Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, September 5, 2013

Lawatan Luar di Mekah...

Bismillahirohmanirohim...

Assalamualaikum....

Salam pembuka bicara buat semua sahabat dan pengunjung blog... saat sedang sibuk mengupload gambar2 produk di Facebook... teringat janji untuk menyambung cerita...

Sementara masih ada sisa2 rajin menulis ni...baiklah diteruskan bercerita..

Hari Jumaat adalah hari ke 2 kami berada di Tanah Suci sebagai Tetamu Agung...

Walaupun dah masuk hari ke 2... kami masih belum turun makan di cafe...

Sukar untuk mengikut jadual makan dan minum di cafe kerana masa ke Masjidil Haram dan beri'tikaf di sana tidak menentu...

Pengumuman untuk apa jua aktiviti rombongan lawatan di tampal di pintu lift...

Malam hari Jumaat tu ... balik saja dari masjid...terlihat pengumuman untuk lawatan luar pertama iaitu melawat Jabal Rahmah....

Seperti yang selalu kita dengar Jabal Rahmah adalah sebuah Bukit yang dikatakan tempat pertemuan dua cinta abadi setelah dipisahkan hampir 400 tahun... iaitu Nabi Adam a.s. dan pasangan baginda Hawa.

Jadi dalam hati ini begitu berkobar2 untuk keluar lawatan esok... mata bagai enggan lelap... ingin saja cepat masa berlalu

Jabal bermaksud... bukit... dan Rahmah membawa maksud kasih sayang...

Malam sebelum tidur sebentar... si kecik dah berpesan...

'Ibu... nanti sampai di Jabal Rahmah... doakan jodoh untuk kakak tau...'

Adoyai... si kecik ni... berkobar2 nak memanjat bukit tersebut...

Setelah bersiap2 seperti yang yg diberitau... kami pun turun... berjam2 menanti mereka yang lain bersiap...

Sebenarnya... bila berjalan dalam rombongan akak tak suka lewat...selalu ingin antara yang terawal... kerana tak mau dipersalahkan jika jadual menjadi tonggang langgang...

Hampir lebih 1 jam menanti semua ahli rombongan turun...kemudian menanti bas yang lewat... hati melonjak2 bila kami semua diberitau bas dah sampai...

Ketika berada di dalam bas... yang ditemani oleh seorang mutawif yang rajin bercerita memang seronok...  Banyak cerita2 yang dapat didengar darinya...

Sewaktu baru berlepas...tidak beberapa lama selepas itu... kami melalui Jabal Nur... dimana terdapat Gua Hiraq...tempat Rasulullah s.a.w. beri'tikaf dan menyendiri... Di sini juga lah tempat pertama kali wahyu diturunkan kepada baginda... iaitu Surah Al-Alaq...

Mengikut kata kakak sepupu... semasa dia melakukan ibadah umrah dahulu...mereka berpeluang memanjat Jabar Nur pada waktu malam...dan katanya  ...Subhanallah..pemandangan dari atas sana memang cantik...kerana terlihat cahaya lampu sekitar Kota Mekah dari situ...

Namun akak tak dapat nak menikmati pemandangan tersebut... kami cuma dapat bergambar di tepi kawasan berlatarbelakangkan  Jabal Nur... (tp gambar dah hilang bersama hp en suami yang hilang)

Dari sana... kami meneruskan perjalanan Jabar Rahmah...

Sampai je di sana... akak dengan si kecil dah laju je berjalan menuju kaki bukit tersebut.  Melihatkan ketinggiannya akakak cakap kat en abang supaya tunggu saja kami di bawah...biar akak dan si kecil je yang panjat.

Alhamdulillah...ketika lawatan tersebut akak memakai seluar ... maka amat memudahkan pergerakan.

Kami dibawa ke tempat di mana tiada anak tangga kelihatan untuk ke puncak.  Maka akak ngan si kecil bersusah payah memanjat.  Entah dari mana datangnya kudrat akak untuk terus sampai ke puncak pun akak tak tau.  Setelah bersusah payah... Alhamdulillah kami berjaya sampai ke atas...

Setelah melakukan apa yang patut... kami bergambar... dan saat ketika memula sampai en abang dah pun mengambil gambar kami dari bawah... nampaklah jugak... walaupun keciiiiiiik je...hehehe





Nampak tak tembok atau batu putih yang besar di sebelah kanan tu... kalau siapa yang dah sampai di atas ni pasti tau ... ramai yang berebut2 menulis nama di atas batu tersebut... untuk apa pun akak tak tau...
 


Semasa berada di atas tu barulah akak perasan ada anak tangga di sebelah bertentangan tempat akak memanjat...rupa2nya mereka yang tua2 naik kat atas ni menaiki tangga... Hmmm...takpelah... setidak2nya akak merasalah memanjat bukit...hehehe

Dari sana kami melalui tempat2 di mana bakal2 haji akan berada ketika mengerjakan haji ... iaitu Padang Arafah... dan Mina...

Semasa melalui Arafah dan Mina... hati akak merasa sayu sangat. Semoga suatu hari nanti akak berpeluang untuk berada di sana... Aameen...







Dari dalam bas... dan dlm gambar ni... jauh kelihatan Terowong Muassim... masih teringat lagi peristiwa trajedi robohnya Terowong tersebut ialah diwaktu mertua akak menunaikan haji... tahun 1994 kalau tak silap kerana waktu mertua ke sana... akak tengah sarat mengandungkan anak ketiga..


Dalam perjalanan balik ke hotel kami melalui jalan di mana terletaknya Masjid Jin... tapi tak berhenti pun...cuma melihat dari tingkap bas...

Menurut riwayat... nama masjid ni diberi atas peristiwa dimana di sinilah serombongan jin telah berbai'ah... iaitu menyatakan pd baginda Rasul untuk beriman kepada Allah..setelah mendengar dan menghayati ayat2 suci Al-Quran iaitu dari surah Ar-Rahman yang dialunkan oleh Rasulullah s.a.w.  Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Al-Bai'ah...sempena nama di mana jin2 tersebut telah berbai'ah dgn baginda Rasulullah...

Kemudian tidak jauh dari situ... terdapat lagi sebuah Masjid yang dinamakan Masjid Syajarah yg bermaksud pohon.  Masjid ini juga mempunyai kisah tersendiri.. di mana diriwayatkan bahawa di situlah tempatnya... di mana seorang Arab Badwi telah mendekati Rasulullah dan meminta supaya baginda memerintahkan sepohon pokok berdekatan untuk datang kepada baginda.  Dan dengan perintah Baginda Rasululllah... pohon tersebut telah datang dengan akar umbinya mendekati bagi.  Oleh itu maka Arab Badwi tersebut telah mengucapkan syahadah di hadapan Baginda...



Setelah hampir waktu zohor... kami semua telah kembali ke hotel untuk menyiapkan diri ke Masjidil Haram...

Pada sesiapa yang dah pernah ke sana... pasti terasa ingin selalu berada di Masjidil Haram...duduk dlm masjid memandang Kaabah begitu menenangkan... sambil membaca surah2 Al-Quran... bila terasa haus... Air Zam-zam sentiasa ada untuk membasahi tekak...

Tiap kali meminum air zam zam..terasa amat bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan....

Terlalu banyak hingga tidak terhitung... Alhamdulillah....

Nanti kita sambung lagik...Insyaa Allah





...


 Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

10 comments:

Irfa said...

rindunya nak kesana lagi bila baca coretan akak ni.harap ada rezki sy bersama semua keluarga ke sana satu hari nnti

baiknya aaez.doa utk kakak ye

MOKCIK AZWA said...

Bestnya Kak anie..seronok membaca pengalaman akak..

sekadar satu coretan said...

pandainya sikecik tuu..nk doakan tuk kakak dia...

masa saya pergi hari tu..cuaca agak panas jugak kakanie...naik atas tu pun kene berhati2kan...

ada jemaah dari kumpulan saya sesat tak jumpa bas yg kami naik tu....hampir dua jam baru jumpa...rezeki masing2kan macam2 dugaan yg allah beri...



aNIe said...

Irfa...Insyaa Allah...satu hari nanti akan sampai saat itu...moga ianya akan dtg dlm masa terdekat ...ketika kudrat masih kuat...

Tulah Irfa... dia sibuk ingatkan akak doakan utk kakak dia

aNIe said...

Mokcik... byk yang tak dpt diungkapkan di sini... tak terucap oleh kata2...

aNIe said...

Ain...betul tu...masa akak pergi pun tgh panas...lebih dari 40 darjah C...

Masa turun dari Jabal Rahmah tu... akak pun tercari2 jugak bas... sebab jauhnya tempat turun dari bas hampir 500 m... penat berjalan dan berlari anak...sbb akak yang last sampai kat bas...

Nong (Maimon Mohd Top) said...

Lama sungguh kak nong tidak berkunjung disi...

Alhamdulillah hajat ANie ke tanah suci sudah tercapai. Bila dah kesana sekali, hati akan terpanggil2 hendak kesana lagi insyaAllah...

Salam. ..

Hanisumayyah said...

Akak, naak macam inggi bukit tu....ramai yg panjat ker ramai yg tunggu di bawah jer...kak kalau tak keberatan nak tau akak ikut agensi mana?

aNIe said...

Salam Kak Nong...rindu pada Kak Nong juga...

Alhamdulillah kak...dpt juga menjejakkan kaki ke sana atas izinNYA...

Hati masih merindu...Kaabah bagai melambai untuk ke sana lagi

aNIe said...

Hanisumayyah... akak ikut Travel Agent Al-Fajr... tapi rasanya byk yang tak memuaskan hati... kalau Hani nak travel agent yang reliable boleh cuba pergi surf kat blog NaniRostam

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails