Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, October 15, 2010

Yang Logik Yang Mengarut...

Kadang-kadang berbual dengan anak2 membuat kita merasa... ada betul jugak cakap dia...

Tapi... ada kalanya... kita akan cakap pada dia...

'Apa yang kau mengarut ni...?"

Hehehe....

Ini adalah perbualan aku dengan si kecik kelmarin...

'Aeez nanti kalau aeez dah kerja... kalau ibu ada umur... tentu ibu dah tua... dah tak kuat...'

'Nanti kalau aeez dah kerja... aeez nak buat rumah 3 tingkat... ibu duduk dengan aeez ye...'

'Wah...!! Tingginya rumah aeez nak buat...'

'Nanti aeez buat rumah besar... tinggi... aeez buatkan bilik ibu kat bawah sekali...'

'Aeez tak sayang ibu eh... nak suruh ibu dok bawah...'

'Yelah... kan masa tu ibu dah tua... ibu selalu cakap penat nak naik tangga... tu sebab aeez nak buatkan ibu bilik kat bawah je...'

Hmmm...betul juga cakap dia tu....

'Ohhh....tapi kalau aeez buat rumah tinggi... buat lah lift... nanti ibu boleh guna lift...'

Hehehe... aku saja nak menyakat dia...

Kemudian dia cakap lagik...

'Nanti...bila aeez dah kaya... aeez nak beli kereta sport...'

'Wah...mesti cantik...'

'Tulah...tapi ibu tak boleh naik kereta sport aeez...'

'Kenapa... ?'

Hamboi!! Sikecik ni... awal2 dah tak bagi aku naik kereta dia.....

'Yelah... kereta sport aeez tu kan boleh bukak bumbung...'

'Tulah best...ibu nak naik...'

'Tapi mana ibu boleh naik?'

'Apsal pulak...Aeez tak sayang ibu ke...?'

'Sayang.... tapi..... nanti kalau naik kereta yang takde bumbung... aeez takut kepala ibu tercabut...'

'Hah!! Apasal pulak kepala ibu boleh tercabut...'

'Ye ler... kan ibu dah tua... tulang dah reput... nanti angin kuat sangat... kepala ibu boleh tercabut...'

'Larrr... apa yang aeez mengarut ni... kepala orang mana boleh tercabut...'

'Abih tulang dah reput...mestilah boleh tercabut...'

Adoyaii!!  Bertuah punya anak...mana boleh kepala aku tercabut...

Hehehehe...






...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

13 comments:

iina said...

kak confirm nie.. pengaruh byk tgk cite kartun hehehehe.. ;)

kak Erna said...

salam anie..he he..kadang kadang menghiburkan bila bercakap ngan sikecik tu kan..

Mak Su said...

mula mula baca ok, lepas tu...

masyallah!!.....

cenggitu ek? hahaha

kak, akak kena tag, http://ceritakosong.blogspot.com/2010/10/i-love-ict.html

~ yus ~ said...

kahkahkah..Aeez punya statement buat yus ketawa lah kak...

D said...

Hehe... tak de 'like' button kat sini ye? ;)

arsaili said...

salam.adehhh ahahaha...bijak sungguh si Azeez ni yer

DLSJ Sahrul (nbk466) said...

Macam IK cakap dlm wshop dia, kalau nak jadi kretif kena fikir macam kanak-kanak sbb fikiran kanak2 mmg takde sempadan.. ; )

Zareda Norman said...

comel jer aezz jawab cam gitu ek.. hehehhehe

::ienafazlyna:: said...

hahha..tp comel je budak2 ckp mcm tu kan?

umeboshi said...

akakkakak!!! kelakar kan, anak2 ni..

MOKCIK AZWA said...

imaginasi tu tinggi sangat hahaha...ni mesti pasal kartun ni hahaha

aNIe said...

iina...tulah ...banyak tengok citer kartun bebudak ni...

-------------------

Kak...menghiburkan...mau tak pecah perut ketawa...ada ke kepala anie ni boleh tercabut

-------------------

maksu...tu lah pasal...memula elok je dia bual ngan kita...pastu dah ke lain pulak...hahaha

------------------

Yus... nak marah pun tak jadi... hai lah anak2...akak ni macam nak guling2 ketawa...

------------------

aNIe said...

D...hehehe... takde like button tu...

-------------------

arsaili... kadang terpikir jugak...pandai jugak kelentong budak ni

------------------

Shahrul...betul tu...imaginasi mereka meluas...

------------------

Zar...hahaha... akak terbayangkan kepala akak tercabut dengan tudung2 terbang tergolek2...ngeri tu...

-----------------

iena... memang comel... cakap selamba je... dgn takde rasa bersalah...

----------------

umeboshi... dia banyak tgk citer katun tu...

----------------

Azwa... tulah pasal.... kepala dah macam katun...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails