Aku baru balik dari menghantar Fareez....phewwww!! Tersandar aku sekejap di dalam kereta...merehatkan badan...
Setelah hampir 2 minggu anak-anak mula bersekolah...aku rasa letih sangat berulang alik menghantar mereka. Nasib baik waktu balik Farhan menaiki van...dan baliknya Fareez dijemput Ude...kalau tak mau pengsan aku dibuatnya.
Selalunya aku tahan memandu ke sana kemari...tapi disebabkan perjalanan ke sekolah Fareez terpaksa melalui jalan yang sedang dibesarkan...menjadi trafik begitu sesak. Nasib baik bawak kereta auto kalau tak mau kejang lutut aku ni. Ini baru Shah Alam...kalau duduk di KL...lagi lah aku 'surrender'.
Apa yang buat aku rasa letih ialah memandu di waktu tengahari. Aku memang kalah kalau memandu pada waktu tengahari antara 12-5 petang. Aku rasa mengantuk. Bukan mengantuk sikit tapi memang mengantuk 'giler'. Bila rasa mengantuk...aku akan terasa penat kerana hendak mengawal mata yang rasa2nya macam nak tertutup bila tersekat di dalam kesesakan jalanraya. Setiap kali balik dari menghantar Fareez aku akan terlentang keletihan.
Sejak dari dulu aku memang tak boleh memandu waktu tengahari. Pernah sekali ketika Ude di Kolej dan aku terpaksa mengambilnya pulang ke rumah...aku memandu dlm keadaan yang amat mengantuk...waktu tu aku rasa dah hampir 4 petang. Aku rasa mata aku terbuka...tapi pandangan aku kosong...hingga aku tak perasan aku telah memandu di laluan kereta yang bertentangan...nasib baik tak jadi apa2 masa tu. Aku terus tersedar bila ditegur Ude....
Semasa aku mengendalikan kantin sekolah dulu...aku memandu kereta cik abang untuk membeli barangan kantin. Dan aku pernah hampir2 melanggar sebatang tiang lampu di seberang jalan kerana kereta aku telah tersasar ke sebelah kanan. Nasib baik aku sempat brek sebelum muncung kereta mencium tiang lampu tu.
Selalunya aku cuba untuk mengelak memandu pada waktu tengahari...kalau ada kawan keadaan taklah teruk sangat...tapi kalau aku memandu sorang-sorang memang aku tak boleh tahan.
Kadang-kadang kalau terasa mengantuk aku akan memandu sambil sebelah tangan mengurut2 tengkok...agar kurang rasa letih dan mengantuk...atau pun aku beli air isotonik untuk membantu aku agar segar sepanjang pemanduan...
Apa harus aku lakukan untuk tidak rasa mengantuk bila memandu waktu tengahari?...Jom kongsi apa-apa tips yang boleh membantu....
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
33 comments:
Kak Anie...
Time macam tu memang time mengantuk giler..hehehe.. Kalau berbaring atas katil..sahih terlena terus..hehehe.. Kak Anie try kunyah sesuatu..mana lah tau kot hilang mengantuk..saya selalu kunyah chewing gum..hehehe
Anie jgn kata yg sedang memandu saya pun rasa mengantok bila matahari naik tinggi...kalau lah penat betul baik rehat dulu...kalau tak ajak saya duduk di sebelah masa memandu tu ..ada jugak teman bercerita jadi hilang nnt nagnatuk tu.
kalau tak nak ngantuk masa mandu jgnlah mandu hehehe..lawak jer...
agaknye masa tengahari ni mata kita jadi sepet walaupun tak sepet pasal panas kot pasal tu terus nak nak pejam jer hehehe...
saya ni ngantuk tu idak ler sbb saya mmg suke memandu...tp kengkadang layan blues masa memandu pun bahaya pasal terbawak2..klu marah terbawak laju plak...klu sentimental tu..kete belakang mesti hon hehehehe...
nak bagi tips jugak nie hehehe..
kalau saya nak ilangkan ngantuk selalunye bukak lagu yg kita suke..nanti dok layan lagu ilanglah ngantuk pasal saya ni selalu jd pemandu kedua dgn hubby..bila ganti dia tido tu huhu..amat mencabar pasal jeles tgk dia tido so saya memekak dlm kete nyanyi kuat2 sampai Zikry tu suruh saya diam pasal bising sgt hehehehe...
fuh! bahaya giler drive masa ngantuk...
saya penah terlelap masa drive kat jalan Tun Razak yg jam giler tu.. sib baik tersedar sebelum jadi apa2...
:)
kak anie
on radio dan nyanyi sama sama..
hehhehe.. zar ni setakat ni kalau mengantuk pun, pegang je stering, terus ilang nantuks
penat ekk kan ulang alik drive hantar n bawa pulang anak2 ke sekolah. Saya anak baru 2, yg jarak sekolahnya berbeza nih pun dah terasa penatnya..huhu.
Maaflah takde tips nak hilangkan ngantuk waktu tgh hari. Saya biasa susah nak ngantuk waktu drive sbb saya terlalu berhati2 kot. Hubby selalu tegur cara saya memandu, mcm takut jer kata dia..haha, tp kalau drive malam2 sgt, memang saya ngantuk.
cabut bulu hidung!!!
try ah
kekeke...geli woo!!
tp mmg hilang ngantuk.
Ahahaha
Kak,
Mmg time tu time 'napping' esp. Sabtu & ahad. Tapi time hujung minggu...hari lain tak..
Kak Anie..
tak tau nak bagi tips sebabbb...
saya pun nyaris nak cium traffic light semalam..huhuhu
tips yang paling berkesan
jangan memandu waktu tengahari.
memandulah diwaktu malam
hi hihihi
akaksss
join tak gathering ahad nie??
tido jap kak..tepi jalan..he..he...
minum kopi dulu kot...baru tak ngantuk!
cutenya baby tu kak...geram tengok!
Sambil drive tu kunyahla kudap2 ke apa ke.. bukan apa, xnak kasik lalai n dibuai perasaan je bila time ngantuk dtg.
Btw, take care ya kak!
k.anie,
comel nye gambo baby tido lena tu:)
anyway, memandu waktu tgh hari yg panas terik, mmg mengantuk. kiter takde tips istimewa. cuba baca ayat qursi ulang2 kali.
no komen sbb saya pun macam akak jugak.hehe
Kaklady,
uikss...penyakit sama ngan azwa gak nie.. apa kita patut buat ek...hah...jangan la kita memandu waktu tengahari...meh kita sama2 tido hehehehe
memang merbahaya ler kak memandu waktu ngantuk giler... emm.. apa kata akak bekal cemilan waktu akak memandu tu.. macam gula2 ke.. kacang ke.. buat hilang ngantuk
tak de tips kak..
smlm balik keja, nyaris tak sondol kontena park tepi jln..kuuusss semangat!
kak anie...
kalo tengahari memang waktu ngantuk..heeheh..tp akak try minum air 100 plus..sy kalo blik kg kalo ngantuk sy minum air 100plus masa drive...coz minum kopi kacip patimah power root x berkesan..heehhe..bg sy la..eheheh
waktu tghari mmg sedap tdo akak.hehe..saya mmg kalau ngantuk sgt masa memandu, mesti akan pasang radio kuat2 dan ikut melalak sama sampai dah ilang sore.heheh..
tu yg plg selalu buat..xpon saya suka mengomel dan membebel sorang2.kira cam lepas geramla..so xde la ngantuk sgt.erm,xpun sesekali akak bukak tingkap dlm 30saat. maybe aircond tu pun jd punca mengantuk.. selamat mencuba..:)
chew gum atau makan sweets kot kak Anie.. sebab sugar tu boleh buatkan kita alert..
tapi ada je orang tertidur sambil sweets dalam mulut hehee..
wah kak ani.. kita sama.. bila tengahri je tiba2 mata steam kan.. bahaya betulkan..
ummi memang tak boleh drive tengahari
I ada masanya tak boleh drive tengahari , kalau nak mengantuk I akan minum air mineral , selalunya berkesan nak elak mengantuk.
akak minum red bull lah.. lagi power dari isotonik :D..
Tirana...akak tak pernah pulak cuba chewing gum...atau gula2...sebab akak tak suka sgt makan gegula...dulu sukalah...sekarang dah tak suka...
--------------------------
Kak...kalau akak jiran anie...memang anie akan ajak akak kalau kene memandu tengahari...dapat lah kita pot pet pot pet kan?
-------------------------
nrina...kalau boleh takyah memandu...akak pun malas nak memandu...sedap lagi kalau duduk menyandar kat sebelah...heheheh...
Agaknyalah ye...tengahari sebab panas...mata kita jadi sepet...senang aje terlelap kan?
Kalau akak dengan cik abang tu...memang takde chance nak memandu...tapi akak salute kat cik abang tu...dia camaner penat pun masih boleh memandu...
Menyanyi?...hahahah...akak menyanyi kelautlah..lagu yang akak suka semua lagu jiwang...lagi le ngantuk jadinya...
------------------------
Diyanazman...bahaya tu diyana...terlelap kat Jalan Tun Razak...Jalan sibuk tu...baik tak jadi aper2...
-----------------------
Zar akak ni pegang le steering tu kuat2...ngantuk ...tetap ngantuk...tu yang heran tu...kalau tak kene amik sikecik tu dah memang akak tido je kat umah
----------------------
Yus...memang penat bila ulang alik camni...dulu tak penat sangat sebab sekolah agama Fareez dekat aje...hantar naik motor pun lepas...
Akak ni berhati2 jugak...tapi tulah mata ni yang nak lelap...
------------------------
Hahahaha....KV...bagi akak gelak dulu...petua yang tak pernah akak dengar...kelakar...tp..berkesan kot...
------------------------
Nora...sebab akak tak kerja kot...& memang time tu time kita 'nap' sekejap kat umah
------------------------
pinatbatu...lorrr....sama je kita...
-------------------------
PB...akak ni memandu malam memang tak ngantuk...tapi disebabkan terpaksa antar sikecik tu...kene le akak memandu...
Pasal gathering ahad ni...akak tak pasti lagik...sebab selalu hujung minggu Ude ada plan dia...nanti akak tanya dia ye
Maklang...perjalanannya taklama...dlm 30 jam aje...nanti kalau tido tepi jalan...hehehhe...tido lebih lama dari memandu...
Comelkan budak tu...rasa nak gigit je pipi dia
----------------------------
nana...akak takut nak makan kudap...sebab takut nanti overweight...ni pun dah lebih weight dah...
Nana pun take care...
----------------------------
Umeboshi...insyaallah akan akak amalkan...
----------------------------
Irfa...hahahah...dah 2 orang macam kita ...sama aje...ngantuk masa drive tengahari
---------------------------
Azwa...ahahaha...sorang lagi tambah...
Kalau lah boleh diberi pilihan memang akak nak tido...
---------------------------
cutemiut...dulu akak suka bawak bekal asam...tpi sejak tak boleh makan asam sgt...akak dah berhenti...
Kene try yang lain plak lah...
--------------------------
Sally...dah berlima dah kita yg ngantuk bila memandu tghari...agaknya cuaca kot...panas tu yang buat kita ngantuk...
-------------------------
Ez...akak pun dah try...kacip fatimah...memang tak berkesan...100 okay...tapi takkan hari2 nak minum 100plus...
-------------------------
^ez^ bab mengomel sensorang tu akak suka...ilangkan tensyen...ilangkan geram...
Jangan nanti terlalu ikutkan perasaan orang ingat kita tak betol kat dalam kereta tu...hehehe
-------------------------
Neeza...dulu akak suka makan sweets...tapi sejak doktor kata sweets jugak boleh menambah berat badan...akak terus berhenti makan gula...takut gemok...hehehe
Sekarang kalau makan chewing gum pun makan yang sugar-free
-------------------------
Ummi...samalah kita...asalkan tengahari je mata ngantuk...bukan setakat ngantuk je...ngantuk giler...
-------------------------
Rina...kalau air mineral bagi akak memang tak berkesan...buat kembong perot je...hehehe
-------------------------
acik...red bull tu kuat sgtlah..nanti akak macam lembu...menyondol2 je...ganas...hahhaah
-------------------------
zino pun kalah kalau menandu panas panas ni.. nak hilang ngantuk zino sediakan air 100plus sebotol atau satu tin...
ngantuk je minum seteguk.. jangan banyak2 hongeh lak nanti.. bila dapat air tu segar mato hehe
Kak anie
uihh bahaya tu kan ngantuk2 drive.. nak bg tips pun maybe ikut cara akak ler takde try ler letak benda2 yg berangin2 yg panas2 ke.. rasanya kena beli keta yang leh bawak sendirik kot, leh akak drive smbil lelap mata tau2 dah smpi ;)
Kak Anie...
Bahayalah camtu kak...Akak kena ingat kak..dahlah abang jauh..kalau apa2 jadi kat akak..susah anak2 dgn abang..akak tu dahlah nadi keluarga..
Kalau ngantuk rehatlah kak yek..
Salam Anie,
Biasalah kalau memandu pada waktu2 tersebut. Masa berehat, mata pun akan ikut nak berehat, tak kira di mana berada.
Saya biasanya akan kalau ada tempat akan berhenti untuk lelapkan mata walau 10 minit, lepas tu akan hilang rasa ngantuk.
Tetapi kalau tak boleh nak berhenti,makan gula2 ke atau minum air 100 plus macam Zino buat tu.
Bahaya kalau teuskan memandu masa mngantuk.
"Near-missed" yang telah berlaku tu, amaran dah tu... Harap ambil perhatian, InsyaAllah selamat.
kak anie....hati2 memandu yea....ingatla org yg tersayang...peaceeeeeeeeeee...huhu
Ishhh.. bahayalah Kak Anie ni. Pasang radio/lagu yg best2 boleh hilang ngantuk kot. Ataupun, apa kata akak lena kejap sblm drive.. pastu may be hilang skt rasa mengantuk tu.
Take care ya, Kak Anie... intan yg baca pulak risau.
Huhu
:)
zino...selalunya kalau memandu jauh...bila ngantuk saya akan berhenti untuk membeli air 100plus...memang berkesan...hehhee...memang minum sikit2 pun...
-----------------------
iina...akak selalu kadang ada bawak chewing gum berangin tu...tapi bila memandu dekat macam menghantar fareez memang akak tak bawak aper2 pun...tu yang ngantuk tu...
Iina kalau adalah keta auto yang boleh bawak sendiri...memang itu pilihan utama...hahaah
-------------------------
abahnajwa...itulah yang selalu dipesan cik abang bila berjauhan...berkali2 berpesan supaya akak berhati2 memandu...sebab dia mengharapkan akak aje masa dia jauh ni...thanks abah...
------------------------
Salam Zabs...kejadian sipi2 tu masih saya ingat...kadang terasa ngeri...andai terjadi sesuatu...
Tu sebab sekarang kalau ngantuk sgt saya gagahkan mata ni untuk terjaga..kadang rasa nak tongkat mata ni dengan batang mancis...Thanks
-----------------------------
Misya...yer...tima kasih....
-----------------------------
Intan...akak tau intan terasa risau sebab intan masih terasa kemalangan yang berlaku baru2 ni...
Terima kasih intan...tapi untuk baring sebelum memandu tu...takboleh sebab memang sebelum tu sibuk menyuapkan sikecik...dan menyiapkan dia untuk ke sekolah...
Post a Comment