Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, February 14, 2011

Surprise Yang Tak Surprise...

Ini cerita jumaat lepas...

Seperti biasa... tiap hari Jumaat menjelma... aku pasti telefon cik abang...

'As'salam bang... minggu ni ada program ke?'

'Hmm...tak tau lagi...kena tengok jadual...'

'Abang balik sini ke?'

'Tak tau lagik... CM ade sini.. susah nak cakap'

'Kalau abang ada program... anie ngan anak2 balik sana je lah...'

'Tak payah... nanti abang beritau...'

Bila cik abang dah cakap macam tu... aku dgn anak2 pun macam biasalah ... mengatur program untuk Sabtu dan Ahad.

Tengahari Jumaat tu ketika aku dan Farhan keluar.... Sya telefon...

Masa tu aku tengah sibuk...jadi Farhan yang menjawab telefon... selesai aje dia bercakap... dia cakap pada aku...

'Ibu... Maklang ajak keluar makan malam ni... aunty Pu*** nak jumpa...'

'Okay...sms maklang... beritau jadi...'

'Farhan ikut boleh tak.. tadi dah tanya Maklang... maklang kata ikut ler.....'

'Ishhh...tak malu kau eh..org pompuan nak jumpa2 kau nak ikut...'


'Eleh...maklang bagi apa...'

Jadi petang tu selepasa si kecik balik sekolah agama... aku dan anak2 terus bersiap2 untuk ke Batu Tiga.

And as usual... Shah Alam akan jem waktu balik kerja.  Perjalanan ke Batu Tiga mengambil masa hampir 1 jam...sampai je kat stesyen komuter Batu Tiga... kena pulak tunggu berjam-jam... komuter delayed...

Haiii...entah bila lah komuter ni perbaiki perkhidmatan kan...?  Asyik delay aje... bila dah delay ... orang yang menanti bukan main ramai lagi... naik lemas aku dan anak2 dalam koc tu... Dah lah tak dapat naik koc wanita... terpaksa bersesak dalam koc lelaki yang terlalu ramai warga asing... adoyai...!!!

Aku janji Sya ... jumpa di stesyen KLCC... di K Aveneue.  Sesampai aku dan anak2 di sana... Sya telefon kata boss bagi tugas last minit.  Jadi aku bercadang ke pejabatnya untuk solat bersama anak2...

Pejabatnya terletak beberapa puluh meter dari stesyen KLCC.  Lalu kami bertiga pun menapak ke sana.

Masa berjalan tu si Farhan merungut2... katanya jauh...

Aku kata... jgn mengeluh... kita nak ke pejabat Mak Lang sebab nak solat... tiap langkah kita ni diberi ganjaran oleh ALLAH...

Selesai semua urusan... aku dan Sya bertolak ke rumah Pu*** untuk mengambilnya.  Bila berada dalam kereta kami berbincang nak pi makan kat mana.  Yang pandai bab tempat2 makan ni Sya aje... so dia yang decide.

Akhirnya kami ke BoraOmbak...

First time aku ke sana... cantiknya tempat tu... anak2 pun excited...

Paling mereka suka sebab di sana ada disediakan makanan Western...

Biasalah bebudak ni kalau ada Western food mesti nak makan steak...

Sambil makan kami dihiburkan oleh penyanyi yang menyanyi di situ.. seronok dengar lagu2 everygreen yang dinyanyikan... bukan sahaja lagu lama... lagu2 baru pun tak ketinggalan.



Memang seronok bila makan didendangkan dengan lagu2 yang sedap di dengar... tapi kami duduk di bahagian hadapan... jadi masa dia menyanyi... aku , Sya & Pu*** terpaksa bercakap kuat2... sungguh tak selesa berbual masa tu.


Spagetti Sya yang sedap..dan seperti slalu.. separuh jalan makan baru ingat nak amik gambar....

Makanannya memang best...anak2 aku semua puashati... sedap dan kenyang kata mereka...


Grilled Salmon aku... makanan anak2 dah abis diorang makan...hehehe

Selesai makan dan bersembang... aku lihat jam dah 11 lebih... si kecik yang kekenyangan dah terlena kat meja.  Dalam suasana bingit tu pun dia boleh lelap.

Aku pun beritau Sya... nak balik takut nanti tren dah habis...

Lalu kami pun beredar pulang.

Ketika dalam perjalanan pulang ke Shah Alam... (Sya terpaksa hantar aku sebab jam dah 11.45... memang tak sempat naik tren dah)... telefon aku berbunyi...

'As'salam...anie kat mana?'

'Anie dengan sya dlm kereta... dalam perjalanan balik..'

'Ye lah.. dah sampai mana...?'

'Hmmm... nak masuk Duke dah..sya antar anie ngan anak2 pi Batu Tiga...amik kereta kat sana'

'Naik tren ke tadi...'

'Aha... abang kat mana..."

'Abang dah sampai Bandar Saujana Putra..'

'Hah!! Abg balik sini ke?'

'Aha...'

Letak je telefon terus cakap kat Sya

'Cik Abang aku dah sampai Bandar Saujana Putra...'

'Hah!!  Larrr... kenapa dia tak cakap nak balik'

'Ntah...'

Maka sya pun memecut kereta untuk menghantar aku ke Batu Tiga.

Biar macamana pecut pun aku rasa dlm 45 minit baru boleh sampai rumah...

Sampai saje masuk lorong ke rumahku... aku lihat kereta cik abang mengikut Naza aku dari belakang...

Aku menyuruh Farhan membuka kunci rumah...

Hai lah cik abang aku ni...bukan sekali je dia buat camni... rasanya dah 4 - 5  kali dah.  Bila tanya kata tak balik... bila aku keluar dgn anak2.. tiba2 dia balik... tau2 dah dekat dengan rumah...

Yang jadi kelam kabutnya... aku... bila dapat  tau cik abang nak sampai rumah... macam pelesit aku bawak kereta...

Abih nak buat camno... nak surprisekan kita ler kononnya tu... tapi tak surprise pun....jadi kelam kabut adalah...



...

 Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

11 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

romantiknya surprise2 nikan... last2 tengok sapa yang kenaaaaaaaaa!!! kih3

sekadar satu coretan said...

nak manje2 la tu kak anie...
tak tau kite lagi panjang langkah bile tau dia tak balik ye...

aNIe said...

Yusa...hahaha...tak surprise punn... last2 cik abang tu yg kena...kena tunggu luar pagar rumah...hahaha

--------------------

Ainn...hahahah...betul tu... bila lagik nak panjang langkah...

Unknown said...

hehe..tp cik abang ok je kan. Kira akak surprise jugalah ye tak, surprise sampai kelam kabut bawa kereta nak sampai rumah cepat..hehe

sharifah rosidah said...

Cik abang kita pun macamtu selalu. Kadang2 geram pun ada, kata balik kerja lambatlah, ada meetinglah, bila kita tahu dia balik lambatn kita tak buat minum petanglah, tup tup balik macam biasa. Tension tau.

aNIe said...

Yus...maunya okay je... muka dia kelat semacam...hahaha.. tapi malas akak nak layan dah...cuma beritau dia.. len kali kalau nak balik cakap...


--------------------

Shidah... hehehe... orang laki ni heran kan... kalau kawan tu rajin bebenor tepon... kalau dgn wife tu... cubalah tepon beritau dah nak balik... bolehlah kita siap sedia apa yang patutkan?

iina said...

Saya kan kak.. cukup tak suka kalau org kata tak tahu lagi.. kalau agak2 boleh ckp boleh.. kalau tak boleh ckp terus xboleh.. bukan apa leceh.. bila tetiba kat boleh pulak.. hehehe Mmg xsuprised jdnya..

faridmw said...

salam.. sedapnya...
sabar2 kak... mgkin itu nak menunjukkan keluarga lebih penting dari segalanya.. moga bahagia selalu.. amin...

aNIe said...

iina...betul tu... tak suka kalau orang tak dpt berikan kata putus... kita yang susah nak buat keputusan atau perancangan...

------------------

Faridmw...hehehe..memang selalu sabar dgn cik abang tu... tu tandanya dia sayang... cuti sekejap pun nak jumpa wife dia...hehehe

Sya said...

Adoi ai... laki ko tu memang mcm tu. Dah berapa kali dah kena.. sabau ajelah. Kena bila ko kuar ngan aku plak tu.

aNIe said...

Hahaha...sya tu ler pasal...abih nak buat camno...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails