Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, May 21, 2009

Fareez & Iklan...

Fareez ni macam pernah aku kata...'kembar siam' aku.

Apa aje yang aku suka...dia suka...aku buat dia nak ikut...kalau tengok TV tu dia memang tengok apa yang aku tengok...lebih2 lagi drama...dia dah tau apa drama yang aku minat.

Bila tengok TV... memang kita disogokkan dengan berbagai2 iklan kan?

Anak2 memang selalu kuat terpengaruh dengan iklan...


Satu hari sedang aku duduk2 sambil menyemak buku latihan sekolahnya ...dan Farhan pulak baring menonton TV...

'Ibu...ibu ni dah tua kan?'

'Ye ke ibu dah tua?'

'Ye...kan ibu dah 40 lebih...'

'Alah belom le tua lagik....'

'Ye ibu dah tua...tapi...ibu ingat...ibu jangan pergi kat New Y*ork skin solution tu...'

'Kenapa...?'

'Ye le...nanti kalau ibu pergi sana...ibu buat facial...tentu muka ibu nampak muda...kan diorang boleh buat muka kita jadi muda....nanti kalau ibu muda...ada orang muda nak kat ibu....'

'Hahahah....elok le ibu jadi muda...'

'Eh!! Mana boleh...nanti ada orang muda nak kat ibu...diorang ingat ibu muda lagik...tu diorang nak'

'Alah...saper nakkan ibu ni...diorang tengok badan ibu...perot ibu pun diorang tau ibu dah kawin ...dah ada anak...'

'Alah...nanti perot ibu tu ...ibu pergi pulak kat Lond*on Weight Management...tentu ibu boleh jadi kurus balik...mesti diorang tak tau ibu dah ada anak...'

'Hahaha....abih nak buat tu semua kau ingat ibu banyak duit ke...'

'Ayah kan ada duit...'


Farhan yang sedang golek2 tu terkekek2 ketawakan aku...

'Saper lah nak ibu ni...kalau nanti ibu dah tua...rambut pun dah tak banyak...orang muda nampak pun lari...'

'Eleh...mana tau nanti ibu pegi ke Y*un N*am Hair Care...ibu buat le rambut balik'


Adoiiii...!!! Sakit perut aku & Farhan ketawa....habis semua tempat2 kecantikan disebutnya...terpengaruh betul dengan iklan2 tu...

Pssst!! Sekarang ni iklan yang paling aku tak suka ialah....'Kopi Jand*a...menggoda...' Hahahah!!!....takde nama lain ke nak bagi kat kopi tu...bagi le nama yang sedap2 sikit...Kopi J*nda lah...Kopi Jant*n lah...Kopi Angg*k lah...pendek kata ...macam2 kopi...




...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

40 comments:

iina said...

hhehehe kak.. semua jenis iklan ada.. siap leh ingat tuh.. skrg nie dah macam2 nama kopi.. itu semua nak promosi jek tuh kak.. walhal kan kopi tuh lebih kurang sama jek kan.. saya tak minum kopi.. saya minum cappucino jek ;)

tulipurple said...

cute aeez!
sy pun pelik...kenapelah byk2 nama,kopi janda yg nak dipakainya...takkan dah jadi janda baru reti wat kopi...hampeh tul...hehe.

PINATBATE said...

bijak betul anak kak Anie sorang ni

Kak Elle said...

ah ada kopi janda?hahaha ....
yg membuat darah tinggi naik tu terlalu byk minum kopi....

ibundo said...

hehe.. fareez fareez .Macam-macam. Tapi kalau tengok rancangan makeover tu kita pun naik ternganga.

Dah lumrah alam begitu, kita terima je lah kan.

zura aini said...

pandailah aeezzz jadi spy mak dia.
macam takde nama lainkan untuk promote barang, tak senonoh betul. sekarang ni macam-macam benda & nama pelik muncul. sebab itu juga macam-macam hal pelik jadi.

ida napi said...

kak anie, ingat tul dia iklan2 tu yer..siap takut maknya nak buat tuh semua..hah..kot dah besar kalau citer balik, taulah dia sok..heheheehehe

Ummi365 said...

hahahah.. kalau si aeez duduk depan aunty ummi senyap pulak dia nak bawak gi toilet pun tak mau... malu eh kat aunty..

cikceriacorner said...

akak..
bijaknya aeez..
hehehe..mcm2 dia..

Irfa said...

fareez tu risau kalau akak dah muda nanti kawin org lain.kan dia ckp ayah dia dah tua.fareez ni mmg kelakarlah

Masy said...

kopi angguk tu kelakarlah. cam xde nama lain je hihih

Nukilan ida said...

hehehe.. kelakar nyer aeez ni.. risau bebenor dia... mana leh kurus pun pi tempat2 gtu.. hanya nak telan duit kiter jerrr...

macam2 grand kopi now..its a good thing for me..sebab menghancurkan dominasi jenama Nesc... iaitu salah satu company Laknatullah.. Since im a coffee lover.. mmg suker aaa minum kopi.. lagi2 masa belajar dulu minum kopi Hang Tuah O cicah roti keras! waduhhh..nikmat! hehe

Ajzie said...

hahah kelakar laaa aeez nih...

Mulan said...

kopi anak dara takde lagi kot.. or kopi teruna.. prghhh.. apraahh nama komersial gitu.. he he..

Sastri said...

keskeskes... tergelak sas baca... terima kasih kak, sambil-sambil stadi (lom stat lagik nih), baca akaknyer entri dah tergelak-gelak... :)

aNIe said...

iina...akak ni...peminat kopi...lagi pekat lagi sedap...perrgghh!!

Tulah dia ingat sgt kat iklan2 tu sbab mungkin kitorang pun suka menyebut2nya kat rumah

-------------------------

Tulip...senyum2 kambing akak kat sini bila tulip kata...da

Ye lah agalnya dah jadi janda baru tau wat kopi ke?...hahahah...ye le tu kot...!!

-------------------------

Pinatbate...dia takot ibu dia kawin orang muda...sebab dia selalu cakap ayah dia dah tua...sebab dah 50...hahaha

-------------------------

Kak...hahahah...tulah pasal...Sya bukan main menyampah dengar iklan tu...

Kopi sedap kak...lebih2 lagi nescafe..heheheh

-------------------------

Kak pah..memang pun kita yang dah dewasa ni pun kadang rasa macam betul ke idak iklan tu...macam tak caya je kan?

-------------------------

zany...memang dia spy...dia jadi spy untuk akak & ayah dia...kalau akak kluar ngan dia...balik ayah dia tanya...memang dia akan cerita...

Macam2 aje diorang kan?

-------------------------

idahani...tulah...dia takot mak dia jadi muda...hahaha...iklan tu semua bukan betol pun...kalau 1000 yang buat mungkin yang berjaya tak sampai 100...

-------------------------

Ummi...kalau bagi chance dia duduk lama ...memang segala2nya terserlah...lagipun dah pesan kat dia...jgn nakal2...jgn cakap bukan2...heheheh..ye ler...takut nanti dia cakap main lepas aje...bukan dia tau nak berlapik...

-----------------------


ez...dia ni kalau bercakap memang buat akak ngan cik abang tersenyum2 kambing...sebab kadang2 dia suka mengenakan kitorang balik..lebih2 lagi ayah dia...

-----------------------

Irfa...memang dia kata ayah dia tua...masa akak nyanyi kat dapur dia kata...tu sebab akak dpt laki tua...sebab suka nyanyi kat dapur...

-----------------------

Masy...tengok tak iklan dia...lagik kelakar...sakit perut kitorang ketawa

-----------------------

Ida...memang pun ...adik ipar akak pergi dia kata untuk proses menyembuhan wajah ...dlm RM12k...PENGSAN!! kalau baik takpe...RM12k tu kalau buat pergi haji lagi baik...

Kopi Hang Tuah tu memang pekat...sedap...menyengat..!! Kena dengan biskut lemak...nikmat sungguh. Akak pun peminat kopi tau...tapi kenelah yang pekat...

------------------------

Ajzie...kalau berbual ngan dia memang boleh buat kita ketawa...pandai aje nak mengenakan orang

------------------------

Mulan..masa anak dara tak pandai lagi buat kopi...masa jadi isteri pun tak pandai lagi...dah janda baru pandai ...tu nama dia kopi janda...macam kata tulipurple...hahahah

~EZ~ said...

adehh..klaka la fareez ni.semua iklan kecantikan die igt.Takut betul ibu dia kena ngorat dgn orang muda.hehehe..

err..kopi janda? ez memang tak gemor betul mendengarnya.Tak leh buh nama elok cket ek..huhuhu..mcm2 jenis kopi ada skg ni.

Sya said...

Aku pun paling benci iklan tu cam S*al aje.. bodoh punya orang letak nama tu. Mana ada kena mengena ngan kopi = janda tak masuk akal..

pB said...

ha ha ha

RaFFLeSiA MeRaH said...

kak...yg herannya semua dia tau yer....hehehe...

Insaflah said...

Rasalah kopi terbaru di pasaran - KOPI TUPAI JANTAN.

Mamamanja said...

bijak anak akak

kopi janda x sesuai..

MOKCIK AZWA said...

cutenya Aeez nie kan...pandai betul berhujah...bernas pulak tu.

kopi janda tu mokcik boleh terima lagik, tang ada satu iklan kopi power tu yang sepatutnya tak bleh tayang kat tivi..

arsaili said...

salam..moral of the story..bukan budak2..org dewasa pun terpengaruh dgn iklan..hahahaha.

ILA said...

ape ler..fareez ni..
muka ibu mcm 30an lerrr:P
(sambil kenyit mata kat k.ani)

Faizah said...

hehehe, sabor jek la ye, klako

Nong said...

He he nak tergelak pulak baca kisah fareez ni... Takut mak nye cari pakwe ...

Sri Diah said...

Kopi Janda! Kak Lady, akak dah try kopi ni bolehlah... rasanya macam sama je dengan kopi-kopi lain, tapi hubby akak tak galakkan, nanti terkena badi label kopi tu katanya. Hahaha... anyway cerdik sungguh anak Kak Lady tu.

Mak Su said...

hahaha, penangan iklan.

Zareda Norman said...

Kak ani

macam macam ler Faezz tu ek..

Si Zulaika cukup punya menyampah dengar iklan kopi janda tu... hahahaha

Neeza Shahril said...

hehe.. pandai betul aeez..
boleh jadi promoter cam ni kak Anie..
tapi, tahu pulak dia jealous kalau akak kurus dan cantik kan..
sayang betul dia kat akak kan.. :)

Anonymous said...

salam kak

hehe kuat benar pengaruh iklan nya... sume cite ada iklan hehe

Mama Rock said...

hahaha kak anie, baru aje nadia propose kat mama benda yang sama. dia stress sebab muka dia banyak balckheads...so dia pun suggest kan mama hantar dia pergi new york skin care, then mama sementara tunggu tu boleh pi london weight management and papa boleh pergi yu nam hair care!

anyway tiga-tiga company ni under the same management :)

blackpurple @ jowopinter said...

Sekarang kan trend lelaki muda cari perempuan yang agak berumur... Hehehe!

Lepas ini mesti akan ada kopi duda, kopi bujang, kopi dara, kopi bla..bla..bla... Isk!

CuTeMiUt78 said...

wah...habis semua iklan aezz sebut ya.. eemmm macam iklan dah sekarang ni kan kak

Mummy Rizq said...

rizq pulak ada jer lagu kat radio dia tau.. ini lagu citer Intan.. ini lagu citer Suria Kasandra.. aa.. ini pulak lagu citer Cinta Untuk Ain.. ermm.. macam2 budak2 sekarang ni kan!

aNIe said...

Sas...kalau jumpa dia memang dia tak banyak cakap...sebab baru kenal...kalau dah lama kenal...ermmm...tak tahan dibuatnya

-------------------------

Ez...tulah pasal...dia ingat ntah saper le yang nak kat ibu dia ni...heheheh

Iklan kecantikan tu...memang dia selalu tengok semasa tgk drama

------------------------

Sya...betul kan...nyampah aku dengar...begitu banyaklah nama...nama tu yang dia pilih

------------------------

PB...anak bujang tu sorang memang penghibur akak

-----------------------

Rafflesia..apa taknya ...asyik menonton drama dengan ibu dia aje...

-----------------------

Insaflah...aha...memang banyak terjumpa kat kedai2 kopi sekarang

-----------------------

Mamamanja...bijak bercakap mcam orang tua2...

------------------------

Mokcik azwa...memang lah...kopi power tu memang tak sesuai ditayangkan kat TV...anak akak sampai tanya...apsal ada bunga api keluar dari rumah dia...adoyai...

-----------------------

arsaili ...tulah pasal...hehehe

-----------------------

ila...dia kata akak dah tua...hahaha...dia takut akak rasa muda...anak betuah betul dia ni

-----------------------

faizah...tulah klako bila ingatkan kata2 dia...dia ingat ntah saper le nak ngorat ibu dia ni

----------------------

Kak Nong...hehehe...tulah pasal...dia takut ibu dia tinggalkan dia

----------------------

Sri Diah...hahahah...takmo lah rasa kopi tu...kalau ada sesiapa yang rekomen baik punya ...barulah teringin nak rasa...hehehe...

Tapi memang tak digalakkan...

----------------------

Maksu...kuatnya pengaruh iklan kan?

---------------------

Zar...ika pun pandai menyampah ye...hehehe

---------------------

Neeza...dia takut akak kene kebas dengan pakwe muda...hahaha...lawak betul...

--------------------

manje...naik jelak tgk iklan

--------------------

Hahahaha....mamarock...bebudak ni ada ada aje kan? Bukan murah tempat2 camtu...

Psst!! Cik abang akak pun kenelah pergi kat Yun Nam tu...heheheh

---------------------

Blackpurple...kalau lom kawin atau single okaylah...dah kawin ni mana nak letak cik abang tu...

Kopi...macam2 kopi kan? Yang paling laris ...kopi yang boleh jadikan orang 'kuat' ...hishh!! macam2 aje diorang ni

-------------------------

Cutemiut...tulah iklan kopi macam2...sampai kita jadi keliru mana yang sedap

-------------------------

Mummy Rizq...hehehe...rizq pun dah bertambah bijak sekarang...anak2 zaman siber ni bijak2...heheh

mummysya said...

Bijaknya...

Budak zaman skg mmg lebih cepat pengaruh dari kita kan....

Hhehehehe!!!

Anonymous said...

Kak anie

Seronok tengok telatah anak2.. kita
Semua tu akan berlalu apabila mereka sudah dewasa...dan kita juga semakin tua...hehehe

P/S ni shami yang akak kenal dulu tu, sekarang sibuk tak sempat nak berblog tetapi blog kawan2 tetap dikunjungi macam biasa...terutama blog akak, everyday saya kunjung untuk baca entry baru...2 tahun saya sepikan diri...macam2 hal dah berlaku...tak sempat dah nak menulis..tapi kalau ada apa2 maklumat yang ada tetap dikongsi bersama kawan2..

aNIe said...

Mummysya...tulah...bijak betul diorang sekarang...sekarang ni mummysya pun mesti terhibur dengan telatah sya kan?

-----------------------

Salam shami...gembira mendengar berita dari shami...memang rindu kat kengkawan blog yang dah lama menyepi...harap2 satu hari nanti shami akan menulis semula...bila dah ada kesempatan...maklumlah sekarang ni tentu shami sedang sibuk...

Kami masih lagi mengingati shami...alhamdulillah shami sihat...jenguk2 lah akak selalu...

Salam sayang dari akak...jaga diri...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails