Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, December 31, 2008

SELAMAT DATANG 2009...

Badan rasa letih...rasa macam nak demam...tapi tak demam...tekak sakit...terasa macam nak selsema...tapi tak selsema....

Setelah terbaring keletihan balik dari KLCC bersama anak2 dan adik aku 'Ab' sekeluarga yang pertama kali datang ke rumah ku...aku gagahkan untuk bangun. Kami ke KLCC untuk membawa mereka ke Aquaria. Dan itulah kali pertama aku ke sana. Kami cuma menaiki tren sebab Sya menasihatkan kami supaya naik tren aje...takut banyak jalan yang akan ditutup sempena sambutan Ambang 2009.

Aku tak dapat nak upload gambar...sebab aku rasa tak sihat. Lagipun aku nak balik ke Melaka esok...untuk menziarahi MIL yang masih tak berapa sihat. Doakan lah untuk kesihatan MIL aku...semoga dia kembali sihat...

Kedatangan Tahun 2009...bagi aku adalah seperti datangnya tahun2 yang lain. Tak ada azam...tak ada apa yang lain. Tentang sambutan...aku memang selalu berada di rumah aja. Malas aku nak bersesak walau ke mana jua untuk menyambut kedatangan Tahun Baru. Duduk rumah lagi best. Memang sejak aku belum berkahwin...aku tak pernah pergi ke sambutan Tahun Baru...ntahlah..aku tak minat.

Aku malas nak berazam kerana aku takut...azam cuma tinggal azam. Tapi aku selalu berharap..kedatangan tahun2 baru akan membawa yang terbaik untuk ku dan keluarga.

Tahun ini...rasanya aku kena lebih menumpukan perhatian pada kedua-dua anak ku. Farhan akan menduduki PMR tahun ini...dan aku nak Fareez lebih menumpukan perhatian pada pelajarannya kerana tahun ni dia dah naik Tahun 2...bukan anak kecil di sekolah lagi.

Kepada semua kawan2...

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2009...

Semoga kedatangan tahun ini akan membawa seribu kejayaan pada kita dalam apa jua yang kita lakukan demi untuk kebaikan...


p/s : Dalam kita bergembira menyambut tahun baru ini... jangan kita lupa untuk mendoakan perjuangan saudara2 Islam kita yang tak henti2 dizalimi oleh rejim zionis itu. Semoga mereka akan terlepas dari kekejaman bangsa laknatullah itu...



...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

24 comments:

PINATBATE said...

salam kak Anie..
Selamat datang 2009..Semuga kita semua di bawah rahmat dah kasih sayang Allah..

iina said...

Kak Anie

Selamat tahun baru ya.. dan semoga cepat baik demam.. rehat2 cuti nie ;)

sakurasa 2 said...

Anie moga cepat sembuh dan selamat menyambut tahun baru 2009

en_me said...

hi kak anie itteww.. salam tahun baru

^ez^ said...

hi akak..selamat tahun baru. ye, semoga tahun ni membawa kejayaan utk kita semua.

get well soon akak.Jgn lupa mkn ubat. take care ye.drive hati-hati. :)

Kaktiny said...

selamat tahun baru kak anie... semoga yang indah2 utk kita semua.. amiiinnn...

shafarina said...

salam tahun baru juga. semoga apa yang dihajati akan termakbul dan dikurniakan tahun yang meriah dan bahagia.

Kak Elle said...

Semoga cepat sembuh supaya dapat menyambut tahun baru dan doa terbaik untuk MIL Anie juga.

ILA said...

Salam di hari pertama tahun 2009 Kak.
So mcm mana?? teruja tak masuk Aquaria tu??
time ila pegi mmg lerr..rasa best.
kali ke dua masuk...adehh..tak rasa apa2:D

Zareda Norman said...

kak ani

salam tahun baru..

makin nak buka sekolah,makin bizi kita mak mak ni kan...

CuTeMiUt78 said...

kak lady, selamat tahun baru ya kak.. semoga tahun baru ni membawa sinar yg bahagia utk akak sekeluarga

maklang said...

semoga semuanya sihat ye kak..

salam maal hijrah and selamat tahun baru!

Neeza Shahril said...

Selamat Tahun Baru 2009 Kak Anie..
sekejap aje kan.. tahun bertukar ganti..
lagi 1 tahun tambah umur Neeza..

Mrs.A said...

Salam Kak Anie, selamat tahun baru dan semoga tahun akan datang ni lebih membawa erti buat Kak Anie sekeluarga...

silversarina said...

Salam Tahun Baru !

Saya pun sama kena beri perhatian pada pelajaran anak-anak, Izzat pun akan ambil PMR dan Mimi baru start tahun 1 .

zino said...

selamat tahunn baru... semuga segala yg di azam kan tahun ni akan termakbul..

Intan said...

Salam Tahun Baru 2009 & Salam Maal Hijrah 1430 buat Kak Anie sekeluarga.

Moga tahun ni lebih baik dari tahun lepas buat kita bersama...

:)

Mak Su said...

moga semua yang best2 sajer utk kak anie sekeluarga ek. :)

Kiah Kardashian said...

Anak saya baru nak masuk tadika...maknyer kena la gigih bangun lebih awal...huwaaaaaaa...

Anonymous said...

hi kak anie,

slmt tahun baru =)

qas tak penah pg aquaria tu, best ke? qas sambut tahun baru n merdeka kat tempat sesak2 ya rabbi tu ade la sekali jer. pastu mmg serik. tak sanggup. buat penat badan jer nanti. kan?

Madam Shah said...

Hye akak ku yg comel.,
selamat menyambut tahun baru..Semoga tahun ni akan memberikan akak lebih kebahagiaan dr tahun yg sebelumnya.
:))

chiku the chucuru said...

selamat tahun baru...

Masy said...

samat thn baru kak..
sy pon, dr bujang sampai ke bujang tak penah smbut thn baru hehe

Mulan said...

salam 2009, kak lady..!!!

lama nya tak ke KL..!!! bila la saya nak sampai KL ni..??

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails