Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, December 1, 2008

Ada hikmahnya...

Ketika diberitau yang visa cik abang tak dpt dilanjutkan lagi...cik abang memberitau kami yang dia terpaksa pulang dan mungkin kembali selepas musim haji. Pada mulanya dia kecewa juga sebab menjangkakan dia tidak dapat mengerjakan ibadah haji pada musim ini.

Tapi apa yang telah ditentukan oleh ALLAH...kita tak tau...rupa2nya ...ada hikmah bila visanya tidak dilanjutkan...kerana...kami sama2 dapat meraikan hari2 konvo anak2 kami...iaitu Ude dan kemudian Munir...pada minggu yang sama...









Maka puas sudah hati kami dapat bergambar bersama sekeluarga. Biar pun dalam keadaan kelam kabut dengan jadual cik abang yang ketat...kami rasa telah sempurna segalanya. Semasa di dewan konvo...airmata kegembiraan bergenang di mata. Aku berkata pada cik abang...

'Inilah hari gembira kita bang...alhamdulillah...anak2 kita dua dua dah tamat belajar. Kalau ada rezeki nanti tinggal yang 2 orang tu aje....'

Masa berkata2 ni aku rasa sebak...

'...dapat jugak kita rasa masuk dewan konvo untuk melihat diorang...tak taulah...kalau Farhan nanti..mungkin 9 tahun lagik...itu pun kalau ada umur kita...kalau takde inilah kali terakhir kita merayakan hari kejayaan anak2 kita...'

Bila cik abang dipanggil untuk terbang semula ke Jeddah...dia berasa sungguh gembira kerana niat untuk mengerjakan haji semula pada tahun ini mungkin tercapai....Insyallah...

Tulah orang cakap...pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku...akhirnya dua2 cik abang dapat...melihat anak2 konvo...dan berada di Tanah Suci semasa musim Haji...

Nampaknya tahun ini aku akan merayakan Hari Raya Haji bersama bapak di kampung sekali lagik...pasti meriah rumah bapak di Hari Raya ini...Alhamdulillah....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Akhir sekali aku nak kongsi video klip ni...suka sangat iklan ni...kenapa agaknya kat Malaysia tak terdapat iklan macam ni....




...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

27 comments:

Tirana said...

Tahniah untuk ude dan munir kerana telah melepasi satu tahap. Tahniah juga untuk kak anie kerana berjaya menjadi seorang ibu yang baik kepada anak-anak.

Neeza Shahril said...

Alhamdulillah.. dapat 2 2 sekali kan..

tahniah untuk Munir dan Ude.. semoga lebih berjaya di masa depan...

selamat hari raya haji kak anie.. :)

Hanisumayyah said...

Kak Anie...

Yerlah, bestkan iklan tu, kat malaysia setakat ada kat board TM tu yang tulis "tidak ada panggilan sepenting panggilan Ilahi", memang bagus kalau dibuat iklan begini, tapi di malaysia adaker pihak yang nak membiayai iklan sebegini, stesyen TV pun semua pentingkan keuntungan...

Tahniah utk Uda dan Munir...jarang sangat kak anie cerita hal munir yer...cuma dulu citer hal pasal munirah...heheeee

MalayConfinementLady said...

sy pun x pernah tgk iklan nie. Allah diperbesarkan lebh dr segala2nya. mmg bagus kalo ada dlm tv malaysia.
Kat UK nie mmg ada Islamic Channel, mmg bagus sgt. Pelik, knpa mlysia yg mengaku negara islam tapi xde buat camtu...islam atas nama jer...

hanimndroid said...

alhmdlh kak. pasni, leh la gantung berderet2 gmbor konvo kat dinding kasi framed! hehehe

syok nya mcm tu. klu sy, mestilah sy ingat yg klu kt nak pegi haji, kena lalui prosedur mcm2, rupanya, boleh buat mcm cik abg akk tu.

Kak Elle said...

Tahniah pada Ude,Munir dan juga Ida.
Anie ini yg dikatakan 3 in 1 mcm nescafe saya minum semua terjadi ada hikmah kan?
Gembira saya dengar anie akan beraya ngan bapak di kpg tapi saya keseorangan pulak....sob..sob

KV said...

alhamdulillah.
setiap kejadian ada hikmah nya kan.
tahniah untk uda dan munir. Jugak akak dan cik abang.

Anonymous said...

setiap yg terjadi, ada hikmahnya..

tahniah utk ude dan munir, sbb dah konvo..

Intan said...

Tahniah buat Munir & Ude. Pastinya akak & suami amat berbangga!

Sedih pulak baca kata2 Kak Anie... Iyalah kan, ajal maut bukan di tangan kita, raikan kejayaan anak selagi mampu...

:)

Sya said...

wah si uda nampak kan main comel lagik.. ha ha ha.. apasal si munir serious aje.

Hikmah lagi satu.. leh raya haji kat rumah bapak ngan aku.. yeh yeh

aNIe said...

Terima kasih Tirana...kejayaan anak2 adalah satu anugerah...semoga mereka terus menjadi insan yang berguna dunia & akhirat...itu doa akak untuk mereka...

------------------------

Neeza...terima kasih...tulah...dpt 2 2 sekali...alhamdulillah

Selamat Hari Raya Haji buat Neeza jugak

------------------------

Salam Hijrah...akak suka tgk klip tu...seronok tgk kalau anak2 muda biar bagaimana tgh berseronok pun terus meninggalkannya bila sampai waktu solat...

Akak jarang citer pasal Munir sebab dia tak duduk bersama kami...masa cerita zaman kecik2 dia banyaklah...hehehe...dalam memori...

---------------------------

Miim...tulah...sejuk rasa hati tgk anak2 muda kalau camtu...kat ruangan TV kita banyak disogokkan dengan dunia glamor artis2...sebab tu lah anak2 muda berlumba-lumba nak jadi artis...

---------------------------

hanimndroid...kene lah gantung...1 keping 2 gambar tu...tak lah nak gantung banyak2...akak tak suka...sekadar menghargai kejayaan anak okaylah...

Abg akak tu pergi semula kesana atas visiting visa...tapi kene ada invitation letter dari company di Arab Saudi...dia nekad aje...sebab kalau ikutkan memang tak boleh buat haji...kalau kene tangkap...dipenjarakan...tp...niat baik tu mesti ada...kerana ALLAH...

---------------------------

Terima kasih kak kerana ucap selamat buat mereka...

Alah ...akak jgn le sedih...nanti anie pun sedih tau...

---------------------------

KV...terima kasih dari akak ...kerana ucap selamat buat kami...insyaallah bila anak2 dah besar nanti giliran KV pulak merasa apa yang akak rasakan.

--------------------------

Oren...terima kasih...memang bersyukur sgt dgn nikmat yang diberikan...

--------------------------

Terima kasih Intan...insyaallah Intan pun akan merasa apa yang akak rasakan satu hari nanti...

Memang sedih...sebab kita tak tau apa akan terjadi dimasa akan datang...

--------------------------

Sya...hahah.tulah...dia senyum mengulum...tu yang nampak bulat je...

Munir tak pandai nak senyum...hahaha...tulah...nampak serius je muka dia...

Anonymous said...

Tahniah ....



Az

Queen Of The House said...

Tahniah buat Ude & Munir. Semoga kejayaan yang lebih besar menanti di alam pekerjaan. Congrats also to Kak Anie & hubby atas kejayaan anak-anak ....

Powerlah iklan tu. Bagus betul!

Kaktiny said...

tahniah kak..
pasti kegembiraan jelas dihati danjiwa akak.. bukan sahaja dapat tgk anak convo.. (dua org sekaligus plak tuh..), tapi yang paling penting.. cik abang berada disisi bersama melihat 'hasil titik peluh harta yang berharga' menjadi permata yang bernilai..

huhuhu.. terasa sgt keseronokan itu..

tumpang gembira utk kak anie.. tahniah kak.. tahniah..

edyan7 said...

Alhamdulillah... dapat dua-dua yang dihajati :)

Iklan tu mmg best!

Irfa said...

syukur..cik abg akak dapat ke dua2nya..iklan tu mmg bagus tp heran gak knape xde kat m'sia

RaFFLeSiA MeRaH said...

semua yg tuhan jadi kan di dunia ni semuanya berhikmah kak...semuanya tuhan dah tentukan baik atau buruknya sesuatu perkara tu berhikmah....

sakurasa 2 said...

Taniah ke 2 2 anak anie yang telah berjaya. Alhamdullilah.

PINATBATE said...

Tahniah atas kejayaan anak-anak akak..

Saya pun seronok tengok iklan tu..yang saya ingat kat tv9 sebelum azan maghrib ada iklan budak-budak tengah main pas tu mak dia panggil masuk sbb dah nak masuk maghrib..

SaDi said...

alhamdulilah.... so happy when you happy... :D

Madam Shah said...

Tahniah kepada 2-2 permata hati kak anie.

Iklan tu best,dn mmg jelas motifnya.
tp maybe negara kita belum berani nak buat iklan yg mcm tu lg kot.

:)

ina said...

suami akak terbang lagi.....lepas ni pasti rindu2an lagi..saya tak boleh bayangkan kalau saya berada di tempat akak...

coretan akak yg lepas membuatkan saya betul2 insaf dan bersyukur suami selalu ada depan mata...
tkasih kak baru saya tersedar..
jangan suka melawan cakap suami...hehe

silversarina said...

Alhamdulillah . Dapat ke konvo anak-anak dan mengerjakan haji lagi.

Selamat beraya di kampung !

Anonymous said...

ooo dua2 sekali naik atas pentas.. mau tak menangis mak nya.. hehehe sib baik tak meraung.

seronokkan kak anie tengok anak2 dah berjaya dalam bidang pelajaran mereka.

tahniah utk ude & munir :)

* kak anie kalau p taman cahaya jgn lupa kabor kat sini ya ;)

Mak Su said...

tahniah anie dan husband, didoakan yang terbaik utk anda sefamily :)

aNIe said...

Salam Az...terima kasih

----------------------

Queen...terima kasih...anak2 tu sekarang dah melangkah ke alam pekerjaan...semoga sama2 akan berjaya dalam kerjaya mereka...

---------------------

Kaktiny...terima kasih banyak...memang terasa happy sangat bila dpt melihat kejayaan anak2 bersama...

Insyaallah...satu hari nanti Kaktiny pun akan dapat merasa apa yang akak rasakan...

----------------------

Edyan7...terima kasih...

Memang iklan tu bestkan?

----------------------

Happyirfa..terima kasih...

Tulah...akak tak jemu2 melihat klip tu...

----------------------

Rafflesia...betul tu ...semua ada hikmah disebaliknya

---------------------

Terima kasih sakurasa...akak sentiasa berdoa yang terbaik untuk mereka

---------------------

Pinatbate...

Terima kasih...aha...akak ingat...kat TV9 ade iklan mcm tu pada waktu hampir azan maghrib...

---------------------

Sadi...terima kasih sadi...

--------------------

nana...terima kasih kerana ucap selamat itu...

Agaknyalah kot...masih belom ada yang nak buat iklan camtu

-------------------

Ina...suami akak akan berada di sana selama 2 bulan...terasa lama...tapi orang kata pejam celik pejam celik dah sampai...

Bila dah berjauhan selalu akak terasa rugi kalau asyik bergaduh...maklumlah usia kita makin meningkat...tak tau sampai bila kita dpt bersama...

---------------------

Silversarina...Terima kasih rina...

Selamat Berhari raya buat rina jugak...raya dimana kali ni?

---------------------

ayumkay...hehehhe...kalau meraung mau masuk TV3 nanti...hahaha...

Sebenarnya Ude konvo hari Isnin kat Uitm...dan Munir kat Dewan perdana Felda..(kolej IUCTT)

Bercakap pasal Taman Cahaya akak lom tanya cik abang lagik...

----------------------

Maksu...terima kasih...sama2 lah juga akak doakan untuk maksu

----------------------

Anonymous said...

Congrats to Munir dan Ude!!

P/S: Wah.. Munir handsome jugak ya ;)

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails