Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, October 11, 2010

10-10-2010....Tinggalkan Kenangan Pahit...




10-10-10....

Tarikh yang akan terus menjadi sejarah hitam bagi semua ahli keluarga yang terlibat dalam kemalangan ngeri yang terjadi di Lebuhraya Utara Selatan...

Bagi mereka yang sama-sama berada dalam bas dan yang terlibat secara langsung di tempat kejadian... pasti ianya adalah trauma yang akan menghantui kehidupan mereka...

Takziah dari aku pada semua mereka yang kehilangan ahli keluarga mereka... dan Al-Fatihah buat mereka yang telah terkorban dalam kemalangan itu...semoga roh mereka dicucuri rahmat.

Tiada apa yang dpt diucapkan ketika melihat kenderaan yang ranap dan mayat2 yang bergelimpangan.

Pada mereka yang mengupload gambar2 diinternet untuk tontonan umum..serta video di You Tube aku berharap sangat supaya dibuang gambar2 yang mengerikan... kerana kalau kita ditempat mereka yang kehilangan orang tersayang... pasti gambar2 itu begitu menyedihkan mereka.  Gambar2 tersebut begitu menyayat hati.

Aku... yang pernah kehilangan ibu tercinta dalam kemalangan jalanraya dpt merasakan perasaan itu.  Aku pun rasanya tak sanggup melihat orang yang kita kasihi di dalam keadaan begitu... aku akan berasa amat sedih kerana aku tiada bersama mereka untuk membantu mereka di saat mereka memerlukan...

Walau apapun... kesemua itu telah ditakdirkan....

Tapi... diharap sangat pada pihak2 yang berwajib mengambil tindakan yang sewajarnya pada pemandu2  bas ekspress yang menggunakan lebuhraya tanpa memikirkan keselamatan orang lain.

Ada penumpang yang pernah menaiki bas mengadu bahawa pemandu2 yang tidak bertanggungjawab itu sempat lagi bersms dan menjawab panggilan telefon.  Bila segala kejadian buruk ini telah terjadi dan mengorbankan banyak nyawa segala penyesalan tidak berguna lagik.

Sama-samalah menyedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang beragama Islam yang terkorban dalam kemalangan ngeri itu...

Dan pada keluarga yang kehilangan... banyakkan bersabar dan redhakanlah 'pemergian' mereka...









...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

5 comments:

Alina... said...

kak ani sedih nya tak dpt d ucap dgn kata2 kan...mak terperangkap dlm jem tu masa balik dari rmh kita dkt 8 jam bru sampi alai..mak tgk tmpt kejadian tu..kak ani blik shah alam bila?

kak Erna said...

anie..sama2 kita sedekahkan bacaan alfatihah buat mereka yang telah pergi..alfatihah..

Mak Su said...

terkejut dan sedih..... :(

takziah, al-fatihah

Queen Of The House said...

Kak Anie, memang selalu terlihat di highway bas express yang dipandu terlalu laju macam pelesit. Kereta kita jalan 110 kpj di potongnya ... bayangkan berapa laju bas tu.

Kak Anie said...

Alina...kak erna...maksu & queen...sama-samalah kita mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmah...

Memang kadang mereka lari mcm pelesit kan queen.?

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails