Suatu hari ketika aku memasak di dapur...
'Ibu...ibu suka tak dengan kak ida...' ntah kenapa tiba2 dia teringat ngan kak Idanya.
'Suka...kenapa?'
'Aeez pun suka dia...aeez sayang dia...sebab dia baik...bersopan santun...lemah lembut...'
Hmmm...patutlah kalau dengar aje Ida nak datang...atau nak berjumpa kak Ida...dia yang tersipu2 berlebih2...
'Aha...kak ida kan wanita melayu terakhir...hehehe'
Memang itu gelaran yang aku dan Ude selalu beri pada Ida semasa dia bersama sama kami. ' Wanita Melayu Terakhir'..kerana dia punya ciri-ciri menantu pilihan ibu2 mertua...
'Kalau Aeez besar kan...tentu Aeez nak kawin ngan kak Ida...'
Amboiii!! Bukan main lagik si kecik ni baru 8 tahun dah berangan nak kawin...
'Aeez sayang kak Ida ke..?'
'Sayang...patutnya Aeez tukar tempat dengan abang Munir...biar Aeez jadi abang...'
'Tulah...kalau tak ...ibu dapat ler menantu kak Ida kan?'
Hahahaha...nak tau kenapa dia nak tukar tempat dengan abang Munir...??
Sebab...semasa Ida dah habis belajar...dan Munir dah bekerja...cik abang aku & MIL serta pak sedara & mak sedara sebelah acik abang aku begitu berkenan jika Munir mengambil Ida sebagai pasangannya...
Tapi tau2 lah anak muda sekarang...susah untuk mereka bersetuju dengan pilihan orang tua...maklumlah..mereka ada 'taste' mereka sendiri. Bagi Munir Ida adalah kawan baik adiknya ...dia dah rasa macam keluarga sendiri.
Ida pun dah cakap dia tak mau...hehehehe....
Dan aku sebagai ibu tidak pernah nak memaksa dia...biarlah dia dengan pilihannya sendiri...asalkan gadis pilihannya baik, beriman, bertanggungjawab dan pandai menghormati orang tua. ...
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
41 comments:
pandai Aeez :)
jangan berhenti mengharap
kadang kala dlm kehidupan kita , miracle do happennnnn
heh. kemain lagi aeez ni...
*budak2 pun tau, camne nak cari calon bini. huhuhu
alamak..ada harapan lagi ker nurse munirah tu...
hermmm....napelah Aeez tak berkenan kat anak dara auntie tu kak Ida tu dah tua sangat dari Aeez..hahahaha...pengsan...
Untung Ida , sampai ada yang nak tukar tempat sebab nakkan Ida , bijak Aeez memilih pasangan :)
amboi si kecik tu nak Ida pulak abeh saya nak letak kat mana?..haha
apa jadi ngan Munirah Anie?tak jadi ke?
betul tu skg bukan mcm dulu perkawinan di pilih ibu bapa kan?
aeez aeeez.. kelakar laaa
pandai aeez buat pilihan. Apa lagi anie, dah pekenan tu. Jadikan je la dengan si abang he..he.. Tapi bebudak sekarang ni memang tak suka kalau kita jodoh-jodohkan mereka.
wah.. 8 tahun dah berangan nak kawen tu..hehe
aeez tu , walaupun masih kecil tapi dah pandai buat penilaian sendiri ...
Amboi.. bijaknya budak sekarang.. kecik2 lg dh berangan nak kawen.
cam cinta pandang pertama je kak.. mesti sok dia akan ingat cinta pertama dia hehehehe ;)
pandainya dia.. kecik2 dah cakap pasal kawin..
maknanya dia dah jadi budak besar tu kak Anie..
budak2 sekarang tak suka arrange marriage ni..
mak ayah sibuk la nak anak kawin dengan orang itu ini tapi anak2 ada taste sendiri..
tak sama taste orang tua kan kak..
Tulah Maksu...pandai nak pilih yang cantik dan lemah lembut...
--------------------------
PB...jodoh pertemuan di tangan ALLAH kan?
--------------------------
Qas...tulah...kemain lagik dia nak kawen kecik2 lagik
-------------------------
Pinatbate...takde harapan dah...huhuhuh
-------------------------
Nonie tu lah pasal...nanti nonie suruh lah si nurin tu lemah lembut...senyum2 simpul...sipu2 gitu...ala2 perempuan melayu terakhir...pasti Aeez tergoda...hahahah
-------------------------
Rina...tulah ...jadi rebutan tau
------------------------
Hahaha....tersenyum2 anie baca komen akak...tak jadi nampaknya akak jadi menantu...heheheh
Dgn Munirah tu dah takde harapan...sebab dia memang takmo yang kita kenalkan...nak cari sendiri...
---------------------
Ajzie...tulah kecik2 nak kawen...sunat pun belom lagik...
---------------------
Kakpah...Aeez tu...bersunat pun belum dah berangan nak kawen...adoiii...poning nanti ibu dia ni...
Tulah...tak kesah lah siapa pilihan dia...asalkan baik...pandai menghormati orang tua & beriman...
---------------------
Ida...tulah pasal...Quran pun tak khatam lagik
---------------------
nana...kalau pasal berangan kasi ler kat dia...
--------------------
Ase1...memang dia suka perempuan yang cantik dan lemah lembut...
--------------------
iina...hehehe...mesti bila dah besar dia malu2 teringatkan apa yang dia cakapkan...
salam anie...
amboi bujang kamu ni dah pandai memilih...hmmm
jangan risau anie..bila dia besar sikit..lain pulak pilihan hati nya...
kak anie, fareez tu baru je sambut 8 tahun ... tp dh tau menilai peribadi kak ida nye... bertuah sapa yg dpt memperisterikan kak ida aeez tu
Kak anie tampal le gambau ida tu. hehehe betul ke munir tak mau kak? Doa seorang ibu itu mustajab kak. Yang penting doakan selalu.
wiwittt kecik2 da pandai pilih calon ;) abg munirnye dah ade yg punyalah tu, sbb tu dia tak mo kan kak anie :)
amboi aeez...kecik2 dah pandai memilih bakal surinya hehehe...cute ajer baca dailog kak anie ngan aez tu..
Amboih bukan main aezzz tu ek.. hahahha...
wahh..bukan main sayang lagi si kecik akak tu kat k.ida nyer ek? wahhh..sapa la yg bertuah dpt menantukan Ida tu ek?
apa2 pun...sy tunggggguuu kad jemputan dr sis.wahhh..kalu ida jadi menantu sis,sure kenduri 7 ari 7 malam ek...aminnnn.
Jodoh pertemuan di 'tangan' tuhan.
amboi Aeez, kemain lagi dia yer..high taste gitu... dah sunat belum?
Neeza...tulah...pandai cakap pasal pompuan...nak yang cantik, bersopan santun & lemah lembut gitu...jgn nanti dah besar dah tak ingat tu semua...hahahah
Memang pun...akak pun takmo nak paksa2 dia...biarlah dia dengan pilihannya sendiri
------------------------
Ezza...tulah pasal...masa kecik2 bukan main lagi...tapi takut nanti dah besar nampak yang cantik dah kelabu mata...hehehe
Tapi harap2 dia pandai memilih sampai dia besar nanti...
-----------------------
Ami mahzar...memang masa ida duduk bersama kami dulu dia begitu manja dengan ida...kalah dia ngan Ude..semua dia nak kak Ida...kadang sampai geram kak Ude dibuatnya
-----------------------
Mas...gambar Ida banyak dalam blog akak...especially masa graduation dan masa dia duduk sini dulu...
Entahlah mas...akak selalu doakan yang terbaik untuk anak2...
----------------------
Masy...abang Munir dia tu kan Mat Romeo...hahaha...mana nak pilihan ibu ayah dia
----------------------
Azwa...tulah pasal...cakap macam orang tua2...
----------------------
new leaf...hahaha...bukan main lagik ek...kecik2 nak kawen dah
----------------------
Umeboshi...dia memang sayang kat Ida tu sgt2...masa ida nak balik dulu sedu2 dia menangis...
Memang bertuah siapa yang jadi jodohnya Ida
----------------------
Amboi Tulip!!...bankrap mak ayah camtu...sampai 7 hari 7 malam...hahahaha...kalau ada jodoh nanti akak jemput ler...hehehe
---------------------
Insaflah...betul tu semuanya ketentuan ALLAH
---------------------
Sally...sunat pun belom dah cakap pasal kawin...hahahah...nak yang cantik plak tu lemah lembut lagik...
sib baik ler si aeez ni budak lagi, kalau dah besar, harus akak dpt menantu awal yerrr...hehehehe....
salam anne..seorg mak memang nak yang terbaik untuk anak dia...tapi mcm anie kata..anak-anak sekarang dah pandai pilih sendiri...mcm si kecil tu..kecil2 dah ada pilihan sendiri...
kenapa org skrg pilih yang lawa aje ..
Salam Anie,
Semoga Munir berjumpa yang berkenan di mata dan hati.
Aeez pula bila dah besar nanti boleh bertemu wanita Melayu terakhirnya.
hoh..hoh..hoh.. jauh pemikiran aeez ya.. heh..heh..heh..
Aeeez ni mmg buat akak tak sunyi kan. Pandai betul dia bercakap... siap ada hati nak ganti tempat abang dier
aeez baru je nak berkawan dengan hazwan dah kena balik la pulak hehe..
aeez..memang bijak..heheh..aeez,akak xde bf lg..aeez ngan akakla..heheh
wah..kecil2 dah berfikiran mcm org besor. tapi bagus juga kak anie..aeez tu tahu memilih.
Rafflesia...hehehe...ntah ler tu...kecik2 lagik dah pandai nak kawen...bukan main lagik...
------------------------
kak ina KL...memang betul anak2 sekarang dah pandai memilih...tapi kalau nak kata lawa aje yang dipilih...saya rasa pilihan munir taklah lawa sgt...taste dia yang kecil molek dan kulit sawo matang...atau tak putih sgt...sebab tulah dia takmo kat Munirah dulu walau pun cantik sebab budak tu putih melepak...heheheh
Tu sebab orang selalu kata...'beauty is in the eyes of the beholder..'
-------------------------
Salam Zabs...Munir tu sekarang masih mencari...biasalah anak muda...berkawan ramai ntah mana yang berkenan dihati masih tak tau lagi...selalu berpesan dgn dia...supaya pandai menjaga nama baik keluarga...
Sikecik tu pulak...Ida tu pilihan masa dia kecik ni...nanti dah besar tak taulah camaner...harap2 dia dpt buat pilihan yang baik...hehehe
-------------------------
Cutemiut...tulah...jauh sungguh pemikiran dia
-------------------------
Zek zek...masa dia kata nak ganti tempat abang tu...akak dah tergelak dah...boleh pulak di fikir sampai ke situ
------------------------
zino...tulah pasal...dah kenyang makan baru nak bermesra bermain sesama dah kene balik...hehehe...
Len kali kalau ada gathering kena lah bawak mem & hazwan sekali lagik...biar dpt beramah mesra
-------------------------
Ez...masa dulu dia pernah tanya kak Ude dia dah ada BF tak...kakak Ude kata takde...terus dia kata biar dia jadi BF...dan dan tu jugak tukar panggil kak Ude dia 'sayang'
------------------------
Zue...harap2 pilihannya sampai dewasa nanti biarlah yang terbaik
----------------------
Wah... belum apa2 lagi dah cari calon menantu untuk mak dia.
Kak nong tak masuk campur kalau anak2 dah suka.. he he..
hahaha...kak lady, baru insiden yang sama happen kat rumah mama. semalam nadi panggil abangnya freddy beritau mama ada nak cakap benda. so dia pun datang ke dapur, we were just finishing dinner. si nadia ni terusla beritau mama dah cari kan calon untuk along. melenting bujang sorang tu...keh keh keh! kelakar sungguh. bebudak sekarang ni memang tak nak orang tua pilih kan :)
Kak nong...sikecik tu memang kalau bercakap macam orang2 tua...
Betul tu kak...biarlah pasangan hidup mereka...mereka yang pilih...sebab takut nanti kalau terjadi apa2...kita disalahkan...
-----------------------
Mamarock...
Hehehe...pandai aje nadia nak kenakan abang dia ye...mau tak melenting abgnya...hahahaha....dpt bayangkan reaksi bujang mama tu...
kan main lagi si aeez tu, ada hati nak menggantikan abangnya.
tapi kanak2 ni memang jujurkan...
Amboi... Aeez. Bukan main lagi dia. Gamaknya, bila dia tak buat apa-apa gamaknya, dia terkenangkan Kak Ida dia... he he he... macam kita kecik-kecik duluah. Suka kat Ponchorollo (CHiP) he he he...
Ayu_mkay...tulah...abang dia takmo...dia yang nak gantikan pulak...hehehe
Tulah...dia bercakap dari hati dia tu...
---------------------------
Ohhh...OD suka hero citer CHip ke? Hehehe...akak minat yang saper ntah nama dia...yang macam mexico rupa dia tu...ensem...
Post a Comment