Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Saturday, May 14, 2011

Gula oh Gula...!!




Semalam Blogger jadi mengong...

Seharian aku cuba nak buat entry baru tak dapat...

Hari ni bukak pulak... komen2 kat entry sebelumnya semua ilang...

Aik!! Macam magik...kejap ada... kejap takde...

Hari ni aku bersiaran dari Melaka...

Tengok ibu mertua ku sudah beransur sihat... Alhamdulillah...

Hari ini.. ke hospital untuk membuka tiub yang menyalurkan air kencing.

Muka pun dah nampak ceria...

Semoga kesihatannya semakin pulih.

Pagi tadi... mak busu cik abang ada kat rumah...dia datang semalam dan tidur di sini untuk menjaga kakaknya.

Semasa berbual2 pagi tadi... masing2 merungut ttg harga barang2 yang berlumba2 naik.

Yang paling ketara...harga gula.

Aku pun cakaplah kat Mak Busu...

'Su...sekarang ni harga gula dah mahal... dah nak naik lagik ni...'

'Semua barang pun naik harga... camaner tu.  Nanti kuih pun naik hargalah...'

'Takpe mak busu... harga kuih manis mahal tak payah makan manis2 tu... tak pun nanti orang jual kuih tu kurangkan lah gulanya.'

'Kesian kat orang meniaga.  Nanti harga gula naik melambung.  Harga air kat kedai pun naik lah.  Harga susu naik... semua naik...'


'Lepas ni jgn makan benda manis2 lagik Su... kurangkan makanan manis.  Baik untuk kesihatan.'

Aku senanglah cakap...sebab aku memang kurang minum air manis...jarang buat kuih manis.  kat rumah aku... 1kg gula tahan 2 bulan....

Sekarang pun dilihat kat kedai... air tin dan air botol banyak juga yang dah ade versi 'less sugar'

Kalau air2 tin semua dah mahal... kuranglah orang nak minum air tin dan air gas tu...

Nanti kalau ke kedai minum mintak...' Teh tarik kurang manis satu... kasi kurang tu harga jugak ye...'

Boleh ke camtu?

Yelah... kalau dah kurang manis mestilah kurang harga jugakkan... sebab yang buat air kat kedai tu naik harga sebab gula... tapi kalau kurang gula.. kenalah kurangkan harga.

Agak agaknya kalau orang ramai kurang beli gula... turun tak harganya nanti?

Hmmm... kenaikan harga gula ni kenalah dilihat dari segi positifnya.. iaitu kita akan mengurangkan pengambilan gula... sebab kalau difikirkan yang negatifnya... nanti menyakitkan hati... nak merungut2 pun harga tetap naik juga.

Jadi... dari sekarang... kurangkanlah pengambilan gula. Lebih jimat... lebih sihat.

Kurangkan manis dalam minuman dan makanan...lebihkan manis dalam senyuman...

Cewah...!! Macam pesanan penaja pulak...hehheh








...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

19 comments:

ILA said...

yup!!! ila setuju!!! skrang ni ila kalau baking mmg kurangkan kadar gula.even wat cheese cake...cake nya tak manis...manisnya kat b'bery filling:)

Acik Erna said...

anie..gula mahal tak rasa sangat pada kita yangt kurang minum manis..tapi memang kesian dengan orang yang berniaga ni..

Zareda Norman said...

kesian pada yang berniaga lah.. nak tak nak memang kenakecikkan kuih kalau tak naikkan harga..

Ati Masrif said...

ati mmg kurangkan gula
dalam minuman kalau nescafe o
letak 1/2 sudu teh saje

kalau milo terus tak letak

zino said...

kena terima hakikat .. harga barangan akan tetap naik sama harga gula naik ke tak... ada je benda yg boleh di kaitkan nati bila dia org nak naikakn harga.. sekat la macam manapun..

kita ni bising sekejap je lepas tu semua lupa.. dan benda ni balik ke asal.. membeli macam biasa makan macam biasa hehe

kan dah panjang...

Kak Anie said...

Ila... memang bagus tu... kena kurangkan manis...

--------------

Zar...bila kuih jadi kecik... pelanggan mulalah merungut panjang...

Kak Anie said...

Kak erna... betul tu... diorang terpaksa naikkan harga ... pastu pelanggan berkurang... lama2 nanti baru orang boleh terima...

-----------------

Ati... itu yang terbaik...

Kak Anie said...

Zino... panjang takpe... janji ada sesuatu yg boleh dikongsi...

MOKCIK AZWA said...

Harga gula akan naik dan naik lagi...sebab tu adaaaa jer bekalan memanjang. dulu asyik kena sorok jer tunggu harga naik huhuhu

Anna said...

Kak Anie..suma naek..gaji x naek2 pun..mmg kita kena pandai2 lah jimat2 seboleh2 utk expenses kan..apa nk buat. Takkan nak suh tanam tebu sendiri kan?..terpaksa gak beli. Org tua bole tahan2 minum air kosong jer..bdak2 mesti nak minum air ada bergula gak...naseb. Moga MIL kak Anie beransur sembuh,...

Kak Anie said...

Mokcik... skrg banyak terdengar banyak benda yang akan naik harga... gaji naik sikit... harga barang naik menjadi2... yang kesian mereka yang berpendapatan rendah tu... sedangkan kita terasa peritnya inikan pulak mereka...

------------------

Anna... betul tu... bebudak ni kalau ke kedai tu... mesti nak minum air tin... air botol.. jadi kalau dah mahal nak tak nak kena beli jugak...

secangkir madu merah said...

yg menjadi mangsanya peniaga2 kecil spt org jual kueh la... nak kurang gula pada kueh2 yg manis apa pulak rasanya, dinaikkan harga org boikot tak nak beli pulak... habeh camno?

kalau dirumah elok lah di amalkan kurangkan gula, kurangkan manis didlm minuman lebihkan manis dlm senyuman

kalau air dikedai mahal tak payah lagi kita gi minum kat luar.. tapi kalau yg dah biasa gi minum kat luar tu harga naik setakat 10 sen apa ada hal?

.

Kak Anie said...

SMM....ye lah kan... kalau kuih yang sepatutnya manis jadi tak manis mestilah tak sedap dah kan...

Air yang manis tu eloklah dielakkan ...hehehe... kuranglah gejala kencing manis nanti

iina said...

Lepas nie buat kuih2 yang pedas lah kak anie.. hehehe cam karipap ke popia ke.. selalu kalau kuih manis kat umh nie pun xde sapa nak makan ;)

Mulan said...

adei.... adei.... apa barang yg harga tak turun kak anie..???

aNIe said...

iina..kuih pedas2 lah best...heheheh

--------------

Mulan... tak turun ke tak naik...heheheh

AuntieYan said...

Salam Anie,

Memang terasa sangat kenaikan harga barang sekarang ni.Kak Yan pun macam Anie juga, kalau 1kg gula tu boleh tahan lebih dua bulan...kueh manis memang tak buat le sebabnya kalau buat Kak yan sorang je yang makan, baik beli saja kalau setakat nak makan seketul dua tu.
Baru ni Kak Yan terperanjat dengan kenaikan harga kicap'fan prawn' ni....selalunya dalam rm3.60 sebotol....boleh naik sampai rm4.29......gilaaaa!

edane said...

gula oh gula.. kenapa jkamo naik rega lagi.. heheh

nasib baik saya kat umah jarang guna gula

aNIe said...

Kak Yan.. memang terasa naiknya... betul tu kalau kita yang nak makan kuih manis tu...elok beli je... nanti buat bebanyak kita yang makan banyak...ehehe... bahaya tu kak

--------------

etiey... harap2 dengan kenaikan gula ni orang akan lebih menjaga kesihatan...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails