Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, January 5, 2009

Jalan2 di Penghujung Cuti...

Entry pertama di tahun baru...2009.


Terima kasih pada semua yang memberi komen di entry lepas...aku tak dapat nak membalas ke semuanya...sibuk.


PINATBATE, iina, sakurasa 2, en_me ,^ez^, KAKTINY , shafarina ,Kak Elle, ILA , Zareda Norman , CuTeMiUt78, maklang, Neeza Shahril, Ms Minnie.,silversarina, zino, Intan Rosnitta, Mak Su, Zek Zek ,QasiehFirdaus, nana... , fiezafadilla , Masy & Mulan...tak lupa juga kengkawan yang meninggalkan ucap selamat di shoutbox...Jay, OD cayang, Inapinkstation, Mamafif, Mummysya...


Penghujung tahun dan awal tahun 2009 aku menyambut tetamu yang tak henti di kediamanku.



..ikan pari ni betul2 menarik minat aku ketika di aquaria...banyak lagi ikan2 yang membuat aku tak jemu2 melihat mereka...





...anak2 sedang duduk merehatkan diri di kerusi di luar Aquaria...


Sebelum masuk tahun baru adik aku Ab...datang bersama keluarganya. Bermalam hanya sehari di rumah ku dan ke rumah Sya sebaik pulang dari Aquaria. Pada hari Jumaat Itah dan suami bersama anak2 pula datang...terus disusuli oleh Zilah sekeluarga. Maka meriahlah malam Sabtu itu kerana rumah ku penuh dengan anak2...itah ada 5 orang anak...Zilah pula 4 orang...campur anak2 aku...3 orang jumlah semua 15 orang.

Pagi sabtu aku, zilah dan itah cepat2 memasak kerana itah bercadang nak mengajak aku membeli tudung. Maka habis aje masak dan memberi anak2 makan...maka kami ibu2 keluar bercanda. Dalam perjalanan aku menjemput adik itah, Inah yang tinggal berdekatan. Memang seronok sesekali keluar tanpa anak2...bukan apa...takde yang mengganggu ketika membeli belah.

Selesai sahaja urusan...kami berlima termasuk anak Inah lepak2 kat rumah...dan zilah terus berkemas untuk pulang....

Malamnya pula Itah bersiap2 untuk balik ...sebelum Itah balik...Sya yang akan bermalam di rumahku pun sampai bersama anak2. Ketika itu jam dah lewat 12 tengahmalam.

Sya yang keletihan terus terlelap sejurus meletakkan kepala di atas bantal...anak2 masih lagi menonton TV...dan aku pula terus masuk tidur kerana badan merasa terlalu letih.


Ahad...aku...Sya dan anak2 ke Ikano Damansara...tujuan kami ialah untuk ke Daiso bersama seorang blogger dan anak2nya. Siapa lagi kalau bukan Ummi 365...Ini adalah pertemuan ketiga (nasib baik sya ingatkan) kami. Setelah masuk ke Ikea...kami lunch di sana...


...ini makanan2 yang penuh atas meja kami...




...aku seperti biasa memilih salmon...my favorite dish...










...yang ini untuk sya....sian sya...dia nak makan salmon...tapi pesan dia pada Amiza...orderkan yang lain dari mak ngah...last2 dia dpt salad salmon yang mentah...mula2...bercinta jugak dia nak makan...tapi habis jugak dimakannya kerana setelah diperahkan lemon dan letakkan dressing, salmon tu rasa sedap....





...dan ini pencuci mulut kami...'daim cake'...Ummi tak mau makan kek ni sebab dia teringat kat cik abangnya yang jauh tu...kek ni kegemaran suaminya...


 ...anak dara Sya dan Ummi di depan Daiso...

Gembira dpt berjumpa ummi dan anak2...and ummi thanks for the gift...love them so much...
Sya dan anak2 balik ke rumah selepas Isyak...dan aku terus tidur selepas ber YM dengan cik abang...kerana hari ini anak2 mula bersekolah...

...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

27 comments:

Sya said...

eh bukan kali kedua le.. kalai ketiga.. kali pertama.. ikea, kedua kat pavillion ngan kak elle dan ni ketiga

Unknown said...

Kak Anie,
Selamat tahun baru 2009.

N3 pertama tahun baru dah penuh gambar makanan, terliur saya dibuatnya...:D

Kak Elle said...

wah Anie jumpa ummi lagi ye?kali ke 4 nnt bersama say lak ye...hehe

Zareda Norman said...

kak ani

cam ne si kecik ke sekolah hari ni?

ada adegan nak tengok tupperware lagi ker? :)

Ummi365 said...

next time kita cari tempat lain pulak..apa kata ayam penyet? itu kena bagi tau ummi in advance tau.. satu jam baru sampai

zh-ena said...

SELAMAT TAHUN BARU 2009 :D

Anonymous said...

amboi sedapnyeeeee bebola daging ituuuuuuuu, terliur dah...

dah lame qas tak pegi ikea. ye la. pegi pun ape sgt la yg qas boleh beli. bukan ade rumah sendiri pun, nak hias bilik nan sekangkang kera itu. buat makin semak aje. :D

kak anie, qas dh dpt cucu tauuu.. :D

salam.

Ajzie said...

wahhhhhh sedap2 makanan nya..

Kak ANie
Selamat tahun baru 2009

iina said...

wah kak anie sedap ke salmon tu?? dulu2 saya tak minat salmon.. tapi masa makan kat rumah supervisor saya, wife dia masak.. terus saya suka.. memang wife dia pandai masak salmon.. sos pun homemade.. bukan itu jek ikan salmon tu pun dia ambik kat kawasan tertentu.. mat saleh nie very particular bab2 makan.. dr mana diorg ambik bhn2 mentah sebab ada beza rasa.. bukan cam kita main belasah jek beli kat supermarket.. mana nak sedap kan ;)

small gun said...

happy new year n best wishes in the year 2009. May u hv a wonderful year ahead

Diarihatiku1976 said...

wahhhhhh sedap2 makanan nya

^ez^ said...

Happy New Year 2009 akak.. :)

camne si kecik tu sekolah? hehe..

saya mmg suka mkn kt ikea tu. suka yg meatball tu..nyummy..hehe..tak pandai makan ikan salmon tu.tak suka..heheheheee..

RaFFLeSiA MeRaH said...

amboi kak...jalan2 tgk ikan yerrr....pastu terus order ikan salmon yerr...heehehe...ishh, sy x reti nak mkn cam yg akak order tu laaa....sedap ke kak ikan salmon tuu?? x penah try pun lagi....

Masy said...

sedapnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee huhuuhuuu~

KV said...

best nya berkumpul family.

Mak Su said...

selamat tahun baru kak Anie... moga berbahagia selalu, sedapnya nampak si salmon tu :)

Irfa said...

salam kak anie..
terliur tengok salmon..sy suka salmon.(sambil telan air liur)hehe

MOKCIK AZWA said...

Salam KakLady..

Selamat tahun baru hijrah dan masehi ya..

Seronoknya jenjln sambil bergathering ngan kawan bloggers kannn..

chinta said...

salam, pandainye anak akak makan salmon mentah? sy kena grill atau pon goreng pon sodap..:)

aNIe said...

Sya...aku lupalah...memang pun dah 3 kali jumpa...hehehe...

-------------------------

Yus...selamat tahun baru...

Memang pun sedap makanan tu...kalau tak terliur memang tak patut tau...

------------------------

Kak...jom kita jumpa lagik...hehehe...seronok bila dpt jumpa & makan together gether... :D

------------------------

Zar...tak bawak tupperware dah...dia sekolah sessi petang...dah makan cuma bawak duit untuk alas perut

------------------------

Ummi...cara sya cerita pasal ayam penyet tu...buat kita terasa macam sedap sangat ayam tu...

------------------------

Qasieh...wah ...qasieh dah bercucu ye...nanti bolehlah kita berbesan...hehehe...

Jom...kita pegi ikea nanti bila wasieh dah ada rumah sendiri...hehehe...

------------------------

Ajzie...selamat tahun baru...

Memang sedap makanan tu ajzie...slurrrpppp!!

-----------------------

iina...akak ni tak pernah rasa salmon yang mat salleh masak..yang dimasak dengan original & fresh herbs...jadi akak rasa apa yang akak makan tu lah yang paling sedap.

Sanggup mereka bersusah mencari yang terbaik untuk menjaga rasa asli masakan mereka

--------------------------

Ena...selamat tahun baru...lamanya tak dgr berita dari ena

------------------------

aNIe said...

Small gun...Happy New Year buat u juga...and best wishes...

---------------------

My blog...memang sedap pun...yummy


---------------------

Ez...si kecik tu sekolah okay je...alhamdulillah tak banyak hal dah tak macam tahun lepas...hehehe

Akak memang suka sgt salmon tu...kalau sampai sana tak pandang makanan lain lagik...

--------------------

Rafflesia ...jenjalan pegi tengok ikan kat aquaria tu dengan adik...pi makan salmon tu dgn ummi...memang akak minat ikan salmon...try lah...

-------------------

Masy...memang cedappppp

-------------------

KV...bila ramai2...meriah...

-------------------

Maksu...selamat tahun baru juga buat maksu sekeluarga moga yang terbaik untuk maksu juga...

Si salmon tu memang sedap

-------------------

irfa...memang pun...tak puas2 makan bila ke sana aje mesti nak makan ikan tu

-------------------

Azwa...SELAMAT TAHUN BARU...jenjalan dan bergathering ngan bloggers memang best

-------------------

chinta...yang makan salmon mentah tu adik akak...anak akak makan meatballs aje...

Neeza Shahril said...

alamak! Daim cake tu macam serupa je yang neeza makan kat IKEA sini..
sedap!! neeza suka.
Portion kat sini besar sikit.. maklumlah pak arab kan suka makan manis :)

Abang Long said...

Sudah ramai famili blogawan bertemu, kita pula bila nak bertemu ya ?

Sastri said...

salam kak... Salam Maal Hijrah dan selamat tahun baru...

kek daim? waa... namanya sudah menggambarkan kesedapannya... :D

fave dish akak ikan salmon ek? sama cam ayah sas... dia suka ikan salmon nih... :D

Diyanazman said...

kak anie... dah tahun 2009 ni.... rasanya saya tak penah tengok gamba Kak Anie lagi...
pe kata kak anie upload kan sekeping dua... eheheheh

salam tahun baru! :)

aNIe said...

neeza...memang sama kot...sedap kan...especially bila terasa chunky nuts dia...

Pak arab memang suka makan manis...diorang tu ade kene kencing manis tak?

-----------------------

Abang long...insyaallah...satu hari nanti bila bloggers buat gathering dptlah jumpa kot...

----------------------

Sas...sedap memang sedap kek tu...jom sas kita pi jumpa kat ikea..pekena kek & salmon feveret akak...

Ayah sas pun suka eh? Memang patut pun...sebab sedappppp....

----------------------

Diyanazman...kalau diayana pandai cari kat mana2 ke...mesti jumpa gambar akak...tapi bukan kat bloglah....heheheh

SELAMAT TAHUN BARU DARI AKAK JUGA

Anonymous said...

kak sya punya pinggan tu ikan smoke salmon kak. dia masak cara asap suhu dlm rumah asap tu buat ikan masak. tapi nampak cam tak masak.

org putih didih air bubuh cuka sesudu... boil sekeping isi salmon tu pastu jgn lama lama pastu angkat dah bleh buat apa saja utk dimakan. kacang buncis rebus, dll lagi.. tapi kalau smoke dia bubuh herb, tak bubuh pun boleh.. dia org ni bukan nya pandai masak ikan cam org mlayu kak.akak masakpun lagi ok punya...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails