Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Sunday, June 6, 2010

Sukan Malaysia Vs FIFA World Cup...

Sukan Malaysia X111 2010 kali ini di adakan di Melaka...

Bermula dari 10 - 19hb Jun 2010.

Untuk keterangan lanjut sila layari laman web rasmi Sukan Malaysia di ------> sini



Maskot Sukan Malaysia kali ini sudah tentulah Sang Kancil yang bernama Tuah



Diskripsi


Sang Kancil, haiwan lagenda merupakan maskot yang dipilih bagi SUKMA XIII, Melaka 2010.

Konsep

Rekabentuk maskot SUKMA XIII ini berimejkan pahlawan Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka iaitu Hang Tuah. Ia bertujuan menggambarkan imej negeri Melaka sebagai sebuah negeri bersejarah. Aksi maskot mencerminkan ketangkasan, keberanian dan kebijaksanaan.

Nama

Nama maskot SUKMA XIII, Melaka 2010 dipilih sebagai ”tuah” sempena nama pahlawan tersebut. Pemilihan nama ini juga memberi maksud negeri Melaka sebagai sebuah negeri yang bertuah kerana dipilih menjadi tuan rumah SUKMA XIII pada 2010.


Untuk mereka yang mahu memberi sokongan kepada Sukan ini...

sila semak venue & acaranya di ----->  sini

Sebagai rakyat Malaysia marilah kita sama-sama memeriahkan Sukan Malaysia yang kebetulannya jatuh pada musim cuti sekolah

Tapi...

Malangnya...tarikh tersebut hanya sehari bertembung dengan FIFA World Cup kerana World Cup akan bermula pada 11 Jun. 2010



FIFA World Cup yang hanya muncul 4 tahun sekali ini memang sentiasa dinantikan oleh peminat2 fanatik bola di seluruh Malaysia.

Jaguh2 bola sepak dan juga pasukan2 ternama dunia ini akan beraksi dari 11 Jun 2010 hingga 11 July 2010.

Jadi...yang manakah pilihan anda?

Rasanya elok juga kita beri sokongan pada Sukan Malaysia yang akan berakhir pada 19 Jun..kerana World Cup cuma akan berakhir pada 11 July nanti.  Ini bermakna...kita masih berpeluang menyaksikan pasukan2 kesayangan kita sebelum ianya berakhir...

Marilah kita beri sokongan pada Sukan kita...

Majulah Sukan Untuk Negara...!!


Heheheh......suka pada tagline tu...




...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

6 comments:

zino said...

kalau anie tak terbit kan cerita sukma alamat tak ada lah org tau.. cerita bola akan menengelamkan semua cerita sukan hehe

Anie said...

Zino...tulah...kurang promosi dari media...nampaknya TV pun banyak mempromosikan FIFA...tak nampak pun SUKMA dipromosikan di media...sedih kan? Sukan sendiri dianatirikan...

sekadar satu coretan said...

saye pun tak tahu bile adenye sukan sukma ni...tak de promosi ...nasib baik ade kak anie...dpt gak info...tq...

Anonymous said...

betu.. betul.. betul.. upin-ipin

Acik Erna said...

anie..sukma tu akak tau..sebab..tiap kali akak nak main tenis tu..dapat padang waktunpagi je..dia orang kata..kul 9.00 budak2 sukma nak guna padang..tu yang akak tau awal tu..tengok budak2 berlatih tenis..

aNIe said...

Ainnoiraini...tulah pasal...kenapa takde promosi kan? World cup tu hebat sgt promosinya...

-------------------

Anon...hehehe

------------------

Kak...anie pun tau sebab cik abang & anak lelaki yang kerja kat Melaka tu sibuk sebab terlibat dengan persiapannya...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails