Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, January 8, 2009

Lega dah...

Masalah pengangkutan untuk Fareez akhirnya dapat ku atasi.



Anak jiran sebelah rumah aku bersekolah agama sama dengan Fareez. Tiap2 pagi dia akan menghantar anaknya ke sekolah agama dan sorang lagi tadika yang berdekatan dengan sekolah mereka dalam perjalanan dia ke tempat kerja. Dia juga menghadapi masalah dgn van tersebut.



Masalah yang dia hadapi ialah...bila pulang sekolah agama anaknya menaiki van sama dengan Fareez...disebabkan ramai anak murid yang menaiki van...maka Fareez dan anaknya sampai ke rumah lewat. Sekolah tamat jam 10.30 tapi mereka sampai rumah jam 11.30. Bila dah lewat...maka mereka akan mempunyai masa yang terhad untuk bersiap2 ke sekolah tengahari tu kadang2 anaknya tak sempat nak berehat sebab bas sekolah petangnya dah sampai...tapi Fareez dapat relaks sekejap sebab dia aku yang hantar.



Jadi aku dan dia dah buat keputusan...untuk ke sekolah agama waktu pagi...dia akan bawa Fareez bersama...dan bila diorang pulang jam 10.30...aku yang akan ambil Fareez dan anaknya. Tadi rutin itu telah pun dimulakan...alhamdulillah...mereka sampai ke rumah jam 10.40...banyak masa rehat...boleh lah anak2 buat apa2 kerja rumah atau ulangkaji sementara menanti waktu masuk sekolah petang jam 1 tghari...lega sudah bila masalah dah selesai.



Bila bersekolah petang...Fareez cuma bawa bekal roti aje untuk alas perut. Sebab tengahari dia dah makan apa yang aku masak untuk tengahari tu. Nanti balik sekolah petangnya aku dah sediakan makan malam.



Kelmarin aku pergi shopping aku beli sapuan roti Nutella....Fareez melonjak2 kegirangan...dia memang suka coklat ni. Dah lama aku tak beli. Jadi dah 3 hari berturut dia bawa roti dengan sapuan nutella. Seronok betul dia.



Tengahari tadi...



'Aeez...nutella ni aeez aje yang makan...Farhan tak makan lagik pun...'



'Alah...ibu jangan le cakap dia...'



'Eiiii...tak baik tau...Farhan kan abang aeez..'



Fareez memang selalu cemburukan Farhan.



'Ye lah...tapi Nutella ni aeez suka...nanti Farhan abiskan'



'Tak delah...dia mana boleh makan banyak-banyak...ni banyak ni'



'Ye...nanti dia makan banyak....' dia bersungguh-sungguh mengiyakan.



'Eiiisyyy....tak baik camtu dengan abang tau...kesian dia nanti tak dapat makan...'



'Okay...nanti dia balik...ibu buatkan untuk dia le...'



'Alah...dia kan pandai buat sendiri...'



'Nanti ibu buatkan lah...pastu ibu cakap le kat dia...Farhan, ni yang last...nutella ni dah habis...'



'Hahahahha...tak baik tau...'





Heheheh...aku tak ajar dia camtu okay...itu dia yang fikir sendiri...ada aje akal dia...











...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

27 comments:

zino said...

zino pulak masih mencari altenatif utk fizah.. mamat van tu dah tak jadi pulak...

iina said...

kak nmpk ye kena beli 2 nutella pastu kena declare sapa punya hehehe idak mmg ler farhan tu xrasa ;)

Neeza Shahril said...

bijaknya fareez.. pandai carik alasan untuk kesenangan diri hehee..

anak2 neeza suka peanut butter.. tapi bila dah selalu sangat makan roti dengan peanut butter, diorang dah tak nak..

Tirana said...

Hehehe..kak Anie..budak-budak memang panjang akal. Benda yang kita tak ajar pun kadang-kadang keluar dari mulut diorang. Mesti dia belajar dari somewhere tu..

MiSyaJanah said...

wah..anie..seronoknya layan anak2.....anak2 la penyeri hidup kan...huhuh

Unknown said...

hehe...aqil dan alia pun suka makan roti dengan coklat, tapi bukan nutella, yus belikan mereka JW Choco. Siap gaduh2 gak.

pB said...

kat rumah tu

kaya satu botol tu , tiga hari jer



dah tak larat nak jerit suruh jimat jimat sikit ....

hu hu hu



bangkrap mak , tau

^ez^ said...

nutella tu mmg sedap.kalau saya beli pon sure sorokkan.hehehe..adik2 akan melantak abiskan dlm masa beberapa jam aje.hahaha..
nampaknya akak kena beli sorang satu la.hehehehe..

Sya said...

Kak Anie nanti aku ajar ko buat Nutella sendiri tak yah beli mahal2 tu..

pB nanti kak sya email kat pB caranya

lady D said...

kesian gak kat budak2 sampai x ms berehat kan?....pg ke sek agama. ptg ke sek & mlm buat kerja sek..

aNIe said...

Zino...bila pengangkutan untuk anak2 ke sekolah menjadi masalah...kita ibu bapa yang tak senang tidur dibuatnya...seb baik saya tak bekerja...ada lah juga penyelesai masalah

---------------------------

iina...tak kuasa ler ibu nak beli sampai dua...hehehehe...kene bagi dia 'ceramah' sket...

--------------------------

Neeza...ni akak biarkan dia makan sampai dia jelak...nanti dia tak mintak lagilah...2-3 bulan nanti beli semula.

--------------------------

Tirana...sekarang anak2 kita banyak terdedah pada macam2 media...jadi kita kenelah membimbing diorang untuk memilih yang mana baik dan yg mana buruk

---------------------------

Misya...kalau diorang takde...maka tak berserilah hidup dan hilanglah gelap tawa kita....

--------------------------

Yus...hahaha...memang lah yang dua orang kat umah ni pun bergaduh juga...naik pening kita dibuatnya

--------------------------

PB...kat umah ni pun camtu...selalu bising agar diorang tu berjimat...bukan kedekut tapi bebudak ni kalau dibiarkan...nutella tu sehari pun abis...hehehe

--------------------------

Ez...pasal sorok menyorok ni Ude yang suka buat...dia kalau beli...dia simpan kat tempat tersorok...akalau dibiarkan dia tak dapat merasa...

------------------------

Sya...wah ada resepi eh...heheheh...ntah rajin ke idak aku membuatnya...

Orang selalu cakap...

Sehari selembar benang...beli lagik senang...hahahah

Irfa said...

salam kak anie..
kan bagus kalau baik ngan jiran.
senanglah sikit kalau bekerjsama.
tp saya tetap kena hantar pagi sbb x de sapa yg sy kenal kat taman tu yg anaknya sekolah sama ngan anak saya.

nutella mmg feveret cik abg irfa

Mama Rock said...

hehehe kerenah budak-budak...kan ke always save the best for last? ada tak bebudak ni bila makan lauk ayam, tinggalkan ayanm tu sampai last baru nak makan? kita orang adik-beradik lmasa kecik selalu buat dulu...sure siapa yang dah habis ayam tu jeles..keh keh keh!

silversarina said...

salam,

roti dengan nutella memang sedap, tapi nanti mesti aeez nak makan dnegan inti lain pulak , serupa macam mimi , mula-mula bawak roti coklat lepas tu nak tukar pulak roti dengan peanut butter jelly , apapun bila dah selesai bab transport lega lah sikit, anak-anak pun dapat rehat sikit taklah sesak sangat masa nak ke sekolah petang.

Mak Su said...

cekelat tu mmg sdp, tapi saya beli sekali sekala ler. mahal gaks ek.

NONIE AZIZ said...

Aeez sekolah agama akak hantar mana kak?

Zareda Norman said...

nak share Nutella dengan fareez jugak ler.. :)

Intan said...

Hahaha.. luculah citer Aeez & nutella tu. Aliff pulak dulu suka makan roti jagung Gardenia, sejak masuk Std 2 ni, dah x mahu pulak... jemu kot!

Hihi

;)

Kak Elle said...

Bagus tu anie dah ada penyelesaian transport untuk Aeez...oh ada hantu nutella ye?

Wah sya saya pun nak recipe nutella...haha

Kiah Kardashian said...

Wah...tak menang tangan kak Anie ni. Kat mana skolah agamanya tuh?

NUtella? bukan setakat budak budak mak budak, bapak budak dan tok budak pun sukerrr

aNIe said...

Lady D..tulah...sebabtulah bila kakak dia suruh masukkan dia Kumon akak takmo kesian...nanti dia tak habis2 buat kerja sekolah..

----------------------

Irfa...tulah nasib baik ramai kat sini yang bersekolah sama...tu yang dpt pakat2 untuk meringankan beban memasing

---------------------

Mama...betul tu diorang kalau makan suka simpan lauk yang best kemudian...komen mama buat akak ingin nak buat satu entry...hehehhe

---------------------

Rina betul tu...kesian bila anak2 takde masa rehat...mereka tu sekarang terbeban dengan macam2 kehendak ibu bapa..hehehe

Selain dari roti dengan nutella dia suka roti dengan telur...

-----------------------

Maksu..akak pun jarang beli...disebabkan jarang membeli lah maka bila beli tu dia nak makan sampai puas....hehehe

-----------------------

Nonie...Fareez bersekolah di Sri Ad Daris...di Bukit Jelutong...bersebelahan dengan La Nansa Cafe...diorang siapkan transport...kalau nak gunakan khidmat transit kat sana pun ada...siap makan dan tempat rehat...lepas tu diorang siap hantar ke sekolah sekali...ini untuk memudahkan ibu bapa yang bekerja

-------------------------

Zar...dia kudukut...hahahha..dia kata dengan mak tak boleh kalau ngan ika boleh. :P

------------------------

Intan dulu Fareez pun suka...pastu dah jemu...dia akan makan sesuatu sampai puas...lepas tu tukar menu lain pualk

-------------------------

Kak...alhamdulillah segalanya dah selesai...tenanglah sikit hati sekarang...taklah penat sangat...

arsaili said...

salam..waa sukanya nutella..saya kurang makan roti..ahaha.

Masy said...

smpi mcm tu skali ye... hehehhe

MOKCIK AZWA said...

Alhamdulillah ada jalan penyelesaian...kalau ada give n take camtu kan senang, demi untuk keselamatan dan keselesaan anak2 kita kan.

NURAZZAH8 said...

kak anie,
lain kali kalau jumpa ummi365, calling calling lah saya...mana tahu dapat jumpa pulak...

umeboshi said...

semakin pjg akal si bongsu itu ek?!!hahahah..

aNIe said...

Zek2 sekolah agama dia kat Sri Ad Daris di Bukit Jelutong...

Memang nuttella tu sedap sgt...tu yang semuanya suka..

--------------------------

arsaili...kitorang sekeluarga suka roti...kalau paket besar tu sekejap je abis

--------------------------

masy...dia memang pandai buat alasan...

--------------------------

Azwa...alhamdulillah ada tolak ansur dengan jiran...kalau takde sikap saling bantu membantu memang segalanya menjadi sukar

---------------------------

Nurazzah...salam...

Insyaallah kalau kitorang nak pi jumpa dia akak call Azzah...tak tau pun azzah nak jumpa Ummi kalau tak boleh kita buat date...heheheh

--------------------------

Umeboshi...dia pandai memikirkan alasan untuk diri dia...hehehhe

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails