Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, January 7, 2009

Awal Persekolahan...

Awal persekolahan tahun ini begitu memenatkan aku...sehingga aku jarang dapat mengunjungi blog kengkawan dan membuat entri baru.



Anakku Fareez tahun ni masuk Tahun 2...jadi aku tak ada apa2 masalah dengan dia. Dia dah pandai membawa diri...takde lagi nak kene pesan2 ttg tupperware sebab dia dah lebih cerdik sekarang.



Farhan pula memasuki Tingkatan 3. Dan tahun ini banyak perhatian yang perlu diberikan padanya yang akan menduduki peperiksaan PMR .



Yang membuat aku begitu penat ialah sessi persekolahan yang berbeza. Farhan sessi pagi dan Fareez pulak kene sessi petang.Biar pun pada mulanya aku rasa lega sebab masing2 cuma akan bertemu waktu petang...jadi takdelah adegan2 berebut2 remote atau sebagainya...tapi ini membuatkan aku tak dpt nak duduk diam. Kadang memasak pun bila hari menjelang petang.



Fareez yang bersekolah agama di waktu pagi...terpaksa bersiap sendiri untuk ke sekolah kerana aku dah pun keluar menghantar Farhan. Menyiapkan dahulu berus gigi...pembersih lidah...towel...baju dan segala2 untuknya...aku meninggalkan dia dengan kakaknya yang sama2 sibuk untuk bersiap ke tempat kerja. Balik dari menghantar Farhan...hampir jam 8.



Pada hari pertama dan kedua...van tersebut dtg lewat. Hampir jam 8.15 pun aku tak nampak kelibat van..sedangkan sekolah agama bermula jam 8.30pg. Bila melihat jam dah 8.15 aku bergegas pergi menghantarnya sendiri. Rupa2nya van dtg lewat. Bila melihat Fareez takde...dia pun berlalu pergi. Waktu balik dia ikut bersama van. Begitu juga dengan hari ke 2...masuk hari ke 3...aku tunggu dia sehingga 8.25...tapi dia tak datang pulak sebab mungkin dia sangka aku yang menghantar Fareez tiap kali pergi sekolah....adoiiii...pening kepala aku budak van ni...bila aku telefon...lain yang aku tanya...lain pulak yang dijawabnya...



Jadi selama 3 hari ni aku terpaksa berulang alik...hantar Farhan...balik rumah...hantar Fareez...balik rumah...kemudian hantar pulak Fareez ke sekolah petang...penat aku rasakan....nasib baik Ude balik jam 6 petang maka dialah yang ditugaskan untuk mengambil Fareez waktu pulang...



Nampaknya hujung minggu ni aku terpaksalah rehatkan badan ni lebih2 sikit...maklumlah usia makin meningkat...terasa sangat aku dah tak secergas dulu...



Gambar di bawah ini adalah khas buat kak elle...kerana si kecik tu berposing dengan t-shit crocs hadiah dari aunty kesayangannya...tgk dia dengan spek baru berwarna oren...sedondon dengan bajunya...

Thanks kak...he loves the t-shirt so much...









...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

31 comments:

zareda said...

Kak ani
Amboi Fareez posing.. macam agogo twist gitu.. tapi tetap menten hensem..

nanonano said...

of course ini gmbar yg sy nak tgk tiap kali mai sni,
hihihi :p

owhh senyum tutup molut ade makne tu
:p

RaFFLeSiA MeRaH said...

takperla kak...kitorg pun paham keadaan akak awal2 persekolah ni, nak membiasakan dgn keadaan tu jer, lame2 nanti okla tuuu...waaa, bergaya nyer anak bujang akak sorg ni yer...posing mcm modeling....

~ yus ~ said...

wahhh cantiklah spec fareez, berkenan saya tgk kak..hehe

sya said...

kita ni kan.. muka je awet kot.. badan tak awet dah.. tua dah .. he he he

pB said...

sonok baca komen kak sya tuuuu ...



sokongggg

ina said...

salam kak anie...

ha'ah kan kak bila musim persekolahan
dah mula balik memang terasa penatnya walaupun saya tak ditugaskan hantar anak ambik anak...suami saya yg buat semua tu

cuma jadual harian aje kena adjust semula..aduii rasanya urat2 yg cuti lama ni kena kena kejutkan balik...hehe...

yg rasa sedikit tensen ni anak saya pun nak ambik PMR tahun ni...

kalau lah PMR ni dah dimansuhkan kan ke bagus ek kak...eheh

tensennya boleh di dibawa ke 2 tahun ke hadapan masa dorang ambik SPM...

cikMilah said...

hishhhh.. posing maut untuk AuntyElle..comel nya dia ngan spec baru...
pstt... spec lama pun comel gak...

Masy said...

siap peace lg heheheh

CuTeMiUt78 said...

wah... kemain lagi fareez berposing ya.. emmm.. kesian akak kan.. bila budak sekolah..

Mama Rock said...

kak anie, kat rumah ni tinggal nadia sorang je pi sekolah. yg stressnya, mama dia nak kena adjust balik timing bangun pagi - coz nak siap2 masak dulu...sangat le look forward cuti hujung tahun :) keh keh keh, menghitung hari le jawab nya!

aNIe said...

Zar...hahha...tulah...bukan main lagik dia..oren memang feveret color dia...pasal amik gambar memang dia no. 1

-------------------------

nanonano...nanti akak suruh dia amik gambar posing untuk nano2 pulak ye...

Gigi tu tak tumbuh lagik...
tu sebab mulut tu tutup je...hehehe

------------------------

Rafflesia ...memang terasa penatnya bila anak2 mula sekolah...maklumlah dah lama berehat
panjang.

----------------------

Yus..spek tu dia baru buat sebab yang lama tu dah bengkok...tgk pun dah senget menget

---------------------

Sya...tu lah pasal...kalau naik tangga...rasa nak merangkak je...hahaha

-------------------

Amboi...PB seronok...jaga eh!!

Hehehehe...

-------------------

ina pun ada yang amik PMR tahun ni ye...bukan anak2 je yang tensyen...mak bapak pun sama...lagik tensyeeeeennnn...ntah eh...bila agaknya PMR nak dimansuhkan

-------------------

cikmilah...dia bukan main lagik suka kat kak elle...maklumlah kata kak elle bf no. 1 hahahaha....

Spek baru ni besar sikit...

--------------------

masy...bukan peace tu...posing maut tu...hahaha

--------------------

cutemiut...kalau budak mula sekolah...rasa nak panggil je abang balik...penat sensorang menguruskan diorang.

iina said...

kak anie

budak2 dah mula sekolah mulalah sibuk balik kan.. wah bergaya sungguh anak bujang akak sorg tu ekk

^ez^ said...

hamboi posing bukan main fareez ni. nak jadi model eh..hehehe

busy akak kena hanta anak2.xpela..at least xla bosan bila xde keje.hehehe..

zino said...

adik yg bernasib baik.. driver van yg dia naik tu juga "abah" dia jugak.. so tak ada masaalah la..

yg kakak masih ada sedikit masaalah teknikal.. yg sedang di usahakan..

Kak Elle said...

amboi2 posing maut bf I tu ye?macam tau aje dia ada spek baru waena oren belikan tees pun warna oren jingga.....hahaha

kesian anie terlari2 nak uruskan anak2...hehe vogue maintain tapi kan machine kat dlm tu dah tak bolih nak service takde spare part kan?

MAMAMIA said...

Minggu ni memang banyak benda yang nak readjust sana sini. Dah lah 2,3 hari ni ramai betul parents yg hantar & jemput anak2 esp yg baru masuk sek tu, jam nya ya amat... Tensi!!!!

Ajzie said...

bergaya anak bujang akak...

Nong said...

Salam tahun baru...

Dah tukar nama, tu yang kak nong a little confuse. Ingat salah blog.

Keep busy and take care...

Ummi365 said...

wah machonya cik abang sorang tu ya!

mummysya said...

Salam

Kak, kin takutlah tahun depan Aries'sya sekolah...

Maunya cuti sebulan kalo dia buat hal...

che-mie said...

puan ni cikgu le?

AZWA said...

Salam kaklady,

macam tu la tugas seorang ibu kan, tak pernah ada noktahnya...dari pagi sampai ke petang. hujung minggu nanti ambil masa utk manja2kan diri kita sendirik pulak yeayyy..

Queen Of The House said...

Aduh Kak Anie, teruk jadi supir ye? Harap-harap everything works out with the van, kalau tak, terkelepek pulak akak nanti!

My sikecik pun sekolah petang ... yang lain-lain pagi. Memang kelam-kabut kalau macam ni.

SaDi said...

sadi pun rasa sibuk sangat bila anak masuk sekolah... ni baru sorang... yg lain just tadika dan nursery... kalau 3-3 masuk sekolah... tak tauuu laaa mcm mana nak handle diorg sekolah....

nuraarin-life said...

Jadi surirumah nie lagi penat dari bekerja.. Besar pengorbanan kak anie, semoga anak-anak kak anie akan menghargainya...

Neeza Shahril said...

nape pulak driver van tu buat cam tu?? tu namanya menyusahkan orang..
abih tu bayar tiap2 bulan tu kira sedekah kot untuk dia.. sabor je laaa...

comel Fareez berspek oreng... :)

maklang said...

aeez mmg pandai bergaya kannn..cam mak dia ni...

umeboshi said...

hamboi...pandai gak si kecik tu bergaya depan kamera camtu ek!hehe

insane_penguin said...

kak!
x sangke lak anak akak,Farhan
same umur dengan saye...
huhu
tlg cakap kat die,
gudluck for PMR ye

aNIe said...

mama...kita ni dah berehat panjang ni...rasa liat aje nak bangun pagi kan? Akak pun dah kene adjust semua rutin harian dah...sekarang ni boleh online waktu malam aje...siang hari sibuk kesana ke mari

-------------------------

iina...badan dah rasa malas sebab dah lama dimanjakan masa cuti sekolah...

Si kecik tu kalau pasal berposing...no. 1

-------------------------

ez..akak ni jarang bosan...sebab banyak aktiviti...especiallh surf the net...tgk TV...hahahaha

Bila kene ulang alik ke sekolah...rasa penat...

------------------------

zino...hehehe...bila 'abah' sendiri jadi van driver..senang lah ye...takde apa yang perlu dibimbangkan

----------------------

Kak...tulah...akak pun macam tau aje oren feveret kaler dia...tu yang dia suka tu.

Macam akak lah jugak...vogue tu maintan...tapi machine kat dalam dah macam nak berehat dah...hehehe

------------------------

mamamia...jem jangan cakap le...tensyen betul...berderet mak ayah antar anak2 pi sekolah ...maklumlah yang darjah 1 tu tak pandai lagik

------------------------

Ajzie...kalau bab bergaya bagikan dia lah

------------------------

Salam tahun baru buat Kak Nong...nama dah bertukar...tapi orangnya tetap sama...hehehe...

Akak take care juga...

-----------------------

Ummi...kembag dia kalau dia tau ummi cakap camtu...kalau cakap depan dia...adoi..mesti tersipu2

-----------------------

mummysya...tahun depan penuh sejarah tu...mestilah menanti2 waktu tu...sebab anak pertama masuk sekolah...heheheh

Cuti sebulan pun cutilah...

----------------------

che mie...akak ni bukan cikgu...cikgu kat dapur je...

----------------------

azwa...memang pun kerja seorang ibu tak pernah berhenti...24jam...7 hari seminggu...hari minggu pun sibuk jugak ni...nak masak macam2 sebab diorang ada rumah...

----------------------

Queen...memang susah bila pak supir tak paham apa kita nak cakap...last2 akak dah pun buat penyelesaian dengan dia...

Haru biru bila sessi persekolahan lain2 mcm ni...

---------------------

sadi...bila anak baru sorang masuk sekolah..memang rasa sibuk...sebab buah hati pengarang jantung baru masuk sekolah...hehehe

---------------------

nuraain...semua ibu2 memang penat melayan anak2...dan anak2 semua kenelah menghargai apa yang mak ayah mereka dah lakukan untuk mereka...betul tak nuraain


---------------------

Neeza...tulah pasal...pening akak dibuatnya...menyusahkan orang...mana taknya...bila akak dah balik antar farhan...dah tukar baju...van tak datang kene pakai baju balik...

---------------------

maklang...heheheh...pandai aje buat akak happy...puji2 gitu...

-------------------

umeboshi...ntah aper2 le dia tu kalau depan kamera bukan main bergaya lagik...

------------------

Insane penguin....

Alahai...kalau camtu...kenelah panggil aunty...malulah panggil kakak...hehehe

Same to you...good luck for your PMR

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails