Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, April 6, 2009

Terima Kasih...

Blogger RaFFLeSiA MeRaH
Delete
Blogger Ummi365
Delete
Blogger jus call me ida..
Delete
Blogger sedap, suci, segar ...
Delete
Blogger Kak Elle
Delete
Blogger jalilah_jy

Blogger sakurasa 2
Delete
Anonymous zareda
Delete
Blogger dlt
Delete
Blogger pB
Delete
Blogger ~ yus ~
Delete
Blogger HappyIrfa
Delete
Blogger MULAN
Delete
Blogger AZWA
Delete
Blogger Alina..
Blogger KV
Blogger MamamanjaDelete

Blogger kad0k.
Delete
Blogger ez
Delete
Blogger iinaDelete

Blogger silversarina
Delete
Blogger Cat Cat
Delete
Blogger Zek Zek
Delete
Blogger Masy
Delete
Anonymous Faizah
Delete
Blogger xillix axillixa
Delete
Blogger Neeza Shahril
Delete
Blogger tulipurple
Delete
Blogger cj'alhafiz
Delete
Blogger Intan Rosnitta
Pada semua teman2 yang telah mengucapkan ucapan Selamat Hari Jadi buat cik abang ku...terima kasih banyak2... begitu juga yang meninggalkan ucap selamat di shoutbox iaitu Ina KL dan mamafif...terima kasih banyak dari aku bagi pihak cik abang.

Aku memang jarang memuji cik abang...tapi sesekali memuji apa salahnya...lagi pun memang ada benarnya...kalau orang tgk tak tau dia dah 50 tahun. Takpelah kalau aku kata dia muda macam orang 40an...sebab dia pun selalu puji aku...kata aku macam belum 40an...hahahahah....(memuji diri ler ni....Hahahah)

Cemburu?...rasanya bohonglah kata kalau kita sebagai isteri tak cemburu kan? Rasa cemburu memang ada...tapi cemburu bertempat...aku taklah cemburu membuta tuli...kerana cik abang aku banyak berurusan di luar...jika hati ni asyik nak rasa cemburu aje...memang lah makan hati nanti...kalau dah makan hati berulam jantung...badan jadi kurus kering....dahi asyik berkerut aje...hati jadi gundah gulana...maka bila umur meningkat 50an...orang ingat kita dah 60an...lagik susah hati dibuatnya.

Bila hati dah susah...mulalah tak tentu rasa...bila dia keluar aje...hati jadi resah...mula lah berfikir yang bukan2. Bila dia balik mula lah asyik nak bercekau aje...asyik nak membebel aje... Hah!! Tu semua lah yang menjadikan suami tak betah berada kat rumah....

Bila suami dah tak betah di rumah...dia mulalah buat benda2 yang kita tak suka...mulalah mencari jalan untuk menenangkan fikiran....mulalah mencari sesuatu untuk menghiburkan hati...maka dari situlah segala masalah besar bermula....

Jadi sebelum masalah besar bermula...janganlah mencipta masalah2 kecil yang hanya akan memburukkan keadaan sedangkan ianya boleh diselesaikan dengan mudah jika dibawa berbincang.

Aku mudah aje...bagi aku...jodoh pertemuan di tangan ALLAH...kalau ALLAH berkehendakkan sesuatu ...kita tak dapat nak mengelakkannya. Cuma apa yang kita boleh buat...sebelum berlaku apa2 ialah mencegah segala2nya sebelum parah.

Ada benar juga kata orang...

'Orang laki ni...kalau dia nak jahat...nak kawin lagi...kau kurung pun dia...kau ikatlah dia...kau kawal lah dia...tapi dibelakang kita dia akan buat jugak....'

Betul tak?

Tapi warning tetap warning...hehehe...tapi warning secara lembutlah...agar dia tau...kita tak suka benda tu.

Kini yang berlebih2 bagi warning ialah si kecik aku ni...siap cakap ngan ayah dia masa ayah dia menyakat dia tentang ustazah dia tu...

'Ayah kalau nak kawin ngan ustazah tu kawin le...tapi....kalau balik sini...jgn bawak balik bini baru ayah tu...jgn sayang Aeez lagik...Aeez pun takmo sayang ayah lagik. Ayah kalau ada anak...jgn letak nama dia sama dengan nama Aeez....'

Terdekah-dekah cik abang ketawa...

Tapi rasanya semua anak2 tak mau ayah mereka berkawin lagi. Kerana bagi mereka...keluarga mereka ialah...ayah...ibu ...kakak...abang...dan adik2 yg lain. Dan tak ada siapa yang berhak untuk masuk diantara mereka.



...





Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

29 comments:

cikceriacorner said...

akak..terima kasih kembali..
sy mendoakan kebahagian akak sekeluarga..ceria selalu..heheh..
akak,nice to know u..walopon kita x penah jumpe..tp sy tau akak seorg yg baik dan ceria..love u kak..mmuuah..heheh

pB said...

he he he ....

Intanaziela said...

semoga kebahagiaan menjadi milik kak anie dan keluarga... :P

Tirana said...

Betul tu kak Anie...kalau dah suratan..halang macam mana pun jadi jugak kan? So tak payah susah2 fikir pasal tu..buat sakit kepala aje..hehehe

^ez^ said...

salam akak..

happy belated besday utk husband tercinta.maaf lambat wish..sibuk cket. Saya doakan yg terbaik tuk keluarga akak..gembira dan bahagia selalu.kekal ke akhir hayat..

zue said...

apa yg akak cakap tu betul...ianya terjadi kat abg kandung saya dah msuk 50 thn. buat hal pulak.

kakak ipar dah sibuk2 naik pjbt kadi. saya yg dgr ni pun risau.

Ajzie said...

kak anie..
hihi terlambat dahh.. Happy besday utk sayang akak yea.....
Moga ceria2 selalu......

Mak Su said...

ooh... sowwi, saya ter-miss entry tu, tapi masih belum terlambatkan, utk ucapan happy birthday buat suami kak anie, moga berbahagia selalu di samping keluarga tersayang :D

MOKCIK AZWA said...

kak anie,

saya setuju banget dengan kata2 akak itteww...sebab azwa sendiri pun berpendirian sedemikian hehehe

mcm nasihat datuk dr fadzillah kamsah...jgn dok asyik terfikir suami buat hal, nanti dibuatnya betul2. klu terlalu sangat difikirkan, sikit2 semua pergerakan suami nak diketahui, hidup kita sendiri tak aman jadiknya. nanti elok2 awet muda hilang pulak serinya ihiksss..

maklang said...

happy belated birthday kat abang akak...moga panjang umur dan berbahagia selalu ye...:)

Alina... said...

ye ahh kak ni kita sume sebenarnya tkleh nak konkong laki kita sgt2..heheheh...
semoga kak ani dan keluarga BAHAGIA SELALU...

iina said...

wah kak sungguh berguna tip akak.. saya setuju sgt.. kalau kita asyik nak risau n tanya dia pun naik rimas.. jgnkn dia kan kak.. kalau dia buat gitu ngan kita pun.. lebih kurg juga kita rasa.. nak2 pula kerja saya dulu byk menyelia pelajar seluruh malaysia.. kalau asyik tanya jek.. asyik call jek mau tensen kak ;).. pokok pangkal kena sama2 percaya dan sabar

zino said...

ayat aeez tu macam ada yg tolong karang kan hehe tak betul kan hehe

Unknown said...

Kak aNIe ku cayang...
Happy belated birthday kat Cik Abang Kak aNIe dan memang betul cakap dia, Kak aNIe nampak 10 years younger dari umur sebenar. Jangan kedekut. Meh share petua meh. He he he. Nanti cakap dengan Aeez, Opah De pun join dia berpiket nanti... ha ha ha. Opah doakan semoga Kak aNIe dan cik abang Kak aNIe kekal bahagia sehingga ke anak cucu cicit. Amin. Jangan usik sangat pasal ustazah tu walaupun niat nak usik Aeez.

Kak Elle said...

pandai si aeez menjawab kan?baik juga ada pembantu nak lawan cakap dgn cik abang tu kan anie?...hehehe

Zareda Norman said...

kak ani

memang betul kan, lelaki kalau nak buat perangai, bukan sebab tak de anak, bukan sebab iteri tak lawa, bukan sebab isteri tak pandai masak, melayan tapi sebab sendiri dah gatai.. hehehheh

tapi langkah berjaga jaga tu memang penting.. ehhehe

CuTeMiUt78 said...

uish..kisahnya..besday hubby akak, sama bulan ngan mirul.. maaf la terlambat plak wish besday utk hubby akak.. apapun selamat belated besday ya.. semoga dimurahkan rezeki dan kekal bahagia selamanya...

Cat Cat said...

Hehehe.. Pandai si Aeez... Anak kesayangan Mama... Ini mesti Kak Lady dah bagi racun ni... Haha :D

Masy said...

sbg manusia, kita usaha jelah betul x kak? ;)

moga akak hepi dgn cik abg n anak2 :)

sakurasa 2 said...

Anie

benarkah?
'Orang laki ni...
kalau dia nak jahat...
nak kawin lagi...
kau kurung pun dia...
kau ikatlah dia...
kau kawal lah dia...
tapi dibelakang kita dia akan buat jugak....'

kalau dia nak kawin lagi...
kita kurung...
kita ikat...
kita kawal dia...
dia nak kawin juga ek...
susuh ya he he he

salam dari sakura

aNIe said...

ez...terima kasih kerana mendoakan yang baik2 untuk akak...insyaallah...satu hari nanti kita dpt jumpa kan?

---------------------------

PB...hehehe... :P

---------------------------

Intanaziela....ameen....terima kasih

---------------------------

Tirana...betul...kadang2 kalau kita terlalu takut sgt...benda yang kita takut tu kadang2 itu juga yang kita dpt.

-----------------------

^ez^...terima kasih utk ucapan tersebut

-----------------------

zue...sekarang ni...macam2 pun boleh jadi kan? Kadang pada usia emas tatkala kita sedang ingin menikmati kebahgiaan bersama keluarga...masa tu lah kita diduga...semoga kakak ipar zue akan tabah menghadapinya...

------------------------

Ajzie...terima kasih banyak...

------------------------

Maksu tak terlambat lagi...terima kasih Maksu...

------------------------

Azwa...terlalu memikirkan benda yang masih belum sahih...cemburu yang keterlaluan akan membuat kita hilang seri wajah...tak awet nanti

-----------------------

Maklang...terima kasih banyak2...semoga dimakbulkan segala doa

----------------------

Alina...memang betul tu...jgn selalu buat muncung...nanti bibir tu boleh buat sangkut baju...hahahah

----------------------

iina...sikap saling mempercayai mesti ada diantar suami isteri...dan masing2 kenalah pandai untuk tidak menimbulkan apa2 keraguan dlm perhubungan...barulah bahagia rumahtangga kan?

----------------------

Zino...ayat2 tu ayat2 dia...ibu dia tak tau pun...betul...dia karang sendiri...ibu dia innocent....heheheh

----------------------

OD cayang...hahahha...jom join piket...

Terima kasih OD kerana ucapan tersebut dan semoga segala doa dimakbulkan....doa yang baik2 tau...hehehe

OD...dia memang suka menyakat si Aeez dgn ustazah tu..sampai naik hangin budak tu...

-----------------------

Kak...hahahah...tulah ada tukang sokong lagik...

---------------------

Zar...betul tu...takde anak...isteri tak cantik semuanya alasan...hehehhe...dah memang gatai nak kawin lagik...

-----------------------

Cutemiut...terima kasih kerna ucap selamat itu...

-----------------------

Cath...hahahha...macam tau2 aje.... :P

-----------------------

Masy...kita kene usaha mencegah...kaau berserah aje tak boleh....

Terima kasih masy

----------------------

Sakurasa...memang susah kan? Dah kene ikat pun dia boleh buat belakang kita lagik...

Tu kalau dia betul2 nak lah kan...hehehhe

Sya said...

woi aku yg tak wish abang kau.. tapi tahun ni aku memang tak ingat arijadi lah.. arijadi kak long, adik Al sume aku tak wish,.. aku lupa

aNIe said...

Loooor.....sya...aku pun sama...harijadi kak long pun tak ingat....aku dah set kat hp...aper le punya mengong hp ni tak bagi alarm

KLMari said...

Kak Anie...happy belated birthday to Cik Abe akak..:) Umur cuma sekadar number...Janji happy..:)

Kiah Kardashian said...

MMg la kak..kalau nak ikut kita nak jeles/risau susah la. Orang tu takder aper2 kita yang nak makan hati pulak.Takper hepi ajerla...tu rahsia awet mudanya. Hihihih...

Neeza Shahril said...

husband neeza pun selalu usik dan gurau dengan anak-anak "kalau ummi ni takde, abah cari ummi baru.. nak tak?"
anak-anak semua cakap "tak nak!! nak ummi ni jugakkk.."
hehehh..

tapi macam yang Kak Anie cakap, kalau dah ketentuan nak buat camana kan kak.. pasrah aje.
kita kawal pun, kalau nak jadi, jadi jugak kan..

Nong said...

It works both ways for a relationship to last.

A belated April fool's birthday to hubby...

:::jillian de jill::: said...

satu artikel yang buat saya buka mata... thanks kak anie...

aNIe said...

KLmari...terima kasih...apa2lah ye...asalkan happy

------------------------

Zek zek...betul tu...jgn pikir yang bukan2...

-----------------------

Ummi...orang selalu kata...anak2 kalau ayah takde...mereka akan tetap bersama....sebab ada ibu yg menjaga mereka...tapi kalau ibu yang tiada...kalau dpt ayah yang baik...okaylah jugak...tapi kalau tak...akan jadi seperti anak ayam yang kehilangan ibu mereka...

Neeza...betul tu...kita kawal macamana pun...kalau nak jadi...jadi juga

------------------------

Terima kasih kak nong....kalau seorang aje berusaha untuk mengekalkan sesuatu hubungan ianya memang tak berjaya....

-----------------------

xillix...semoga kita akan berubah ke arah yang lebih baik... :)

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails