Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, April 24, 2009

Cantik Wanita itu...

Sesuatu yang menarik....untuk kita renungkan...

(dari email yg aku dpt lama dahulu)





Cantiknya wanita itu...

Cantiknya wanita itu,
sebagai gadis
bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik

Cantik wanita itu,
sebagai remaja
tidak pada kulitnya mulus menggebu yang terdedah

Cantik wanita itu,
sebagai Hawa
tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam

Cantik wanita itu,
sebagai anak
tidak menjerat diri pada kedurhakaan.

Cantik wanita itu,
sebagai isteri
merempuh badai di sisi suami

Cantik wanita itu,
sebagai menantu
menjauhi persekongkolan ipar lamai

Cantik wanita itu,
sebagai ibu
membuai anak, kala suami menjalin mimpi

Cantik wanita itu,
sebagai mentua
telus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantik wanita itu,
sebagai nenek
menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit

Cantik wanita itu,
sebagai warganegara
peka membela nasib dan maruah negara

Cantik wanita itu,
sebagai warga tua
menghitung hari dengan selembar mashaf

Cantik wanita itu,
sebagai intelektualis
menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantik wanita itu,
sebagai akidah solehah
mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah



*******************************

Marilah kita sama2 berusaha menjadi Wanita yang Cantik itu



...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

34 comments:

jus call me ida.. said...

sajak yg memotivasikan..tq

tulipurple said...

thanks sis...sungguh indah dan sungguh dalam ingatannya...moga kita semua berjaya seperti wanita yang Cantik itu...terima kasih,sis!!

xillix said...

akak punya blog byk unsur kehidupan

xillix said...

suka...

sally said...

cantik wanita itu..
sebagai isteri membuai anak kala suami menjalin mimpi.

hoho kak aNie..kalau dulu geram je tenguk hubby sedap tidur, kita pulak kena berjaga mengenjut buai! nak-nak pulak masa baby demam...aduhai..

ez said...

sy rupe x cantik..tp sy nak cantik mcm yg kak anie tulis..heheh..

zino said...

cantiknya wanita ituuuuu

jalilah_jy said...

suka ilah baca dan menghayati bait bait didalamnya...masa sekolah ilah sorang pencipta sajak..
mendeklamasikan di atas pentas..sering disuruh cik gu membaca di dalam kelas ...tak sangka kak pandai .....tahniah...

iina said...

Insyallah kita berusaha menjadi wanita yang cantik luar dalam.. zahir dan batin ;)

Mak Su said...

insyallah kak anie

PINATBATE said...

Insyaallah,kita berusaha untuk jadi wanita cantik seperti itu..mudah-mudahan dipermudahkan Allah..

RaFFLeSiA MeRaH said...

akak cantik sy pun cantik jugak...ngeh ngeh ngeh...

kakpah said...

biarlah tak cantik di luar tetapi cantik di dalam.

Zareda Norman said...

kak ani
sungguh cantik sekali....

ASE1 said...

nak gak jd cam tu ... bkn setakat fizikal , dalaman pun nak kena cantik gak ..

aNIe said...

Ida..sesuatu yang baik untuk kita jadikan renungan dan panduan...

----------------------

Sama2 Tulip...semoga kita akan menjadi insan yang lebih baik setiap tahun usia meningkat...

---------------------

xillix...terima kasih

--------------------

Sally...teringat masa dulu...kalau anak deman memalam...kita tidur kat bawah buaian sampai pagi pun cik abang tak sedar...heheheh

-------------------

ez...akak ni pun banyak nak kena memperbaiki diri

-----------------

zino...memang cantik kan wanita ituuu

-----------------

Jalilah...kata-kata tu bukan akan yang buat..ianya akak ambil dari email...

Tapi kata-kata ni tu memang indah kan?


----------------

iina...betul tu...semoga kita akan terus berusaha menjadi wanita yang cantik luar dan dalam

---------------

Maksu...sama2lah kita

--------------

Pinatbate...insyallah

-------------

Rafflesia...hehehe...alhamdulillah

-------------

Kakpah...itulah kecantikan sejati kan?

-------------

Zar....memang cantik wanita yang seperti diceritakan tu

-------------

ASE1...Insyaallah...jika kita ada cita2 tersebut akan dimakbulkan ALLAH

ILA said...

'sejuknya' AYAT2 ITU....
aikkk...walpaper akak penuh dgn belon2 loveeeeeee!!!
ada sebijik belok weish ape velentines day lahhh!!
hehekk:p

Ajzie said...

cantik nya kata kata itu...

zany said...

cantik luar, lama-lama hilang juga,
cantik dalam kekal tapi bukan mudah nak cantik dalaman.banyak dugaan harus ditempuh.

Nong said...

Beauty lies in the eyes of the beholder. A woman may not be so good looking but may have immense inner beauty in her.

Kak nong nak jadi cam tu...

silversarina said...

Alangkah bahagianya kalau saya boleh jadi wanita yang cantik macam dalam sajak ini .

Satu motivasi buat diri saya.

ayu_mkay said...

cantik sungguh bait2 katanya secantik orang yang mengirimnya.. terima kasih kak kerana saling mengingatkan :)

Kak Elle said...

cantik nya wanita serupa dgn kata2 yg tersusun juga...

tapi nak jumpa wanita yg 100% dlm sajak ni susah nampak nya kan?

aNIe said...

Ila...memang sejuk kata-kata tu kan...akak suka sgt...

Aha...tak perasan background tu ada belon valentine...dah tukar dah...thanks ila beritau akak...

-----------------------

Ajzie...rasa teringin menjadi wanita yang seperti itu

-----------------------

Zany betul tu...yang zahir tu hanya sementara...takkan kekal lama...yang kekal adalah kecantikan dalaman

-----------------------

Kak Nong...kecantikan dalaman lah yang paling mulia dan akan menyerlahkan peribadi yang cantik...

Insyaallah..jika kita berusaha dan membuka minda untuk menjadi yang terbaik...pasti kita akan dpt menjadi seperti wanita cantik itu

-------------------------

Rina...membaca bait2 kata2 tu...terasa akan kecantikan wanita itu kan....

Sesuatu yang elok untuk kita jadikan panduan

------------------------

Ayu_mkay...kita boleh berusaha untuk menjadi sepertinya...kalau tak dpt 100% ...dapat 80% pun rasanya dah alhamdulillah....

-------------------------

Kak...untuk menjadi seperti itu...terlalu banyak dugaan yang perlu dilalui...

kawaii_desu said...

mmg....
akak mintak izin nak copy

maklang said...

tq kak..ini boleh dijadikan panduan, InsyaAllah...

Neeza Shahril said...

alangkah bertuah dan bersyukurnya kalau dapat jadi wanita yang didescribe kak Anie tu..
kira sempurna..complete dah tu kan kan..
walau bagaimanapun, neeza akan berusaha ke arah itu.. Insyaallah..

Abahnajwa said...

Salam Kak Anie,

ada iras2 lak entry kita kan kak?

Semoga akak akan kekal cantik selamanya...Aminnn

acik ila said...

bukan senang nak jadik wanita cantik macam bait2 yang kak anie catatkan di sini.. tapi kalau tak dapat ikut 100%.. dapat half pun dah kira syukur rahmat..

acai said...

slm kak..:)
waaa, sangat menarik entry akk ni..mmg banyak kecantikan dalaman wanita yang orang tak lihat sebab terlalu fokus kepada luaran sahaja..

thanks atas ucapan akk tu ye..:) lama tak singgah sini sejak takde blog lama tu..

MULAN said...

iyaa... moga kita semua tergolong dalam wanita yang cantik itu.. kena usaha kan kak anie..!!

Luna said...

pd sy kecantikan wanita tu bila dia dpt berpikir sejenak sblm berkata2 dan kata2nya itu jelas dan diasaskan oleh pertimbangan waras bkn krn emosi.

© Opah De said...

Jom... kita jadi wanita yang cantik!

aNIe said...

Kawaii_desu...takde masalah...copy le

---------------------------

maklang...semoga dpt menjadi panduan kita...

---------------------------

Neeza...cantiknya wanita itu bila dpt menyempurnakan dirinya dan mendapat keredhaan suami dunia dan akhirat...

---------------------------

abahnajwa...salam dari akak di kejauan..

Aha...akak dah tengok entry abah...macam sama aje kan?

Semoga kita sama2 terus berusaha menjadi insan yang lebih baik dari hari ini

------------------------

acik ila...fpy 50% tu pun dah alhamdulillah kan?

-----------------------

Acai...terima kasih kerana singgah ke blog akak semua...hehehe

Betul apa yang acai cakapkan...kecantikan dalaman lebih utama kerana ianya kekal lama

----------------------

Mulan untuk menjadi apa sahaja kita kene berusaha...

-----------------------

Luna ...itu adalah salah satu dari cabang kecantikan wanita...bertindak mengikut akal fikiran waras bukan dgn emosi...

-----------------------

Jom Opah De..heheheh

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails