Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, April 12, 2010

Hujung Minggu di Port Dickson

Dah larut malam...biarpun badan letih..tapi mata masih belum mengantuk...

Jadi aku ingin mengupload gambar dan cerita hujung minggu aku di Port Dickson

Menerima panggilan dari cik abang Jumaat lepas memberitau dia terpaksa ke PD untuk berkursus dan dia tak dpt pulang ke Shah Alam membuatkan aku bercadang untuk ke sana hujung minggu ini.

Pada mulanya ingin bertolak awal iaitu  Sabtu tengahari tapi disebab mata mengantuk giler aku terlena sekejap...
Bergerak dari Shah Alam jam 5..dan sampai  ke tempat berkurus cik abang lebih jam 6.

Dia menginap di Selesa Beach Resort....tak sukar mencarinya...kerana ianya berdekatan dengan Hospital Port Dickson.


Terletak berhampiran pantai...tempat ini memang cantik...dengan sewa yang berpatutan...kami menginap di bilik 2 katil bujang siap TV dan  ianya selesa buat kami.

Aku tak sempat mengambil gambar2 di sekitar Resort kerana memang aku terlupa.

Sampai sahaja di resort...tak sempat berehat lagi anak2 dah terus ke kolam mandi...dan selepas itu kami ke pantai sebentar.


Aku suka pemandangan senja di tepi laut...


Kami tak ke mana-mana...sedang abang sibuk berkursus aku meneman anak2 bermandi manda di kolam.


Memang aku tak menghabiskan masa dengan cik abang...makan pun kami bertiga sahaja...dan bersantai di bilik pun aku dan anak2 sahaja...
Dari jam 8 pagi Ahad  cik abang dah keluar ke dewan kursus...hingga tengahari...dan sambung semula hingga 6 ptg...di mana cik abang terus check out.  Dari Resort tersebut kami menuju ke arah masing2.  Cik abang ke selatan dan aku arah ke utara.  Sampai di Shah Alam...aku berhenti di KFC membeli makan malam untuk anak2.

Hujung minggu yang menghiburkan untuk anak2...dan masa untuk aku merehatkan diri ...cuti dari memasak...dan cuti dari berkemas...










...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

3 comments:

silversarina said...

Salam,

Biarpun tak dapat bersantai bersama cik abang di resort namun saya pasti hujung minggu akak sangat ceria , lihat wajah budak2 tu mandi pool dah cukup menceriakan ... bukan mudah nak relax2 di hujung minggu ... kami pun lama dah tak ke PD, plannya dah ada , cuma tunggu tarikh yang dah dibook 2 bulan lalu .

Acik Erna said...

seronok anak2 dapat berendam...dan anie dapat relaxkan diri..

aNIe said...

Salam rina...alhamdulillah hujng minggu yang ceria...

Rina..kalau siapa yang suka pantai...PD memang best...

-------------------------

Kak erna...bebudak tu kalau disuruh berendam berjam2 pun tahan...kita aje yang tak kuasa nak menunggu...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails