Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, November 29, 2010

Hujung Minggu di Shah Alam...

Hari Satu dan Ahad... aku kat Shah Alam...

Walaupun cuti... dan cik abang tak balik sini aku tak balik Melaka sebab baru jumpa cik abang yang transit dari Sarawak Khamis lepas.

Jadi... cik abang kata... tak payah baliklah penat... abang pun banyak program Sabtu & Ahad... dari pagi sampai petang...

Oleh itu... aku dan anak2 berhujung minggu di Shah Alam.

Tapi tak ke mana pun cuma memenuhi undangan majlis kenduri tahlil pada hari Sabtu dan Ahad...

Sabtu... ke TTDI Jaya.. menghadiri majlis kenduri tahlil di rumah mak saudara bakal menantu aku...

Ahad pula di rumah jiran berdekatan rumah kami...

Di TTDI...ramai yang datang dan kebanyakannya orang Sarawak...

Walaupun tak berapa mengenali mereka tapi bila dah ramai2 tu... suasana menjadi mesra...

Bila dah selesai nak pulang... hujan lebat mula turun...bukan hujan saja disertai dengan angin kencang...

Aku memang takut bila suasana begitu... tak tau kenapa... aku membayangkan pokok tumbang... bumbung rumah terbang...mcm bermain dalam fikiran aku...

Bila hujan dah reda... aku pun meminta diri untuk pulang... tapi si kecik aku mau aku tunggu dulu.. katanya nak jumpa pelakon drama kanak2... 'Hikayat Putera Shazlan' iaitu Sweet yang akan datang petang itu.

Anak tuan rumah itu bersekolah dan berkawan baik dengannya... jadi memang dia dijemput sama...

Pada mula Sweet sampai... si kecik aku malu2... katanya nak tunggu sebab nak ambil gambar... tapi bila orang tu dah sampai malu pulak...

Hari semakin petang... aku jugaklah yang panggilkan Sweet bergambar dengan si kecik...

Tertunai juga hasrat dia nak bergambar dgn Sweet...memang sweet gadis cilik ni..patutlah si kecik aku minat...hehehehe...

Sebenarnya dia memang peminat drama kanak2 tu... Hikayat Putera Shazlan...




...


 Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

17 comments:

Acik Erna said...

anie..memang patut pun dipanggil sweet..
dah bujang sikceik anie tu..tu sebab malu2 he he..

Unknown said...

wah! Mesti suka Aeez dapat ambil gambar dengan Sweet ye..:)

~ez~ said...

hehehe..malu tapi mahu ye aeez nih..hehe

Admin said...

huhuhu..
ati2 ngn ujan kak,
anak2 comel pun same, tkut dmam..
hehhe~

NURAZZAH8 said...

Aeez yg comel! geram tengok pipi dia...rasa nak cubit-cubit aja...

Admin said...

。◕‿◕。

ujan2 jgn kc baby2 comen men ujan,
tkot t dmam............ hehe~

iina said...

Malu tapi mahu hehehe.. nmpk si kecik malu2 jek ;)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

baru tau namanya Sweet, patutlah.. sesuaiiiii...

Kak Elle said...

Anie bulat nya si Aeez skg...tembam pipi nya...hehe

pB said...

Aeez kena jaga makan

MOKCIK AZWA said...

Sweet ni yang berlakon sebagai anak Abby ker? Tak perasan pulak..

heheh Aeez...pandai pulak malu2...

Mak Su said...

kak, kalu x silap ada doa time ribut petir kan.... sy penah buat posting (saya sendiri pun dah terlupa), Rasulullah suh baca doa, sbb ribut petir juga salah satu cara Tuhan menenggelamkan kaum2 terdahulu

Zaitun said...

Kak Zai pun takut bila hujan dan ribut melanda,teringat tsunami.

Comelnya Aeez...

Kak Anie said...

Kak erna....Sweet tu memang sweet... biarpun berada dlm dunia seni...tak sombong...pandai pulak hormat orang tua...suka tgk anak2 yang macam tu...

-------------------

Yus...dia yang beriya2 suruh akak tunggu... sebab nak tengok Sweet secara live...hehehe

--------------------

shes shocoholic... memang pun... malu2 tapi mau

-------------------

ahsfantasy24...memang pun ... sekarang pun musim hujan...

Kak Anie said...

Azzah... kenapa tak cubit2kan semalam...hahaha... kalau betullah azzah cubit semalam tentu dia ingat azzah... nanti kalau dia tanya nak jumpa saper... akak cakap jumpa makcik azzah yang cubit2 pipi aeez tu...hehehe

--------------------

ahsfantasy24... kalau mak kanak2 comel boleh main hujan tak? Hehehe

-------------------

iina...memang pemalu pun sekarang...tersenyum2 simpul...

-------------------

Kak Anie said...

Sari Yusa... memula ingatkan nama sweet tu nama timang2an...rupa2nya betul2 nama dia Sweet

----------------------

Kak... betul... akak kalau tengok dia sekarang mesti macam tak percaya ..hahahah

---------------------

PB... dah penat dah mulut ni suruh dia jaga makan...tapi asyik lapar je...hahaha

--------------------

Mokcik...ahah...dia yg berlakon jadi anak Abby...sekarang berlakon utk iklan imunisasi pencegahan kanser serviks...

Kak Anie said...

Maksu...wah! camni kena selongkar blog maksu balik...hehehe

_________________

Kak zai...anie membayangkan ribut kuat yang boleh terbangkan barang2 tu... seram...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails