Kebanyakan keperluan telah ditempah...
Dewan... cik abang yang uruskan... sudah pun ditempah sejak awal dulu... kerana takut terlewat...
Aku terpaksa menempah dewan kerana buat masa sekarang cik abang & anak sulongku menumpang di rumah mertua... dan kawasan rumah mertua aku sempit...begitu juga dengan rumah mertua... tiada bilik spare untuk dijadikan bilik pengantin...
Lagipun... disebabkan aku di Shah Alam dan suami di Melaka dan anak2 bersekolah di Shah Alam menyebabkan aku tiada banyak masa untuk menyiapkan rumah mertua... jadi buat kat dewan... lagi senang... Habis majlis... terus boleh balik ke rumah masing-masing.
Pelamin dan Mak Andam... telah pun ditempah dan di'confirmkan' .... kalau ikut hati aku... malas aku nak berpelamin bagai... maklumlah anak aku lelaki... buat kat dewan... ada meja makan beradap sudah mencukupi.
Gambar hiasan juga... dari google image..tema sama dgn warna anakku... biru putih
Kumpulan kompang dan bunga manggar... adik ipar lelaki aku yang akan menguruskannya....
Buah tangan dan cenderahati untuk jemputan sebelah perempuan... kedua orang biras aku dah berjanji untuk menyumbang ...
Yang tinggal cenderahati untuk tetamu yang datang... pada mulanya adik ipar aku berjanji untuk memberi cenderahati tersebut... tapi masih belum confirm lagik.
Dan aku masih belum dapat membuat keputusan apakah cenderahati yang akan ku beri pada para tetamu... Blank !!... takde idea... saper boleh tolong beri idea....??
Tempahan katerer... itu urusan cik abang... dia yang akan memilih katerer dan makanan yang akan dihidangkan...rasanya dah selesai kot... sebab kelmarin aku dengar dia membuat temujanji dengan katerer tersebut.
Yang lain-lain masih dalam proses pengurusan....
Setiap kali solat... aku sentiasa berdoa segala persiapan akan berjalan lancar....
Kelmarin... kad yang ditempah cik abang dah siap...
Gambar hiasan dari www.kadkahwin.com.my
Kad jemputan adalah urusan cik abang... cuma aku terkilan sedikit ... contoh kad tersebut tidak pun ditunjukkan kepada anak bujang aku... dan bila kad dah siap... si bujang tu merasa amat kecewa kerana kad tersebut tidak mengikut citarasanya.
Biarpun aku pun terkilan dengan kad jemputan yang dah siap dicetak itu... tapi aku tak boleh nak berkata apa... kerana segalanya telah diserahkan pada cik abang...
Kekecewaan itu adalah kerana ianya tak seperti yang dijangkakan...
Aku tidaklah menunjukkan reaksi kecewa bila bersama bakal pengantin itu... dan aku memujuk dengan berkata....
'Alah... takpelah Nir... it's just a card...'
'Yelah... tapi buruk... ayah tak tanya Munir pun...'
'Tak pelah... ayah dah tempah pun... nanti ayah kecik ati pulak... lagipun kad tu kalau diterima orang sehabis majlis akan dibuang jugak... tu sebab ayah takmo membazir tempah yang mahal2...'
Dan Munir terpaksa diam... biarpun hatinya terbuku rasa tidak berpuashati...
Teringat sewaktu dia menalipon bapak sedaranya...
'Salam... Pak Andak dah tengok tak kad kawin munir.'..
'Belum... Kenapa?'
'Tak cantik...'
'Siapa yang pilih...'
'Ayah....'
'Hmmm... kalau ayah kau yang pilih dah sah tak cantik...'
'Tulah pasal... ayah tak tanya pun kat munir setuju atau tak dengan design & kaler tu...'
Dah memang sahlah pak sedara tu akan ketawakan dia.
Semasa aku balik kampung minggu lepas... cik abang menunjukkan pada aku kad kawin yang telah siap dicetak...
Lalu aku bertanya pada cik abang...
'Kenapa abang tak pilih kad yang emboss... semua putih... design emboss warna perak... simple dan cantik...'
'Alah... takpelah... boleh le tu... orang dapat pun nanti orang buang....'
Huhuhu... aku terus terdiam kerana jawapan itu telah pun dijangkakan....
Dan aku memujuk hati....
'Hmmmm.... takpelah... its just a card....yang penting nanti majlis itu berjalan lancar....'
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
24 comments:
biasalah darah manis mudah sangat tersntuh hati.. pujuk jer kak anie.. lagipun munir patut rasa bertuah sebab ayah dan ibu dia uruskan byk perkara tentang wedding dia.. zar dulu urus sendiri jer.. pandai pandailah cari mak andam, tempah kad, tempah bilik pengantin, beli itu ini .. sakit kepala wooo..
tak ape, cenderahati utk tetamu nnati bawak munir bincang sekali..
akak..tahniah..semoga semuanye berjalan dengan lancar..:)
betul kata incik abg akak tu...usai majlis, kad tu ntah2 masuk bakul sampah je...yg menjadi kenangan org adalah buah tangan untuk yg bertandang....semoga majlis berjalan lancar....atie dulu semua buat sendiri..mmg pening kepala...bajet pun kluar dr poket sndiri...
Ada betulnya selepas majlis kad akan dibuang tak ada pembaziran tapi kita sebagai ibu nak yang terbaik untuk anak.
Semoga majlis nanti berjalan dengan lancar.
saya faham perasaan munir sebab kalau boleh saya pun nak kad yang cantik juga tapi bila difikirkan balik, banyak lagi benda lain yg penting..
Harapan semua semoga majlis ini akan berjalan dengan lancar
mmg kad orang tak simpan kecuali kad yg mmg betul2 lawa... tapi biasalah, tuan diri mesti yang yang cantik2, supaya nak jemput kawan2 pun rasa bangga jer... saya dulu pilih sama2 ngan bonda, adik pun sama... so takde lah rasa tak puas hati...
moga semuanya berjalan lancar.... cari cenderahati yg orang boleh simpan kak... kat nilai semua ada...akak gi lah survey...tp skrg online pun banyak...
Wahh..dah nak bermenantu..hehe..sikit hari timang cucu pulak..Bila langsungnya kak? Tahniah ek semoga segalanya berjalan dengan lancar.
kak anie ilah selalu simpan kad yg cantik dan mahal..sampai yg tahap bersampul 2 lapis dan bentuk mcm buku..semua ilah simpan syg..nak buang. susah juga kan kak dok berjauhan.. ilah nak kabaukan.. masa ilah kawen..ilah anak yatim. nak harap mak masa ut dia kemalagan di tmpt kerja jari dia dot dot.. jadi semua ilah urus sndiri sampai tahap p cari imam nak nikah ilah pun ilah urus.. sedih kak.. duit belanja kwen ciput jer ..buat kat umah mak yg baru diduduki kat taman medah tuu apa yg ada .. ilah org pertama kawen disitu..segalanya kekurangan...tapi akhirnya majlis lancar.. wpun nenek yg bela ilah dr kecil tak boleh diharapkan meeka dah uzur masa tu.. bygkan hubungan ilah dgn mak amat rengang sbb dah 21thn baru kenal mak..huhuu..cakap dgn munir dia insan yg amat bertuah...bersyukurlah....aminnn semoga kak anie sekeluarga diberkati sehingga akhir majlis dan selepasnya...
tahniah akak sbb akan terima menantu sulung..semoga semua berjalan lancar..biasala akak..bab nk buat wedding ni mmg byk je tak puas hatinya..hehe..btw, tq sbb jemput kt fb (izyan zaini).insyaAllah kalau takde ape2 saya akan dtg ke melaka.. :)
p/s: leh tempah cekelat tuk doorgift..hehehe :D
salam anie..sayu pulak rasa hati akak..kesian pulak kat munir..tapi..anie sebagai ibu dia kena pandai pujuk..supaya dia tak simpan lama rasa terkilannya..
errrkkk!!.. akak dh nak terima menantu??.. sunnguh tak percaya!.. terasa cam akak ada anak2 sekolah menengah + rendah jer.. tak sangka ada yg dh nk kawen.. hihihi..
biasala kak.. darah muda mmg camtu.. tiny dulu pon, tak abis2 mengomen dan mengomel.. tak mcm itulah.. taknak beginilah.. tak puas hati kt situ sinilah..
tapi, skrg ni, terasa semua bebelan dan komen tu semua takde nilai pon..
mempertahankan kerukunan rumahtangga tu lagi besar perkara yg perlu difikirkan berbanding kad, bunga telur, hantaran, inai di jari dan sebagainya..
lama2 anak akak lupa ler tuh.. nak plak dia lelaki.. dh dpt bini sok, citer kad tutup buku ler.. kuikuikui..
Tahniah kak sebab nampak dah hampir siap persediaan menerima menantu sulung... Insya Allah akan berjalan dgn sempurna, saya rasa kak anie sgt beruntung sbb persiapan byk dibantu oleh cik abang akak... kalau hubby saya mesti tak akan buat apa2... bab2 ni dia fail
Pasal Munir tu biasala dia yg nak kahwin mestila dia rasa nak in control of everything... nnt kak anie slow talk dgn dia cakap for cenderamata biar dia bagi idea dan cuba yg ok konon mcm nak compensate kad kahwin tu... dan betul saya dpt kad kahwin cantik cmm kotak hadiah pun buang sbb bulan ni shj lebih 10 kad... mana nak simpan walau hati sayang tengok kad yg cantik
cm
Tahniah kak anie...bakal terima menantu tak lama lagi.
Kak, kalau masa Yus kahwin dulu, buat kad jemputan dua versi. Versi murah, untuk jemputan dari ayah dan emak atau kenalan jauh, versi cantik sikit untuk kenalan rapat. So, sikit je dalam 50 keping, dan juga untuk simpanan sendiri sehingga ke hari ini.
Mungkin akak dan Munir boleh gak buat begitu. Dah terlanjur kad sudah di tempah dan tidak menurut citarasa hati, tempah lagi sikit untuk simpanan sendiri dan kenalan terapat. Lagipun seperti yang lain kata, kad tu nanti, bukan orang simpan pun, selepas majlis selesai, orang buang saja.
Apa yang penting cederahati...harap akak dapat decide dah cenderahati apa nak beri nanti...:)
Alhamdullilah dah nak siap urusan perkahwinan.. biasalah kak.. kdg2 nak juga ada citarasa dia sendiri.. sebab dia pun nak bg kekwn2 dia.. nak rasa cantik sikit kan hehehe.. takpelah dah siap pun.. takkan nak cetak balik.. membazir pulak..
Selamat terima menantu ye kak ;)
Salam Kak Anie...
Wahhh..dah nak hampir siap semua persiapan ya? tka apa lah kak..kad tu mmg betul pun macam cik abang akak kata, lepas kenduri ramai orang dah tak tenguk lagi dah kad tu... orang akan belek apa door gift yg keluarga pengantin beri...
sebenarnya kan kak..Azzah rasa semua ni adat kita kan... kalau dalam Islam sebenarnya tak perlu pun semua tu...yang penting menjamu tetamu itu pun dah cukup... (hurm...siapalah yang mulakan memberi door gift ni kan? menyusahkan keluarga pengantin aje...) dan lah banyak habis bergolok-bergadai semua nak beri tetamu makan...
sebenarnya utk menraikan kedatangn tetamu, tetamu pula datang untuk meraikan pengantin dan keluarga...
itu sahaja sebenarnya sudah cukup...
yang penting...selepas perkahwinan itu... semoga perkahwinan anak kak Anie akan berjalan lancr dan sempurna...InsyaAllah
salam,makcik. sy kwn munir. Maaf la ttbe kenalkn diri begini. Dulu time 1 tmpt keje kt SKALI die penah ckp mak die ade blog. Ktorg cube gk contact tp die dh change number. Dah nk kawin dh die? Nanti kirim salam dengan die "kwn2 SKALI,sentul,group userbility kirim salam." Semoga perkahwinan die berkekalan hingga hujung nyawa.
slow talk ngan dia, anyhow, sy stuju ngan asben akak, kad kawin, lelama org buang gaks unless ada school projek.
tapi serius, sy tgk kad tu cantik, maroon ek ?
i am happy for you, org amik gamba dah ada dah?
[mak su]
salam Kak Ani,
wah .. mmg seronok bila tgk persiapan kawin ni .. semoga segalanya berjalan lancar Insya Allah ... :)
Zar...ayah Munir seorang yang dikira masih lagi mengikut cara lama... bila sebut ttg perkahwinan segala urusan dilakukan oleh mak ayah... macam pengantin dulu2... tak boleh cakap lebih2...
---------------------------
cikceria... terima kasih...
---------------------------
atie... memang zaman sekarang pengantin akan uruskan segalanya... tapi kalau dulu mak ayah yang akan membuat segala keputusan.. tu yang ayah Munir buat tu...hehehe
---------------------------
Kak Zai... tulah yang ayahnya fikirkan...
Terima kasih kak Zai
---------------------------
Nuraarin... terima kasih nanti akak nak alamat ye...
---------------------
dlt...akak pun simpan kad2 yang cantik2... sebab rasa sayang nak buang...tapi ayah Munir tu kalau dpt kad cantik2 pun dia tak tertarik... dia cuma baca dan letak tepi... itu sebab dia rasa orang lain pun camtu...
---------------------
Jai...terima kasih... nanti akak nak pos kad... bagi alamat... inbox akak ye...
---------------------
ilahjy... banyak sungguh cabaran ilah ye... tapi alhamdulillah segalanya dpt dilaksanakan dengan sempurna... kalau silap sana sini tu biasalah kan...
Semoga dengan segala apa yang kita lalui untuk mendirikan masjid itu akan kita hargai...
----------------------
shes chocoholic... terima kasih izyan... pasal cokolat tu... adik ipar akak pun buat coklat...heheh...kalau tak boleh tempah kat izyan kan
--------------------------
Kak... tulah kak... buat masa sekarang nampak macam dia dah redha dah...
--------------------------
Tiny...hehehe... anak2 akak semua lahir jarak umur masing2 jauh2... tu yang ada yang nak kawin dah... ada yang masih single... ada yang di sekolah menengah & sorang di sekolah rendah...
Nanti akak inbox kat Tiny bagi akak alamat ye...
Harap2 munir akan terubat hatinya... betul kata Tiny... sebab perkahwinan is not all about cards...
--------------------
Cm...terima kasih... nanti akak nak pos kad kat cm... bagi alamat tau...
--------------------
Yus... akak dah cakap kat munir... kalau dia simpan kad kawin dia... (dia kata nak framekan) akak suruh dia tempah sedikit... biasalah kan... hari perkahwinan itu adalah hari yang penuh sejarah... yg akan dikenang sepanjang hayat...
Terima kasih ye yus...
-------------------------
iina...terima kasih iina... akak masih memikirkan cenderahati tu... pening ni
-------------------------
Azzah...hahahah... tulah pasal.. majlis perkahwinan munir ni mungkin yang terbesar dlm keluarga... sebab tiket k/terbang je dah beribu...huhuhu...
Buah tangan tu kalau nak bagi telur nak kene rebus... tapi cik abang kata beli yang siap je semua... hmmm... duit lagik tu...hahahha
Hmmm...saper le yang mulakan bagi cenderahati ni kan... kalau tak bagi pulak nanti tak seronok kan?
--------------------
Maksu... kad yang kat blog tu... hanya hiasan.. yang sebenarnya ialah warna biru...
Orang amik gambar dah ada... kawan pada bakal ipar dia...sebab ipar dia tu phorografer jugak...
------------------
Izariza.. terima kasih
-------------------
idealistika... sorry makcik terlepas komen tika...
Aha... Munir dah nak kawin dah... nikahnya bulan Januari .. sebelah makcik dibuat pada awal Februari...
Hehehe... ooohhh... dari kawan tmpt kerja SKALI eh.. nanti makcik cakap kat dia... ye...
Terima kasih kerana doakan dia...
betullah kata k.lady tuh it's just a card...nnti bgtau anak k.lady tuh dia dah cukup beruntung ada mak bapak yg uruskan kenduri kahwin dia...dr kad smpi la ke caterer...masa saya nak kahwin saya yatim piatu...duit pon ada cukup2 jek...dr a to z semua belanja saya kuarkan sendiri...masa tempah kad telan air liur jek tgk yg lawa2...nak jimat punya pasal ambik jek la yg buruk sbb murah...masa tuh bakal suami ckp sebijik macam husband k.lady ckp...ada betulnyer...kenduri saya mmg sederhana dgn budget yg sederhana...pada saya kehidupan selepas kenduri itu yg lebih penting...semoga dipermudahkan semuanyer...amin.
Post a Comment