagi makanan berlemak atau bersantan.

Bapak...ketika mudanya dahulu tidak pandai meluahkan rasa sayang pada kami semua namun kami tau...bapak begitu menyayangi kami. Kerana...bapak tidak pernah mengeluh walau sesukar mana pun kehidupan yang kami lalui dahulu.

Bapak...ketika mudanya seorang yang garang. Kami begitu takut dan hormat padanya. Kami takut untuk melanggar apa jua yang telah dibataskan olehnya. Tidak berani menjawab walau sepatah kata-katanya. Kerlingan mata dan suara berdehemnya sudah cukup untuk memberi amaran ada sesuatu yang tidak kena.

Aku lebih memahami bapak bila aku berumahtangga...kerana suami aku pun begitu dengan anak2. Dia tidak pandai membelai anak2...tidak pandai menyatakan sayang...tapi bila anak2 sudah terlena...selalunya dia akan mengusap dan mengucup kepala anak2. Jika ada nyamuk yang mengganggu tidur anak2...dia akan berjaga dan menampar nyamuk tersebut serta memastikan anak2 akan tidur dengan aman...sedangkan aku menyambung tidur setelah terpisat-pisat bersuara agar membiarkan aje nyamuk tu...

'...dah le bang...tidur le...biaukan nyamuk tu..."

Teruk aku kan...? Heheheh

Aku jarang dapat bersama bapak. Kalau ada peluang bersama...bapak rajin bercerita kisah dulu-dulu yang pasti membuatkan kami ketawa terkekek-kekek. Ada ketika bila bersama bapak...aku akan menyorot wajah bapak yang aku lihat telah pun dimamah usia. Terasa begitu cepat masa berlalu. Tubuh bapak sudah begitu susut menandakan tenaga bapak juga sudah tak seperti dulu. Setiap kali setelah bertemu bapak...aku akan sentiasa berpesan supaya bapak jangan lagi memanjat pokok dan membuat kerja2 yang di luar batas tenaga bapak.

Kalau dulu aku tak pernah memeluk dan mencium pipi bapak...kini tiap kali bertemu bapak...aku akan memeluk dan mencium pipi bapak. Aku ingin menzahirkan rasa sayang aku pada bapak...kerana aku tidak tau adakah aku berpeluang lagi untuk berbuat demikian...jadi sebelum terlambat...aku ingin bapak tau...aku sayang padanya.

Aku sentiasa berdoa...bukan hanya pada 'Hari Bapa' semoga bapak akan sentiasa sihat dan cergas untuk menjalani kehidupan seharian dan juga menjalankan amal ibadah kepada yang ESA. Aku berdoa semoga bapak akan sihat sehingga ke akhir hayat.

Bapak...segala pengorbanan bapak untuk membesarkan kami tidak dapat kami balas...dan tidak akan pernah langsai sehingga ke akhir hayat kami...

Kepada kaum2 bapa yang sering berkunjung ke blog aku ini, khas buat Abang Ngah (Sab2)...Zino, Abang Long, Abahnajwa, Zabs, Ayah, dan yang lain2 aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI BAPA ' untuk semua...semoga anda akan terus menjadi ayah yang terbaik dan dibanggakan serta dihormati oleh anak2 dan keluarga.

Dan paling istimewa buat cik abang aku...iaitu 'ayah' pada anak2 ku...SELAMAT HARI BAPA...dan terima kasih kerana telah menjadi ayah yang baik untuk anak2 kita...




...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

21 comments:

pB said...

Salam


kalau tiada suami , tiadalah ayah ...

tiadalah bapak


aBah budak budak ni pun jenis tak pandai nak mempamirkan kasih syg

tapi pB berhrp benar yang anak anak tahu bahawa aBah mereka sayang kpd mereka itu ...

anita kema said...

Kak Anie,
huhuhu.. sedihlh kita gini.Papa kita jauh nun diMalaysia. Selalu dia pesan, hal2 kat msia ni jangan dirisaukan.. belajar je rajin2 lepas tu boleh cepat pulang. uwaa.. kita sayang ayah kita jugak!

Ummi365 said...

waaaa sedih kak ani.. menitis berbaldi air mata jatuh..

Jay said...

Salam Kak Annie, beruntung lah pada sesiapa yang masih berpeluang menyambut Hari Bapa bersama seorang insan yang di panggil Bapak/Ayah/Papa/Abah. Bulan Julai ni genap lah setahun Abah kembali ke Rahmatullah. Sepeti Bapak Kak Annie, Abah saya pun jenis yang tak pandai menunjukkan kasih sayangnya pada kami adik beradik. Bila kami dah besar panjang ni baru le arwah pandai nak bergurau senda. Yang tinggal cuma kenangan :( Al-Fatihah buat arwah
Abah.

"SELAMAT HARI BAPA. HAPPY FATHER'S
DAY" untuk semua Bapa dan especially for my Hubby.

© Opah De said...

Rindu kat abah... tapikan Kak aNIe, opah de jadi anak pompuan tunggal sampai umur 17. Jadi dia manjakan betul-betul... ha ha ha. Sekarang, Mastura pulak jadi daddy's little girl.

silversarina said...

Sebak baca n3 ni.... abah saya dah tinggalkan kami 13 tahun :(

zino said...

terima kasih....

zino cadang nak balik kampong petang ni nak jumpa ayah dan mak.. dah sebulan tak jumpa hehe

Kak Elle said...

saya tak leh nak baca asyik teringat...apa2 pun saya ingin mengucapkan selamat hari bapa pada semua bapa2...

MAMAMIA said...

Memang lazimnya janggal untuk kaum bapa ni nak tunjukkan rasa sayang mereka.
Alhamdulillah, ayah saya tinggal dekat, & hari2 kami jumpa.

Intan Rosnitta said...

Salam Kak Anie..

Lama x jenguk sini. Emo plak entri Kak Anie kali ni & yg sebelumnya...

Tiba2 rindu pd arwah ayah... rasa belum puas bermanja.

:(

Anonymous said...

Ehh ni betul ke apa yang awak tulis???Macam Tak percayalah pula!!

Tirana said...

Semua orang ada kenangan tersendiri bersama ayah...

Ayah2 zaman dulu tak pandai menzahirkan kasih sayang tapi kita tahu mereka kasihkan kita Kasih saya dizahirkan dengan memberi makan, pakaian dan keselesaan pada anak-anak dan keluarga..

oren said...

sedihlah baca entry nih...

Abang Long said...

Anak - anak Abang long panggil Abang long - ABAH.

Isteri panggil Abang long - Sayang.

TUAI PADI ANTARA NAMPAK. Entri terakhir dalam blog Abang long.

Mas said...

Ayah2 biasanya tak cakap ngan anak2 dia sayang....tapi perbuatan dia menunjukkan dia ambik berat dan sayang dengan anak. Salute pada ayah2 yang tak kawen lagi lepas kematian isteri sebab sibuk membesarkan anak-anak.Soma ayah2 kita sume panjang umur dan sentiasa sihat berada dalam lindungan Allah. Amin.

Mamamanja said...

kak, jom join contest hari bapa kat blog MM heheheh

* pls vote for harith for contest aksi menarik. cara2 nak vote ada di blog MM. TQ

zue said...

sayu bila mmbaca n3 kak anie.

selamat hari bapa buat 'bapak' kak anie.

iina said...

Teringat ayah di kg bila baca n3 akak nie.. pulak tuh dia baru jek baik dari sakit minggu lalu.. semoga ayah2 kita terus diberikan Allah kekuatan kesihatan dan dipanjangkan usianya.. insyallah

jus call me ida.. said...

bergenang airmata saya baca entry ni..
mmg ayah saya pun begitu.. dan saya masih lagi tak pandai nak berpeluk dan cium...
akan cuba usahakan...

CuTeMiUt78 said...

eemmmm.... betul tu kak.. bapak kita pun jenis camtu gak..

Sha said...

salam:)
abah saya pun masa muda, garang. dia mahu semua anak-anaknya berdisplin. Abah kerja polis, jadi anak2nya diterapnya displin polis.
Mana nak mesra dgn anak2.

Tapi dgn sikap tegasnya, kami menjadi seseorang.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails