Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Sunday, May 17, 2009

Liza Zahira...

Masih ingatkah lagi pada entry aku yang ini ??



Kuiz novel Liza Zahira yang berakhir penghujung tahun 2008. Lama jugak menanti...sampai aku terlupa...

Satu hari aku masuk ke blog Kelab Peminat Alaf21...gembira bila terlihat nama aku memenangi kuiz tersebut...walaupun cuma sebagai pemenang saguhati. Hadiahnya ialah sebuah novel & sehelai T-shirt. Bagi aku hadiah novel itu sudah cukup untuk membuatkan aku teruja.


Beberapa hari lepas...aku menerima sms dari penulis novel ini...memberitau bahawa email jemputan untuk menghadiri sessi penyampaian hadiah telah pun dihantar pada pemenang2. Bila mendapat tahu tempat pertemuan ialah di kawasan Shah Alam dan jatuh pada hari Ahad...cik abang tak keberatan untuk melepaskan aku pergi.

Jadi pagi tadi...aku bersama si kecik telah ke Restoran Asiari Shah
Alam.


Inilah kali pertama aku bertemu dengan novelis yang novelnya telah ku baca...macam bermimpi. Liza...seorang yang ramah dan tak lokek dengan ilmu2 menulis skrip. Berbual dengannya bagai dah kenal lama. Sambil2 kami menjamu selera dengan juadah yang disediakan dia memberikan sedikit tips2 bagi mereka yang berminat untuk menulis...menjawab soalan2 yang diajukan.

Terima kasih Liza kerana jamuan yang begitu enak...dan juga hadiah yang diberikan.



Liza yang peramah...terima kasih untuk jamuan dan hadiah tersebut...semoga Liza akan terus berkarya dan dimurahkan rezeki.
Novel Kau Tetap Dihati...memang best...



Yang bertudung biru ialah Rin pemenang hadiah pertama...juga penulis blog...tapi aku terlupa nak tanya url blognya....

Hadiah yang aku dpt...Novel terbaru Anis Ayuni...T-Shirt Liza Zahira...sebuah majalah Impiana...dan aku juga membeli novel Liza yang pertama Impian Kasih.

Balik dari perjumpaan tersebut aku berehat sekejap ....selepas itu ke dapur dan menyiapkan tempahan sambal bilis untuk seorang pembaca dari Terengganu (4 pek) dan juga tempahan dari staff Ude....


....



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

25 comments:

sakurasa 2 said...

Anie
Taniah telah menjadi pemenang n dapat bertemua dengan Novelis tu
pasti meriah majlis tu...

zino said...

tahniah....

amboi gambar tu semua fokus ke makanan je hehe

iina said...

wah kak dpt novel best tuh ;)

PINATBATE said...

Tahniah kak Anie..
Best betul makan-makan tu..
Impian kasih tu saya ada..now dah pindah milik kat anak dara..

Kak Elle said...

tahniah anie kerena berjaya....oh gambar makanan aje ye...hehe

ibundo said...

weh, tahniah. Bukan senang nak menang ni walaupun saguhati.

Sedap makanan tu nampak.

Sha said...

salam:)

tahniah! Berkat suka membaca. Rasanya tiap2 bulan ada kuiz dari Alaf 21. Nantilah nak cuba nasib, mana tau ada tuah badan ....

Mummy Rizq said...

congrats kak lady.. menang walaupun cuma saguhati.. kat mana restoran asiari tu?

MOKCIK AZWA said...

Tahniah kak Anie...tatap menang walaupun sagu hati..caiyok la...

fuh...makanan tu mengancam la..

AuntieYan said...

Salam Anie,

Hemmm..lama tak masuk sini...memacam yang terjadi. Tahniah lah dapat hadiah tu.. :-)
Wah!, rasanya K.Yan pun nak bisnis sambal bilis gak..senang je kan...(berangan ni..)dah nak pencen tak lama lagi, ni dok pikir apa nak buat nanti.

zareda said...

wow besnyer dapat makan makan, novel dan tshirt percuma lagik..

hehhe ni yang bersemangat nak masuk kuiz ni..

sally said...

tahniah kak aNie..tentu seronok dpt hadiah kann walaupun sagu hati je..lagi makan-makan.....huish. bahagianya hidup..

cikceriacorner said...

tahniah akak..

Abang Long said...

Macam entri - JALAN - JALAN CARI MAKAN pulak .... hik hik hik

en_me said...

tahniah kak lady tewww.. bagus bagus .. yg jauh kita dekatkan.. yg dekat kita rapat rapatkan kannns..

Sya said...

Sekarang ni aku busy benau.. nak tau aktiviti ko dr blog aje... apalah punya adik.

Norabella said...

wah..tahniah! Akhirnya dapat jugak jumpa ngan Liza Zahira. Best kan kak? Dpt juga novel Anis Ayuni ek?

~EZ~ said...

wahh..tahniah akak.nk pinjam novel tu bleh? hehehe

aNIe said...

Meriah...hampir 3 jam pun rasa tak cukup...pot pet pot pet...hehehe

Terima kasih sakurasa...

------------------------------

Zino...hehehe...tulah pasal...terambil gambar makanan yang banyak...

----------------------------

iina...memang best...kegembiraannya tak terkata...seronok

----------------------------

Pinatbate...Terima kasih...akak baru nak baca Impian Kasih tu...tapi sekarang sedang baca Ayat2 Cinta...

----------------------------

Kak...Thanks...hehehe...gambar kita kat blog orang lain...hehehe

-----------------------------

Kak pah...memang suka sgt biar pun saguhati...bukan senang kan?

Makanan memang sedap...kena dengan selera kita...selera asia...

-----------------------------

Sha...cubalah...memang berbaloi...alah...suka2 aje...kalau menang memang bonus ...hehehe

-----------------------------

MR...thanks...

Restoran asiari tu kat SACC Shah Alam...bersebelahan dengan Kopitiam

----------------------------

Azwa...thanks...makanan tu memang menepati citarasa kita...sedap

----------------------------

Kak Yan...rindunya dengan akak...lama tak masuk sini...ingatkan akak majuk...hehehe...

Terima kasih ....

Boleh jadikan pendapatan sampingan...

Akak nak pencen dah ke? Lambat lagik kan? Dah rindu nak jumpa akak...

---------------------------

Zar...kalau nak ikutkan...dulu pun akak suka masuk peraduan2 ni...pernah menang minyak wangi...duit...tapi sekarang dah malas dah...

--------------------------

Sally...thanks...

Memang seronok...dpt makan2...hadiah novel yang paling best...

--------------------------

Abang Long...heheheh...abih gambar makan yang banyak...letak le gambar makan2 aje...eh! tu ada gambar hadiah...hehehe

---------------------------

en_em...tulah pasal...yang jauh didekatkan...yang dekat dimesrakan...

--------------------------

Sya...kita dua2 sibuk...aku pun dpt tau hal kau dari blog aje...teruk kan...

--------------------------

Nora...thanks...memang seronok dpt berjumpa dengan novelis tu sendiri...barulah akak dpt rasakan betapa seronoknya Nora dpt berjumpa dengan novelis kesayangan...tak dpt digambarkan...macam mimpi kan?

Aha...dapat juga novel tu...tapi ntah le tak tau bila nak baca...tgh sibuk sekarang ni

---------------------------

^ez^...terima kasih...jom datang umah...heheheh

Mak Su said...

tahniah kak anie... moga yang hadir pada hari berkenaan terus sukses dalam apa jua bidang pun :)

silversarina said...

Tahniah !!

Saya baca novel tu tapi memang jenis malas nak masuk sebarang pertandingan ...hehehe.

Kiranya sambal tu dah boleh order dari jauh lah ye ???

Led said...

asiari mg best tempat dia. dah lama tak gi makan kat sana. sibuk manjang. keje keje keje. tk kaya2

restoren ni mmg selalujadik penaja2 drama melayu kat cerekarama tu mahupun slot2 drama. seswai sgt lagu latar blog kak lady klu ada drma melayuyg segenre dgnnya.

Pnut said...

wahhhh kak lady... mrauh rejeki...dapat novel free gitu..bestnya...

lagi best, dah ada bisnes sambal bilis ek... boleh dikomersilkan tu... tahniah kak, moga terus berkembang perusahaan sambal ikan bilis..

zue said...

tahniah kak anie,
sy pun minat mmbaca novel...dah baca novel siti rosmizah 'andai itu takdirnya'.

klu kak anie baca novel tu...akan brjurai air mata nanti.

aNIe said...

Maksu...terima kasih...bila berbual dgn novelis...terasa ingin nak menulis pulak...hehehe...angan2 mat jenin je ni

--------------------------

Salam rina...terima kasih...akak masuk kuiz tu sebab ada yang promote...hehehe

Sambal untuk pos jauh masih dlm proses testing...tgh nak buat research camaner nak mengurangkan harga postage...

----------------------

Led...kerja2 tak kaya2...hehehe...kalau kerja kejap je dah kaya...ramailah orang kaya kat Malaysia ni...heheh

Memang makanan kat Asiari tu kena dengan citarasa kita...dan suasana kat dalamnya yang nampak 'very cosy'

Lagu tu memang akak suka...mendayu2 gitu...

----------------------------

p-nut...terima kasih dan semoga doa p-nut dimakbulkan untuk akak...hehehe...dpt free yang best tu...

----------------------------

Zue...best ke citer tu...ni yang buat akak nak pi cari ni...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails