Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, June 16, 2009

Ada Tak Ada...

Tengahari tadi semasa menyiapkan Fareez utk ke sekolah...

'Ibu...ada sorang kawan Aeez kat sekolah kata...ayah dia suka main judi...'

'Ye ke? Dia cakap ngan Aeez?'

'Aha...dia cerita...dia kata...ayah dia suka main judi. Ayah dia dengan mak dia dah bercerai...'

'Sian dia eh...kawan pompuan ke?'

'Ha'ah...dia kata mak dengan ayah dia dah bercerai...tapi ayah dia selalu datang mintak duit kat mak dia. Lepas tu ayah dia selalu sepak kan mak dia.'

'Eii...kesian dia eh...?'

'Abih dia cakap...ayah dia pun selalu mabuk-mabuk...'

'Dia cerita kat Aeez camtu...?'

'Ha'ah....masa dia cerita kat Aeez tu suara dia macam nak menangis aje. Pastu dia cakap ayah dia dah ada girlfriend lain..kesian dia ibu.'

'Tulah...Aeez mesti rasa bertuah kan?'

'Kenapa?'

'Yelah...Aeez selalu kata ayah garang...asyik nak marah aje...tapi ayah Aeez tak berjudi kan? Ayah Aeez tak mabuk & ayah tak pukul ibu kan?'

Fareez diam dan mengangguk...

'Tu sebab Aeez kena bersyukur ...tengok tu...kawan Aeez tu kesian dia. Kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Kan ibu dah kata tak baik kalau Aeez selalu cakap...'ayah si anu tu best...baik...selalu belikan anak2 dia barang2...ayah si anu tu baik...siap belikan anak dia handphone...tak baik kan cakap camtu...'

Fareez masih sengih2...

Kesian kan...pada anak2 yang menghadapi situasi yang begitu. Mereka terpaksa hidup dalam kemelut rumahtangga yang dicipta oleh ibubapa mereka. Mereka masih terlalu kecil untuk mengerti apa yang berlaku. Tapi...segala yang terjadi telah ditakdirkan...dan semoga anak2 yang membesar dalam rumahtangga yang bermasalah begini akan menjadi insan yang lebih tabah dan kuat jiwa mereka serta lebih menghargai kebahgiaan yang bakal mereka kecapi.

Aku sentiasa mengajar dan berdoa semoga anak2 aku tau menghargai dan bersyukur dengan apa yang mereka ada. Aku tak mau mereka membanding2kan apa yang orang lain ada yang mereka tak ada. Tapi...aku lebih suka mereka merenung dan berfikir serta melihat apa yang orang lain tak ada yang mereka ada biar pun sekecil mana pun benda itu.

Kerana...kita manusia tidak pernah sempurna dan mendapat apa yang kita mahukan. Allah cuma memberi apa yang kita perlukan dan bukan apa yang kita mahukan.


...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

27 comments:

Kaktiny said...

salam kak.. sedihnya dengar kisah tu.. itu asam garam kehidupan kan... itulah yg terjadi kalau IQ, EQ dan SQ manusia tidak seimbang... lumrah kehidupan... semoga kita sentiasa dilindungi dandiberkati Allah... amiinnn...

tiny pun pegang perkara yg sama.. "Allah cuma memberi apa yang kita perlukan dan bukan apa yang kita mahukan"... cumanya, dengan akal yg Allah beri tu, kita kena tahu sebab kenapa dan mengapa dan menggunakan EQ menerima seadanya dan kuatkan SQ utk redha dan bersyukur atas kurnian-Nya.. baik dan buruk pemberian-Nya ada sebab dan musabab...

(terlebih plak malam2 ni mengomen sakan kat sini.. hihihi..) sorry kak.. tumpang lalu... :)

Cat Cat said...

Betul tu Kak Lady... Kita kena sentiasa bersyukur of what we have. My father tak minum, judi - a bit, dan TAK PERNAH pukul mak Cath... Not even ONCE...

Madam Shah said...

kurang asam betul ayah kwn aeez tu yer..melampau.
Syukur keluarga kita dilindungi dari sikap2 mcm tu.
Amin.

Tirana said...

Ha'a la kak Anie..memang kesian tengok nasib anak-anak yang begitu. Rosak pemikiran mereka. Kalau tak dapat bimbingan yang betul2, nanti besar, dia pulak mengikut perangai ayahnya.. Minta Allah jauhkan.

PINATBATE said...

kadang-kadang kita keluh kesah asyik memikirkan apa yg kita tak ada dan melupakan apa yg kita miliki utk di syukuri..

Unknown said...

kesian pada anak itu yer kak lady. Bersyukur pada apa yang kita ada...

Kak Elle said...

mmg sedih bila mendengar kisah macam tu kan Anie...yg susah anak2 yg memerhatikan keadaan keluarga yg akan mneyiksa minda mereka.

MOKCIK AZWA said...

Dah bercerai pun masih nak menyusahkan bekas isterinya, memang lelaki tak berhati perut betul.

kesian kat anak2 tu kan..semoga mereka membesar tak jadi macam ayah mereka tu.

ida napi said...

kesiannya kwn Aeez tu..moga2 Aeez sedar apa yg Kak Anie dah sampaikan dia..

Ida said...

Saya simpati dengan kawan Aeez tu. Tapi, kawan Aeez tu perlukan kaunseling, kalau tak, nanti macam macam hal.

Budak zaman sekarang sangat-sangat beruntung.. celik mata, semua dah ada.. mewah sungguh. Ada internet, TV, video, handphone, peluang pendidikan bersepah-sepah... kalau ibubapa tak mendidik anak supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.. susah!

P/S: Selalu cerita kat anak-anak sedara .. "masa makcu sebaya kamu dulu.... " ;)

Abang Long said...

Bila nilai kehidupan telah rosak ...

MrsMama said...

kesian..itulah lumrah hidup. Kekadang bila tengok contoh keliling kita rasa insaf...tapi stil tak ambik iktibar.Apapun berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.Jangan esok besar anak tu jadi pendendam dah lah.

Zareda Norman said...

Kak anie

itulah kehidupan. Ada bahagian masing masing tapi apapun cabaran dan dugaan dalam hidup ni, kena selalu positif. Bagi isteri yang dpat suami macam tu, Allah kasihkan mereka sebab tu Allah bagi mereka ujian supaya mereka berbalik dan memohon kepada Allah.

Kita ni dapat suami baik, hidup mewah, sempurna, anak sihat dan comel tapi masih lagi susah nak patuh perintah Allah. Allah suruh tutup aurat pun banyak alasan. Kata cik hubby zar.. itulah manusia dans ebab tu lah ada syurga dan neraka. Ingatan untuk diri sendiri jugak.

Sya said...

Dah cerai datang mintak duit n sepak2??? Repot aje kat polis.. kalau yg pompuan nampak takut2 sangat maka yg lelaki makin galak.

Flying kick aje biar dia setengah mati, tak guna berlembut dengan jantan cam tu. Kalau asyik nangis memula anak kesian nanti lelama anak menyampah. Diri sendiri kena kuat utk melawan dan jgn benarkan bekas suami membuli depan anak2.

Masy said...

siannye budak tu.. mintak2 laa suami sy sok bkn jenis laki camtu, aminn~

CuTeMiUt78 said...

betul tu kak.. kesian pada kawan aeez tu.. kita perlu bersyukur ngan apa yg kita ada. apa yh kita miliki kita perlu terima seadanya..

Neeza Shahril said...

memang ada anak-anak yang terpaksa hadapi semua tu.. kesian..
Selalunya anak-anak macam tu lah yang akan membesar secara tidak sihat..
Semoga ada lah insan-insan prihatin (sedara-mara diorang) yang dapat buat sesuatu..

KLMari said...

Kesiannya kawan Aez tu...Anak sekecil itu dah terpaksa berhadapan dengan situasi macam tu....Moga dia sentiasa dilindungi....

Izhal said...

dah cantik gila blog kak lady ni... cerita pagi ni je tak cantik pasal perangai tak cantek orang2 penting dfiiri sendiri yang suka dibuai nafsu... tapi cantek jugak sebab fareez angguk2 paham cerita mak dia ;)

Mak Su said...

aiyo...... :(

kad0k. said...

sian budak tu kak. abis dia tinggal berdua aje dgn pak dia ke? lebih pulak saya ni. huhuhu

aNIe said...

Tiny...takpe komen panjang2...asalkan kita sama2 dapat manafaat darinya...

Akak setuju dengan apa yang Tiny katakan tu...

------------------------

Cat cat...kalau orang lelaki dah mula memukul...baiklah tinggalkan sebab kita berkahwin untuk dilindungi bukan untuk disakiti.

-----------------------

Nana...memang kurang asam...kurang segala2nya tu...hehehe

Semoga kita akan sentiasa dilindungi dari sifat2 yang tak elok tu

----------------------

Tirana...diharap anak itu mendapat didikan dan bimbingan yang baik dari ibunya supaya tidak mengikut jejak langkah ayahnya atau hidup dengan perasaan dendam

------------------------

Pinatbate...tul tu ...kadang kita asyim nak mengeluh apa yang kita takde sedangkan banyak yang kita dah ada tapi kita tak perasan

-----------------------

Yus...tulah...kita kenalah sentiasa bersyukur kan?

----------------------

Betul kak...apa yang mereka lihat selalunya akan menghantui mereka hingga mereka dewasa...

-----------------------

Mokcik...harap2 dia akan membesar menjadi manusia yang insaf...semoga dia mendapat didikan yang sempurna dari ibunya...

-----------------------

idahani...masa aeez bercertia tu akak rasa nak aje kenal dengan budak tu dan mengusap kepalanya agar dia dpt merasa masih banyak kasih sayang disekelilingnya

-----------------------

Ida...anak2 sekarang memang bertuah...tak macam kita dulu kan...

Cerita2 lama itu banyak mengingatkan kita asal usul kita supaya kita masih ingat siapa diri kita...

-------------------------

aNIe said...

Abg Long...manusia bila dah rosak nilai2 kehidupannya akan menjadi manusia yang tidak berperikemanusiaan

------------------------

Mas ...segala apa yang berlaku di sekeliling kita patut kita jadikan teladan...kerana dunia ini adalah pentas kehidupan.

Harap2 anak itu akan mendapat didikan yng baik dan sempurna dari ibunya


------------------------

Zar...betul tu ...apa sahaja yang terjadi adalah ujian ALLAH...ada hikmah dan pengajaran di sebaliknya. Semoga ibu anak itu akan sentiasa mendekatkan diri pada ALLAH...dan segala ujian akan meningkatkan tahap keimanannya

Apa yang berlaku dan kita coretkan ini dpt menjadi ingatan untuk kita juga

--------------------------

Sya...betullah...membuli depan anak2 ni meninggalkan kesan pada jiwa mereka...

Hehehh...siap nak flying kick...rasanya kau boleh kot...kaki kau panjang...hahaha

--------------------------

Masy...semoga masy bertemu dengan lelaki yang baik dan berhati dan berpekerti mulia...ameeen

------------------------

Cutemiut...semoga kita menjadikan insan yang sentiasa bersyukur atas segala pemberian ALLAH...

------------------------

Neeza...akak rasa sedih bila dgr cerita Aeez...terasa betapa bertuahnya kita..

Semoga anak it diberi didikan yang sempurna oleh ibunya...

--------------------------

KLM...semoga dia sentiasa dilindungi ...

--------------------------

Izhal...alamak...!!! lamanya tak dengar berita...sampai akak ingat izhal dah tak berblog lagik dah...

Segala apa yang di dunia ini jika ada cantiknya pasti ada juga yang tidak cantiknya

-------------------------

Maksu...syian kan?

------------------------

Kadok...dia duduk ngan ibunya sekarang...



-------------------------

Led said...

kekadang kita hanya hanya mampu melihat saja, membiarkan penderitaan dilalui oleh mereka berseorangan.

Led said...

saya rasa, kita bertanggungjawab melaporkan segala perlakuan jenayah yang dilakukan oleh sang lelaki yg belasah ex wife dia tu.takleh biarkan camtu jek. mahukah kita menatap dari hari ke hari paparan di dalam surat khabar tentang permasalahan seperti ini?mengelak dari tidak membaca surat khabar bukan jalan penyelesaiannya.

zue said...

harap ibunya dpt mendidik anak itu dgn sempurna.
(harap tidak mmberi kesan kpd emosi kanak2 trsebut.)

cikceriacorner said...

kesian kwn aeez tu...pengajaran utk kita sume..

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails