Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, March 26, 2009

Logik Juga Tu...

Berbual ngan si kecik kadang membuat kita berfikir...logik jugak apa yang dia cakap tu...


Semasa di meja makan....

Setelah aku baru nak melabuhkan punggung di kerusi untuk makan bersama suami dan si kecik. Biasalah...selalunya aku melayan cik abang dulu sebelum aku duduk untuk makan.

'Ibu...ibu masak lauk aper ari ni...?'

'Tu...yang atas meja tu...'

'Alah...'

Cik abang masih laju menyuap makanan...

'Abih Aeez nak aper?'

'Alah....ibu gorengkan le Aeez drummet'

'Issykkk....makan ajelah aper yang ibu masak tu...ibu baru nak makan ler....Aeez tak kesiankan ibu ke...dari tadi ibu tak makan lagi tau...'

'Alahhhh.....'

'Aeez....aeez tak sayang ibu ke? Sian ibu tau...baru nak duduk makan...' cik abang bersuara ...

'Alah...ibu tu asyik layan ayah je...'

'Tentulah...ayahkan suami ibu...memang le ibu kene layan...'

'Eleh...sepatut ibu tak payah layan ayah....ayah tu kan dah besau...semua ayah boleh buat sendiri...boleh amik air sendiri...boleh cedok nasi sendiri...patut ibu kene layan Aeez sebab Aeez kecik lagi...'

'Ayah kan suami ibu...kenalah ibu layan...mana boleh cakap camtu...'

Masa ni cik abang aku dah menyuap nasi sambil tersenyum2...

Semasa kami duduk berdua...cik abang pun cakap...

'Apa yang dia cakap tadi tu ade jugak logiknya...sampai ke situ dia berfikir...'





...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

27 comments:

Kak Elle said...

mmg lah ibu ni asyik layan ayah je...cian Aeez....hehehe

PINATBATE said...

hehehe..bijak Aeez ..kata-kata penuh hikmah..

Zareda Norman said...

kak anie

aez jeles tu sebenarnya

aNIe said...

Kak...hehehe...dia pun bukan main lagik...kalau lain yang kita masak...lain yang dia mintak...geram ...

----------------------

pinatbate...tulah...penuh berhikmah tu...

---------------------

Zar...tu dah pasti le tu...hehehe

(¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) said...

hahaha...bijak sgtlah anak akak ni..

tp penah dengar ceramah mengatakan bahawa suami no 1..lepas tu baru anak..jadi pada suami kene bertolak ansur sikit...kalau boleh buat sendiri lagi bagus hehehe...

Cat Cat said...

Suami kena layan... Anak-anak pun kena layan jugak eeekk Kak Lady...?? Suami tu kira our left hand, anak pulak right hand... Sama-sama penting eh..?? Cath?? Dua-dua tak layan... Hehehe.. Nak makan, seduk sendiri... Kakakaka! *Jahat*

Anonymous said...

hehehe. kemain lagiks si kecik tu.

nak suh mak dia ngadap diaaaaaa je.

qas dulu masa kecik tak kasi mak panggil ayah dengan nama abang. jeles. hahaha

sudah nye, mak panggil ayah, ayah, smpai la sekarang ni dah tua. haha :D

ibundo said...

haha.. bijak. kecik-kecik dah pandai jeles dengan ayah ni. Kena layan sama rata tu hehe..

Unknown said...

woa....Aeezz....
kalo cmtu...ayahnya lagi manja dari aeez la ea..huhu...
bijak...bijak....

diniedinar said...

waa Aeez... bijak..bijak..

tulipurple said...

ihiks'...sib baik cik abg berpk begitu...wat nye dia majuk...aduishhh...bapak ngan anak sis kene pujuk..hehe
bdk2 skrang,pkran cepat matangkan.

zino said...

sebiji perangai hazwan hehe

Ummi365 said...

a ah lah ibu ni asyik layan ayam je... ummi ni bila nak layan eh? :)

cikceriacorner said...

akak..
bijaknya aeez tu..smpai ke situ dia berpk...bijak2..hehe..

Masy said...

biase lah bdk2 adee je jawapan dia hehehe

sally said...

ada-ada je Aeez tu kan..jeles ler tu..hehehhe

umeboshi said...

hamboi...bukan main lagik si kecik k.anie tu ek? kuat jeles dgn ayah dia!!

Mamamanja said...

ibu x adil.... heheheh

kad0k. said...

comel tol si aeez..hahaha..dia nak perhatian lagi tu kak...:)

Mak Su said...

kak anie.. caiyuk caiyuk (kata-kata semangat)

pempuan ni kan ada super power... we can do it! caiyuk caiyuk

silversarina said...

Aeez jeles tu... pandai dia buat pemerhatian harian .

Kena goreng drummet awal2 untuk dia hari2 ...hehehe.

Anonymous said...

Kak lady...kenapa tak pernah dengar akak cerita pasal anak akak munir? saya terbaca pasal munir konvo je...lepas tu tiada cerita pasal munir.... saya pengikut setia kak lady punya blog

Sya said...

Agaknya nanti kalau dah besar tak de alasan dia nak mintak tolong ko

Alina... said...

kak ani fareez mcm ewanlah..

boleh berfikir sampai kesitu..hehehe..

aNIe said...

nrina...tulah...bijak dia berkata-kata...sampai ayah dia pun tak terkata apa2 lagik

-------------------------

Cat Cat...akak kalau dua2 tu tak layan mau tonggang langgang dapur akak tu dibuatnya ...

--------------------------

Qas...ye ke...hahahhaa...kesian kat ayah tu...tak merasa dah dipanggil abang...manja betul anak dara ni tau...

-------------------------

Tu ler kak Pah...kene layan dia jugak...tu belum kalau ayah dia nak minum petang...apa ayah dia makan dia pun nak...cawan pun nak sama nak beralas...kene layan sama aje tak boleh kurang...

-------------------------

CJ...orang laki bila dah kawin ada isteri memang lebih manja ngan isteri...kalau isteri tak manjakan nanti...majuk...hehehe

-------------------------

diniedinar...bebudak sekarang...kecik2 dah pandai menjawab kan?

-------------------------

tulip...tulah pasal...seb baik ayah dia tak majuk...kalau tak haru dibuatnya...

-------------------------

Zino...agaknya anak2 yang sebaya ngan dia ni memang pandai bercakap sekarang ye...

-----------------------

Ummi...minggu depan akak layan Ummi tau...jomle kita dating..hehehe

----------------------

ez...tulah...akak pun tak sangka dia akan cakap camtu

----------------------

Masy....rasanya kita dulu masa kecik2 tak berani nak cakap camtu kan?...kene jegil ngan bapak...mau nak terkencing dibuatnya

---------------------

Sally memang dia jeles giler ngan ayah dia...

aNIe said...

Umeboshi...dia memang jeles giler ngan ayah dia...takut akak ni tak layan dia ....beli katil tapi sampai sekarang nak tidur ngan akak lagik...adoooii...fenin

-------------------------

mamamanja....ibu ni ditelan mati mak...diluah mati bapak...hahahhaa

------------------------

kadok...siap ler nanti bila si arissa tu dah besar sikit...mesti sang kekasih kadok tu tak dpt nak melayan kadok lebih2...heheheh...sebab ada orang jeles.

-----------------------

Maksu...tulah...semua mintak dilayan...kalau banyak tangan kan senang....

------------------------

Rina...tulah...drummet tu memang feveret dia...hari2 pun nak makan...mana boleh camtu...penat mak dia ni...hehehe

------------------------

Anon...terima kasih kerana membaca blog akak...

Maybe anon tak baca blog lama akak dulu...ada lah jugak akak bercertia pasal dia...cuma sekarang dah jarang cerita sebab dia tak duduk bersama kami dan jarang2 balik sini...but once in a while teragak jugak nak bercerita pasal dia...

---------------------------

sya...aku takut nanti lagi besar....lagi bayak cekadak dia...budak tu bukan kau tak tau dia

--------------------------

Alina tulah kan ...bebudak sekarang...fikiran dia berjalan jauh...

Anonymous said...

Salaam k anie...ni sham (SA),lama tak jengok blog strobery...dah ada yg baru lak!Camaner k anie handles 2 blogs strobery, blog bizznes lagi...super cyber woman mom lah k anie...ni yg jealous. Anyway,sham pun tengah ber~blog~ ni. Nothing fancy...cuma a platform for me,kids n far away family...blog k anie pun Sham link sekali...senang...bila rasa ready to show the world (hah...limited viewer je), nnt Sham bagi link. Rspn to my FB.Taaa

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails