Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, November 28, 2008

Letih...

Lebih 10 hari aku menghilang....kemana aku semasa cik abang ada di sini?

Tak...kami tak pergi bercuti ke mana2 pun *betul ila*...tak juga bercanda di tepian pantai...*sebab cik abang tak suka pantai...*

Kami cuma sibuk dengan agenda kami sekeluarga.

Sehari selepas cik abang balik...aku balik ke Melaka... Agenda pertama di Melaka...makan2...








...ikan bakar di Umbai Melaka bersama adik ipar & mertua...yummmy...tgk kupang tu & sotong tepung tu...sedap hingga menjilat jari...

Balik dari Melaka...aku menjadi teman cik abang untuk beberapa urusan di Kuala Lumpur. Bertemu client2 untuk projeknya di Jeddah.

Salah satu aktiviti kami yang memenatkan ialah mencari kemeja T untuk rakan Arabnya di Jeddah....bukan main susah nak cari saiz mereka...pening kepala...sakit kaki aku mengikut cik abang dari satu kedai ke satu kedai di P@villion. Hampir 4 jam kami di sana.




3 hari aku menjadi penunjuk arah jalan untuk cik abang ke tempat tujuannya...kemudian duduk menanti di dalam kereta sementara cik abang menyelesaikan urusannya
...lihatlah gambar2 yg aku ambil semasa dah boring...



..membaca novel untuk menghilangkan kebosanan...





Hari Sabtu petang aku dan cik abang beserta 2 org anak bujang ku pergi menonton James Bond. Sebelum pulang bawa anak2 pi makan2...dan ronda2 di Bukit Raj@.

Malam Sabtu jam 2 pagi Itah dan suami sampai di rumahku bersama anak2 mereka. Berehat sebentar dan jam 5 pagi aku, cik abang dan suami itah ke KLIA menghantar Itah terbang ke Hong Kong (lawatan utk pengedar2 Elk3n)





Itah & suami...

Balik dari airport dah hampir jam 7 pagi. Berhenti solat di Dengkil dan terus sarapan. Sampai di Subang terus ke pasar...sebab anak2 Itah yang lain ada bersama kami.

Tak sempat nak membaringkan badan selepas memasak keluarga Ida datang dari Terengganu. Tetamu dijamu makan asam pedas ikan parang...dan berbagai juadah. Ketika hari hampir maghrib...tetamu pulang ke tempat penginapan mereka di hotel yang berdekatan. Selang beberapa minit kemudian Zilah pula datang bersama keluarga dari KL...disusuli pula dengan kedatangan mertua dan adik ipar dari Melaka....maka meriahlah dan riuh rendah jadinya rumahku.



Isnin...

Awal pagi aku dan suami serta Ude dah bangun...kerana hari ini ialah hari besar Ude...iaitu hari konvokesyennya...



Ude dan Ida di hari konvonya...

Habis aje majlis...terus ke Studio untuk bergambar bersama mertua yang tak dpt menyertai kami di Uitm...balik dari segala urusan...aku pengsan di bilik...letih yang teramat.

Mertua bertolak balik dari rumah ku pada hari Selasa tengahari meninggalkan aku bersama anak2 Itah seramai 4 orang. Rumah aku dah jadi macam tadika...tapi cuma sekejap aje...sebab hari Rabu adik Itah datang ke rumah untuk mengambil anak2 sedaranya tapi seorang masih tinggal bersamaku.

Gambar ini diambil pada hari Khamis...semasa menghantar cik abang pulang semula ke Jeddah. Agendaku tidak habis di situ aje. Setelah selesai menghantar cik abang...aku membawa anak2 ke S@CC untuk jalan2... Hampir maghrib aku sampai ke rumah. Lalu aku terus merehatkan diri...mata terasa nak lena...tapi tak boleh...sebab aku menanti jam 12 tengahmalam untuk tugas seterusnya.

Aku terlena sekejap...dan terkejut jam hampir 12.45 untuk terus ke KLIA semula ....menanti Itah yang dijangka tiba di KLIA jam 1 tengahmalam. Tunggu punya tunggu punya tunggu...jam 2 lebih baru aku nampak dia keluar di pintu 'keluar'. Dalam perjalanan ...berhenti sebentar di Dengkil untuk mengisi perut yang dah berkeroncong. Dan kami sampai ke rumah hampir jam 4 pagi... Ude terus menuju ke bilik merebahkan diri...tapi aku langsung tak boleh lelap bersama Itah. Kami cuma dpt tidur sekejap setelah solat subuh...

...*Yaaawwwnnnn...* aku dah ngantuk dah...menulis ni pun dah buat aku letih...letih upload gambar...letih menaip...letih segala-galanya...

Selamat berhujung minggu untuk semua....


...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

29 comments:

tulipurple said...

kejam kejam..lapo pg2 ni tgk sotong tpg...teringat sotong tpg maharani kat uptown dmsara.
'dengkil'??hahaha..teringat N3 sis sya tadi...hehehe.

iina said...

kak anie..

wah cuti pun masih sibuk dengan urusan keluarga ye.. tapi meriah sungguh sebab semua datang berkunjung.. selamat cuti hujung minggu ye kak

Ummi365 said...

waduh waduh... kok bz sangat kakak kesayanganku ini... jangan lupa eh date kita.

silversarina said...

salam,

I baca n3 ni pun nak semput sebab banyak sangat aktiviti yang akak lakukan .... kira raya haji abang akak tak de lah ye .

Tahniah buat Ude !!

Kak Elle said...

macam wanmommy saya naik semput membaca activities Anie...penat..penat...

oh cik abnag dah balik Jeddah cepat kali ni ingat lepas raya haji baru balik...wow lesen ku dapat balik...hahaha

hanimndroid said...

ai, kek mano la den nak carik sotong topong my fav ni... emmm, mamak ayub ada x gak nye a? ke restoran mak mah?

ooo, ptt la hilang, bz kesana kemari rupanya...

zino said...

den yang baco ni pun naik loteh.. banyak nya aktiviti.. pegi lah tidur.. ganti balik beberapa hari yg tak cukup tu hehe..

tahniah eda dan ida..

Intan Rosnitta said...

Salam Kak Anie,

Intan yg baca pun penat. Rehat puas2 ya kak...

Sotong celup tepung tu mcm memanggil2 je... huhu

Hijrah1429 said...

Bz bebenor yer...dalam banyak2 cerita tu, asam pedas ikan parang tu ynag buat melelh air liur, harus kena carik ikan parang ni...

Lepas ni bolehlah membz semula dengan blog yer...cik abang dah takde...heheheee

Neeza Shahril said...

maknanya, Kak Anie beraya sorang2 (eh dengan anak2) lah raya haji ni kan..
sama lah kita kak.. *sob* *sob*

luna said...

waaa..dah konvo dah ude ek...

ILA said...

Astagfirlah...Akak ku..mbuat entry byak mbuat kesilapan perkataan.Mesti rasa teruja nak buat entry baru di smping melawan kepenatan....
Ya Tuhan.....Kepenatan sungguh dirimu.Tak pe kak..ila cuma tanya khabar jer..cos akak byak mdiamkan diri sedangkan temujanji kita blum terlaksana.Is ok..Take yr Time..Muuuuuuuaaahhhhhh!!!

ehhh..jap2!!!..akak time tengok citer james bond than ronda2 kat BUkit Raja????biar betuiiiiii?bukit raja mana???
(sambil melirik tajam kat KL)

blackpurple @ jowopinter said...

Tengok gambor makanan yang saya tak tahan tu.

Lama saya tak makan roti john pantai ...er...pantai apa ek namanya. Pantai Kundur kot...

^ez^ said...

busy nye dieeee..ez baca pon cam semput gak. hihihiii

cian dia penat eh.rehat puas2 ye kak. :)

SaDi said...

bestnye makan kat umbai... murah pulak tuu kat sana... naper tak gi tau awal.... NAK ITUT..... huahauhauhua :p

ummu_hanis said...

sibuk betol kak anie. kalau ummu la pengsan dah tu. huhuhu.

KV said...

patut ar lama kak anie tak apdet.

zany said...

amboiiii, busynya kak lady, mengalahkan kak pidah dan shahrizat no

aNIe said...

Tulip...hehehe...sotong tepung tu kegemaran si kecik tu...

Dengkil?...hehehe...tapi memang akak kat dengkil masa tu...kak sya 'pitnah' tu...hahahah

---------------------------

iina...ramai yang datang menziarah...maklumlah cuti sekolah...

---------------------------

Ummi...hehehe...kalau cuti sekolah memang rumah ni meriah...sebab ramai yang dtg....

Nanti kita set date lagik ye...

---------------------------

Rina...terima kasih kerana ucapan tahniah buat Ude...

Raya haji ni memang abang akak tak balik...mungkin anak2 mula sekolah pun dia tak dpt balik...semua akak kene uruskan...

---------------------------

Kak Elle...hehehe...tak sangka pulak dpt lesen besau secepat ini...tapi satu minggu ni dah packed dengan jadual melayan tetamu...

--------------------------

hanimndroid...sotong topong tu kalau buek sendiri pun sodap...hehehe

Akak ilang sembunyik kat rumah je...

--------------------------

zino...ari ni baru mula nak berehat penuh balik...maklumle anak2 murid tadika dah diambil semula oleh mak mereka...hehehe

--------------------------

Intan...akak dah pun mula rehat ari ni...minggu2 sebelum ni...sibuk memanjang

-------------------------

Salam hijrah...ikan parang kalau masak asam pedas memang best...orang Melaka memang tak kurang dengan asam pedasnya...

-----------------------

neeza pun raya sorang ngan anak2 ke? cik abang nak ke mana?

-----------------------

Luna...alhamdulillah...dah pun konvo...berbayar sudah penat lelah mereka

---------------------

ila..bila ila cakap banyak yang silap...akak baca le semula ...memang banyak spelling mistakes...pastu...ayat ntah aper2 ler...heheheh

Akak pi Bukit Raja Klang petang tu...memang seronok...dpt jenjalan dengan cik abang
& anak2...Ila ada kat sana ke ari tu?

-------------------------

BP...pantai tu namanya Pantai Kundur...Roti John kat situ memang le sedap tapi makanan lain tak best...

-------------------------

ez...ni dah nak merehatkan diri dah...sebab anak2 sedara semua dah balik

------------------------

Sadi...heheheh...akak pi sana pun kalau ada adik ipar yang belanja...kalau nak ajak cik abang tu memang dia malas...sebab dia tak boleh makan seafood...

------------------------

Ummu hanis...akak tak sempat nak pengsan dah...walaupun tidur 2-3 jam je...tapi enjin kene jalan...sebab tetamu ada kat rumah

------------------------

KV...akak sibuk bebenor...tapi sekarang dah okay dah...relax dah...

------------------------

zany...hehehe...tulah diorang takmo undi akak jadi mcm kak pidah tu...kalau tak memang akak sentiasa membusykan diri

HappyIrfa said...

sedapnya sotong goreng tepung

pB said...

salam akak

kejab jer masa berlalu
rasanya baru jer baca cerita anak akak masuk Uitm ....

kisah Ida tinggal di rumah akak ....

ayumkay said...

jangankan akak.. saya yang baca pun letih tapi seronok sebab lepas sorang sorang pegi dan balik ke rumah kak anie. memang patut pun akak ngantuk & letih masa menaip ni..hehehe.

sotong tepung tu memang sungguh menggoda.. lapaaaaarr.

tahniah untun uda & ida :)

RaFFLeSiA MeRaH said...

patutlah akak lame x update blog, bz mengikut suami rupanya, penat yer kak....tapi kalau dah berjln dgn suami, sonok sgt...kan kak...

aNIe said...

Irfa...akak baca komen irfa gaya ipin cakap...'sedapnya ayam gorennnggg.....'...heheeh

------------------------------

PB...sekarang masa dah berlari...memang tak terasa kan...kejap aje diorang dah abis belajar...

-----------------------------

ayumkay...sotong buat apa pun sedap...feveret akak...rebus pun akak suka...cicah ngan asam kicap...sedapnyaaaa...

-----------------------------

rafflesia...memang seronok bila cik abg dpt balik untuk konvo anak2...

Mak Su said...

byk jugak xtvt ya... tak per, melepaskan rindu gitu. saya rindu gaks, rindu kat ikan kat umbai

aNIe said...

Maksu...aktiviti padat minggu tu...penat...jom le kita pekena ikan kat umbai tu...hehehe

UncleJ said...

satu je nak komen...rasanya makan ikan bakar kat satu gerai kat alai lebih sedap dan murah dari makan kat tpt baru umbai tu..

mesti org melaka ni dah cuba jugak kat situ..kalau belum cuba le test sekali..gerenti tak menyesal..hehehe << iklan tak berbayar nih..

ina said...

salam kak anie...OOooo dah update ek...hehe

kalau kat melaka tu saya dgn suami suka makan kat serkam kak..

kedai encik yusof...
saya suka suasana dia
tenang aje...dia terceruk sikit..
kalau makan kat kedai yg last boleh nampak saujana pulau besar..

yang mana satu anak akak yg konvo ni
yg specky ke yg sebelahnya...
yg akak selalu cakap mbamm tu konvo ni ke...

Kopi Suam said...

iakn bakar tu boleh masuk agenda balik cuti nanti...lama dah tak ke sana.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails