Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, February 15, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul....

 
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lagu Nasyid yang suatu ketika dulu  sering berkumandang bila menjelang 
hari mulia ini... 12 Rabiulawal...

Al Mizan (S Atan / Dakwah Control)

Junjungan Mulia 

( 1 )
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

( 2 )
Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

( ulang 1 & 2 )

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

( ulang 1 & 2 )

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

( ulang 1 & 2 )



Selamat Menyambut  Maulidur Rasul buat sahabat2ku di alam maya ...

Banyakkanlah selawat ke atas junjungan kita Baginda Rasulullah s.a.w. bagi menunjukkan kasih dan sayang kita kepadanya.

Seluruh negara bercuti hari ni... jadi ke mana gerangan destinasi untuk famili...?

Aku bercadang nak ke Ikea... Daiso... bersama anak2...itu pun kalau my 'partner in crime' tak mungkir pada janjinya...







... Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

6 comments:

Mulan said...

lagu ni sokmo nyanyi masa nak periksa masa kecik dulu.. sbb nak ingt tarikh Nabi Muhammad lahir..

Acik Erna said...

as salam anie..selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran junjungan kita.
perbanyakkan selawat keatasnya..

Zaitun said...

Kalau ke Ikea kak Zai nak ikuttt....

Daim kek...yummy

aNIe said...

Mulan...betul tu... nyanyi lagu tu sampai melekat tarikh lahir Rasulullah s.a.w. dalam otak ni...

------------------

Kak... berselawat ke atasnya adalah sekecil2 sumbangan yang dpt kita berikan pada junjungan kita itu

------------------

Kak Zai ... baru balik hehehe...tak sempat nak beritau...

AuntieYan said...

Salam Anie,

Sedap nasyid tu....Kak Yan dah pun selesai menyanyikan nya....walau pun sumbang. Nyanyi untuk diri sendiri ;-)

Unknown said...

kak, dah lama tak nyanyi lagu ni ye kak. Dulu2 kecik2 selalu nyanyi..

Salam maulidurrasul kak

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails