Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, April 15, 2009

Yang Tertunda...

11hb April...harijadi Fareez anak bongsu ku yang ke 8...terasa begitu cepat masa berlalu...

Untuk anakku sayang...semoga dipanjangkan usia...dimurahkan rezeki...membesar menjadi anak yang baik, soleh dan membanggakan ibu dan ayah. Semoga dijauhkan dia dari segala bahaya...musibah dan muslihat dunia yang menyesatkan...Ameen...



Ini gambar lama dia dgn Ilan...gambar baru takde lah pulak...

Dalam seminggu tu...puas kitorang memikirkan nak pergi makan2 kat mana...semasa birthday cik abang ari tu...kitorang pi makan ayam panggang pak Kenny...at last...kitorang buat keputusan untuk makan2 di Ikea...nak makan pouched salmon & daim cake....yummmy...

Pada mulanya nak pergi hari Sabtu...tapi terpaksa dibatalkan minit2 akhir kerana kaki Ude bengkak sebab terpelecok ketika bermain badminton bersama kawan2 sepejabatnya. Ingatkan selepas urut boleh lah pergi nanti. Rupa2nya dah bengkak...makcik urut tu takmo urut...kene tunggu bengkaknya susut...

Segala perancangan terpaksa ditunda lebih2 lagi anak2 semua dah keletihan kerana jadual tusyen pagi & petang.

Ahad pagi2 lagi Ude dah dibawa ayahnya untuk berurut...lepastu dia terpaksa berehat. Oleh itu kami meraikan makan2 sempena harijadi Aeez tanpa Ude...syian...!! Tapi aku tapau sandwich untuk dia.


Sayang....gambar tak sempat ambil...orang berpusu2 ramai yang amat kat Ikea...aku seperti biasa makan Salmon...dan yang lain2 makan chicken leg & sudah tentu 'daim cake' yang Fareez idam2kan.

Disebabkan tak dpt tempek gambar kat Ikea...aku masukkan gambar nasi lemak kukus kegemaran cik abang yang aku buat minggu lepas atas permintaan dia. Seperti yang aku katakan...cik abang kalau makan nasi lemak mesti yang berkukus...kalau tak selera dia terbantut...



Beras yang telah direndam...dikukus dulu sehingga separuh masak. Kukusan ini aku beli khas untuk memasak nasi lemak cik abang...






Bila dah separuh masak...nasi dikeluarkan dan gaul dengan santan yang telah di masukkan sedikit garam...gaul hingga rata dan biarkan nasi tu menyerap santan tersebut...kemudian kukuskan sekali lagi sehingga nasi masak...jika nasi keras renjiskan dengan air masak...Aku gunakan daun pisang dan pandan untuk mengalas bahagian bawah kukusan supaya wangi.



Kalau ada nasi lemak...mesti ada sambal kan. Kali ini aku buat sambal udang...


Cik abang kalau makan nasi lemak...mesti nak telur asin atau telur rebus...kalau telur mata semua tak suka...diorang kata macam tak kena aje bila makan dengan nasi lemak


Orang Melaka kalau makan nasi lemak...mesti ada kangkung...kalau tidak rasa tak sah aje nasi lemak tu...hehehe...
Dan ini sotong goreng untuk si kecik yang tak makan pedas....tapi yang besar2 pun tumpang semangkok

Perasan tak...dulu aku jarang masak seafood sebab cik abang aku kena gout...tak boleh makan makanan2 laut. Tapi sejak dia mengamalkan meminum Bio Segar Alhamdulillah...goutnya dah berkurangan dan kini dia boleh menikmati makan2 yang dia suka selama ini. Kalau tak dulu bukan kata makan sotong...kuah sotong pun dia tak boleh makan. Jadi pada sesiapa yang menderita sakit gout...cubalah...mana tau Insyaallah... uric asid akan berkurangan. Ni nak promotelah ni...hehehe...benda yang baik tak salah kalau dikongsi bersama kan??




...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

49 comments:

Sastri said...

selamat hari jadi buat adik Fareez... semoga jadi anak yang soleh dan berjaya...

kak, sedapnyer nengok gambar-gambar makanan tu kak... sas dah la tak sempat sarapan... lapar plak jadinya... bole kirim kat sas sikit tak? huhuhu...

Qas said...

salam KL

kaki uda dah okey??

meleleh pulak air liyo neh.

buat sikecik. selamat hari lahir. dengar cakap ibu yeeeeee. :D

Sastri said...

sowie kak... tadi tak appear komen... ingatkan tak lepas... tu yang terkomen 2 kali tu... huhuhu...

shafarina said...

selamat hari jadi aeez!

pB said...

Salam Akkakkkkkkk


Happy Besday To Aezzzzz

Mak hadiah apa?????




Akak , hujung minggu ni ,apa citer???

KV said...

hepi besday aeez. Muka dia ikut akak ke, ikut abah dia? hihi

sya said...

Oi sempat kempen bio segar tuh.. :p

Zareda Norman said...

Kak ani

meriah nasik lemak akak..

zar kalau masak rendang.. lebihan santan rendang tu sure zar buat nasi lemak.. nasi lemak koboi.. hehehhe

Ajzie said...

wow nmpk sedappppppppp aje.. Nak cikit boleh tak? hihihi.

Happy besday buat aeez...Happy happy selalu yaaaaaa..

CuTeMiUt78 said...

oh.. besday farez sama bulan ngan budak bulat mirul tu kak.. mirul 22hb ni. Happy besday utk Fareez ya.. semoga menjadi anak yg soleh, bijak pandai dan taat kepada kedua ibu bapa. Serta menjadi anak yg berguna suatu hari nnti.. insyallah.
wah.. lapo aarr tgk nasi lemak kukus akak..

MOKCIK AZWA said...

Happy birthday untuk Fareez...dah 8 tahun ya...hadiah mintak kat ibu ya hehehehe

aminnn...(aminkan doa kak anie dan kenkawan untuk Aeez)

zany said...

happy birthday aezzz, semoga dilindungiNya selalu.

dalam sibuk tayang nasi lemak yang mengancam itu, sempat promote produk ye, pandai kak lady.

Ummi365 said...

happy birthday aeezzz... semoga menjadi anak yang soleh ya... boleh jaga mama nanti.

ez said...

adik aeezz..eppy besday...adik tetap comel..smga menjadi anak yg soleh..dengar ckp mak n ayah ye..

akak..nak jugak nasi lemak tu..bestnye..terliur dibuatnye..hehe

MAMAMIA said...

Happy Bday Fareez.... Dah besar ni, mesti tambah keletah kan...

Lyna said...

cemana2 pun bila nampak nasik lemak udang tumis tu ohhh hilang semua idea..

huwaaaa nak makan jugak!!!

Raiedzall said...

kak anie,

anak akak yg bongsu sama umur ngan anak saya yg sulung. Bday dia pun bulan nih. Happy birthday utk aeez. InshaAllah, didoakan dia dan semua anak2 kita jd anak soleh/solehah.

sambal udang tu nampak menggiurkan.. tak leh blah. hahaha....


-anitakema-
(guna id hubby psl malas nak logout. hehehe...)

sakurasa 2 said...

Happy bday buat adik Fareez... dari auntie sakura
semoga jadi anak yang soleh dan berjaya dunia n akhirat.

sally said...

appy belated utk Aeez. wahh berkongsi bulan ngan Aiman anak saya.

Cepat aje besar anak-anak ni kan kak..bukan umur je bertambah, badan diorang pun bertambah kembang! hehehe

Hmmm nampak sedap nasi lemak kukus tuh..sambal udang yg buat tak tahan..meleleh air liur.. tapau satu!

PINATBATE said...

Selamat hari lahir Aeez..semuga semakin bijak!

aNIe said...

Sas...terima kasih...bagi pihak aeez...balik sekolah ni dia mesti baca komen2 kat sini sambil senyum2...lebih2 lagi kalau ada yang cakap dia comel...

Nasi lemak kukus tu...kene sambal udang atau kerang...ada telur rebus...sayur kangkung...peeerrghh!!! sedappp...hehehe...saja menyakat sas...


Yang satu lagi komen tu akak dah delete..

-------------------------

Qas..kaki tu masih bengkak...kata kakak tukang urut tu...ada ligament yang koyak...tulah main macam pemain prof....hehehe

Terima kasih kerana ucap selamat tu....

Nasi lemak tu memang sedap...tak menahan...heheheh

-------------------------

Shafarina...terima kasih...

------------------------

Terima kasih PB...dia mintak hadia roller blade dari mak dia...basikal pun tak pandai naik lagik...nak beli roller blade pulak...adoi...macam2 aje dia tu

Minggu ni...insyaallah jadi

-------------------------

KV...muka sikecik tu campur2...bentuk muka ayah dia...idung comel ikut akak...hahahaha

------------------------

Sya...ada peluang kempen...jgn tak kempen...hahaha

-----------------------

Zar...dia kalau kukus kurang sikit rasa lemak dia...berderai tu yang buat sedap...tu yang buat makan lebih...tu yang buat lemak bertambah2...hehehe

aNIe said...

Ajzie...terima kasih...memang sedap ajzie...bukan nampak sedap je...hehehe...

---------------------------

Cutemiut...terima kasih...ameen untuk semua doa2 tu...

Mesti rasa nasi lemak orang melaka tau...sedap...:D

--------------------------

Mokcik azwa...dia dah mintak dah...tapi tak tau nak belikan ke idak...macam tak confident aje dia boleh main roller blade tu

Thanks for the wishes...

-------------------------

Zany ada ruang untuk promote mesti promote...tapi memang cik abang tu dah elok dah gout dia...alhamdulillah...

Terima kasih utk ucapan tersebut

-------------------------

Ummi...terima kasih dari akak bagi pihak fareez...nanti dia balik sekolah boleh suruh dia baca komen2 kat sini

----------------------

ez...terima kasih kerana ucap selamat tu...semoga semua doa untuk nya dimakbulkan...

Nasi lemak kukus memang sedap kan?

----------------------

Mamamia...tq...keletah dia bertambah...mulut dia pun bukan main lagik...

----------------------

Lyna...idea apa yang ilang tu...tapi rasanya idea nak masak apa ari ni bertambah kan? Heheheh


------------------------

Anita...semoga anak2 kita akan membesar menjadi anak2 yang soleh dan akan membanggakan kita sebagai ibubapa...

Rasanya lagik tak boleh blah tau...hehehehe

Terima kasih untuk ucap selamat dan doa tersebut...

----------------------

Sakurasa...terima kasih banyak...ini akak ucapkan bagi pihak Fareez...bila dia balik sekolah nanti mesti dia suka....

----------------------

Sally...betullah diorang dah kembang dah...seluar si Fareez tu nak kena zip & hook pun dah susah dah...kembangggg....

Semoga mereka akan menjadi anak2 yang soleh

Nanti akak jual nasi lemak boleh tapau satu eh...hehehe

---------------------

Pinatbate...terima kasih ye...

Kak Elle said...

kali ni AEEZ sambut hari lahir tampe teman asal atok di sg dah tinggalkan kami semua...tapi masih ingat kami semua.

nasi lemak kukus tu nampak sedap lah nnt saya dtg masak ye..haha

silversarina said...

Happy Birthday Fareez!!

Ingat tahun lepas dapat kek sikit aje , tahun ni puas makan daim kek ye .

Thanks sebab ajar cara masak nasi lemak kukus , memang sedap nasi yang dikukus .

iina said...

Happy betday fareez, wah kak cam sedap jek nasi lemak kukus tuh.. nak try ler nnti ;)

kakpah said...

sodap la nasik lomak kukus tu anie oi... tak leh jadi ni, hujung minggu ni kena buat.

happy birthday to fareez

Cat Cat said...

Kak Lady,
Mintak sikit sambal udang tu.. Ni Cath kena jugak masak sotong goreng this weekend. Dah lama craving for it.

Eh Kak Lady, gout tu apa ya..?? Sakit perut ke..??

ayang said...

salam kak anie....boleh saya tau tak...bio segar tu ape n kat mane blh saya dapatkannya sbb famili saya ade sakit gout n sering kena gout yg teruk sangat...terima kasih kak..

Mamamanja said...

epi besday aezz

sedapnya kak..

idahani said...

happy belated bday Fareez..moga panjang umur n murah rezeki..tak lupa gak moga ude cepat2 sembuh..

wohaii..terleleh airliur tgk nasi lemak kukus yg lengkap dgn sambalnya, telur rebusnya, sotong gorengnya lagik..wooo..sib baik ler tak ngandung..hehehehe

manje said...

salam akak

selamat hari jadi buat adik Fareez... em kaki yang terpelecok tu dah baik ker?

> kalau kukus nasi tu tak keras ke kak?

Mama Rock said...

happy brthday ayeez...isy isy isy, kak anie ni, dah le pagi ni mama lapar...nampak pulak nasi lemak ngan sambal udang...meleleh air liur den ha!

RaFFLeSiA MeRaH said...

slmt hari lahir buat fareez....moga jadi anak yg solehhh....aduii kak anie, sy tgh lapar ni, x tahan tgk menu nasi lemak akak tuuu.....aduyaiii...

Neeza Shahril said...

yeay!! dapat satu ilmu hari ni.. buat nasi lemak kukus. Nak try la..
frust lah bila masak nasi lemak berkerak kat bawah. sayang je rasa...

haaa.. macam sesuai untuk adik neeza yang ada gout.. nak tengok lah bio segar tu..

zue said...

slmt hari jadi Fareez...jadi anak yg baik tau, dgr cakap ibu.

suami zue pun ada gout. klu cite bab pantang2 ni...tpaksa kena ikut selera org gout. huhuhu.

aNIe said...

Kak elle...memang anie pun masih ingat...tiap kali birhtday arwah atok akak mesti buat entry untuk kedua dua sekali...tapi Allah lebih sayangkan atok kan kak...

Al-Fatihah buat arwah ayah akak..

----------------------------

rina...hehehe...tahun ni dia uas makan daim kek tu...langsung tak pelawa kita...bila buka balik album kek sebelah tu...terkekek2 akak ketawa...

Memang sedap nasi yang dikukus kan...tak melekat...berderai je...

---------------------------

iina...makan nasi lemak kukus ni terasa enak aje...sebab nasi dia berderai...wangi pulak tu...


---------------------------

Buat kak Pah...jgn tak buat...memang sedap ...hingga menjilat jari tau...

--------------------------

Cath...sambal tumis apa aje pun sedap kan?...udang...sotong...ikan bilis pun sedap...kene kerang...lagik ummpph..!!

Sakit gout tu...sakit2 pada sendi2 akibat terlalu banyak uric acid. Bila kene bahagian sendi akan bengkak dan sakit hingga nak bergerak pun tak boleh.

-----------------------

Salam ayang...bio segar itu adalah sejenis pemakanan kesihatan yang berasaskan alkali...akak ada jual kalau ayang nak beli boleh akak poskan ...kita boleh berurusan online....cuba jengok ke blog bisness akak...kat situ ade penerangan mengenai bio segar.

Semasa mula2 makan bio segar tu...kenalah jaga pemakanan tu...bila dah habis sekotak...insyaallah...dptlah makan seafood sedikit2...

Kalau nak tau lebih lajut masuk ke blog akak.. http://aniesbizz.blogspot.com

-------------------------

Mamamanja...terima kasih

------------------------

idahani...jgn tgk aje...minggu ni buat ler...senang aje nak kukus nasi tu...

Terima kasih kerana ucap selamat untuk aeez & Ude tu

--------------------

Manje terima kasih kerana ucap selamat buat aeez...yang terpelecok alhamdulillah dah berkurang sakitnya...

Beras yang nak dikukus tu hendaklah direndam dahulu...rendam beras tu dalam 1/2 jam..tak keras ...sedap...kalau masa dah masak tu nasi tu rasa keras...ambil sedikit air dan renjis2 kan pada nasi tersebut

-----------------------

Mamarock...cik abang tu kalau kena nasi lemak kukus...berulang2 makannya...hehehe...kena dengan sambal udang...waduuuhhh!! memang sedap

----------------------

Rafflesia...ameen buat semua doa untuk aeez tu....

Menu tu takde ikan bilisnya...kalau tak dah lengkap dah semuanya...

-----------------------

neeza...buat lah nasi lemak kukus tu...mesti anak2 pun suka...tapi rendam beras tu dulu...biar lembut nasinya...

Penyakit gout ni adalah kerana uric asid yang berlebihan dalam badan...bio segar tu serbuk minuman yang berasaskan alkali...jadi ia menyeimbangkan kandungan asid dalam badan...kalau kita yang selalu sakit2 badan tu bermakna asid yang berlebiah...memang elok kalau di amalkan.

Sakit gout kalau di biarkan akan menyebabkan sendi2 membengkak...

--------------------------

Zue...akak pun dulu kene ikut diet suami...tak dpt makan makanan laut...tapi bila gout dia dah mula menghilang...barulah dpt makan sekali sekala...

Suruhlah dia cuba bio segar tu...baca mengenainya di blog akak...




------------------------

Led said...

salam kak lady,

adess,

saja jer yer kak lady tunjuk lak2 nasik lemak ni. nasik lemak masakan air tgn ibummg lain sgt2 klu nk bandingkn yg kat kedai tu..

tulipurple said...

eppy sweet bday to aeez yg mmggg chomelt ditambah lak sore yg cute mute tu...ikut saper lah tu ek,moga jadi anak soleh,berjaya dunia akhirat.

uwaaaaa....shedapnye ns lemak kukus tu...kalu makan ngan limau jeruk tu lagi best kot...uhuks uhuks...:P

Mummy Rizq said...

epi bday fareez...

saya tak pernah try buat nasi lemak kukus... tapi memang sedap sebab nasinya tak melekat & berderai kan..

sambal udang kegemaran hubby tu!

dlt said...

Happy bday aeezz... makin tahun, makin besar anak bongsu kak lady nih... karang makin lama makin rendu akak dgn kerenah dia,kan?

Masy said...

epy blated bday utk aeezz.. :)

tgk nasik lemak rasa lapaulah pulak huhuuhhuuhuh

ayumkay said...

salam kak anie:)

sihat kak? harap sihat semuanya.

bukan orang melaka je suka makan nasi lemak ngan kangkong.. orang selangor pun suka juga kak :D

selamat ulangtahun kelahiran utk aeez. semoga menjadi anak yang soleh dunia & akhirat :)

aNIe said...

Led ...betul tu...air tangan ibu mmg tak terbanding...bila akak masak nasi lemak...anak2 sibuk suruh berniaga...malaslah...hehehe

Kalau kat Melaka nasi lemak kat penjara Banda Hilir paling sedap

--------------------------

Tulip..memang sedap nasi lemak tu...makan dgn asam limau tu tak tau lah pulak sedap ke idak...hehehe

Terima kasih kerana ucap selamat tu..semoga dimakbulkan segala doa...

-------------------------

Mummy rizq...terima kasih

Akak dulu pun tak pandai...tapi sebab selalu buat jadi lah perfect...hheheh

------------------------

dlt...terima kasih...memang rindupun dengan keletah dia masa kecik2...hehehe

------------------------

Masy...orang melaka memang suka nasi lemak kan...sian malam pun nasi lemak...hehehe

-------------------------

ayu_mkay...terima kasih kerana doa tersebut...

Akak sihat...harap ayu pun sama...sihat walafiat...

Oh ye ke orang selangor pun suka makan dgn kangkong...tapi jarang jumpa kat kedai lah

Mak Su said...

happy birthday Fareez :)

zino said...

happy belated birthday utk aeez..sebaya dengan si hazwan tu birthday pun dekat2 je.. tua aeez 3 hari hehe

simah said...

salalm akak..hugs...akak sihat?

happy belated birthday fareez....!! semoga panjang umur dan murah rezeki...

wah... memang murah rezeki pun..tengok aja la makanan yg ibu dia masakkan!terliur gilaaaaaa bila pandang... :0)

en_me said...

hepi belated besday wat fareez ittewww..

Mak Su said...

ada award utk kak aNie

aNIe said...

Maksu...terima kasih kerana ucapan award yang diberi...Muahhh!!!

----------------------

Zino...tulah...sama baya tapi Hazwan tu tinggi...aeez kecik aje

-----------------------

Simah...salam dari akak yang jauh...semoga simah dan anak2 serta suami sihat walafiat...terima kasih masih ingat pada akak

Hmmm...len kali kalau balik Malaysia buatlah permintaan khas nak makan nasi lemak...hehehe

---------------------

en_me...terima kasih...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails