Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, May 13, 2009

Projek Baru...

Seminggu tidak menjengok blog...berhari2 juga tidak berkunjung ke blog kengkawan...rindu yang amat sangat dirasakan kerana tidak dapat membaca celoteh kawan2...terlepas cerita2 gembira kawan2...dan macam2 rindu lagi...rasanya bagi mereka yang kenal dunia blog pasti faham apa yang aku rasakan...

Akujuga terlepas untuk mengucapkan 'SELAMAT HARI IBU' pada kawan2 yang sering berkunjung ke blog aku...dan ucapan itu biarpun terlambat...namun ianya tetap istimewa buat semua ibu2 diluar sana....kerana sebagai ibu...kita sentiasa bangga menjadi ibu pada anak2 kita...

Projek baru?....Hmmm....nak tau apa projek aku selama aku menyepi ini ....aku sibuk dengan bisness sambal goreng ikan bilis.

Sambal goreng ikan bilis ni memang dah jadi makanan favorite anak2 aku...lebih2 lagi Munir. Dulu semasa anak2 duduk di asrama...sambal inilah yang aku bekalkan untuk mereka tiap kali datang melawat. Tapi sayang sambal itu tak pernah bertahan sehingga seminggu...kerana ramai yang menumpang...dan Ude pernah menyarankan pada aku agar aku menjual sambal tersebut pada kawan2nya...tapi masa tu aku malas...

Kelmarin...Ude membawa bekal sambal bilis aku ke ofisnya...kemudian salah seorang staffnya bertanya...

'Nurul...ibu Nurul takmo jual ke sambal ni...?'

Bila Ude balik dia pun tanya aku...

'Ibu nak berniaga tak?...ada kawan2 Ude nak beli sambal...'

Hmmm...boleh jugak kan...dari aku duduk menghabiskan masa depan TV ni...dpt jugak duit...

Jadi...hari pertama...aku jual 2 bekas sambal bilis 200g dengan harga RM5...semasa staff dia mencuba sambal tersebut...diorang kata...

'Alamak...sedapnya!!....sambal bilis best in world.. Nurul...aku pun nak...!!!'..... *Ude yang cerita kat aku ni*

Maka dalam seminggu aku asyik menggoreng sambal ajelah...siang hari aku menggunting dan memesin cili...malam aku mula menumis...bila dah habis packing semua...aku dah letih...terus rehat sekejap & tidur.

Jadi kalau aku senyap aje beberapa hari...tentu kawan2 sedia maklumkan?...aku sibuk dengan projek baru aku...hehehe....




Cili yang sudah direbus sedia untuk dimesin...



Proses menumis cili...cili hendaklah ditumis hingga garing betul...kalau tak...sambal tak sedap...



Sambal2 yang dah siap ditimbang dan dimasukkan ke dalam bekas...



...sedia untuk dibawa ke destinasi pelanggan...heheheh



...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

57 comments:

Ida said...

Wah Kak Anie... kencang tu!! Kak Anie jual sambal ikan bilis, saya jual serunding ikan bilis! ;)

Anonymous said...

Assalamualaikum,

saya ni silent reader & selalu menjengah blok Kak Anie. Boleh bagi resepi sambal ni tak. terliur je tengok. nak tempah jauh sgt.

ez said...

akak..
bestnye..terliur sy melihatnya..nak jugakkk..sy antoo sambal..heheh

vy said...

kak ani
nanti bebila saya nak g jenguk adik kat UiTM
saya roger akak
nak jugak !!!!!!!!!!!!!!!!!!

iina said...

kak.. kalau dekat dh order heheheh.. ;) takpe kak bila lagi nak ambil peluang kan kak ;)

PINATBATE said...

rasa mcm nak order jerr...boleh?

Memey Anuar said...

kak anie,
nak order!
dulu mase kt uni ibu slalu bekalkan sambal bilis kering gini. Tapi beli la dari ofismate dia. Bila ibu dah pencen, xdpt lagi mkn samba sedap tu.

Tgk dlm gamba mmg gaya bilis yg pink suka tu. Kalau nk order camne eh nk amik? Makan dgn roti..nyum2 :D

^ez^ said...

walla! sedapnyaaa..

err..kalo ez order akak bleh pos ke?hihihi..

selamat berniaga akak! =)

Kak Elle said...

wah dah jadi tokey sambal ikan bilis ye?bak sini satu nak cuba sape tau nanti cikgu2 pun nak beli:)

Tirana said...

Wah kak Anie ada projek baru rupanya...dah terliur tengok sambal ikan bilis.. Satu bekas tu rm5, berapa gram beratnya? Sedap sambal bilis makan dengan nasi putih panas2..yumm..yummm

are said...

K.ANIE...
NK MINTAK RESEPI BLEH TAK??

arazma @ ami m said...

sedapnye...

zany said...

rezeki tu kak. Alhamdulillah.

silversarina said...

Wah , bestnya projek baru ..boleh tak nak order ??

cikMilah said...

bravo kak Anie....nak order, nak order...

pB said...

kak anie

pB pun nak order jugak ler ...

aNIe said...

Ida...alhamdulillah...rezeki...dpt jugak duit poket...biar pun penat tapi seronok

----------------------

anon...meh email akak...ladyjeanz@yahoo.com

----------------------

ez...memang feveret anak2 & cik abang...sedap...

----------------------

vy...okay jgn lupa sms sehari sebelum tu...sebab akak takde simpan stok

---------------------

iina...masa ada peluang ni lah kena rebut...hehehe...mana tau satu hari nanti terkenal 'sambal bilis anie...' hehehe

---------------------

pinatbate...kalau nak order boleh...tapi kene janji jumpa kat shah alam...hehehe

---------------------

memey...nak order boleh...tapi kenalah tunggu kalau ada ramai pelanggan dari KL...

Makan dengan roti memang sedap...kegemaran cik abang akak tu...macam sandwich dibuatnya.

-----------------------

^ez^...hehehe...kalau ada yang order jauh2 tu...kena ada banyak order...pastu kene tunggu akak buat packing yang senang untuk dipos...

----------------------

Kak...hehehe...pandai ke cikgu2 tu makan sambal bilis yang pedas tu...?

Bila agaknya boleh bagi akak rasa sambal anie ye...

---------------------

Tirana...RM5 tu beratnya 200gm...memang sedap makan dengan nasi panas2...ada pulak ikan goreng...memang sah orang kata 'mak mentua lalu belakang pun tak nampak...' hahahah

--------------------

are...nak resepi boleh...meh email akak...ladyjeanz@yahoo.com

--------------------

arazma...memang sah sedap...yummmy

------------------

zany...alhamdulillah

------------------

silversarina...kene tunggu akak buat packing yang mudah untuk dipos...hehehe

------------------

cikmilah...akak pun nak order cokelat u...nantilah akak sms cikmilah ye...

Cat Cat said...

Kak Lady,
Kalo Cath nak order, rasa-rasa hantar pos ke USA, rosak tak sambal tu? Cath memang giler sambal ikan bilis. Serious ni. Kalo Cath dok kat Mesia, dah lama order dah...

Nong said...

Sedap nye, nak rasa boleh? kak nong punya favorite tu kalau travel o/seas mesti buat bekal.

ILA said...

Salam KAk,
alhamdulilah...at les ada side income gak kan..
lagi satu..mostly wanita melayu mesti tau mcm ne nak masak sambal ikan bilis ni..tapi masalahnya stakat brapa kerat jerr...nak ke dapur..termasuk diriku...muahahahahah!!

xillix axillixa said...

ramai order mesti sedap... saya punya... hurm... nak resepi!!!

Tetikus said...

Sungguh menyelerakan.. teliur tgk. cmner nk oder kak?

kakpah said...

wah.. ni sudah bagus. Bertambah sorang lagi bisnes woman kita.
Kalau dekat nak juga oder.

RaFFLeSiA MeRaH said...

kalau suami sy tgk tu mesti dia terliur....hehehehe.....sebab sambal tu memang peberet dia....takde mende lain pun takper kalau dah ader sambal....ikan bilis tu goreng dulu yer kak?? kira dah campur dgn sambal tu masih garing lagi la ikan bilis tu yerk...

Mama Rock said...

kak anie, sambal bilis melaka memang best in teh world! masa arwah nenek masih ada lagi and tinggal dgn kami, samabal bilis tak pernah putus kat rumah tu...sentiasa aje ada!
good luck in your enterpreneurship :)

Faizah said...

mmg nampak sedapppp

idahani said...

alamak..kecur air liur dibuatnya..sib bek tak peknan..kalau tak, harus/wajib beli dgn kak anie...hehehehe

sally said...

kak aNie, ingat tak dulu saya penah tanya pasal resepi sambal goreng nih...hahahaha..kan dah kata sedap..sampai buka bisnis lagik!

Abang Long said...

Bagaimana kalau sambal yang dicampur dengan kacang ? atau petai ?

NJ@goboklama said...

kakAnie,nak order RM30 & qisst nak amik kat umah boley?? Tapi bukan sekarang, nanti 27Mei amik sbb nak bawa ke family day. Kalau tak pun,dekat2 area umah akak lah eh? e-mel me plzzzzzz..... goboklama@gmail.com

jalilah_jy said...

wah patut la lama tak ada entry baru...rupanya jadi usahwanita gitu2..tahniah kak..teruskan mantapkan usaha akak. semoga boleh dipasarkan.. guna jenama akak..sambal I.B jeanz muah muah... ilah jer tak tahu gunakan kemahiran yg ada ni...buat blog masakan hanya suka2 kalu diiklankan tentu laku.. hidup dan maju akak ku...!!!!

Neeza Shahril said...

wahhhh... sambal ikan bilis pulak.. nampak pun sedap tu..
teruskan kak Anie..
mana tahu kot nanti boleh setanding br@him's product kan... Ameen....

Zareda Norman said...

adusss kak ani tengok sambal ni lagi tak sabor nak balik kampung..

Zar suka sambal bilis itam tu.. ada sekilo lagi bilis dah siap kopek zar beli kat Lumut tu hari tak berusik.. bolehlah menyambal wiken ni nanti

maklang said...

macam sama ngan sambal ikan bilis arwah MIL aje...memang sedap tu kak...:)

mummysya said...

salam

kak, nak satu....

MULAN said...

wahh.. yumm yumm.. meleleh ni.. merah semacam je tu.. bergelora tengok.. nak le sebekas..

Intanaziela said...

kak anie..nak beli jugak... aduh lapar la pulak..hiks

sya said...

Label yg dibincangkan ngan Ude aritu tak jadi ke? he he he .. aku dah citer kat ummi terkikik dia ketawa

Anonymous said...

Salam,

Saya ada sms dekat no hp 'water filter' tu.. ingakan no. k.anie.. kalau nak order 4, boleh tak, pos ke Trg?

ina.wuh@gmail.com

aNIe said...

PB...nak order boleh...sms akak...atau pun bebila akak ada keluar shah alam akak singgah nanti ye..

-----------------------

Cath...alamak ari tu tak tau yang cath memang suka sambal bilis kalau tak tentu akak dah buatkan sikit untuk Cath

-----------------------

Kak Nong...memang sesuai untuk dibawa ketika nak ke luar negara...sebab sambal tu tahan lama kalau dijaga dengan betul...lepas tu boleh dimakan dengan apa saja...dulu ipar anie pi Korea pun dia mintak anie buatkan...

Kalau akak nak rasa boleh aje...nanti bila kita ada peluang utk jumpa2 anie buatkan sikit untuk akak

-----------------------

Salam Ila...alhamdulillah ada peluang untuk menambah rezeki...

Sambalnya mudah ...senang dibuat cuma masalahnya nak menanti lama2 untuk tunggu cilinya garing...kadang sampai lengoh tangan nak mengacau...

-------------------------

xillix...hehehe...nak resepi...meh antar email...sebab malas nak letak resepi kat sini sebab rasanya ramai yang pandai buat sambal ni...

------------------------

Tetikus...kalau kawasan shah alam...takde masalah cuma tetapkan tarikh untuk mendapatkannya aje...sila ke blog perniagaan akak untuk dptkan no. telefon

------------------------

Kak Pah...tengah ada masa dan tenaga ni...buat lah apa yang terdaya untuk menambah duit poket...alhamdulillah

------------------------

Rafflesia...orang laki memang suka pedas2 kan...kalau ada sambal...lauk lain takde pun takpe...

Aha...ikan bilis tu digoreng garing dulu...lepas tu baru masukkan dlm sambal yang dah garing. Kalau 1-2 hari ikan tu masih rangup

---------------------------

Mamarock...kat rumah ni pun memang selalu buat sambal tu...especially bila anak bujang tu balik...dia mesti nak makan sambal bilis ibu dia...sampai merah2 nasinya...heheheh

---------------------------

Faizah...memang sah sedapppp!!...Hehehehe

--------------------------

idahani...kalau tak peknan .nak order pun apa salahnya...itupun kalau boleh pos... :P

-------------------------

Sally...aha...sally ada mintak resepi eh...akak lupalah...alah bukan susah pun...cili, bawang, bilis je...janji kene pandai tumis hingga garing...baru ada ummpphhh!!

-------------------------

Abang Long...kalau dengan kacang tu rasanya ada ada orang buat...tapi ada yang tak minat ada kacang tu...kalau ngan petai pulak takut tak tahan lama...

-------------------------

NJ...okay aje janji di area shah alam...nanti akak email ye...

-------------------------

jalilah...tulah...ilah lagik pandai masak...pernah berniaga dulu kan? Mesti masakan ilah pun sedap...akak berangan nak letak nama akak sendiri ...heheheh...

-------------------------

Neeza...ameeen...alah akak ni buat kecil2an aje...homemade..lebih sedap lebih bersih...dan pastinya ditanggung halal...hehehe

-------------------------

Zar...bilis yang siap dikopek tu liat tak?

Akak gunakan ikan bilis yang halus tu...mahallah sikit...nanti kene cari jugak ikan bilis yang murah sikit...

Sambal Zar...jgan tak sambal...hehehe

------------------------

maklang...orang tua2 memang terkenal dengan sambal ni...dulu arwah mak Ngah akak pun pandai buat sambal ni...sedap.

------------------------

Mummysya...kalau nak...bila nak dtg shah alam beritau le akak...akak siapkan untuk mummysya...

------------------------

Mulan...jauhnya di Kuantan...nantilah akak perbaiki packing supaya mudah untuk tujuan mengepos...hehehe

------------------------

Intanaziela...meh bagitau akak intan kat mana...boleh akak hantarkan...

-----------------------

Sya...jahatlah kau ni...hahahahah...aku tak boleh tahan bab label tu...kuang hajor bebudak ni...

MAMAMIA said...

Kak Anie, ni boleh buat projek ribu riban ni....

Selalu kalau travel, saya suruh mak buatkan.. Nampaknya, kena start buat sendiri lah....

Zek Zek said...

waaa yang ni mmg saya punyer favorite..makan dengan roti...makan dengan nasik...semua jalan. Dulu masa dok hostel ini la yang paling layan. Mak bubuh kacang, kentang n bilis. Tapi saya selalu tak nak kacang. Nak bilis dengan kentang ajer...

Bulan posa lagi best makan sahur dengan ni jer...

Minister Of Mind said...

waich.....
ramainye komen..

MOKCIK AZWA said...

Azwa pun nak order gak nie...terliur pulak nengok sambal ikan bilis kak anie...

Mamamanja said...

terliur la kak....
baper lama tahan nih??
nak order gak ler...

Mamamanja said...

terliur la kak....
baper lama tahan nih??
nak order gak ler...

Masy said...

wahhh bisnes kencang! akak, sy dtg test makan kat umah akak dululah - amcam? hahaahh cingelat betoi sy ni hahaahah

zue said...

sambal ikan bilis ni bole tahan lama...mkn dgn roti pun sedap.

jalilah_jy said...

MAAF MENCELAH SIKIT KAK KU CYG... ILAH ADA PETUA SENDIRI NI... NAK KAN IKAN BILIS TU RANGGUP...HEHEHE
SELEPAS GORENG SAMPAI GARENG ILAH TABURKAN SIKIT GULA PASIR SEMASA KITA TOSKAN MINYAK TU.... SAMA JUGA IKAN MASIN GORENG...MCM MAKAN KEROPOK LA PULA... CUBALAH WAHAI TEMAN DI BLOG KAK ANIE... HARAP2 MENJADI....KALAU TAK NAK IKAN MASIN TU BERBAU 1 UMAH GOREN BERSAMA BAWANG KECIL DIMAYANG HALUS... TERIMA KASIH....

Alina... said...

kak ani.. antarlah sambal grg tu kat rmh kita..
kita dah lama tak mkn nasi..
dapat mkn dgn sambal grg tu dgn roti pun tkpe...

CuTeMiUt78 said...

wah.. kak, takmo jual luar dari kawasan ke...

NaniRostam said...

Assalamualaikum Annie......




Nani nak lah.... Walaupun memasak tu bidang Nani. Ya lah bila kita buat business makanan, Kita buat makanan ni tapi kita tak sempat nak masak makanan tu, walaupun simple.

Ada sekali tu order karipap frozen kat parents2 yang tunggu anak depan sekolah, ada member tegur, Hai Nani, u kan jual kuih tak kan nak order dari orang lain pulak.

Memang tapi takkan i boleh buat semua benda dalam satu masa. Kadang-kadang kena jugak beli dari orang lain.

Tu yang kadang-kadang sibuk buat aiskrim, sampai terpaksa beli lauk bungkus.


Nani paling suka sambal ikan bilis...sebelum ni ada order dengan steward yang jual sambal ikan bilis tapi dia panggil sambal melaka. Ada beza ke sambal ikan bilis dengan sambal melaka. Bila makan rasa bahan-bahan yang digunakkan sama jer....



Ini dah dekat ni ingat nak order sambal Annie.Minggu depan kalau Annie nampak Nani berniaga aiskrim boleh tak anta sambal tu kat kete Nani?


Thanks Annie.

diniedinar said...

Salam kak Anie

sedap nmpk sambal bilis tu. teringat masa dulu mak dinie pun selalu bekalkan sambal bilis ni masa dok asrama.mmg terangkat bila mkn dgn nasi panas.hb dinie pun suka & selalu soh buat.dia makan dgn roti :P

good luck kak. semoga berjaya dgn bisnes sambal bilis ;)

aNIe said...

Mamamia...akak dulu kalau berjalan jauh 2-3 hari memang bawak sambal ni untuk makan bersama nasi & roti...memang sedap

----------------------------

Zek zek akak pun tak suka kalau ada kacang atau benda2 lain dlm tu...suka ikan bilis je...lagi pun akak suka pedas...

-----------------------------

Minister of Mind...hehehe

----------------------------

Mokcik azwa...kalau yang suka pedas memang suka sambal ni...sebab akak tak guna gula untuk memaniskannya

---------------------------

mamamanja...kalau pandai jaga boleh simpan sampai lebih seminggu

---------------------------

Masy...hehehe...nak ngetest ye...meh datang sini...kalau suka makan pedas memang sedap sambal ni....

--------------------------

zue...memang sedap kan?...tapi kene lah tahan pedasnya

--------------------------

Jalilah...terima kasih kerana tips2 yang diberikan....tapi kalau taburkan gula...manis tak?

---------------------------

Alina...alahai sian dia...nanti esok akak datang tau

--------------------------

Nani...terima kasih kerana datang berkunjung kemari...

Rasanya sambal bilis & sambal melaka tu sama kot...sama2 pedas...sebab orang Melaka memang suka pedas...

Nanti insyaallah kalau anie pergi sekolah minggu depan...anie akan bawakan ....tapi kita pun nak rasa kek coklat nani yang begitu mengiurkan gambarnya kat blog Hanis...hehehe

-------------------------

Diniedinar...terima kasih kerana kata2 galakan tu....

Memang budak2 asrama suka sambal tu sebab boleh makan dengan apa saja....

jalilah_jy said...

TAK MANIS LA KAK ANIE SEKADAR RENJIS SIKIT JER MCM AMEK SYARAT LAAA GULA TU..HEHEHEHE SELAMAT MENCUBA..

aNIe said...

OOh...ye ke...nanti akak cuba...

ayumkay said...

salam kak anie :)

sihat kak? harap sihat semuanya ya. waaahhhh lama tak jenguk blog kak anie.. udah bisnes sambal bilis rupanyaaaaa. tahniah akak. semoga terus berjaya.

emmm saya suka sambal bilis... sedappp

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails