Suatu ketika dulu...
Cik abang membawa kawannya yang pandai mengurut untuk mengurut badannya yang sakit-sakit. Aku pun ingin menumpang sama sebab tangan ku terasa lengoh2 selalu...
Setelah mengurut cik abang...giliran aku pula...
Ketika mengurut telapak tangan ku...kawan cik abang aku tu memandang aku....
'Apa yang kau amalkan?'
'Huh!!...amalkan aper pulak...'
'Ye lah...apa2 amalan yang dibuat selalu...'
Semasa tu cik abang dah memandang muka aku...aku pun jadi cuak...kenapa pulak dia ni cakap macam tu...takut jugak nanti cik abang ingatkan aku mengamalkan sesuatu yang tak elok....selisih malaikat 44....
'Kenapa...'
'Jiwa kau tenang...susah nak dapat orang macam ni....'
Aku tersenyum...
'Takde amal aper2 pun....'
'Mesti ada...kalau tak...takkan jiwa kau tenang macam ni....' sambil tu...tangan dia terus mengurut telapak tangan aku...
'Hmmmm....takde apa2 amalan pun...cuma...saya ni jenis mudah...tak suka menyimpan dendam. Bagi saya...masalah yang kecil jgn difikirkan terlalu sgt...dan kalau adalah orang bercakap sesuatu yang saya tak suka...saya masuk telinga kiri...keluar telinga kanan...dan yang penting apa pun kita lakukan kene ikhlas...'
Aku tak tau lah camaner dia boleh tau...tapi rasanya apa yang dikatakan itu betul kerana walau macamaner rapat pun seseorang dengan aku mereka takkan tau seandainya aku sedang menghadapi masalah hanya dengan melihat wajahku kecuali aku sendiri yang bercerita...atau kesedihan itu tak dapat ku bendung lagi.
Jangan ditanya aku macam mana aku boleh buat begitu...kerana aku takde apa apa petua...seperti yang aku katakan tadi...itu saja yang aku amalkan.
Yang penting...hidup jangan berdendam...dan harus selalu memaafkan... agar jiwa menjadi tenang... keikhlasan dan kebersihan hati juga jangan diabaikan.
Dan seperti aku selalu kata...arwah mak selalu berpesan...
'Biarlah orang nak buat kita...kita jangan buat orang kerana ALLAH tu ada...' inilah kata-kata arwah mak yang tak pernah aku lupakan....
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
42 comments:
satu amalan yg baik.. jangan ada dendam.. maafkan semua orang setiap masa..
selalu saja neeza berasa cemburu pada orang-orang macam Kak Anie ni..
jiwa selalu tenang.. tak kisah orang buat apa..
tahniah kak.. teruskan..
nanti neeza cuba ikut.. Insyaallah..
walaupun, tak tahu macam mana :)
Keikhlasan itu menjadikan jiwa kita tenang. Hasad dan dengki itu pulak sebaliknya..Itu jugak yang sama amalkan...
saya percaya dgn kata2 arwah mak anie tu....betul hidup ni tak bolih berdendam Allah tu ada.
Bagus akak ada sifat baik macam tu, InsyaAllah kalau kta tak berdendam sesama manusia memang hidup kita senang dan tenang.
harap kak lady dapat ketengangan yang berpanjangan....
pucuk dicita ulam mendatang dan org mengantuk disurungkan bantal mana satu yg ilah nak guna ni kak...kusyg... ilah baru alami satu masalah..bila buka jer blog kak pagi ni..terus ilah dpt kekuatan kak...malam semlm ilah didatangi 1 masalah..tapi org tu cuba mengelakkan dan ilah tahu akan kebnarannya..sbb ilah mgar sdri kak. tak apa lah kak dia tak mengaku mgkib dia ada sbb tersendiri..jadi bila baca kisah akak ni ilah terpaksa menerima apa jua yg dia cuba terangkan wpun hakikatnya agak tidak lojik..huhuhu sedih tau kak bila kita dibohongi...ilah pantang betul..kalu bohong.kalau berterus terang adalah terbaik utk ilah, wpun hakikat nya pedih... huhuhuhu maaf ya kak jadi medan lepas perasaan pula ni...sabar dan maafkanlah ia...ikut mcm akak ku..
kita memang boleh membaca perasaan orang melalui air muka.
.
.
Amalan anie tu bagus. Kalau kita terlalu memikirkan apa orag kata nanti perasaan kita juga yang tak tenteram.
bukan mudah nak memperolehi jiwa yang tenang ...
dan bukan mudah untuk melupakan
indah nya kalo kv pun mcm kak anie. Huhu
setuju sangat dengan kata2 arwah mak akak tu...
dan akak memang seorang yang mudah didekati...
terimakaseh kerana menjadi seorang kawan...:)
Satu peringatan yang sangat baik untuk memula hari Selasa saya...:)
Thanks for sharing, Kak Anie...:)
Anie
terima kasih kerana berkongsi amalan ini
pekata soh kawan cik abg tu urut tgn sy plk. nk tgk ape dia ckp psl sy ehehehhehheehhe~
Kak anie
Dulu zar ni jenis dendam jugak, kalau orang sakitkan hati zar, zar tak senang duduk kalau tak balas balik..
Tapi dah senja senja ni.. ahaks..Zar pun memang macam kak ani.. masuk telinga kanan dan kuar telinga kiri. Orang cakap apapun malas nak amik pot,kalau marah pun kejap kejap ajeler.. banyak lagi hal lain nak pikir. Kalau nak dengar cakap orang boleh mati ebrdiri kita dibuatnya.. eheheh
makanya, saya tak salah pilih kawan kan?
I know you have a very big heart sis!
Tima kasih krn bkongsi dgn teman2..tip yang bagus harulah diikut..u r the best!!
setuju 100% dengan petua kak ani tu...itu sahaja jalan terbaik dalam mencari ketenangan selain berserah segalanya kepada ALLAH :)
k.anie,
insaf le ume baca entry kali ini. ok, jgn simpan2 dlm hati. jgn dendam2 kat org. hati mesti BERSIH!! tenkiu for the nice entry!!
emm..btul tu kak..ape2 pon org wat kat kita,kita kene redha..biaula org wat kat kita..kita jgn wat kat org..ati mau ikhlas kan kak..akak..teringin sgt nak jumpe akak..heheh
Salam..wah2....jngn simpan dendam noh...nie hati mesti besar nie...bagoz la kak nie,,,bil atie besar,muka akan nampak ceria....
bestnya kalu selalu tenang cam akak. patutlah orang selalu puji akak nampak muda. hiks!
betul tu akak..kalau kita sentiasa maafkan org, hati akan tenang.Biarla org buat ape..Kita ada Allah swt.
InsyaAllah harap2 saya pun akan memperolehi ketenangan mcm akak.. =)
Kak Anie,
Ya Allah..bestnya entry ni..saya sangat suka..Terima kasih Kak Anie
macam mana saya boleh sesabar kak anie nih... hurm... akan cuba ikut...
nor nak jadi mcm kak lady lah.. tenang jer.. oja ni masalah kecik pun leh jadi besar...huhuhuh
Bagus nasihat mak akak iteww...
especially dah makin meningkat umur kita nie, toksah la dendam mendendam lagi, biarlah Allah saja yang mengadili perbuatan jahat terhadap kita. tak dapat balasan di dunia, di akhirat kelak mereka itu pasti tak dapat mengelak.
caiyuk caiyuk to kak anie :)
Betul tuh kak.. Allah itu ada.. dan Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar ;)
Kak Anie.....mintak tunjuk ajar. Cj jarang bersifat macam kak ani. Budak muda...hati tak kuat..haha!!! tambah pulak zaman sekarang, banyak pengaruh... so, org2 yg macam kak anie lah boleh dijadikan contoh....
Terimsa Kasih kak Anie....
Kak aNIe cayang...
Memula tu, mesti tersirap darah, kan? He he he... kalau OD, habis kena buka semua rahsia (bab voodoo laki dan menurun... ha ha ha). Anyway, akan cuba amalkan amalam Kak aNIe tu sebab OD pun nak tenang selalu. Tapi payahnya nak buang rasa menyampahs kat orangs.
di sebabkan kak ni hidup dgn penuh ketenangan itulah yang selalu membuatkan rezeki kak ni selalu bertambah..Aminnn...
i nak kena belajar jadi macam kak aniela...muka nampak ceria aje..i ni kalau ada problem kecik pun dah kusut kepala...
Zino...memaafkan itu kadang tak semudah diucapkan...tapi kalau tak dpt memaafkan jgn sesekali menyimpan dendam...
-------------------------
Neeza...selalunya bila jadi macam akak...orang akan berkata...akak ni bodoh tak pandai melawan...penakot...tp orang kata beralah itu bukan bererti kita kalah dan berdiam tu bukan bererti kita salah...kerana kadangkala brdiam diri akan dpt memperbaiki keadaan...bila suasana sudah tenang gunakan masa itu untuk menerangkan yang sebenarnya...org nak terima ke idak...tu masalah diorang...
Neeza...dalam hal ni...keadaan yg mengajar dan menjadikan hati lebih tabah dan tingkat kesabaran itu pada tahap maksima...
--------------------------
Tirana...semoga apa yang kita amalkan dpt dimiliki oleh anak2...kerana kita dah dpt merasa nikmatnya mempunyai jiwa yang tenang
------------------------
Betul kan kak...kadang kita belum 'pergi' lagik balasan Allah diorang dah dapat...
-------------------------
Betul kan rina...jika kita berdendam...hati kita jadi sentiasa tak tenang dan asyik memikirkan sesuatu yang tak elok...jadi membuang masa yang sepatut kita gunakan untuk hidup lebih ceria...kan?
-------------------------
MR...semoga kita semua akan dpt beroleh ketenangan jiwa yang sentiasa kita inginkan...terima kasih
---------------------------
Jalilah...memang sesiapa pun pantang kalau orang berbohong...tapi bila kita fikir balik...kalau dia berbohong...dialah yang berdosa...biarlah...satu hari nanti pembohongan itu akan diketahui...seperti akak kata...kalau kita ni ikhlas menerima apa yang dia katakan...ALLAH tu ada...satu hari nanti ALLAh akan tunjukkan...itu kita kene yakin...
Semoga hati ilah lebih tenang dan memaafkan mereka...biarlah mereka dengan sikap mereka...asalkan kita tak jadi macam diorang tu...dalam apa jua keadaan kesabaran itu ada nikmatnya....
Memang patut dipanggil - kakLADY
bagus ler akak ni.. :)
Kak pah...memang betul kalau nak dgr aje aper orang kata pasal kita...boleh tak lelap tidor dibuatnya...maklumlah bukan semua orang sukan pada kita dan kita pulak bukan boleh nak memuaskan hati semua orang
--------------------------
PB...mmg bukan mudah untuk melupakan apa yang org buat pada kita...tak salah untuk mengingatinya tanpa sebarang dendam...
-------------------------
KV...pasti boleh kalau kita berusaha untuk menjadi lebih sabar...Insyaallah
-------------------------
maklang...terima kasih...dan terima kasih kerana sudi berkawan dgn akak jugak
-------------------------
KLmari...untuk sesuatu yang baik...apa salah kita berkongsi kan?
-------------------------
Sakurasa2...sama-sama...semoga sakurasa juga akan mendapat ketenangan hati yang selalu kita inginkan
-------------------------
Masy...hehehe...kawan cik abang tu ntah dah pi mana dah...
------------------------
Zar dah senja ke? Hehehe...kalau akak ni dah nak masuk isyak le camtu...hahahaha...
Alhamdulillah...adalah sesuatu yang baik jika kita dpt menjadikan sabar tu satu amalan...
Betul tu...kalau nak pikir aper orang cakap pasal kita...nanti boleh mati berdiri kita dibuatnya...
----------------------------
sally ...semoga silaturohim yang dibina di alam maya ini akan dpt bertahan dan dpt bertemu di alam realiti satu hari nanti
--------------------------
idahani...thanks...sesuatu yang kita ada dan ianya baik untuk kita semua...eloklah kita kongsi2kan...
--------------------------
Kopisuam...alhamdulillah...itu aje yang akak amalkan untuk hidup lebih tenang diusia meningkat 'maghrib' ni...hehehe
--------------------------
Umeboshi...dendam berdendam memang tak elok untuk hati kita...nanti hati ni rasa sakit je...
-------------------------
Ez...selagi kita boleh sabar kita sabar aje ...kalau kita berdendam hati kita sendiri sakit...baik masuk kiri keluar kanan...betul tak?
betul tu kak anie, forgive and forget. tapi kita ni human kan, kengkadang terlepas geram gak :)
me insaf dgn kelemahan n kekurangan diri me yg inih.. salamm kaklady dr me dikejauhannnns
Anak Pendang Sekeluarga...salam kenal....
Alhamdulillah dikurniakan Allah ketenangan hati...semoga akan kekal hingga ke akhir hayat...
---------------------------
dlt...heheheh...belum jumpa akak lagik...mana tau awet muda... :D
---------------------------
^ez^..memiliki ketenangan hati itu adalah satu nikmat ...cuba untuk membuang segala dendam dihati dan redhakan lah apa yang berlaku...apa yang sepatutnya kita dendami biar Allah saja yang balas..
---------------------------
Salan Nazali...hah!! itulah dia rahsia akak selalu ceria...
---------------------------
xillix...akak pun tak tau camaner akak boleh sesabar ini... mungkin kehidupan lalu mengajar akak untuk menjadi lebih sabar...
---------------------------
Oja...masalah kecil jgn dibesar2kan...nanti dahi tu berkerut aje...muka pun boleh nampak macam oang susah hati aje 24 jam
Semoga Oja beroleh ketenangan hati selalu
--------------------------
Azwa...hehehe...bila pulak jadi mokcik ni....
Betul kan...? Tu sebab arwah mak akak selalu akak lihat tenang aje dlm menjalani kehidupan biarpun ketika tu kami susah sgt...
--------------------------
Maksu...hehehe...meh kita tingkatkan kesabaran hati kita...
-------------------------
iina...itulah yang akak amalkan...dan sekarang baru nampak hasilnya...
-------------------------
Salam cj...kalau anak2 muda memang darah cepat marah...begitu juga dengan anak bujang akak...sikit2 nak melenting...sikit2 nak marah orang...lebih2 lagi org melaka...darah pendekar...heheheh...
Tapi alhamdulillah...berkat selalu disabarkan dan diberi 'khutbah' secara perlahan2 dia berubah...
--------------------------
OD cayang...akak ni kalau tersirap darah...terus aje call Sya atau Ude untuk membebel...lepas tu okay dah...senyap...hilang dah segala api kemarahan...
Heheheh...tulah buang masa aje menyampahs kat orang kan...sebab buat sakit hati je...
---------------------------
Alina...alhamdulillah...semoga akan sentiasa macam tu...eh!! Bila nak balik Ganu...beli satar tau...ina belanja tau...semoga rezeki awak pun akan bertambah...Ameeen....heheheh
--------------------------
Lara...akak nampak lara ceria aje...mana ada nampak kusut...hehehe
--------------------------
Abang Long...heheheh...ade ke camtu
--------------------------
Mamamanja...petua tu...kena ikut tau...nanti nampak sentiasa ceria
--------------------------
Mamarock...memang betul kita manusia selalu tersilap...terlepas...geram kan? Lebih2 lagi kalau dikelilingi dengan orang2 yg mencabar tahap kesabaran...
--------------------------
Takpelah en_em...segalanya boleh ditingkatkan...insyaallah semakin usia meningkat...kita semakin matang...
Salam dari akak buat me dikejauhan...
thanks for the tips...masuk telinga kiri keluar telinga kanan...yerla kan..buang masa ajer kita nak marah2...akan cuba dipraktikkan...tima kasih!
bagusnya klu kita cam akak.. tabah menghadapi semua dugaan
Post a Comment