Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, December 9, 2008

SALAM AIDIL ADHA ....




Pertama sekali...nak ucapkan...


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA buat semua teman2...

dan

Buat suami tersayang...semoga mendapat Haji yang Mabrur...dan sentiasa di dalam lindungan ALLAH...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Jumaat lepas aku dan anak2 bertolak balik ke Melaka. Selepas sahaja Ude balik kerja...kami bersiap2 dan bertolak dlm jam 8 lebih. Perjalanan di lebuhraya sesak dengan kenderaan...sepanjang jalan dari Nilai ke Senawang kereta bergerak perlahan. Sampai sahaja di Alor Gajah...hujan mula turun dengan lebatnya. Aku memandu perlahan sebab waktu malam memang pemerhatian aku kurang jelas...ditambah dengan keadaan hujan yang begitu lebat. Tapi alhamdulillah...kami sampai di rumah mertua dengan selamat.


Sampai aje di rumah...MIL dah tidur...aku mengejutkannya untuk bersalam. Kemudia terus memanggil adik ipar ku di biliknya. MIL terus bangun dan keluar dari bilik...katanya dia menanti juga kepulanganku tapi bila hari dah larut malam sangkanya kami tak pulang.


Bila adik ipar bangun aku terus suruh dia on wireless dia...


...dan....itulah pertama kali MIL berwebcam dengan cik abang. Sebak sungguh perasaannya dpt berbual dgn cik abang sambil menatap wajahnya. Aku duduk di samping MIL sambil melihat dia berbual...sukanya dia tak terhingga...berbagai pesanannya untuk anaknya itu sebelum cik abang aku bertolak ke Mekah.


Selesai MIL berbual...kami semua bergilir berbual dengan cik abang...dan aku menghakhiri perbualan kami hingga jam 2.30 pagi.


Keesokannya MIL awal2 dah ke rumah adik iparku yang berdekatan. Rupa2nya dia tak sabar2 nak menceritakan kisah dia berbual di webcam ngan cik abang aku.


Petangnya aku ke rumah Kam...kerana MIL ada di sana. Lama aku di sana sampai Sya sms aku samada jadi tak bermalam di rumah bapak. Ude masih bermalam di rumah MIL sebab dia kene bertugas di MITC untuk Les Copaque Production sehingga hari Ahad.


Malam tu aku duduk berbual dengan bapak hingga hampir jam 4 pagi. Banyak yang bapak cerita...seronok mendengar cerita2 bapak hingga tak perasaan masa berlalu. Bapak bukan bercerita kosong...banyak ayat2 dan zikir2 yang bapak ajarkan...bapak bercerita tentang kisah2 nabi...asal usul Yakjuj & Makjuj...dan macam2 cerita lagik.


Ahad pagi aku dan Sya ke Durian Tunggal membeli daging, tulang dan ayam untuk dimasak di Hari Raya. Sebelum itu kami sarapan di warong berdekatan. Cuma makan roti canai je...aku mengambil gulai sampingan...asam pedas tetel dan rebung masak lemak cili padi...


Sebelum memasak...aku & Sya makan dahulu...masak asam pedas makcik begitu menyelerakan...pekena pulak dengan jering dan cili padi....bertambah2 nasi aku dibuatnya. Malangnya jering & cili padi yang aku makan membuatkan aku sakit perut...rasa mual nak muntah...


Semasa Sya berbual dengan aku sambil memasak...aku dah senyap aje...melayan tekak dan perut yang meragam...kemudian aku meminta diri dari Sya untuk baring...sebab aku dah rasa nak pitam....


Bangun aje maghrib tu...perut masih meragam...tapi alhamdulillah setelah beberapa kali ke tandas segalanya dah okay.
Selepas maghrib...kami ke rumah Kam semula...sebab Kam ada buat kenduri. Malam tu kembali ke rumah bapak bersama Ude.


Padi Hari Raya Aidil Adha...aku dan Sya serta anak2 bujang 3 orang tu ke Masjid Selat Melaka untuk bersama-sama solat sunat Aidil Adha. Dan itulah pertama kali aku bersolat Hari Raya...alhamdulillah ...tercapai juga hasrat aku untuk menunaikan solat sunat Hari Raya satu hari nanti.




Hujan yang turun sepanjang hari membuatkan Hari Raya kali ini dingin sedingin2nya...Selepas balik dari solat...kami menjamu selera dengan hidangan yang disediakan semalam. Kemudian aku dan anak2 terus bersiap2 untuk ke rumah Kam bertemu MIL.

Aku dan anak2 berada di sana sehingga jam 3ptg...setelah mendapat bahagian daging korban yang diagih2kan di sana...aku dan anak2 terus bertolak balik ke rumah bapak. Hasrat untuk pulang petang itu terpaksa ditangguhkan kerana mendapat tahu lebuhraya jam, Aku dan Sya bercadang untuk bertolak selepas jam 10 malam.




Malangnya...selepas jam 11 malam pun lebuhraya begitu sesak dengan kenderaan yang bertolak malam untuk mengelak kesesakan di awal malam. Hmmmm.....kami sampai di rumah jam 2 lebih pagi. Punyalah mengantuk dan letihnya aku hari ni...



...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

23 comments:

sakurasa 2 said...

Salam Aidil Adha buat anie n keluarga

KAKTINY said...

tiny balik dari muar ke KL.. bertolak jam 5.30 petang.. sampai umah kakak kat bangi kul 9.30 mlm.. adoilar.. jammed + hujan plak tuh.. huhuhuhu...

Kak Elle said...

selamat raya juga anie dan alhamdulillah at last dapat juga beraya dgn bapak ye?...hehe

HappyIrfa said...

salam kak lady..
alhamdulillah..dapat gak akak solat raya.saya tahun ni solat aidilfitri dan solat aidiladha semuanya miss sbbkan penyakit wanita..xde rezki.harap tahun depan masih ada utk saya

salwa said...

Kak lady...

Saya bertolak balik malam tu dari Umbai lepas maghrib, bila dengar sesak di PLUS saya guna lebih AMJ, tengok2 jem jugak, dari rumah 7.30 sampai seremban jam 11.30...punay sakit kaki sebab keter gerak sangat slow...kalau lebuhraya mesti lagi teruk,kan?

Wah...lepas2 ni kot2lah MIL nampak kak lady jer dia mintak nak webcam ngan anaknya...hehehee

Zareda Norman said...

Kak lady

sesak mesak highway yer.. zar raya KL jer.. abang abang zar semua raya Kl so meriah jugaklah

Macam kak lady jugak.. makan non stop

MAMAMIA said...

Semoga abang K,Anie mendapat haji yang mabrur.

Mesti seronok MIL dapat lepas rindu.

Perut dah okayke??

sya said...

Nasib baik laporan tak bercanggah.. ha ha ha.. tapi jgn lupa blogkan itu "pompkin". Sampai skrg satu ofis tak dpt teka apa dia cakap

CuTeMiUt78 said...

selamat hari raya kak.. dah baik sakit perutnya..

Neeza Shahril said...

Semoga che' abang kak Anie mendapat haji mabrur.. Ameen..

seronoknya MIL kak anie dapat tengok anak dia live kan..
kalau MIL neeza pun, macam tu jugak rasanya.. maklumlah anak sendiri..
menantu balik pun still tak sama kan hehehh...

Alahai.. rebung masak cili padi.. sedapnyaaa... kat sini payah nak jumpa rebung fresh.. tapi boleh la daripada takde. Itupun kena drive about 2 hours baru jumpa..

dlt said...

Bestnya dapat semayang raya. sejak ada anak belum sempat lagi nak semayang raya. kalu tak dulu, tak pernah miss.
perut kak lady dah ok ker? saya la pulak tgh sakit perut nih. dah 2 hari dah. apa kena tah. tapi bukan cencirit.

sally said...

eeeii..seronoknya kak lady balik raya kt kpg..ni yg jeles nih..

aNIe said...

Sakurasa...semoga kita sentiasa diberkati

------------------------

Tiny...nasib baik malam tu tak ujan...kalau ujan memang akan bertambah lambat sampai ke shah alam

-----------------------

Kak elle...alhamdulillah...dpt bersama-sama bapak...lebih 2 hari...walaupun banyak juga masa di habiskan bersama MIL...tapi puas...

-----------------------

Irfa...Insyaallah...tahun hadapan irfa akan dpt bersolat hari raya...

Ini first time tau akak pi solat sunat raya...

-----------------------

Salwa...kalau lah kene sampai ke KL...pasti lebih lewat...nasib baik keta akak auto...kalau manual mau sakit lutut dibuatnya...

-----------------------

Zar...dengar khabar dari tengahari sampai tengahmalam highway sesak mesak....hehehe

Nasib baik zar beraya di KL...sebab org kata kalau hari2 raya...KL lengang dan senang utk ke sana ke mari...

-----------------------

Mamamia...alhamdulillah...perut dah okay..tapi masih takut nak makan cili padi lebih2...memang MIL seronok dpt tgk muka cik abang tu...

Terima kasih mama kerana doa tersebut...

---------------------------

Sya...aku dah cuba masukkan...tapi tak boleh rasanya aku kena tukarkan formatnya...

-------------------------

cutemiut...perut ni alhamdulillah dah baik....thanks... :D

------------------------

Neeza...terima kasih kerana doa buat abang akak...

Memang pun...menantu mana sama dengan anak...tu sebab bila cik abang takde akak habiskan masa rumah bapak...sebab kalau cik abang ade memang kami kat rumah MIL aje...

Rebung cili padi memang sedap...akak ngan Ude berdua aje boleh abiskan sampai sekilo tau....

-----------------------

dlt...akak ni baru ni lah pertama kali dpt bersolat hari raya kalau tak memang tak berpeluang...

Kalau sakit perut tu melarat...kenelah pergi klinik tu...

--------------------------

Sally...hehehe...cik abang takde...dptlah balik umah bapak


-----------------------

blackpurple @ jowopinter said...

Salam Eidul Adha buat kak Lady sekeluarga. Kak Lady bila pulak nak bergelar Hajjah? :)

Alhamdulillah. Tahun ini surau kampung kami tak ramai yang bersolat sunat Eidul Adha. Sebab hujan lebat turun sepanjang pagi.

Sempat tangkap gambar lagi eh...

Intan Rosnitta said...

Salam buat Kak Anie,

Intan doakan hb Kak Anie mendapat Haji yg mabrur & selamat kembali ke pangkuan fmly.

Salam AidilAdha.

Mak Su said...

canggihnya mode komunikasi sekarang ek...boleh nampak muka walaupun jauh :)

didoakan yang baik2 untuk anie and husband, dan moga perjalanan hajinya dimudahkan dan dapat haji yang mabrur

Anonymous said...

bagus tu menggembirakan hati org. insyaAllah org akan menggembira kan akak

zino said...

seronok tu bercakap nampak muka kat depan tu.. tak lama lagi blog ni pun ada kemudahan tu hehe..

maklang said...

salam aidil adha kak...

bila Cik Abang baliks ini? moga dia mendapat haji yang mabrur!

en_me said...

hi akak lady ittewww.. salam aidiladha dikejauhann..

insane_penguin said...

slamat hari raye!
byk dpt daging korban?

aNIe said...

BP...salam aidil adha dari akak sekeluarga...Insyaallah bila sampai masanya akak akan sampai ke sana...semua atas izin ALLAH...

Memang hujan dari malam membuatkan jalan tak berapa sesak ...sebab ramai yang tak ke masjid...

Tangkap gambar curik selepas solat tu...heheheh

--------------------------

Intan...salam aidil adha buat intan juga...terima kasih kerana doa tersebut...

------------------------

Maksu...tulah...teknologi sekarang semakin canggih...alhamdulillah...yang jauh semakin dekat...

Doa akak yang terbaik buat maksu sekeluarga juga...

-----------------------

Anon...terima kasih...hidup kita di dunia ini hanya sementara...jadi kita kena lah buat sesuatu yang disukai orang...

-----------------------

zino...kalau lah blog nanti ade muka kita nampak online...mau saya tak duduk mengadap blog selalu...hahahaha...nanti cik abang nampak saya online aje...

------------------------

Maklang...salam aidil adha juga buat maklang...

Cik abang tu mungkin akan balik awal bulan Januari kot...

Terima kasih atas doa maklang...


--------------------------

En em...salam aidil adha juga dari saya

--------------------------

Selamat hari raya aidil adha juga buat insane penguin...

Daging korban.? dapat lah jugak...cukup untuk 2 kali masak...

ina said...

salam kak anie.....

saya dah beberapa kali pegi masjid selat ni..solatnya cuma dpt sekali..sebab setiap kali dtg keuzuran...

saya selalu jalan2 melaka kak..sebab dah dekat dgn Johor...pastu singgah Toko Che Rose ...suka tgk kreativiti dia buat batik nyonya dgn sarong ...
hehe...saya pun peminat jering dan petai...tapi jering lagi suka...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails