Ude dan Farhan suka membeli jeans yang bercorak faded.
Kecuali Fareez sebab dia memang takde pilihan... kena ikut cakap ibu dan ayah.
Semasa Ude sedang memilih seluar... aku mengikut saja sambil memberikan komen2 samada cantik atau tidak
Hmmmm.... sebenarnya aku tak kesah pun bab membeli ni... asalkan cantik dan selesa di pakai ... okay aje.
'Ibu... seluar yang ni okay tak..'
'Okay... boleh aje...'
'Yang ni...?'
Sambil menunjukkan jeans yang lebih kurang sama warnanya...
'Alah...mana2 pun boleh lah...'
'Ibu ni...'
'Korang ni suka sangat beli seluar faded ni... ayah kau bukan suka...'
'Alah... cantik ape...ayah memang tak suka seluar camni...'
Aku dan Ude ketawa...
Kami teringat peristiwa ketika anak2 sibuk mencari seluar untuk Hari Raya...
Ude dan Farhan mencari jeans jenis faded dan lusuh...
Tapi ayahnya pula sibuk menunjukkan jeans yang dia berkenan... tapi anak2 dia kata 'old fashion'
Last2 ayah dia tak kuasa nak tolong carikan...
'Dahlah bang... biar diorang cari sendiri...'
Bila bebudak berdua tu dah pilih jeans masing2... ayah dia tengok...
'Ni apa seluar yang kau nak beli ni....nampak kepam je'
'Fesyen lah ayah...'
'Fesyen ape ni...?'
Kemudian datang promoter seluar tersebut...
Cik abang aku terus cakap....
'Apalah seluar kau jual ni... macam dah berbulan tak cuci...'
Hahahahah....
Aku dan anak2 ketawa....
Tulah kan...lain generasi... lain citarasa mereka...
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
16 comments:
Hehe..kena ikut gak kak dengan kerenah bebudak nie..hehe
anie akak penah kena..cakap ngan cina kedai..apa jual seluar burok ni..
anak2 akak dah gelak..mak ni fesyen la..katanya..
Jai...tulah... kena jugak ikot bebudak ni.. kepam pun kepam lah...
-------------
Kak...Hahahaha... anie ngan anak2 gelak bila cik abang anie ckp kat promoter tu...berbulan tak basuh...hehehe...
Pesyen diorang lah kak...hehehe...tapi mata kita tak berkenan kan?
Dah fesyen n style skrg kak.. saya pun sebenarnya tak berkenan gak dengan yang lusuh2 nie.. lebih suka yang nampak bersih dan baru..
mesti jurujual tu bengang kan kak Anie..hehhee
adoi..camner la muka jurujual tu bila dengar customer ckp mcm tu.tapi takpe 'customer always right'..hehe
iina... rasanya dari dulu pun masa muda2 kita tak suka yang nampak buruk tu kan...?
--------------
Ila...hahaha... sib baik dia promoter je... kalau tuan punya kedai tu... mau merah muka
-------------
irfa... orang meniaga takleh mengamok...kena telan je...
citarasa masing2.....
hahaha.. lawak aar husband kak Ani..
Tapi betul pun.. lagi lusuh suar tu.. lagi trendy org kata... ekekkeke..
msti budak promoter tu terkulat2..
ekekke
anak dah besar.. anak dah ada dunianya sendiri kan
pesen sekarang adalah pelik
first time dengar kepam... hehehe... ni yg kecik pon dah pandai pilih sendiri..
Atie.. tulah... masing2 mempunyai citarasa berlainan kan?
---------------
Ummi... promoter tu tersengeh je... ntah dia paham ke idak... hehehe
---------------
etiey... akak dah senang dengan yang besar2 tu... mereka dah kerja... semua beli sendiri... yang sorang besar ni pun kadang ayah dia beri duit ... dia pergi cari ngan kakak dia...takmo dah kita carikan... nanti dia tak berkenan
---------------
Maksu... macam2 kan pesen bebudak ni...
----------------
Mulan... yang kecik akak ni takde peluang lagik... sebab ayah dia masih pilihkan...hahaha
anie rasa rasanya cik abang kita sebaya(52), cik abang kita ni pulak macam orang muda asyik nak beli levis je pastu fesyen macam anak anak dia pakai, kita tak kisah lantaklah ko. Maklumlah dulu kerja asyik pakai kot aje jemu katanya, sekarang dia bebas pakai jeans kalau pergi kerja melainkan kalau dia kepejabat kerajaan barulah dia pakai seluar slack.
Hehehe...shidah...biarlah kalau diorang nak merasa muda sikit... jgn melampau sudahlah... kena jaga2 jugak tu...hehehe... alah... saja menyakat shidah je...
Post a Comment