Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, December 3, 2008

My Workstation...KAU TETAP DIHATI...

Sejak anak2 sedara aku pulang ke Melaka bersama ayah dan ibu mereka...aku berehat sepuas-puasnya...

Aku tak keluar ke mana-mana...3 hari aku dok melengkau kat umah...melayan kerenah anak2...bertempik macam tarzan bila keadaan tak terkawal. Nasib baik si kecik ni sekolah agama pepagi...kalau tak lagilah... satu taman boleh dengar suara aku tiap pagi.

Waktu tengahari...aku melayan drama2 kat TV...sambil membaca novel...sesekali aku online...jengok blog kengkawan.

Kelmarin Sya ada tag aku...

Rules :

Snap your workstation...then letak link blog anda kat bawah gambar workstation anda iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada (sorry sya...aku pun tak buat yang ni)

Jadi bila anak2 semua dah takde barulah aku dapat snap gambar workstation aku...kalau tak dah macam tongkang pecah rupanya meja aku tu...

Bila dah ambil foto...ari ni baru dapat upload kat blog...so...tadaaaaa.....


Ni dia desktop aku...tempat aku membuat segala kerja-kerja aku. Aku ni surirumahtangga...tapi jgn ingat surirumah tak buat kerja depan komputer tau...

Sebab di sinilah aku membuat semua pembayaran bil bil aku...menguruskan segala kerja2 yang cik abang arahkan.

Hah!! Nampak tu...wallpaper aku pun wallpaper Upin & Ipin...berganti lepas satu satu...dibuat oleh si kecik ni...

Ni pemandangan sebelah kiri aku...ada printer...untuk aku print semua dokumen2 cik abang...dan dihujung sekali ialah mesin fax juga untuk urusan2 cik abang...bila dia takde...maka kuranglah mesin2 itu berfungsi...



Disebelah kanan aku ...terletak semua segala macam khazanah keperluan ku. Memang selalu aku kemas..kalau tak kemas nanti cik abang jumpa apa saja kertas2 aku akan dibuangnya...siap ada pensil case lagik. Penuh pensil dan pen dalam tu...pensil & pen yang aku jumpa bersepah2 dalam rumah...bila dah masuk dlm pensil case tu...memang dah jadi hak aku...sorang pun tak boleh amik...hahahaha...padan muka diorang letak sepah2 lagik


Di situ juga ada diari yang aku tulis dan catit segala pembayaran2 yang aku buat melalui akuan cik abang....pembayaran2 wajib tiap2 bulan...dan segala nota nota penting...


Gambar kerusi takdelah pulak...sebabnya aku dah guna bangku plastik aje bila duduk kat sini...kerusi yang aku gunakan dah pun patah dihenyak2 oleh bebudak ni. Tak syok sungguh guna bangku...pinggang...punggung sakit dibuatnya...nanti nak beli sebuah yang elok & tahan lama.


Tag ini hanya berhenti di sini sebab aku malas nak tag sesiapa...*aku banyak hutang tag lagik...nanti aku buat pelan2 ye*



Minggu lepas ...pagi2 lagi aku terima sebuah bungkusan dari ALAF 21...tak sabar nak membuka bungkusan...dan bila terbuka aje...aku meloncat kegembiraan...mana taknya...dpt novel percuma...cenderahati dari Alaf 21...pasal percuma yang syok tu...*hehehe..jahat aku ni tau*




Ini dia novel Liza Zahira KAU TETAP DIHATI....


Memang aku jarang baca novel2 penulis lain...kerana aku peminat setia Aisya Sofea...dan hampir semua novel2nya ada dalam simpananku...


Semasa mula-mula menyelak helai2 mukasurat novel ni aku tak berminat sangat untuk membaca. Tapi lama2 aku kuatkan hati cuba membacanya...manalah tau ianya boleh menarik minat aku. Sejak mula membaca aku rasa sukar untuk berhenti...ianya membuat aku ingin tahu apakah kesudahannya cerita ini.


Aku sudah pun berada di pertengahan cerita ini...ia merupakan cerita cinta lain dari yang lain...


Jadi apa lagi...jangan terlambat. Dapatkanlah novel KAU TETAP DIHATI ini dan anda berpeluang menyertai kuiz yang dianjurkan oleh ALAF21 ....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kuiz "Kau Tetap di Hati ' Liza Zahira.
Sempena pelancaran novel terbaru Liza Zahira iaitu, KAU TETAP DI HATI, maka satu peraduan kuiz akan di adakan untuk memberi peluang kepada anda semua memenangi hadiah-hadiah yang sangat menarik.

Cepat hantarkan penyertaan anda ke email yang tertera!

MENANGI HADIAH MENARIK



20 penyertaan paling awal akan menerima Baju T Liza Zahira


Hadiah Pertama: Wang Tunai RM300
Hadiah Kedua : Wang Tunai RM200
Hadiah Ketiga : Wang Tunai RM100
10 Hadiah Saguhati: Senaskah novel Liza Zahira (Pemenang boleh memilih salah satu novel Liza Zahira)


SOALAN-SOALANNYA:


1. Novel Kau Tetap Di Hati (KTH) merupakan novel Liza Zahira yang ke berapa?
2. Selain Malaysia, negara manakah yang menjadi latar cerita KTH?
3. Berikan nama anak-anak saudara Sophia dalam Kau tetap Di hati?
4. Bahtera Kasih (BK) merupakan novel ketiga Liza Zahira. Apakah nama kapal lanun yang menculik Carra Lina dalam novel tersebut?


5. Siapakah lelaki yang akhirnya menjadi pilihan Carra Lina dalam BK?


Lengkapkan kata-kata berikut (tidak lebih dari 20 patah perkataan).
Saya gemarkan novel-novel Liza Zahira kerana ……………………………..

Tuliskan Nama, No.kad pengenalan, Telefon dan Alamat berserta jawapan lengkap anda ke:

liza_ktd@yahoo.com dan cc ke
lizaali@karangkraf.com atau liza_zahira2@yahoo.com.my


TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA: 31 DISEMBER 2008



...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

30 comments:

Tirana said...

ha'a la Kak Anie..jangan ingat surirumah macam kita tak pandai guna computer kan? hehehe..Surirumah zaman sekarang, pandai serba serbi..

Sedap ye novel tu? Sekarang ni nak limit baca novel. Ingat nak banyakkan baca buku2 ilmiah untuk tambah ilmu..hehehe

Unknown said...

kemas jer tengok workstation akak tuh. kalau saya punya workstation, hmmm sekejap saya kemas, sekejap lagi dah penuh dengan mainan bebudak nih..hihi. Al-maklum, berkongsi dengan mereka lagi..

Mama Rock said...

kak anie...kalau kat rumah tu workstation mama merata! ke hulu ke hilir laptop tu di seret...so tak de offical workstation punya ganbar.

ps - tahniah pada ude and munir for their convocation. seronok tengok budak2 ni graduate. lambat lagi mama nak tunggu anak2 punya turn...

Sya said...

Aku masih kat opis ni banyak keja.. naik muak tenguk workstation sendiri

Kak Elle said...

wah kemas nya work station anie kalah secretary:)

wah best nya dapat noval percuma tak aci macam mana bolih dapat ek?

nanti saya nak beli lah noval tu.

SaDi said...

allaaaaaa.... saya kat rumah takde workstation laaaa... ni yang jeles niiii.... huahauhauhauhauahuha :D

Cat Cat said...

Wah, canggih workstation Kak Lady.. I like the wallpaper... So cute.

aNIe said...

Tirana...akak ni selepas abis baca novel2 yang akak beli dan tersimpan tu...dah nak mula baca buku2 ilmiah yang dibeli & tersimpan jugak...maklumlah usia kita telah meningkat...banyak yang perlu kita tambahkan untuk bekalan...

Komputer dan internet adalah sebahagian dari hidup akak sekarang....untuk akak berhubung dengan dunia luar dan juga melakukan berbagai2 urusan

---------------------------

Yus workstation akak tu memang kadang bersepah jugak...tapi cuna bila akak mula buat urusan pembayaran bil2 dan lain2...

Ni tgh kemas..masuk 2-3 hari nanti tgk lah...hehehe

-----------------------------

Mamarock...hahahah...kalau laptop akak ni cuma kadang beralih dlm bilik je...kalau tak beralih kat bilik ada kat ruang tamu...tapi akak jarang buat kerja dpn laptop...laptop cuma untuk buka2 email dan ym ngan cik abang...hehehe

Terima kasih mama...nanti giliran mama pulak...pasti mama akan terasa bangga dan gembira macam kak anie...

--------------------------

Sya...patut arr...aku tengok nama kau kta YM hidup aje lagik...hehehe...

-------------------------

kak elle...memang kene kemas selalu...takut nanti cari dokumen tak jumpa mengamuk cik abang...

Kak anie baru baca separuh jalan...rasanya okaylah cerita tu...

-------------------------

Sadi...dulu akak pun takde workstation...masa kat Melaka workstation akak kat dapur...hahahah....

--------------------------

Cath...sejak Ude kerja kat syarikat Upin Ipin ni semua barang dlm rumah ni ade gambar Upin Ipin...heheheh

Neeza Shahril said...

wow!! mengalahkan orang kerja office lah kak anie ni..
macam2 benda ada kat work station tu.. bestnya kalau anak2 dapat duduk situ kan hehee..

anyway, dapat pahala kan kak tolong husband.. husband pun tambah sayang :))

Masy said...

bole dpt free ke buku tu kak?

RaFFLeSiA MeRaH said...

oooo...disitu rupanya akak sakan berblog yerrr...hiksss, selesa sungguh suasananya sy tgk...tenang ajer....sy ni x kalau novel dah x tau time bila boleh membaca, emmm....x dpt bayangkan kalau ader anak ramai nanti...

Anonymous said...

huish..kemas nyer mejaaa...kalo komputer kat umah saya, jgn kata kertas,cawan ngn piring pun adaa..

Intan said...

Cantik sungguh workstation Kak Anie, kalah org keje ofis!

Peminta novel jugak rupanya Kak Anie ni. Intan pun minat Aisya Sofea, semua novel dia intan ada. Novel dia yg latest "Selagi Ada Dia" tgh tunggu utk dibaca. Skrg ni Intan bz mentelaah novel Ramlee Awg Murshid "Hijab Sang Pencinta".

Selamat membaca, Kak Anie!

:)

dlt said...

Jelesnya kak lady dapat baca novel. saya ni dulu hantu novel. berkotak2 novel sampai bising hubby. tapi la ni takde masa la nak baca, kena tunggu anak besar baru boleh start smula rasanya.

cikdinz said...

akak dah jawab lom soalan tuh...

yani_worldpeace said...

eiii...sye pun minat ngan novel aisya sofea...sume novel die dah baca, cuma tak beli je...huhu...

Zareda Norman said...

zar dah lama tak baca novel.. travelog dakwah tu pun baru 3 page.. masa cukup tak menizinkan.. hehehhe

zar suka anis ayuni..

umeboshi said...

macam mana k.anie bleh dpt novel percuma tu?!! best nye... ume, peminat novel/ tulisan2 Ramlee Awang murshid. jenis thriller gituk. kekonon boleh jadi penyasat la. ahahha...perahsan!

CuTeMiUt78 said...

kemas la workstation akak tu.. cantik je.. heh..heh.. dah lama tak beli novel.. anyway selamat hari raya haji kak.. ambil kad raya kat blog kita ya

Mak Su said...

tahniah, novel free....ada lebihan stok tak? ahaks

kiutnyer wallpaper ! :)

Mummy Rizq said...

dah lama rasanya tak menyentuh novel novel.. dok bz kat lain jer..

Sastri said...

haaa... upin dan ipin lagiii... suke suke suke... :D

saya pun baru buat hutang tag, bila jengah blog nonie, dia dah tag lagi satu... huhuhu...

ina said...

salam kak ani.....
kemas aje worksattion akak tu..
kalau tgk workstation saya maunya akak fengsan.....hehehe...

saya pun sediakan pencil case kat atas meja saya...senang kalau nak buat catatan...

akak dpt novel free...eh akak masuk peraduan apa ek..rajin kak anie baca novel..saya ni malas betul membaca...rasanya novel terakhir saya baca Ungu Karmila..tak ingat sape penulisnya..

nama2 penulis yg tepahat di ingatan saya duma zaharah nawawi,fatimah busu,khadijah hashim,ali majod,s. othman kelantan,othman putih,...masa sekolah dulu asyik baca novel dorang ni aje..tu yg ingat sampai sekarang...

13may said...

waaa....kemasnya...hehhe hehhe

Salam Aidil Adha kaklady :)

Norabella said...

Cayalah kak Anie...Nora respect lah kat suri rumahtangga macam kak Anie pun prihatin dgn workstation.

Wah...teruja Nora tengok novel tu...

zino said...

nampak macam kemas je meja workstation dia tu.. mengalahkan opis hehe

salam aidil adha..

Sitie BUm BUm said...

dh lama x baca novel

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

salam
kemasnya workstation dier, nak buat kerja pun seronok

aNIe said...

Neeza...anak2 kalau dpt duduk situ memang diorang seronok...macam2 diorang print...sampai kene simpan kertas2 tu...

Neeza...kita ni kenelah jadi sekretari dia kat rumah...kalau tak nanti dia cari sekretari lain lagik susah...heheh

-------------------------

Masy...akak masuk peraduan...dpt email diorang bagi...

-------------------------

Rafflesia ...disitulah selalunya akak berblog...tapi sejak ada laptop baru ni...akak banyak lakukan di laptop ni aje...depan TV sambil menonton drama...

-------------------------

Hahaha...sally...akak tak bagi bebudak ni letak cawan atau apa2 kat situ...takut tumpah kene keyboard...nanti abis kaput semua...heheheh

-------------------------

Intan...akak baru abis baca Selagi Ada Dia...ni tgh baca KTD...

Best tak certia Ramlee Awang Mursyid tu...terasa ingin memiliki novel2nya tapi tak tau samada cara penceritaannya menepati citarasa akak...

----------------------------

dlt...memang bila ada anak kecik3 kita takde masa untuk diri sendiri...kecuali kalau anak2 dah besar...barulah boleh curi2 masa untuk membaca...

--------------------------

cik dinz...dah jawab pun...hehehe

--------------------------

worldpeace...hahhaah...mesti buku pinjam tu...akak ni suka untuk memiliki...tak sempat baca pun takpe...tapi nak simpan...hehehe

--------------------------

zar tu memang penuh dengan macam2 jadual...camaner nak membaca...

Akak dpt tau novel2 anis ayuni pun best....alahai...nantilah bila2 nanti boleh beli...

------------------------

aNIe said...

Umeboshi...akak dpt novel percuma tu sebab masuk peraduan...tapi dengan syarat...kene buat promo ler...hehehe

Novel Ramlee Awang Mursyid yang mana best? Meh...promote kat akak novel yang mana best...

----------------------

cutemiut...selamat hari raya juga buat Cutemiut ...

Workstation tu kene kemas...kalau tak nanti kene leter...hehehe

----------------------

Maksu...novel tu takde lebihan dlm stok...hehehe

Anak2 tu semua peminat upin ipin...ikutkan ajelah...hahahah

-----------------------

Mummy rizq...kalau sibuk...camaner nak membaca kan?

----------------------

Sas...sejak Ude kerja kat sana...diorang ni semua dah berlebih2 dah minat kat Upin Ipin tu...heheheh...

---------------------

Ina...Workstation akak tu kene kemas selalu...kalau tak nanti cik abang akak buangkan kretas2 yang berselerak...dia tak suka...

Peraduan yang akak masuk tu ialah peraduan untuk Peminat Alaf21...tu yang dpt novel free tu...lepas tu kene lah buat promo sikit...heheheh

Dulu akak pun minat penulis Khadijah Hasyim...suka gaya bahasanya yang simple..& ringkas...zahara nawawi pun sorang penulis yang hebat...tapi sekarang dah jarang dpt membaca...akak suka diorang yang boleh membaca bermacam2 buku...

Ungu Karmilla tu novel Ramlee Awang Mursyid kan? Sedap tak novel tu...?

------------------------

13may...salam aidil adha dari akak juga...

Kene kemas...kalau tak nanti kepala pun serabut...hehehe..

-----------------------

Nora...nanti akak baca novel tu...pastu akak bagi review kat nora tau...heheheh

----------------------

Zino...Salam aidil Adha...

Kita ni kan sekretari cik abang tu...kenelah workstation macam kat opis...heheheh

---------------------

Sitie Bum Bum...marilah membaca semula...hehehe

--------------------

Craza Beautifull...bila meja kerja kemas...seronok nak buat kerja...

--------------------

Lusia...thank u

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails