Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, August 17, 2010

Pasar Ramadhan...

Semalam aku tak masak untuk berbuka.

Kerana aku membawa adik aku Sya ke klinik untuk merawat kakinya yang terseliuh kerana terjatuh di bilik air bapak di kampung.

Balik dari rumah sya dah hampir jam 5 petang...jadi sya ajak aku ke sebuah restoran Minang yang sedap masakannya di Nilai.

Tapi sayang restoran tu tutup...alamak!! Terliur aku nak makan gulai jariangnya & juga ikan leleh berlado.

Kemudian Sya terus ke Restoran berdekatan.  Restoran ni memang pernah kami kunjungi dahulu.  Lauknya sedap dan murah.

Jadi juadah berbuka kami semalam ditaja oleh Sya...sebab memang tak sempat nak memasak pun.

Sampai di rumah...Ude dah pun ke pasar Ramadhan dengan Farhan.

Kalau bulan puasa aku memang tak pernah ke pasar Ramadhan.

Yang rajin ke sana ialah cik abang atau pun anakku Ude.

Aku sebenarnya memang tak suka ke pasar Ramadhan.

Salah satu sebabnya ialah aku tak suka tempat2 yang ramai orang.

Aku jadi pening dan mabuk.

Sebab kedua ialah...masa bulan puasa perut memang tengah lapar.

Bila ke pasar Ramadhan...aku akan membeli ikut tekak dan perut yang lapar.

Maka...banyaklah juadah yang akan aku beli...beraneka jenis...maklumlah mata menjadi rambang...dan nafsu lapar menguasai minda.

Kesudahannya makanan itu semua kebanyakkannya terpaksa dibuang.  Sebab seperti yang aku alami...masakan di pasar Ramadhan selalunya tak tahan lama...maklumlah diorang dah mula memasak jam berapa pun kita tak tau kan?

Semalam Ude beli Roti John & Ayam Golek sebagai menambah juadah yang ada.  Kedua2nya adalah makanan kegemaran dia dan adik2nya



Kalau di Melaka...dia akan ke pasar Ramadhan di Peringgit untuk membeli roti bom...sejak dulu lagi itulah yang selalu dibelinya.

Aku kalau berpuasa memang tak banyak kerenah...takde pulak terasa nak makan pengat ke atau bubur...tak pulak nak makan bermacam jenis kuih2...apa yang ada aje aku makan. 

Yang penting aku mesti ada nasi atau mee. 

Tapi kalau aku dah dapat mee alamatnya nasi tak berusik...sebab aku memang hantu mee...

Walau apa pun juadah berbuka anda hari ni...(7 Ramadhan)

SELAMAT BERBUKA PUASA...


...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

8 comments:

sI tEDI said...

kak nie,
Pasar Ramadhan [eringgit tu mmg sibuk gila. tak pernah jejak lagi walau selalu lalu. sbb tak sanggup nak parking jejauh then jalan kaki. cayalah kalau ude selalu pergi situ. he he he.

selamat berpuasa kak =))

en_me said...

me bukan hantu oke.. ehehe

thanx akak lady singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg ittewww..

idahani said...

kak anie, hubby ida terkezut bila ditanya mau apa di psr ramadan, jwb dgn geleng kapla..ida pun mcm x caya kak..kekekeeke

MOKCIK AZWA said...

Azwa biasanya beli lauk universal...sup tulang! senang takyah nak fikir sebab kalau beli lauk lain ada pulak yg tak selera nak makan huhu

berjalan di param tahan lagik yg tak tahan kena parking jauh giler pehtu berjalan kaki ke param ...memang surrender hehehe

iina said...

sebut mee kak.. petang nie pakwe saya pun nak buat mee goreng.. hehehe.. selamat berbuka pose ye kak

kak Erna said...

anie..selamat berbuka dan bersahur..hari ni akak masak simple je..sambal udang..sup telur..goreng ayam..he he ayam tak tinggal kalau tidak anak2 tak makan..
akak hari pertama je pi pasar ramadhan..lepas tu tak pergi dah..ramai sangat orang..susah nak jalan..

pB said...

semalam cuma buat ayam masak merah dan goreng ikan kembung ....


aBear MESTI makan nasi.
SO , mee mee nie , tak masuk menu dalam bulan puasa ...

aNIe said...

tEDl Ude kalau ke pasar malam tu dia naik motor je...senang parking..kalau tak pun dia pergi parking kat rumah mak sedara dia yang tinggal kat situ...akak pun tak suka nak pergi sana...parking giler punya jauh...malas...

-----------------------

Mokcik sup tulang tu lauk universal eh..? Memang pun semua makan lauk tu kan?

Senang cerita...

----------------------

iina...mee goreng ke mee rebus ke...memang feveret akak kalau berbuka...tu sebab jarang buat...nanti tak makan nasi...

----------------------

Kak...ayam tu menu mesti kan...menag ramai anak2 macam tu...tapi anie ni jarang jugak nak masukkan menu ayam tu...biar diorang makan ikan jugak...hehehe

Kejam kan mak dia ni...

------------------

PB...sama ngan cik abang akak...biar pun ada kuih bagai...nasi mesti nak jugak...tak boleh le nak buat benda lain...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails