Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, April 20, 2009

Satu Pertemuan...

Ramai yang dah update blog tentang pertemuan makcik2 bloggers di ....

gambar dari blog Azzah
pada 18hb kelmarin. Untuk pertemuan tersebut aku terpaksa memujuk cik abang beberapa hari sebelum tarikh itu. Bila dah dapat kebenaran...aku pun memberikan 'confirmation' pada manager pertemuan tersebut...


...siapa lagi kalau bukan ummi365...



Aku kemudian menghubungi melalui sms...



kak nong...
bertanya samada kakak yang sorang ni jadi datang tak...sebab aku memang ingin bertemu dengannya setelah mengenali blognya lama dahulu....

Kemudian dapat panggilan telefon dari...


Azzah (gambar dari blog Ummi)


...yang ingin pergi bersama-samaku....


Sampai di Marche...orang yang pertama kami nampak ialah Ummi...sebab dia kelihatan sibuk dengan tetamu yang dah pun sampai awal...

Aku dan Azzah mula bersalam2an dengan semua yang hadir...tulipurple....pb...dan bersalam dengan Aisyah mem blogger Zino. Hazwan pun ada..nampak dia lebih besar dari Aeez & Ilan.

Kemudian kami terus pada wanita yang bertudung merah ini...puas diminta meneka siapa...aku dan azzah langsung takde klu...rupa2nya dia adalah 'surprise' yang disebut Ummi dalam emailnya...



Cik milah dari Penang...memang tak sangka sungguh...!!!


Ezzah yang baru aku kenali blognya...

Disini juga aku dapat berjumpa dengan



Raden Galoh...wanita tabah yang dikenali oleh ramai blogger kerana begitu kuat semangat menghadapi kehidupan yang penuh dugaan...doa akak sentiasa buatmu Raden...

Sedang sibuk berbual2 dan berkenal2 dengan yg dah berada disitu...tetamu kami dari jauh pun sampai....



Ini dia Kak Elle dari singapura...bersama





pengiring2nya Mas & Dodie...

Bagi Dodie (gadis yang penuh dengan idea2 kreatif)...inilah pertama kali kami berjumpa..tapi Maszuzu rasanya dah 2 kali aku bertemu dengannya. Aku suka tengok Dodie yang kelihatan begitu ceria dan manis...ingatkan dia masih dalam belasan tahun...agaknya keceriaan itulah rahsia dia kelihatan muda ....hehehehe..

Aku tak sempat nak menyediakan cenderahati untuk semua bloggers...kecuali untuk Kak Elle & Nora yg dari dulu lagi dah plan nak jumpa diorang....

Walau bagaimanapun...terima kasih banyak pada mereka2 yang bersusah payah menyiapkan cenderahati buat kami semua...




Cenderahati dari Kak elle, Azzah, Ezzah, Kak Nong & cik Milah...



Ini semua buahtangan dari Kak Elle...dan hadiah cabutan bertuah yang aku menang...
Terima kasih banyak kak!! BF akak tu bukan main suka T-Shirt crocs tu...bukan main dia tayang lagik...Farhan sampai jeles dibuatnya

Dia pesan...Aunty Elle suruh dia pakai & ambil gambar...nanti anie ambilkan ye...



Sweet sungguh kata-kata ni...dengan warna pink yang cantik...dodie memang kreatif.

Aku tak dapat nak ambil banyak gambar kerana camera dah rosak...jadi semua gambar yang ada ni dari hp aku...taklah berapa terang...ada juga yang aku ambil dari blog Azzah, Ezzah & Ummi. Bagi kawan2 yang ada gambar2 gathering tersebut harap dpt emailkan padaku.... ladyjeanz@yahoo.com.

Keseronokan bertemu rakan2 blogger pada hari Sabtu lepas memang meninggalkan seribu kenangan manis...sampai hari ini aku masih tersenyum mengingati saat2 indah dan suasana ceria ketika makan2 di Marche...kecoh dibuatnya dalam restoran tu. Agak2nya kalau lain kali Ummi nak buat reservation kat sana diorang benarkan tak? Heheheh

Semoga ikatan silaturahim yang terjalin akan kekal terjalin sampai bila-bila...




...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

39 comments:

Norabella said...

Kak Anie, terima kasih di atas hadiah yang di kirimkan..Cantik sungguh...

Sayang tak berkesempatan bertemu....di lain kali, insyaallah.

Zareda Norman said...

kak ani

sernok berjumpa blogger kan..

memang makcik makcik blogger zaman sekarang hebat hebat semuanya

pB said...

mana nyer gambor kita berduaaa

hi hi hi

ibundo said...

seronoknya.......

Ummi365 said...

wo hoh.. muah muah .. kakakku dah update blog dia... kak lady happening betulkan semua orang. boleh buat lagi ni.. tapi rasanya ummi nak resign lah jadi manager hehehe

RaFFLeSiA MeRaH said...

wah wah kak anie...sakan nampak berjumpa rakan2 blogger....bila nk jumpa sy lak kak? hiksss....

ilahjy said...

kebetulan laaa kak anie..ilah pula ada kejohanan bowling amal respeks_group bersama aman palestin di damansara pd hari 18 april tu... ilah tak pernah main tup2 masuk bertanding..sah2 la byk ke longkang... kami kenal melalui IT juga ni mcm kak anie dgn blogger ni juga la lebih kurang...
wlpun kita dah berumur tak semestinya kita ketinggalan kan kak???

... said...

wahhh mesti best dpt jumpa kenkawan dari alam maya.. :D..

Dodie RH Alfian said...

Seronok jumpa akak jugak. N seronok dpt kenal akak in person. U r so sweet. Inilah yg bestnya ni kalo dpt jumpa all the bloggers. Fun & happening,kan? Send my regards to ur cute son. Love u!!

Anonymous said...

salam kak anie

huh jelesnye dapat jumpe kengkawan blogger... huhu cantik2 juga hadiah2 tuh... mau jumpe jugak... :)

NURAZZAH8 said...

kak aNie,

.........alamak..........awat teruk sangat gambar saya tu kak! mulut herot berot...hik hik hik....buh gambar lainlah kak....hodoh bebenor!

akak mmg best... terhibur mendengar celoteh akak sepanjang perjalanan pergi dan balik... confirm kalau suruh azzah drive azzah tak ingat langsung jalan...sbb seronok sangat berborak dgn akak!

aNIe said...

Nora...akak kene balik ke Melaka petang tu...kalaulah MIL sihat...tentu kita dpt berjumpa...

Kak elle dpt bergambar ngan aisya sofea...jeles akak tau...hehehe...tapi nak buat camaner...lesen akak masa tu bermula jam 3 ptg dan berakhir jam 7...tu pun alhamdulillah dibenarkan...puas memujuk tau...

Gambar tu memang khas buat nora...tapi tak dpt nak diperkemaskan lagi...kalau nora kreatif...buatlah cecantik sikit belakang tu...heheheh

Insyaallah kita akan dpt berjumpa dilain kali

---------------------------

Zar...kenapa zar tak join...kalau tak lagik meriah..

Memang hebat2 makcik2 tu semua...hehehe ...havoc betul suasana kat Marche...

---------------------------

PB...gambar kita berdua akak tak letaklah..malu..biarlah gambar akak kat blog lain...blog akak takmo letak...gambar PB sensorang takde untuk akak letak...

Jgn lupa tau email kat akak gambar2 yang PB snap ari tu...kamera pb canggih mesti gambar cecantik

--------------------------

Kak Pah...seronok dalam suasana yang menggegarkan Marche...hehehe

--------------------------

Ummi...tulah..terasa cepat masa berlalu...tak perasan dah jam 6 ptg...makan pun tak berapa lalu...akak makan cendawan semangkok aje...tapi kenyang sebab dpt jumpa kengkawan...sampai rasa tak cukup masa nak berbual dengan semua orang kan?

-------------------------

Rafflesia...akak ni kalau cik abang ada dpt lesen keluar sekali sekala...tu yang susah nak jumpa tu...takpe...lain masa...dilain ketika insyaallah kita dpt jumpa...

-------------------------

Jalilah...betul tu...makcik2 sekarang dah tak buta IT lagi...hehehe...dah pandai semua...alhamdulillah...at least anak2 sekarang tak dpt nak kelentong kita..sebab mak diorang dah celik IT...

Wah!! jalilah pi main boling ke...kalau akak lah...jadi juara longkang tau...

----------------------

acik ila...kita ni pulak...dah lama sungguh kenal...tapi tak jumpa2 lagik ye...

----------------------

Dodie...seronok jumpa you tau...terasa muda balik...hahahah...memang happening...disebabkan tulah terasa macam tak puas berbual...

Si kecik tu suka kat u...dia kata u cantik...heheheh...gatal betul budak tu...

Luv u toooo!!

----------------------------

Manje...hehehe...seronok dpt jumpa kengkawan ...maklumlah dari alam maya ke dunia realiti...macam dah lama kenal sebab dah kenal blog mereka dulu...

Tirana said...

Huaaaaa...bestnya kak Anie..dapat jumpa geng bloggers...mesti riuh sakan ye..hehehe

Mamamanja said...

wahhh bestnya

Ajzie said...

best nyaaaaaaaa

shafarina said...

Salam Kak Anie.

Alamak... kenapa tak dijemput sekali ni. Ishk.

:)

silversarina said...

Bsetnya gathering makcik bloggers tu , InsyaAllah ada rezeki I akan join kalau ada pertemuan lagi .

Kak Elle said...

Anie mmg seronok dapat berjumpa kan hmmm lain kali kena buat 4jam jadi semua dpt berbual panjang.

Cat Cat said...

Bestnya gathering.. Sure makan best-best punya... Aik, pasal Kak Sya tak pergi kali ni...??? Sibuk agaknya...

MrsMama said...

Wah, meriahnya...tuan punya blog punya muka mana? Teringin nak nengok muka kak anie. Dari dulu lagi tak penah tengok. Heheh

arazma said...

sronoknyer dpt wat gathering cam tu...

Sya said...

Aku tak dapat join aritu .. konon nak pegi beli brg last2 mengadap citer korea. Nantilah weekend ni gi rumah ko kot

Abang Long said...

MAKCIK BLOGGERS. Aduhai ... comelnya...

Nak cabar Zino buat untuk PAKCIK BLOGGERS.

tulipurple said...

sis...dah bley gi umah makn jeruk limau ke...hehe.

NJ@Goboklama said...

kurang 4 jam? mana cukup cenggitu? ;)

sally said...

waahh...makcik-makcik bloggers buat gathering rupanya..tengok gambar jer dah tau mesti happening gitu..

aahaa..dah tau dah mana satu kak aNie..jgn nak nyorok!

Mak Su said...

wah!? ada makcik bloggers ker? saya tak perasan pun.....

Mulan said...

seronok nyaaaa..!!! tumpang gumbira..

aNIe said...

Azzah...heheh...gambar tu akak amik dari blog ezzah...dah pun akak masukkan gambar yang lain...

Memang pun macam tak cukup masa nak berbual ye...Insyaallah...bila azzah free nanti dan akak pun ada masa lapang kita boleh jumpa dan borak2 kat S.Alam...

------------------------

Tirana...rasa2nya kalau adalah orang yang tak suka hingar bingar mesti kitorang dah kene halau...hahahah

------------------------

mamamanja...memang best...

-----------------------

Ajzie...len kali jom le join...

----------------------

Shafarina...hehehhe...tak tau pun nak ikut...len kali email2 atau calling2 le akak...hehehe

----------------------

Silversarina..kalau rina dpt join mesti lagi best...dpt kita berjumpa

---------------------

Tulah kan kak...kalau dapat 4 jam barulah puas dapat berbual...sebab ramai hari tu tak dpt berbual dengan semua orang...

---------------------

Cat cat...makan memang best2 tapi deisebabkan seronok dpt berjumpa tak ingat nak makan sangat...

Kak Sya ada something on pada hari tu...so dia tak dpt datang

------------------------

Mas....heheh...memang seronok...muka tuan punya blog kene cari kat blog orang lain...

------------------------

amy mahzar...dpt berbual2 dan berkenal mesra dgn mereka yang kita kenal di alam siber memang best...macam tak caya je.

----------------------

Sya...tulah mengadap citer korea sampai tak hengat dunia...

Aku dah cakap cik abang aku...sekretari income tax dia datang minggu ni

----------------------

Abang Long...Makcik Bloggers memang comel2 semua...

Pakcik Bloggers tak tau pulak

---------------------

tulip...nanti kalau tulip dtg jenjalan kat shah alam...beritau akak...akak bawakan bekal asam limau tu untuk tulip tau

------------------------

NJ...tulah tak cukup...memang tak cuup pun...frust tak dpt berbual lama2 dgn semua orang

------------------------

Sally...happenning...!! Best..!! Hehehe

Aha lah...dah tak dpt sorok muka lagik dah...

------------------------

Maksu..memang ade...akak ni semua makcik2 bloggerslah...dah masuk kategori makcik dah...

-----------------------

Sayangnya Mulan tak turun KL hari tu...kalau tak dpt jugak jumpa Mulan kan?

Neeza Shahril said...

bestnya kak ANie.. sangat jeles neeza tengok..
neeza balik nanti nak la jugak gathering cam tu..
akak join ye.. heheh..

smurf said...

Salam ..
eee bestnya .. teringin gak nak join . bila nak buat gathering lagi sound2 lah ...

Unknown said...

OD pun jeles. Nak jumpa Kak aNIe jugak bila OD balik nanti. Lain kali, sila letak gambar tuan punya blog tau... rindu lerrr...

cikceriacorner said...

akak..bestnye..ehheheh..

Nong said...

Anie, ramai yang tak dapat join tu jeles tengok mak cik2 bloggers enjoy kat the Marsche. Bergegar restoran tu di buat nye... he he..

It's nice meeting you in person...

Masy said...

takde ke link ke blog Raden tu kak? nak gak baca.

sonoknye dpt byk present hehehe

aNIe said...

Neeza...kalau neeza datang KL...dan akak tau boleh jumpa...mesti akak nak jumpa...mcm cath hari tu...hujan ribut pun akak pergi...hehehe

------------------------

Ase1...gathering selalunya dibuat kalau ada blogger yang jauh2 nak jumpa...kalau nak join...kene lah ikut blog macik2 blogger ni...

------------------------

OD cayang...dgn OD yang akak cayang mestilah nak jumpa...mana boleh tak jumpa...akak ternanti2 masa dan ketikanya...

------------------------

ez...bila dah ramai2 bertemu memang tak hengat bila berbual...rasa masa terlalu suntuk untuk kita semua..

--------------------

Tulah kak..2 jam tu rasa tak lama kan? Tak dpt nak bermesra dengan ramai2 tu...

And its nice knowing you too...

-------------------

Masy...kalau nak ke blog Raden ada linknya kat link akak di 'Teman2 di Hati'

maklang said...

bestnya kak...lama tak jumpa akak...entah lah bila ye...

CuTeMiUt78 said...

wah.. seronoknya kak.. meriah sungguh la.. seronok bila dpt berjumpa ngan kengkawan blog ni

aNIe said...

Tulah maklang...ntah bila lah kita nak jumpa lagik kan...

----------------------------

Memang meriah cutemiut...semua sporting...tak sempat nak berbual dengan semua sebab ramai...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails