2-3 hari kebelakangan ini aku begitu sibuk. Bukan sibukkan apa...cuma sibuk berulang alik dari Shah Alam ke Melaka...dan dari Melaka ke Shah Alam semula..
Minggu ini berderet2 cuti...aku dan anak2 pada mulanya bercadang untuk pulang ke kampung hari Sabtu hingga Isnin. Ingin bermalam di rumah MIL kemudian ke rumah bapak.
Tapi...hari Isnin aku dapat berita MIL tak sihat dan terpaksa dimasukkan ke wad. Kemudian Ude pula telefon dari pejabat bahawa Sabtu ni dia tak dapat ikut kami balik ke kampung kerana dia terpaksa bertugas di Ipoh Perak.
Oleh itu segala apa yang kami rancang terpaksa dirombak semula....(cewahh!! macam nak buat sesuatu yang besar pulak ye...)
Jadi semuanya bertukar...aku dan anak2 ku pulang ke Melaka pada hari Rabu kerana Ude dpt meminta cuti ehsan dari pejabatnya untuk bertemu neneknya yang dimasukkan ke Hospital. Kami kembali ke Shah Alam hari Khamis berikutnya...nasib baik ada cuti Hari Christmas jadi dptlah Ude bertemu neneknya. Malam Khamis tu aku sampai ke rumah hampir jam 11 malam. Penat memandu aku terus tertidur.
Sabtu pagi setelah Ude bertolak ke Ipoh...aku dan anak2 bersiap2 untuk pulang ke Melaka. Dalam perjalanan dapat berita MIL dah pun kembali ke rumah. Maka aku buat masa ni bersiaran dari Melaka.
Mungkin aku akan kembali ke Shah Alam hari Ahad...takut untuk pulang pada hari Isnin...kerana takut terperangkap dengan 'jam' di lebuhraya.
Aku membuat entry hari ni untuk mengucapkan...
'SALAM MAAL HIJRAH' buat semua kawan2 blogger dan mereka yang membaca blog aku.
Semoga tahun baru Hijrah ini akan menjadikan kita insan yang lebih baik disisi ALLAH...dan semoga dipertingkatkan keimanan serta ketaqwaan kita hari demi hari...
Bagi mereka yang akan bercuti panjang...SELAMAT BERCUTI dan Selamat Berhujung Minggu untuk semua....
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
23 comments:
Salam Maal Hijrah
semoga kita diberkati dan dikerahmatan Allah
Selamat menyambut Maal Hijrah untuk Kak Anie juga.. Mudah-mudahan perjalanan hidup kita di dunia sentiasa mendapat petunjuk dan keberkatan dari Allah.
Salam Maal Hijrah dan selamat bercuti dipenghujung cuti ...
Salam maal hijrah kak anie ;)
tahun baru - azam baru, harapan baru. Salam Maal Hijrah kak!
Salam maal hijrah untuk kak anie sekeluarga. apa azam tahun baru ni?
salam maal hijrah dr Texas.
Salam Maal Hijrah dari Kemaman .
Salam Maal Hijrah dr Nottingham...
err..Nibung Tebal..Semoga Allah berkati apa jua yg kita lakukan.
Salam Maal Hijrah, semuga hidup bertambah berkat.
Kak ani.. aku balik dr Singapore Isnin nanti sebab aku tak nak jalan malam sebab risau keta rosak.
So maybe aku tak singgah rumah bapak.
Salam Maal Hijrah untuk Kak Anie sekeluarga.
Wahhh... lama betul tak drop comment kat sini!
Semoga tahun baru ini membawa lebih banyak kebahagiaan dan keceriaan untuk Kak Anie dan keluarga.
p/s: Kak, tlg la email kt sy resepi ayam masak asam yg best ituu!!
Selamat bercuti Kak Lady... Ingat2 pandu dengan cermat ya... Musim cuti2 gini, ramai orang balik kampung... dan ada jugak ramai orang keluar ber"pesta"...
Salam Maal Hijrah Kak Anie..
semoga MIL kak Anie segera sihat..
Selamat Menyambut Maal Hijrah, kak aNIe, semoga tahun baru ini akan lebih membawa kebaikan kepada kak aNIe sekeluarga
Salam Maal Hijrah untuk Kak Anie sekeluarga.
salam maal hijrah kak.. semoga tahun ni membawa sinar yg bahagia utk akak sekeluarga
salam maal hijrah juga dari saya. Ramai yang balik hari Ahad sebab nak elak dari jam. Mengantuk singgah ler kedai minyak minum kopiiiiii...
alam Maal Hijrah dari akak buat sakurasa...semoga kita sentiasa diberkati dan dirahmati
----------------------------
Tirana...begitu juga dgn tirana smoga kita sama2 diberi petunjuk dan diberkati
----------------------------
Abg Long...salam maal hijrah dari akak sekeluarga...semoga abang long & keluarga juga diberkati dan di rahmati hendaknya
----------------------------
iina...sama juga dgn iina
---------------------------
D...setiap tahun hijrah bermula akak berdoa semoga akak sentiasa menjadi hamba NYA yang lebih baik disisi NYA
--------------------------
Ummi 365...salam maal hijrah dari akak buat ummi & keluarga...
Semoga kita sama2 akan diberkati dan dirahmati sepanjang tahun depan...
Azam?...hehehe...takde...
---------------------------
Kak...salam maal hijrah dari Malaysia...amboi...terasa jauhnya akak...
--------------------------
Rina salam maal hijrah dari Shah Alam
--------------------------
salam kak lady..
mesti penat drive ulang alik.
Salam Maal Hijrah
selamat berbahagia kak Anie :)
k.anie,
last weekend, ume pun ada kat melaka. ahad dgn isnin. huhuhu.. melaka jem sungguh le. letih. isnin, on d'way balik shah alam pun jem jugak kat highway tuh. kat R&R pun...jgn kata le. penuh!!
Sally & Cik Milah...salam maal hijrah juga dari akak di shah alam
------------------------
Sya...sampai kau dah balik dari singapore baru aku dpt jawab komen...hehehhe
------------------------
Sha...doa akak untuk sha juga...nanti akak bagi resepi ye... mana email?
-----------------------
Cath...thanks...and Happy New year untuk cath juga
-----------------------
Buat Neeza...Yani...Norabella... Cutemiut
...sama2lah kita berdoa agar kita semua mendapat rahmat dan keberkatan darinya di sepanjang tahun ini...
-----------------------
Zek-Zek...nampaknya jem malam taklah seteruk masa raya haji dulu sebab masing2 tak tertumpu untuk pulang pada penghujung hari
----------------------
Irfa & Maksu...salam maal hijrah...dan semoga kita sama2 berbahagia di tahun hijrah ini
---------------------
Umeboshi...kita sama2 kat Melaka eh...memang jem giler...kat R & R jem di siang hari kot...sebab sya kata malam2 tak jem pun
Post a Comment