Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, January 17, 2011

Kerja-kerja Menjemput Hampir Selesai...

Kelmarin... aku dah mula menjemput...

Kalau dulu... siapa nak buat majlis perkahwinan... mak dan ayah pengantin tak perlu susah2 pergi menjemput...Sebab boleh saja mengupah orang2 tua untuk menjalankan tugas tersebut.  Apa yang kita perlu lakukan ialah memberitau tukang jemput itu kampung mana yang perlu dijemput... Dan yang kita tau... pekerja itu sudah beres....

Tapi sekarang... takde lagi orang2 tua untuk diupah menjemput bila nak mengadakan majlis perkahwinan.

Jadi aku dan cik abanglah yang terpaksa pergi menjemput.

Aku yang memang tak berapa mengenali orang2 yang tinggal di kampung2 bersebelahan... cuma mengikut cik abang...

Dan cik abang aku pulak... disebabkan sudah lama meninggalkan kampung halaman dan bekerja di Kuala Lumpur mendapati begitu sukar untuk mengecam kedudukan rumah2 di kampung jiran sebelah yang telah banyak berubah wajah.

Jadi kami cuma menjemput siapa yang kami kenal sahaja... biarpun mertua dah pesan... jemputlah semua orang di kawasan pantai...

Tapi macamana nak jemput.. kalau orangnya pun kami tak kenal...

Dalam masa 2 hari... rasanya dah selesai kami menjemput di kampung2 bersebelahan...  tak sampai pun 2 hari... sebab kami bermula petang Sabtu dan selesai pada petang Hari Ahad.

Mungkin ada yang tertinggal... tapi rasanya terpaksa aku catitkan siapa yang kami terlupa.

Masa menjemput ni lah...ramai sedara mara yang lama aku tak jumpa terpaksa ku cari...maklumlah.. nak mengahwinkan anak... maka semua sedara hendaklah dijemput... dan ketika itulah nanti mereka akan mengenali sedara mara mereka.

Sedara mara ku yang dah lama tak nampak muka aku... bila nampak aku memegang kad menuju ke rumah mereka... terus berkata...

'Larrr... dak anie rupanya.... dah nak menantulah ni...'

Hehehehehe.... malu jugak rasanya... kalau tak menantu ... tak datang... tapi nak buat camaner... takkan aku nak tinggalkan... sedara2 aku yang dua pupu... tiga pupu... berpupu2 tu....

Sebenarnya aku suka berjumpa mereka... sebab bila berjumpa sedara yang biarpun jauh tapi semasa kecil2 dulu... ke sana lah tempat aku selalu bertandang... kalau ada majlis perkahwinan... dengan merekalah kami bermain... bersembang...seronok...

Tapi bila menjemput... mana boleh lama2... nanti kerja tak habis...

Bak kata biras aku...

'Kak anie... aku rasa kan... kau kalau nak pergi menjemput...mulut kau kena selotape...pastu  kau kena bawak tape rekoder... jadi kau tak payah bercakap... kau putarkan tape tu aje... sebab kau tu peramah sangat... nanti satu rumah kau melekat 10-20 minti... habis...!!'

Hishhh!! Ade ke patut... tak payah selotape mulut aku ni...kalau cik abang aku ade... memang aku tak boleh berlama2 bercakap... tak pasal2 kena marah nanti...hahahaha...




...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

19 comments:

Sche said...

hahaa....
jika direkod...
laen plk jd nya...

dimain berulang kali...
seperi radio rosak... ehehh

myQza said...

hahahaha...

kak, klu nak menjemput mmg x boleh nak duduk lama2. x jadi kerja nanti. tuan rumah pun di galakkan jgn buat air, nanti sembang lg lama. ekekeke...

kad kak anie dah selamat tiba. InsyaAllah, tiada aral melintang kita jumpa yer.

kak ina kl said...

bila baca dah tau macam mana penatnya..
tak taulah time ina pulak macammana nanti.

sabar ajerlah anie ..biarkan orang itu..nanti lelama dia diamlah.

Kak Anie said...

sche...tulah pasal... nanti jadi sore donald duck...hehehe

------------------

tEDl...betul tu... mana boleh nak minum2 air... sampai abis menjemput kembong perot...hehehe

Okay tEDl..see u there...

--------------

Ina...dahlah...buat masa ni nak mengadap anak yang nak kawin ni dulu...lepas tu baru boleh selesaikan masalah tu..tak boleh diamkan... nanti menjadi2...

zino said...

mak dan bapa pengantin kenalah jemput sedara mara yg dekat je tak jemput nanti ada yg bercakap.. hehe yg lain tu boleh guna kad je hehe

Sya said...

Aha betul kena selotape sebab nanti jadi getah cair le gamaknya

iina said...

Yolah tuh kak hehehe.. sebelum kenduri penat menjemput.. penat nak sediakan benda nak rewang.. selamat menjemput ye kak.. nnti leh makan jemput2 pisang ;)

lady lavender said...

heehee..tak tahan bila biras k.anie cakap camtu. kelakar..

Zaitun said...
This comment has been removed by the author.
zareda said...

ngeri juga memikirkan hal nak jemput menjemput ni. tambah zar sorang aje harus bila tiba masanya nanti kena jemput semua sebab tak de can nak menjemput lagi.. tapi hopefully by that time, emel, fb, yahoo, twiitter,blog amat berguna. hehhe

sekadar satu coretan said...

same la mcm SIL saye buat kenduri tampoh hari...mmg sibuk sakan kak anie..selagi maglis tak berlangsung ade jer benda nak buat...

kesian saye nengoknye..kite org adik beradik bantu mane2 yg patut...

Zaitun said...

Alhamdulillah bab menjemput dah selesai,sekarang kena tumpu bab yang lain pula.

Ida said...

Kak Anie.. dah dapat kad. Terima kasih kerana menjemput. Insya-Allah kami akan datang. :)

Button Planet said...

Salam Kak Anie, dah habis menjemput? sure penatkan....hurm..mcmn lah nnt turn Azzah pulak bila anak nak kahwen nanti..huhu...

p/s: kak...gilah tgk kat blog Azzah ..ada gambar akak dgn aeez...

nurazzah8

Alina... said...

eiii bila awk nak jemput kita kakakkakkaka,,,tak bek tau tak jemput...

Acik Erna said...

memang betul anie..sedara mara..anie kena pergi jemput sendiri..baru tak de yang kecik hati nanti..

AuntieYan said...

Salam aNie,

...dah dapat kad jemputan minggu lepas, terima kasihhhhhhhhhh!

RashAtie said...

salam k.anie...

atie dah dpt kad tu...thanks....
kena stat bodek incik abg le ni...nnti jumpa kat melaka woccay!!

MOKCIK AZWA said...

Kak anie..

selagi tak habis kendurinya..selagi tu tak senang duduk kan. Kerja jemput menjemput dah selesai..tiba hari kenduri pulak..lepas tu sambut menantu pulak..semoga semuanya dipermudahkan buat akak sekeluarga

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails