Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, January 26, 2011

Perjalanan itu Diteruskan....

Sebaik mencecahkan kaki ke bumi Sarawak... aku mengucapkan syukur...

Alhamdulillah...akhirnya kami selamat sampai ... iaitu rombongan aku sekeluarga bersama anak2 seramai 6 orang....

Rombongan kedua yang terdiri dari adik2 iparku dan isteri2 mereka dalam perjalanan... mungkin masih berada di dalam pesawat kerana jarak masa penerbangan kami cuma 50 minit sahaja...

Sedang kaki melangkah masuk ke kereta yang disewakan untuk kami... tiba2 telefon bimbit ku berdering...

'Mak sau.... kitorang dah tak boleh chek in... kaunter dah tutup...'

'Larrr.... kenapa tak boleh chek in...? Korang lambat ke?'

' Kitorang baru sampai... masaalahnya Pak Andak sms beritau kitorang Zety dah chek in untuk kita...boarding pass kat Nek Busu...tapi nek Busu kata diorang tak bagi apa2 pun kat dia...sekarang macammana ni... pintu balai berlepas pun dah tutup...'

Nek Busu adalah adik pada mertua ku... dia dtg awal kerana mengikut kereta adik ipar yang menaiki penerbangan kedua... jadi dia ditinggalkan di LCCT sementara menanti adik iparku yang sorang lagi sampai dengan mertua kerana flight mereka sama.

Aku melihat jam... dah 2.55ptg... flight jam 3.20... dah tentulah tak boleh chek in lagik...lewat sgt dah...

Aku terus bertanya pada Ude...

'Kau ada suruh zety cek in kan untuk makcik ke?'

'Takde...mana boleh zety  cek in untuk diorang sebab itinerary diorang kat makcik...'

Maka kecohlah jadinya bila dapat tau rombongan terakhir adik iparku yang membawa mertua dan mak busu telah terlepas kapal terbang kerana terlewat sampai ke LCCT....

Aku dan suami kehilangan kata2 bila mendengar yang tidak apa yang boleh dilakukan lagi... dan adik ipar pula mengambil keputusan untuk berpatah balik ke Melaka...

Sepanjang perjalanan ke Homestay... aku dan suami berdiam diri...terus senyap... hilang sudah mood tersenyum dan ketawa ku...hingga si kecik bertanya...

'Kenapa ibu masam je...'

'Ibu dah takde mood'

Kemudian cik abang bersuara....

'Ude... sms makcik... beritau dia suruh beli tiket baru... nanti ayah bayar...'

Abangku membuat keputusan untuk membelikan mereka tiket baru..kerana mengenangkan mertua yang berada bersama rombongan mereka.

Lega rasa hati... biarpun terpaksa mengorbankan lebih 2K untuk tiket yang baru...tapi hati aku rasa lapang kerana mertua dapat bersama...kerana ini adalah majlis pernikahan cucu pertamanya sebelah kami...cucu yang dijaga dari kecil....

Kereta yang dipandu bakal pengantin perempuan ke Homestay hanya kedengaran gelak tawa anak2... manakala aku dan cik abang banyak mendiamkan diri...

Setibanya di Homestay yang disewakan untuk kami... terus hati jadi ceria...

'Wah.... cantiknya tempat ni...'

Sebiji rumah dua tingkat terletak di pinggir sungai begitu indah pemandangannya....

Walaupun dari luar... rumah tersebut tidak begitu menarik... tapi hiasan dalamnya memukau...

Bukan kerana kemodenannya tapi kerana ianya unik dan klasik...penuh dengan barang2an antik dari porcelin dan tembaga...

Sayangnya aku tak sempat mengambil gambar2 barangan lama tersebut yang terdiri dari pasu2 tembaga... seterika tembaga lama... dulang... gramofon ... lampu jalan zaman dahulu... dan banyak lagik...

Terdapat 6 buah bilik... 5 darinya siap dengan detatched toilet...kecuali 1.. dan semuanya berhawa dingin...

Biarpun rumah kayu... tapi cantik dan selesa...

Aku tak dapat nak upload gambar rumah kerana ianya ada dalam kamera Ude..

Sampai sahaja...kami semua mula memilih bilik kami... dan aku memilih bilik bawah yang ada tandas di luar bilik... kerana ianya senang untuk cik abang yg sakit lutu untuk turun naik tangga...

Bilik utama dengan bilik air yang besar dan selesa aku khaskan untuk mertua dan mak sedara serta pembantu yang ikut sama supaya senang untuk ke tandas.

Yang lain2 terpaksa memilih bilik2 yang ditingkat atas...

Selesai memunggah barang... satu demi satu kereta masuk yang membawa rombongan kedua... dan yang terakhir adalah rombongan mertua yang sampai hampir maghrib.

Selepas semuanya  sampai... masing2 membawa diri masing2... ada yang tidur untuk meluruskan pinggang.. ada yang dudu2  ke tepi sungai ... ada yang berehat di ruang tamu... dan anak2 pula sibuk bermain2 di pinggir sungai yang betul2 berada di hadapan Homestay tersebut.

Menjelang senja... pemandangan di situ amat cantik...




Dapat tempek gambar ni je... tak berapa jelas sebab dari hp aku...pemandangan di waktu malam... sungai ini adalah laluan feri untuk River Cruise... selalu saja nampak feri yang membawa penumpang lalu di sini... dan anak2 sibuk melambai2....

Okay.. sambung lagi malam atau esok... ada tugas yang terpaksa diuruskan pagi ni....










...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

14 comments:

Unknown said...

Alahai kak. Dugaan betul ye. Tiba2 kena naik kos tambahan 2k. Kalau saya pun terdiam aje.

Tapi tulah, dah nak jadi kan kak. Apa pun alhamdulillah semua rombongan dapat turut serta.

Moga majlis akak di Melaka nanti berjalan lancar. InsyaAllah yus sampai....:)

cikceriacorner said...

akak..

dugaan..tp xpe..asalkan semua org eppy n ceria dan segala urusan berjalan lancar..alhamdulila..:)

Ati Masrif said...

bila nak buat benda baik ni
mmg selalu di landa dugaan
redha saje lah kan..

umeboshi said...

owh..k.anie dah selamat jadi ibu mertua eh?? tahniah!!! baru balik dari sarawak jugak rerupanye. lama sgt ume tak jejak kaki ke umah k.anie ni.huhu...

Mulan said...

laaa... kak anie.. moga ada hikmah di sebalik semua tu... takpe, janji majlis semua dah berjalan lancar kan.. alhamdulillah..

Acik Erna said...

banyak sungguh dugaan anie..
nasib sampai jugak mertua kesana..

secangkir madu merah said...

alhamdulillah akhirnya semua masalah selesai walaupun terpaksa berkorban utk kegembiraan semua.... kisah ini seakan2 kisah yg pernah saya alami dua tahun lalu sewaktu menghantar pengantin iaitu adik perempuan saya..hehehe ada satu kumpulan yg terlambat sampai ke lcct hingga kaunter tiket hampir tutup, tapi atas perikemanusiaan seorang pegawai yg bertugas masalah dpt diselesaikan...alhamdulillah..nostalgia betol..

iina said...

Takpelah kak korban sikit kan.. nak buat camna memang flight nie takleh nak ambil mudah.. kena ontime.. tapi apa pun dah selesaipun kan ;)

Kak Anie said...

Yus...memang dugaan...tapi akak cakap kat cik abang...takpelah bang... insyaallah nanti ada rezeki lain... yang penting mak dpt dtg...

--------------------

cikceria... terpaksa bekorban... sebab nak buat majlis... akak takmo ada yang terguris perasaan nanti..terutama hati mak mertua

---------------------

Ati... betul tu...segala benda baik pasti dtg dengan dugaan...

Kak Anie said...

Umeboshi...akak pun jarang dah dpt jenjalan rumah ume... Terima kasih ye kerana ucapan itu...

-----------

Betul tu Mulan... harap ada hikmah disebalik segalanya

-----------

Kak...itu yang penting... dia memang beriya2 nak pergi tengok cucu yang dipeliharanya bernikah...

------------

SMM... hari adik ipar lambat tu memang kaunter dah tutup...tak boleh nak ditolong lagik

------------

iina...alhamdulillah...segalanya dah selesai...kadang2 mereka2 ni ambil mudah je perkara yang sepatutnya dititik beratkan...

Zaitun said...

Kadang2 dugaan tanpa diduga tapi nak buat macamana terpaksalah berkorban asal semuanya dapat bersama.

Rindu Sarawak,kak Zai suka pergi sana.Bila balik nanti jangan lupa beli kek yang famous tu.

Alina... said...

wahduh2 gitu ya?? tkpe kak ani duit kaluar byk hati genbira tkpe...yg penting semuanya selamat....dan kak ni pun da selamat jadi ibu mertuaku hehheh...

Kaktiny said...

tertelan air liur tiny bila baca part "kaunter dah tutup" + "mak mertua dlm rombongan sana".. gulp!.

dan rasanya mmg berderau jantung memikirkan 'what next'!!..

Pasal tu ler ayah tiny cukup "PANTANG" dengan "MASA".. kalau flight pukul 3.30, pukul 2.30 dh terpacul kt airport.. takdenya nk sampai ngan2 masa.. hatta kalau brjanji nak beli baju raya, kalau dia kata pukul 2.00 kena siap, maka, jam 2.00 dia terus jalan, sapa lambat, TINGGAL!..

maka itu, tiny amat prihatin dgn masa!!.. (skrg ni dh 'longgar' skit, sejak kawen ngan cik abang!.. opsss.)..hahaha.

(ni, kes rombongan mertua akak ni, kalau dpt dek ayah tiny, 5 tawon tak tentu abis lagi dengar dia bebel.. buleh jadi belacan telinga menadah.. huhuhu... ngeriii... hihihi).

ibundo said...

salam anie,
ada kalanya berlaku perkara yang tidak kita jangka. Mungkin sudah disuratkan begitu.
Semuga perjalanan majlis lancar..

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails