Tempat pertama yang dituju ialah...
di TTDI Jaya...
Pertama kali ke sini...
Janji untuk bertemu dengan sorang teman sekolah yang lama sungguh aku tak jumpa.. terpisah dengannya ketika aku berada di Tingkatan 4... kerana dia ditawarkan ke Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu. Dan Facebook menemukan kami... Alhamdulillah...
Kalau berjumpa dengan teman sekolah... memang cerita tak pernah habis... rasanya masa kami berjumpa terlalu singkat... ditambah pula dengan Fareez yang tak berapa sihat... banyak kali masa berbual terganggu...
Banyak cerita yang diimbas kembali dari zaman persekolahan dulu...
Sekolah kami di MGSS di Tengkera....
Melihat gambar sekolah kami dahulu mengundang nostalgia .. dari Habsah teman itu aku dapat banyak juga info dari dia tentang kawan2 yang lama menghilang... cuma kami tak tau macamana nak hubungi mereka....
Walaupun masih banyak yang nak disembangkan tapi masih banyak lagi urusan yang perlu aku bereskan...
Terima kasih ku pada Habsah... yang sudi bertemu denganku...Insyaallah... kita akan jumpa dilain masa.
Dari Bangi Kopitiam aku ke Giant Hypermarket Shah Alam...
nak pos baki kad jemputan yang masih lagi belum diposkan...
Kemudian... aku menuju ke rumah Nanirostam ... kerana menghantar kad jemputan...
Aku lepak2 di rumahnya dulu sementara menantikan jam 1 tengahari untuk mengambil Farhan balik dari sekolah...
Bermain dengan kucing2 dia yang comel dan Arisya... kami bersembang sambil dia menyiapkan tempahan kek... Terima kasih Nani kerana melayan akak & Fareez...
Arisya yang comel...geram tgk pipi dia... manja pulak tu...
Bila berbual memang tak terasa masa berlalu... jam 1 aku terus mengambil Farhan dari sekolah... Dia yang akan mengambil SPM tahun ini merungut2 kerana tak berjumpa dengan kad pengenalannya yang aku simpan. Tujuan aku menyimpan ialah supaya IC dia tak hilang di tangannya... rupa2nya aku pulak yang terlupa di mana aku letakkan IC dia...
Disebabkan minggu ini adalah minggu terakhir untuk mengisi dan menyerahkan borang SPM itu pada cikgunya... maka aku terpaksa membawa dia ke....
Dari sana... kami ke...
...untuk membuat kad pengenalan sementara....
Selesai sudah segala urusan Farhan...
Kami kemudian berpatah balik ke ....
Les Copaque Production... untuk mengambil Fareez yang ditinggalkan untuk rakaman suara tadi...
Selesai sahaja rakaman suaranya... barulah kami mengisi perut di...
Sampai sahaja di rumah... siap mengemas... dan selepas maghrib... aku keluar semula ke Setiawangsa... ke rumah adik ipar ...
Apa lagi kalau bukan urusan menghantar kad jemputan pada sepupu suami yang tinggal berdekatan dengan adik ipar...
Dalam hujan renyai aku dan anak2 serta biras aku ke rumah sepupu kami... pada waktu itu jam sudah hampir 10 malam...
Setelah menjamah hidangan inang2 yang dihidangkan bersama Teh -0... kami pun bertolak balik...
Sampai sahaja di rumah... kepala aku dah mula berdenyut... jam sudah pun menunjukkan hampir jam 12 tengah malam...
Maka berakhirlah episod semalam... dan bersambung pulak pada hari ini....
Esok boleh cerita untuk hari ni pulak ye...
...
18 comments:
Baca pun dah tau penatnya.. esok sambung sibuk lain pulak kan kak ;)
habis satu hari kesana kemari...memang sah2 penat.
Sibuk macamana pun ibu pengantin jangan lupa jaga kesihatan,hari besar dah semakin dekat.
anie..betul kata zaitun..sibuk macam mana pun..kesihatan kena jaga..
Nak buat kenduri kawen yang pertama kali memang sibuk dan memenatkan...semoga semuanya berjalan lancar kak ya.
tentang simpan ic dan 'hilang' itu mokcik pun dah terkena. Tapi tak kena buat repot polis plak, terus ke JPN. Elok dah siap ic baru Usop, jumpa ic yang 'hilang' elok tersimpan kat rumah hehehe
kak Anie, betul2 sibuk akak yer..surirumah juga kerjaya yg plg sibuk skrg..
hahahahaaa...
harapkan mak, mak yg terlupa simpan barang penting tu kat mana.. kuikuikui..
(esok2 mesti jumpa tu.. bila kita nk pakai mmg semedangnya tak jumpa.. bila dh relax2 esok, baru teringat letak kat mana.. kan kan kan)..
kak.. abca bismillah enam.. semoga bertemu kembali dgn barang yang hilang.. (tu petua arwah tok tiny.. dan alhamdulillah.. tiny selalu praktisnya bila brg hilang.. setakat hari ni tak pernah tak jumpa.. kecuali kalau barang tu benar2 dh TIADA.. setakat miss place atau terlupa letak, mmg akan jumpa balik..)
waduss kak anie, merata perginya.... macam2 nak diuruskan, superwoman :)
kak anie. betul2 bz ni...
Bila berjumpa dengan kawan lama pasti banyak yang di bualkan kan kak..
Busy sungguh mak pengantin.. apapun mak pengantin kena benyak rehat untuk hari besar nanti ok..
salam kenal, penatnya sehari suntuk penuh xtvtnya. Alhamdulillah semoga semua berjalan lancar..
wah kak ani seronok betul baca aktiviti tu .. ditambah ada gambar2 jadi selingan .. saya tgk Kopitiam Bangi tu ingatkan yang betul2 kat Bangi .. itu tempat saya selalu melepak minum pagi :)
iina...hari2 sibuk sekarang...hahaha
----------------
Lady lavender...sampai ke malam tu yang penat tu...
----------------
Kak Zai...akhir2 ni selalu je sakit kepala...jarang sakit kepala ni...
----------------
Kak erna... betul tu... sekarang ni sering sakit kepala...
---------------
Mokcik... tulah ada yang kata tak perlu buat aduan...sebab dia pelajar... kalau org dewasa kena buat report...kalau tak nanti kena denda...
---------------
idahani...tu lah... kadang balik rumah je ... pengsan...
Tiny...terima kasih...tulah...puas cari akak tak ingat kat mana akak simpan...hahahaha... selalu jadi camtu... nak simpan elok2...biar tak ilang... last2 lupa kat mana akak taruk benda tu...
-------------------
Maksu...dah terpaksa... penat ke idak kena jugak buat
------------------
Yus..banyak sgt yg nak diuruskan...
Zar... yg jadi sibuk bebenor sebab sorang di S.Alam sorang kat Melaka...tu yang bnyk kena uruskan sendiri
Insyaallah akan ingat pesan tu...
----------------
Terima kasih secangkir madu merah... salam kenal dari akak
----------------
Izariza... gambar2 tu amik dari google... masa pergi tu terlupa nak amik gambar...tapi gambarnya lebih kurang je...
salam kak anie
kalau berjalan ke sini sana... ngan hati gembira mmang tak rasa penat lagi... tapi kalau dah balik dan duduk diam... penat dia , ya ALLAH... mcm apa je kan....
tapi takpe seronok jmpe kawan lama ka ~
Manje... betul kata manje...masa berjimba jimba tak rasa...dah balik barulah sana sakit...sini sakit..hehehe
Post a Comment