Di rumah...Farhan dan Fareez seperti biasa...mereka banyak menghabiskan masa menonton TV dan bermain komputer atau Playstation. Tapi dah seminggu dah Ude ambil console PS dia untuk membolehkan dia belajar. Maklumlah tahun depan Farhan akan mengambil peperiksaan PMR...jadi dia terpaksa mengulangkaji pelajaran2 tahun lepas...dan menghabiskan semua buku2 latihan yang telah dibeli.
Fareez pulak...hmmm...lebih banyak main komputer. .Kadang-kadang dia suka menulis...melukis atau menonton TV. Berkali-kali aku berpesan...jangan main komputer sangat..nanti cermin mata akan bertambah tebal. Bila aku cakap camtu aje...dia mulalah cakap...
'Abih...Farhan tu...?' * aku rasa gelihati tiap kali sebut perkataan ni*
'Farhan dah besar sikit...lagik pun Farhan jkan ada belajar. Aeez jangan degil cakap ibu...asyik main komputer aje nanti lama2 cermin mata kena tukar yang tebalnya...pastu nanti kene pakai teropong...ibu tak tau. Hah!! tak pun...aeez kene pakai spek yang macam mata ikan tu...padan muka...haahaha....'
Bila dilarang camtu...dia mulalah muncung. Aku biarkan dia muncung...tapi dia akan jadi baik bila aku benarkan menonton cerita kartun di TV...dan dia akan leka dengan cerita2 kegemaran dia...aku pulaklah yang terpaksa beralah dari menonton rancangan2 aku...
Kelmarin aku bawak dia pergi servis kereta. Aku kalau ke mana pun memang dia jadi peneman...tak boleh tinggal. Sementara menanti kereta siap...aku dan dia membaca majalah yang disediakan sambil menonton TV.
Semasa aku menyelak2 mukasurat majalah tu...aku ternampak satu artikel...
Terlalu Banyak Guna Komputer Mengundang Maut!!
'Fareez...meh sini...tengok ni...'
Dia membaca tajuk artikel tu...
'Maut tu apa ibu?'
'Maut tu...maknanya mati...'
'Ye ke? Alah... ibu tipu...'
'Ye...mana ada ibu tipu...'
'Ye le...dah lama Aeez main komputer...tapi tak mati mati pun...'
'....???????.......' Isyyykkk....budak bertuah ni...
...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
26 comments:
hehehe ... kalau takde pc kan ibu lagi mati kutu:)
hihihi..
klakar la my bf tu
:p
err tp kan kak..
seram gak sy,
betoi ke gtu??
isy..kelakar la fareez nih...ada je akal die nak jawab...nakal-nakal manja la tu dengan ibu..hehehe
betul kata kak elle tu.. yang mati kutu nanti ibu dia bila tak ada pc...nasib baik aeez tak jawab macam tukan
Hehehe..budak2 sekarang pandai dan kreatif menjawab. Kadang2 terkedu kita dibuatnya.
Tapi betul la kak Anie..kalau tak jenguk computer dalam sehari, jangan kata budak-budak tu..mak budak pun rasa macam resah gelisah aje...
kak ani
memang bebudak sekarang pandai menjawab kan.. Si ika pun sama, pandai berdebat dgn kita plak..
Hubby kata 'ika tu ikut perangai sapa agaknya?' sambil wink wink kat zar..
hehehe.. itulah jawapan seorang budak bijak!
kalau neeza nak cerita benda gitu kat anak2 neeza, kena cerita panjang lebar sesangat untuk buat diorang faham.. tapi selalunya malas sungguh la nak berpanjang lebar tu...
jadi, guna kuasa veto aje.. ummi cakap kena percaya! hehee..
Hahaha...kak...komen akak buat anie ketawa...ye le...silap2 ibu dia yang mati...mati kutu tak dpt guna komputer...
--------------------------
nano2...sebenarnya...ajal maut tu ketentuan ALLAH...tak mengadap komputer pun kalau dah ajal...mati jugak kan? Cuma kita cubalah mengelakkan apa saja yang boleh mengundang penyakit...
Tu akak saja bagi tau...supaya dia takut sikit...tapi tak takut jugak...hahahah
---------------------------
Yani...memang dia pandai menjawab...kadang geram dibuatnya...sebab ada kala kita sendiri tak dpt nak balas apa yang dia cakap
--------------------------
Ummi...kalau aeez jawab camtu...akak pun terkedu...hahahah
-------------------------
Tirana...tulah anak2 sekarang...pandai menjawab...kalau difikirkan balik ada lojik pada jawapan mereka...jadi camaner kita nak marah...
Mak dia kalau takde internet...mau mengong seharian...hahahah
-------------------------
Zar...cik abang akak pun suka mengenakan akak camtu...asalkan ada perangai Fareez yang boleh dikaitkan dengan akak...memang kena lah...
------------------------
Neeza...kalau dilayan...memang soalan dan jawapan mereka akan berpanjangan...kadang kita sampai habis idea untuk menjawab...
Bebudak tu memang bijak...hehehe...jadi kita kene lebih bijak kan neeza...salah satu darinya gunakanlah kuasa Veto...hahahah
SALAM,
Pandai je Aeez tu , ada je jawapannya . Cuti biarlah dia main puas-puas, nanti nak start skolah memang kena guna kuasa veto :)
budak sekarang kan...kadang2 kita tak jangka dia boleh beri jawapan yang cam tu kan..hiks...
Hah minggu ni aku tau le apa nak takutkan dia.. ha ha ha
trgelak kak saya baca.. tak mati pun hhehehehe.. lawak sungguh ler..
pandai ekk korner2 carik alasan lain hehehe ;
budak baru kenl komputer,tu le jadik nye kak lady...
Mati akal kita dibuatnya yek kak..kikiki
Tanya pada si anak. Bila berlaku kemalangan antara dua buah kereta. Apa yang mati dulu ?
Salam...
budak sekarang bab menjawab serah... kalau dah mengadap komputer lupa certa katun kat tv... kita ni yang menunggu dah mati kutu.
hi kak anie.. comel la aeez tu. hehe..ade je jawapan dia ek.
saya rasa org yg EKSTREM guna komp yg dia maksudkan.
akak, enty lepas psl markona tuh saya pun ada kucing nama tuh.hehehe..sbb mulut die bising so mak bg nama tu.hehehe..
besh kan ada kucing.kwn nk marah n berckp. saya da ada 11 ekor kt uma.hehe..ada skali tuh sekor mak kucing beranak dlm almari saya.aduss..geram je nk basuh baju2 tu.huhu..tp da syg kucing nk wat camne.hehehe..
tp kucing saya bg la satu bungkus besar whiskas ke hape dia tak kan kenyang. tetap nk makan nasi jugak. nasi kosong pun leh mkn gak.hehehe...
Rina...kadang risau bila dia asyik mengadap pc tu...takut mata dia bertambah rosak...
---------------------------
Puteri1 ...jawapan tu untuk menyangkal ugutan mak dia tu...hehehe
--------------------------
sya...hahaha kau memang suka menyakat
-------------------------
iina...dia memang camtu...pandai aje cari alasan untuk dia menafikan apa yang akak cakap
------------------------
Led...tu le pasal...
-----------------------
Nazali...memang pun...mati akal dengan anak tu sorang
-----------------------
Abg Long...hah!! tu dia kalah
-----------------------
naz ilyn...memang...dpt guna komputer...maka dunia ini bagai dia yang punya
----------------------
ez...aha..tu yang extreme menggunakan komputer...macam kita yang sekejap2 ni aje...takdelah...
Si Markona akak tu dah nak makan nasi dah sekarang mungkin masa mengandung tu dia mengidam kot...tekak dia tak tertelah nasih dengan ikan...meloya tekak dia...hahahha....
salam kak lady..
haha..kita tengok sapa yg kena.
ada2 aje jawapan budak2 ni kak..layan kan ajer...he.he..
aiyo, pandai sungguh budak2 ni....
:DD
Kak,
mmg anak2 sekarang terlalu 'over' main game kat PC.
samalah juga si bujang kat umah tu.
Ila plan nak delete je..masuk sekolah ni nanti.huh!!
Ehhh..kak dah bawa farhan gi tengok cicakman?? best tak yeee...
ramai kata..tak bape besttt..
ermmmm~~
kak anie, comey aje jawapan fareez tu..bijak sungguh dia ek? ibu nak kena kan dia, dia kenakan ibu dulu...hihihi
Irfa...nampaknya akak yang kena...hehehe
----------------------
Maklang...jawapan yang buat kita tak boleh nak cakap aper lagik tu
----------------------
maksu...bebudak sekarang susah nak percaya cakap kita...dia lebih percaya pada apa yang dia lihat
----------------------
ila...memang bebudak sekarang kalau pasal main game...tak makan pun takpe...boleh mengadap komputer berjam2...
Ila...memang tak bercadang nak bawak dia pi tgk filem tu...sebab rasa macam tak best je...
----------------------
intanaziela...memang tak boleh kalau nak temberang kan dia...dia lebih cepat berfikir...gerammmm tau...ehehehe
------------------------
aeez ni sokmo2 la lucu gitu.. awat tak mai kuantan, boleh jumpa.. kita turun kuantan almost every weekend.. sbb mak duduk kuantan..
Post a Comment