'Aeez...aeez buat apa tu sayang...?'
'Aeez menulis...'
'Apa yang aeez tulis?'
Lalu diberikan kertas yang ditulisnya kepada ku...
Ntah apa yang ditulis aku pun tak dapat nak pastikan...cuma coretan2 pendek...
'saper name awak?...awak tengah buat aper?...
Kite tengah main game kat umah kite...pasni kite kene belajar...'
Memang tulisan dia ringkas...tapi lihatlah pada ejaan2 pada tulisan dia tu. Ejaan2nya banyak terpengaruh dengan tulisan2 anak2 remaja sekarang...dan juga cara aku mengeja di dalam blog ku.
Blog aku dibaca oleh anak2ku termasuk Fareez. Kalau yang besar2 tu mungkin dah tau salah silap dalam setiap perkataan yang aku gunakan. Tapi Fareez masih belum dapat membezakan yang mana salah dan yang mana betul. Dan aku tak mau dia menggunakan perkataan2 dengan ejaan yang salah.
Oleh itu mulai dari sekarang...seboleh2nya aku akan menggunakan ejaan yang betul...kerana aku tak mau apa yang aku tulis menjadi ikutan Fareez...
Hehehehe...bermakna sekarang aku akan menulis mengikut bahasa buku...cuma mungkin cara penceritaan aku masih mengikut cara aku bercerita...seperti selalu...
...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
32 comments:
Kak Anie ... perubahan ini untuk kebaikan. Mungkin bukan Aeez aje .. eh eh silap ... saja yang akan dapat benefit!
I pun tak berapa berkenan ejaan budak-budak sekarang tu (tapi mak budak pun guna juga)!
hai kak anie,
bile kempen eja baku nak bermula??:D
qas jumpa satu dah ni..
kerana aku tak mau apa yang aku
heheheh
tp ade tuh yg eja aku = aq??????? tah ape2. lagi sengal. :)
betul kak anie.. budak2 cepat belajar. kat sini neeza risau sebab bahasa malaysia baku memang tak digunakan langsung.. mungkin balik malaysia, kena hantar anak tuition kot..
Betul tu Anie kekadang bila dapat sms tak faham lansung apa yg mereka bagi...
Semoga berjaya ye Anie jgn mati kutu dah bab spelling pc kena rampas...hahaha
ha ah laaa... sadi pun selalu gak eja ikut suka hati...
saya sokong kak.. bahasa pasar dan percakapan tidak sama dengan bahasa penulisan yang betul..
kalau bukan kita yang mulakan siapa lagi ;)
orang kata apa bapa borek anak rintik.. kalau mak pulak apa ek?
saya sokong tu kak anie.. memang budak2 dia cepat tangkap..
adusss..memang payah tapi untuk kebaikan nak tak nak kena gak buat..selamat berusaha kak..
Owh.. gitu ke. Baguslah kalau akak nak buat gitu, saya ni belum sampai seru. :)
Hidup Kak Anie...
Teringat lagu Dewan bahasa dan Pustaka..
"Gunakanlah bahasa kebangsaan kita..marilah amalkan ramai2..bahasalah menyatukan kita semua...lalalalalal.."
tak ada masalah pula di pihak Arif sbb dia jarang guna internet & ber'texting'. :)
hehe...budak2 skrg ni pun kak, bahasa dorang pelik2.
hehe, memandangkan tuan blog pun dah berbahasa baku,
si tuan komen pun haruslah kan?
err ok ke setakat ni?
tidak berani hendak komen lebih takot tersasul :p
kak ani
satu lagi jangan dibelikan buku komik yang guna bahasa pasar. Zar kalau beli majalah memang zar akan tapis dulu tulisan dan slanga yang digunakan..
bahasa jiwa bangsa kunun....hihihi...tak pe..lama kelamaan dia akan dpt atasi kelemahan utk berbahahasa..huhuh
hehehe kak anie pas ni dah tahu dah nak salahkan saper klu anak2 mengeja ghoper itewww :)
tapi anak2 skang ni mmg cepat belajarlahkan. semuanya celik IT... tak yah ajar. bijak bijak.
cayo lah kak! tapi camno yang ejaan mengikut dialek nogori? he he he
selepas ini , pB pun perlu menukar cara menulis komen di dalam blog Kak Anie ini .....
sekian terima kasih
ha ha ha
hehehe...semoga berjaya ye!
hehehe..
Cuba Kak Lady kena menulis menggunakan bahasa sastera, mesti nanti dorang pun ikut. He he he!
sgt penting, kan, mengutamakan penggunaan bahasa yang betul (saya ler tu...huhuhu)
bagusnya kak.. selepas ini, adakah segala komen, perlu menggunakan bahasa buku?... hehehe.. (gurau jer..)
Queen...sebenarnya seronok guna bahasa2 seolah2 kita bercakap bila dah guna bahasa baku...macam terkongkong gaya menulisnya...hehehe
-------------------------
Qasieh....heheheh....
Akak ni dah biasa gunakan perkataan2 tu.. jadi selalu lah trsasul...tu yang akak cakal...seboleh2nya...hehehe
Kalau aku tulis aq. tu dah tahap melampau....hahah
-------------------------
Neeza...kalau anak2 dok luar negara tu memang dah tentulah diorang tak pandai nak guna bahasa baku...sebab kita kat umah pun tak guna bahasa buku kan?
------------------------
Kak elle...bahasa sms ni banyak version tau...hehehe
Kak elle ni mesti nak usik anie pasal mati kutu tu tau...hahahha
------------------------
sadi...sms takpe...boleh dimahapkan...kat blog pun okay jugak...kalau takde anak2 yang membaca...blog akak ni sikecik yang baca...takut nanti dia terpengaruh
----------------------
iina...betul tu...akak nak kene mulakan demi kebaikan anak akak tu...
---------------------
Ummi...kalau mak pendek anak rendang...hahahha...
Si kecik ni dah darjah 1...takut nanti dia akan melakukan kesilapan masa kat sekolah
------------------------
idahani...bukan aje susah...tapi tak syok
------------------------
shafarina...terpaksa tu...huhuhuh....
-----------------------
Abah...huwa...huwa...jgn le nyanyi lagu tu...sedih tau...terasa macam kene usik je...hehehe
----------------------
goboklama...sikecik ni memang selalu baca blog akak...tu yang kena tukar...nanti kalau kita buat silap dia kata kenapa ibu pun eja macam tu
Tulah KV...kalau bebudak dah besar takpe...diorang dpt bezakan yang elok atau tak elok...sikecik ni tak pandai lagik...dia main ikut je
------------------------
nanonano...tempat komen takpe...sebab dia tak buka ruang komen...hehehe...
Jadi kat tempat komen boleh tulis sesuka hati... :P
----------------------
Zar...buat masa ni dia lom pandai baca komik...tapi dia ade baca komik farhan...wah!! nak kene tengok jugak ni
---------------------
misya...tu lah pasal...nak jadikan bahasa jiwa bangsa konon...hahahaha...tapi rasa tak syok tau berblog guna bahasa baku...
----------------------
ayumkay...tulah...at least kalau akak tak gunakan boleh lah tegur dia benda tu salah...kalau kita sama gunakan nanti camaner nak tegur dia...
Begitulah ghupernyer...hehehhe
---------------------
hanimndroid...larrr...tu tak taulah pulak ye...kalau yang tu kena lah cakap kat anak tu...itu bahasa negoghi...
---------------------
pB...komen takde masalah...dia tak baca komen tau...kita boleh beronggeng kat kotak komen...hehehe
--------------------
ez...thank u...thank u
--------------------
BP...tu yang susah tu...adoiii...tak syok tau...
---------------------
Maksu...kita ni masa menulis memang ikut sedap kita bercakap ka...sebab blog adalah tempat kita meluahkan perasaan...jadi tu yang selalu tulis ikut suka hati tu...
--------------------
Pssttt!! Tiny...ruang komen boleh buat sesuka hati...sebab dia tak baca....
ahahhaha...tak bagus betul la kita punya ejaan/ penulisan selama ini. kena eja betul2 k.anie... kesian Aeez....hehhehe. nampak nye dia mudah terpengaruh dgn tulisan ibu dia, daripada ajaran guru/ buku teks sekolah dia. ahhahha...
adakah bererti saya juga perlu menulis menggunakan bahasa buku dan baku bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berlaku? wahh seperti pantun pula hehehe
tp tulisan bebudak skang lagi ntah apa2.
Wahhhh!!lepas ni Kak Ani jadi MINAH SKIMA pulakkk...
ahakkkk!!!(tergelak2 ila time tulis komen ni:p)
kak anie, mama memang tak kan reply sms bebudak ni kalau tulis shortform and make me confuse la! so selalunya my sms is very long sebab tulis full spelling :)
kalau tulis tak per lagi kak..anak kawan maklang sebab cakap tengganu pekat, buat periksa pun bahasa Ganu...he.he..
selamat menggunakan bahasa baku.. zino sokong hehe
Umeboshi...tu lah...dia lebih suka ikut ibu dia...tu sebab kalau akak yang buat nanti dia mengikut...susah
-------------------------
Masy...wah! bahasa tu bukan main sedap teratur...hehehehe...macam bahasa sastera. :P
-------------------------
mamamanja...tu lah pasal...termasuklah anak2 remaja akak tu
------------------------
ila...gelak jgan tak gelak...hahahah...minah skema ni... :P
------------------------
Mamarock...larr...ye ke? Malunya akak...sebab akak pun kadang guna bahasa ntah aper2...hahahah
-------------------------
Maklang...tulah selalunya anak2 kita bila menulis karangan diorang terpengaruh dengan bahasa percakapan
-------------------------
zino....wah!! dapt sokongan padu dari zino ni... :D
Post a Comment