Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, March 23, 2009

Cuti-cuti di Ganu...

Lebih seminggu aku meninggalkan blog...sampai ada yang dah tegur ...blog aku dah mula bersawang.

Tidak berblog dan tidak mengunjungi kengkawan bermakna aku sedang sibuk. Kali ini aku sibuk bersama dengan keluarga cuti-cuti Malaysia.

Kali ini aku dan famili mengunjungi Pantai Timur...ke mana lagi kalau bukan ke negeri 'penyu bertelur'...

Cuti kali ini merasalah anak aku bercuti dengan ayah mereka...jadi jauhlah sedikit perjalanan kami.

Di samping membawa anak2 bercuti...kami ke Terengganu kerana ingin berkunjung ke rumah Ida yang belum pernah lagi kami jejaki.

Kali terakhir aku ke Terengganu ialah pada tahun 1994.

Hari Khamis pagi2 lagi kami dah bertolak. Berbekalkan sedikit makanan...nasi impit...rendang dan sambal bilis untuk makanan andainya anak2 lapar sebaik sampai ke Kuala Terengganu. Semasa dalam perjalanan dpt sms dari Ummi...dan Tulipurple...dan dari Ummi aku dpt no. hp Silversarina. Teringin sangat untuk berjumpa....

Masuk saja daerah Kemaman...dah nampak jelas perbezaan keadaan di sana 14 tahun dulu. Kelihatan banyak pembangunan yang telah mengubah wajah negeri itu.

Kami tidak berhenti di mana2...kecuali di Sura kerana anak2 dah merengek kelaparan. Selesai saja makan...kami meneruskan perjalanan ...dan sampai ke KT lebih kurang jam 4.00 petang.

Selepas berehat...makan...aku bawa anak2 ke kolam renang. Dan malamnya kami tak ke mana-mana kerana masing2 dah keletihan disebabkan perjalanan yang panjang...kecuali Ude yang keluar bersama Ida yang datang ke hotel untuk membawa anak2 ke Dataran Shah Bandar.

Keesokan harinya...awal pagi lagi Ida dah menghantar Ude dan membawa bekalan nasi dagang untuk kami bersarapan. Selain nasi dagang berbagai jenis kuih yang dibawa Ida untuk kami. Disebabkan hari tersebut hari Jumaat...maka kami bercadang untuk ke rumah Ida selepas solat Jumaat.

Perjalanan kami ke rumah Ida memakan masa hampir 30 minit...jauh juga Ida berulang alik sehari dua ni. Menyusuri sawah padi & talian air...mengingatkan aku pada suasana kampung aku di Melaka...cuma bentuk rumah di sini berlainan dengan rumah2 kami di Melaka.


Fareez & Daniel adik Ida...


Sampai sahaja di rumah Ida...kami dijamu dengan berbagai jenis juadah...kenyang perut tak terkata...ada sambal sotong...gulai ayam kampung...tomyam...ikan siakap goreng cili...sotong sambal dan macam2 lagi. Terima kasih pada Ida dan keluarga yang telah memberikan layanan istimewa kepada kami.

Bertolak dari rumah Ida hampir jam 5 petang...dan kami terus menuju ke 'Taman Tamadun Islam'

Sekitar Taman Tamadun Islam Terengganu...(byk lagi tapi malas dah nak upload)


Di sini anak2 begitu seronok sekali. Bukan anak2 saja...aku pun macam rasa tak puas berada di sana. Replika2 mini masjid2 seluruh dunia begitu memikat hati. Sebelum kembali ke hotel...cik abang menunaikan solat di Masjid Kristal yang terkenal itu. Aku begitu kagum dengan kecantikan masjid tersebut...lama kami di sana menikmati keindahannya.



Keindahan Masjid Kristal


Pagi Sabtu...(terasa benar cepat masa berlalu)...Ida datang lagi menghantar Ude yang bermalam di rumahnya...bersama nasi lemak sambal ikan tongkol...memang sedappppp....

Sebelum pulang...aku membawa anak2 mandi di kolam renang ...ini acara mesti untuk Fareez dan Farhan. Selesai mandi manda..aku mula berkemas. Sebelum pulang...ayah Ida dan maknya membawa kami makan di sebuah restoran yang menyediakan makanan kampung di Bandar Kuala Terengganu...aku tak ingat apa nama restoran tersebut...tapi orang memang penuh...macam2 masakan ada.

Setelah kenyang kami bersalam-salaman dan bertukar2 buahtangan...lalu kami bertolak balik ke Shah Alam. Sebelum itu kami singgah di Masjid Tengku Tengah Zaharah...masjid yang pernah kami lawati 14 tahun dulu ketika ia baru saja dibina.



Fareez di hadapan Masjid Terapung...

Dalam perjalanan hujan turun renyai2...membuatkan aku terlena...bila celik mata aje...kami dah lepas pekan Kemaman...niat utk bertemu Silversarina tidak kesampaian kerana cik abang terpaksa berkejar balik kerana ada 'appointment'...mungkin lain kali kalau ada rezeki.

Aku dan anak2 berpuashati dengan percutian kali ini...cuma masa terlalu singkat. Niat aku untuk ke Pasar Payang...melihat keindahan Dataran Shah Bandar dan kawasan sekelilingnya tidak kesampaian. Tak pelah...Insyaallah satu hari nanti jika umur ku masih panjang...aku akan sampai ke sana lagi.





...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

40 comments:

Anonymous said...

wah bercuti jauh rupanya akak aku ni. hikhik. patut la sonyap jer blog. dok jenguk2 juga kak update blog followers ilah tu, tapi blog kak tak timbui2..rupanya sampai ke ganu sana nun... ilah dah kali ke 2 juga p ke ganu. best la g sana. last 2006 kot... pulau kapas best tenang damai sekali.... tapi suka ilah baca layan mesra org ganu kat akak sekeluarga...jeles la..sbb ilah g sendiri2 je..ikut mana sempat ja laa.

iina said...

wah kak jln p ganu ye.. mesti tak lepas peluang mkn kopok lekor ;) jln2 makan angin ;)

Kak Elle said...

oh anie dan family ke Ganu rupa nya ..sayang tak bertemu wanmommy..mesti wanmommy happy tu kalau dapat bersua.

Bila pulak nak jln2 ke singapore?

silversarina said...

Salam,

Memang bila hujan turun petang tu saya dah syak mesti akak tak jadi singgah Kemaman . Lagipun hubby saya pun tak de masa ni mesti hubby akak pun rasa tak selesa nak singgah (andaian saya ! )Tak pe sebab tak sempat lagi ziarah Pasar Payang mesti ada trip ke Ganu lain kali, InsyaAllah kita boleh jumpa .

Nazali Noor said...

Kak Anie..

Aduhaiii..teringinnya nak makan keropok lekor di Pantai Batu Burukkk...Nak baliklah Kak...:-(

NONIE AZIZ said...

bestnya Kak lady...saya mmg teringin nak pi terengganu...

ILA said...

Salam buat Kak Lady...mis u so muchhhhhhhhh!!!
fuhhh..bah kata org jawa akak ni "GUYUP" lerrrr;)
so amacam gi ganu..tentu kenangan manis tersemat kan...
best kan kat TTI tu...ila pun dah sematkan dlm diri akan kembali ke sna.Byak Info harus di dalami.Di sna kita bagai berada di negara yg berkaitan.

hmm..napa u all yeakk..
rakan2 ila pun masing2 cuti gi tganu time last semt break.siap travel gi Kelantan lagi.tapi they said kat sna mereka bertemankan hujan spnjang kat KT.btul ye kak??
ahaaa..singgah kat Batu 6 tak?? kedai sri murni..haiyoooo tudung mulah2 lorrrr

KV said...

wah best nya gi teganu. Kv teringin nak pegi tp tatau bila. Last pegi taman tamdun islam tu tak siap pun lagi.

cikceriacorner said...

bestnya kak anie..coti2 mesia ngan famili..sy suka g tganu..best..panorama indah,mkn pon sedap..heehhe..brg2 pon murah..last year singgah gelugor kedai kalo x silap sy la nama tmpatnya..borong kain byk...heehe..pastu g umah kwn mak member beli keropok buatan tgn asli..emm bestnye..heheh..

Ajzie said...

ooooooooo bercoti coti Malaysia rupanyaaaaaa..

Tentu seronok..

Unknown said...

wahh..jauh bercuti kak...bestnya!!

maklang said...

kalau sudi, lain kain singgahlah ke teratak maklang ye kakk..

Anonymous said...

Kak ani

terengganu memang bes.. tak contact Azwa, puan lawyer yang ada kat KT..

Next time ke Tganu kena try ikang celup tepung.. ehhehe

Masy said...

taman tamadun islam tu mmg best! ;)

Cat Cat said...

Wah, patutlah sunyi aje blog Kak Lady... Rupa2nya cuti-cuti, jalan-jalan, cari makan... Hehe.

NJ@Goboklama said...

mana gambar akak Anie yg come nih,takde pun? ;)

Kopi Suam said...

kak ani,
saya pun dah lam tak sampai Trengganu...memang nak ekna amsuk dalam agenda percutian sekeluarga kami seelpas ini :)

Mak Su said...

hhhm, jauh berjalan, luas pandangan, bertambah pengetahuan :)

MOKCIK AZWA said...

wooo kak anie mari ke ganu diam2 ajer ek...awat tak war2 kan ke mokcik nie hehehe...klu tak bleh gak mokcik order nasi telur utk akak huhuhuhu

CuTeMiUt78 said...

oh...bercoti2 rupanya.. bestnya kak dpt g tgk masjid kristal tu

sally said...

saya belum pernah lagi jejak kaki kt Masjid Kristal tu..tengok gambar ada lah..memang cantik!

Ganu sekrg pesat membangun. Tak mcm dulu-dulu. Kalau nak ke Seberang Takir, naik bot penambang. Sekarang ni tatau la..dah ada jambatan kot?

aNIe said...

ilah...bila dah bercuti tu...memanglah betul2 cuti kan...tapi masih teringat kat kawan2 blog...hehehe

Yelah mak Ida tu rasa besar hati kami berkunjung ke rumahnya...3 tahun Ida duduk bersama kami dah macam anak sendiri..

Ilah kene pergi lagik...seronok betul di Taman Tamadun Islam tu...

----------------------

iina...kitorang tak pergi pun losong...sebab memang tak beli kepok lekor...dlm stok banyak...sebab ida baru kirim ngan kawan Ude...

---------------------

Kak...memang terasa sgt nak jumpa wanmommy sebab tak tau bila boleh ke sana lagik...tapi tulah...tak berkesempatan...

Ke Singapore?...hmmm....kene pujuk cik abang tu lebih2...hehehe

----------------------

Salam rina...memang pun cik abang tu rasa tak seronok nak singgah bila akak cakap suami rina kerja diluar negara...

Takpelah...len kali ada rezeki kita bertemu ye...

----------------------

Zali...anak akak beli satay ikan kat pantai batu buruk...sedaapppp

heheheh...saja menyakat zali...


Lama tak dengar khabar...semoga zali sekeluarga sihat bersama ain dan anak2...

-------------------

Nonie...pergi...pergi jangan tak pergi...

-------------------

Ila...betullah...kat TTI tu memang seronok...anak2 akak tak habis2 ambil gambar untuk dijadikan kenangan...rasa tak puas sekali jalan...akak pun dah sematkan dalam hati nak pergi lagik

Memang musim hujan kot kat pantai timur....

----------------------

KV...pergilah...kan KV dekat aje kat sana...jgn lupa tau...pergi ...besttt...kat Taman Tamadun Islam tu...

-------------------

aNIe said...

Ez...memang best pi ganu...negerinya aman...tenang...macam2 ade....

Akak sokong aper yang ex cakap tu...betul...betul...betul...

---------------------------

Ajzie...tulah...coti-coti di Malaysia aje kita ...hehehehe

--------------------------

Yus...memang jauh..tapi seronok...Jom pi Pantai Timur Yus...bestttt...

-------------------------

Mak Lang...akak dpt tau Mak Lang takde kat Ganu...insyaallah lain kali akak singgah ye...

-------------------------

Zar...akak tak tau hp azwa...tapi memang teringat Azwa ada kat ganu...

OOh...ye ke sedap ikan salut tepung tu...

-------------------------

Masy...best kan?

-------------------------

Cat cat...jalan2 cari makan...tambah kilogram pada tubuh yang dah memang bulat...hehehhe

Mana taknya makan ...tido...makan...baring2....adoiii...gemok le....hehehhe

-------------------------

Goboklama...hehehe...gambar takdelah...akak pemalu...hehehe

----------------------

KS...pergi tau...jangan tak pergi...best...

----------------------

Maksu...betul...betul...betul...

---------------------

Azwa...akak takde no. telefon Azwa lah...kalau tak boleh jugak calling2 ke...sms bagi tau...

Nasi telur..? Sedap ke..tak pernah dengar...

----------------------

Cutemiut...memang cantik masjid tu...lebih2 lagi waktu malam...semuanya berwarna warni...

---------------------

Sally...akak ni sempat jalan2 kat kuala trengganu je...tak pergi tempat lain pun...yang paling sedih...tak dapat makan SATAAAAA!!!!!...huhu

Alina... said...

ohhh MU tak kabo kita MU gi ganu.. hehehe..
bes kan jln2 kat tpt org..
mentua kita ada sini.. 30hb bru balik ganu kita...

p_kadok said...

teringin nak g mesjid kristal tu..derang kata cantik..nmpk dr gambar dah cantik..ape lagi tengok depan2 mata ye tak?..:)

Sya said...

Aku pun tak tau kau ke Ganu kalau kau tak sms.. lama benau tak pot pet rasanya

Neeza Shahril said...

walaupun parents neeza duduk kemaman, jarang sangat neeza jenjalan kat sekitar KT tu..
biasalah kan kak..
kalau dekat, selalu bagi alasan.. ala tempat sendiri..
last2 tak pergi pun hehee..

Laracroft74 said...

kak anie tak try sata & otak2 trengganu ke...sedap tau...rasa ikan dia..

ZABS said...

Salam Anie,
Terima kasih kerana kongsi gambar yang menarik semua itu. Dah beberapa kali ke KT tapi tak pergi ladi ke TTI itu.
Kalau nak cepat upload gambar mungkin perlu kurangkan sedikit resolution gambar2 tu.

aNIe said...

Alina...sejak cik abang kita ada kan kita ni jarang dpt pot pet pot pet...tu yang tak sempat nak beritau

Sedih tau kita tak dpt makan sata...nanti awak belikan kita masa balik Ganu ye...Sata & otak2 Ganu...heheheh

--------------------------

Kadok ...memang cantik...especially masa nak masuk waktu maghrib...warna2 spotlightnya yang bertukar ganti membuatkan masjid tu jadi cantik...

Nanti kalau Arissa dah cerdik boleh lah bawak dia pi jenjalan...mesti seronok dpt jenjalan dgn famili...

--------------------------

Sya...aku ni pergi macam bidan terjun...tak sempat nak plan aper2 pun...tau2 cik abang tu kata confirm aje...masa nak booking hotel tu macam nak tak nak je...takut tak jadi...tau le abang aku tu...kadang2 last minit tukar program

---------------------------

Neeza...betul tu...samalah dengan akak...kalau kat Melaka tu ramai yang kata dah naik cruise...dah pergi sana...pergi sini...tapi akak ni Dataran Pahlawan pun tak pergi lagik...hehehe ...sedangkan dekat aje dgn rumah MIL

---------------------------

Lara...Huhuhuhu....jangan cakap lagik...akak sedih ni...kalau mengandunglah memang dah tahap mengidam giler dah...dah bertahun nak rasa...tapi...meleleh je air liur ni...

---------------------------

Salam Zabs...

Sekarang ni kalau ke Ganu memang patut perti ke TTI tu...sebabnya...tiket masih murah...RM10 dewasa...siap ade rebet RM3 untuk Food & Beverages...pastu ada tram kat dalam & banyak infomasi yang boleh didapati...anak2 seronok sebab macam tengok masjid2 tu depan mata...

Paling suka tengok Masjid Al-Aqsa...sebab boleh masuk dalam...kemudian ada pulak seseparuh dari replika masjid tu ada pameran barangan2 dari negara tersebut...

-----------------------

umeboshi said...

wahh..seronok nye cuti2 malaysia di terengganu!! puas dpt mkn sedap2 gitu ek, k.anie..

MAMAMIA said...

Year in year out, kami ajak Papapia ke Tgnu, tapi tak dapat gak lagi. Agaknya, dia malas nak drive jauh2 tu...

Berapa jam perjalanan Kak Anie?

13may said...

best!

:)

Intanaziela said...

kak anie...intan pun suka pi trg, kalau hubby pi course kat kerteh, nak je ikut sebab nak pi kuala trg...patutlah bila lawat blog akak tak de up date, rupanya cuti2 malaysia.. :P

Alina... said...

kak ani rugi tak dapat mkn sata..
kita kalo balik ganu..sata dan nasi dagang kita cari dulu tau..
tapi tkper.. kak ani dapat mkn nasi dagang..hehehe
nnti bila kita balik ganu.. kita belikan sata bwk balik shah Alam tau...

MOKCIK AZWA said...

wokey kak anie...next time jgn lupa koling2 ek..

nasi telur tu nak kata sedap tak sedap ikut selera orang juga hehehe..ni masakan MIL azwa ihikss..

Mummy Rizq said...

Kak lady.. saya tak pernah lagi sampai ke Terengganu...

Mulan said...

oohh kak anie, tak tau nak mai t'ganu.. kot tau, boleh singgah rumah..

sha said...

2ari saya kesana gak tak seronok sbb hujan sepjg 3 hari di sana. pegi Tamadan Islam pun hujan, cuma dpt masuk masjid kristal aja. Tapi pasar payang tak miss, terbanglah rm........

aNIe said...

Umeboshi...makana kat sana sedap...dulu masa akak pertama kali ke sana 14 tahun lalu tak boleh telah tekak ni...makan manis2...sekarang takde dah

-------------------------

Mamamia...pegi le ganu tu...best...

Perjalanan dari Shah Alam lebih kurang 6 jam lebih...tu pun berhenti2...

-----------------------

13may...memang best...

----------------------

Intanaziela...memang best gi sana...rasa tak puas je dok 2 hari kat sana...

---------------------

Ina bawak balik tau...jgn tak bawak...kita tunggu...hehehe

---------------------

Azwa..sedap ke idak...nak cuba jugak...akak ni suka mencuba makanan baru...cuma telur penyu aje yg akak tak boleh telan lagik...

--------------------

Mummy rizq..alahai...mummy dah pergi merata2...ganu tak sampai lagik ke...pergilah mummy...best tau...

-------------------

Mulan...pergi ngan cik abang tu memang tak dpt nak menyinggah2...dia nak balik cepat je...

-------------------

Sha...tulah...musim hujan lah sekarang...akak masa kat sana pun ujan je...
-----------------------

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails