Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Saturday, February 6, 2010

Naik Balik...






Aku baru lepas tengok program The Biggest Loser Asia...

Hmmm...tgk diorang bersenam...giler2 punya...boleh hilang berkilo2...

Tapi aku...akhir2 ni dah takut nak naik atas mesin penimbang tu...

Sebab...

Dulu dari 64 kg...aku dah hilang 6kg lebih kerana gigih beraerobik dan menjaga pemakanan aku.

Aku kurang makan lemak2 dan aku tak makan pada waktu malam.

Sekarang....

Aku dah lama tak pergi kelas aerobik...

Aku rasa letih ...dan disebabkan kelas aerobik adalah pada malam setiap hari Rabu aku takut tidak terjaga awal keesokan hari untuk menyiapkan nasi lemak yang selalu ditempah oleh staff Ude.

Dan sekarang pulak...aku kerap makan malam...

Aku memang rasa berat badan aku dah bertambah...

Tapi ...rasanya belumlah sampai 60kg lagik

Aku dah lama tak menimbang...takutttt!!

Aku kena kuatkan semangat untuk bersenam sendiri di waktu pagi...dan menurunkan semula berat badan sebelum terlambat...

Kalau dah naik berkilo2 nanti memang sukar untuk turun lagik...maklumlah pada usia sekarang...berat badan naik begitu cepat...silap makan...kurang bersenam...cepat aje naiknya...tapi untuk menurunkannya...bersenam berhari2 belum tentu turun lagik...

Demi untuk kesihatan...maka semangat kena kuat...!!





...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

20 comments:

Qasfirdaus said...

hahaha

qas ni tak tau laaaa dah bape kilo dah naik ni. firdaus jenis makan, pas makan, makan lagi. nak tido pun mintak biskut.

hari2 berazam nak joging jam 7 pagi. tapi harammmmmmmmmm. dah sebulan lebih delay. hahahaha

Tirana said...

Saya pun dah lama tak timbang berat sebab mesin penimbang kat rumah ni dah rosak. Kena beli yang baru la nampaknya.

Acik Erna said...

betul anie..demi kesihatan.semangat kena kuat..tapi..itulah masalah akak..semangat je kuat..tapi selera tak kuat..semuanya teringin nak makan...nak buat caman anie..laparrrr..

zino said...

kalau macam tu pejam mata naik timbang tu.. hehe

ibundo said...

haih... selera asek nak makan je yang susah nak kontrol ni...

ilah jy said...

tahniah la krn dah turun harap tak naik..jadilah hujan sentiasa turun..dan jgn jadi bah sentiasa naik dan turun.. penat juga tu kak oiii..ilah ni hari2 sejak sakit oktober lalu tak pernah miss p joging kat tasik keramat ni...mula dtg kL 53kg pas tu naik 58...bila sakit...mula myerang naik 62kg... sbb tiriod ni kuat makan la kak.. pastu pantang mcm kak anielaa semua tak mkn lagi kecuali rebus dan bakar.. turun la sikit59kg..hehe pastu semalam p tmbang naik 61kg huahuahua...nak kena kntrol laaa tekak ni.. wpun dlm pantang..nasi tuuu yg jahat buat naik kg ni...hikhikhik.. kesimpulan..joging pun tak de makneee kalu kita balik umah kita mkn byk ..huhuhuuu..tapi BMI ilah baru lebih 0.1 jer...hehehe..

sally said...

betul tu kak aNie, berat badan dh mcm yoyo..rasa-rasa kalau amik jusmate dr rozmey ok tak..

Alina... said...

alahh mkn jer...pas tuu minum clenz tea...

~ez~ said...

uwaaa..saya ni pun naik byk gak.ms cuti skola duk asyik makan mcd je..huhu..bdn naik mcm dipam2..

skg ni baru tgh berusaha nk diet n senam cket.tp turun pun cket la..baru sekilo turun..

chayyokk akak!! ;p

Kak Elle said...

anie berjuang demi kesihatan....go anie go

Zareda Norman said...

zar pun sejak makan ubat lutut ni memang naik sedikit demi sedikit.. kena jaga makan bebetul dan makan pada waktunya.. macam kak ani ckp, naik cepat turun lambat.. ehheh

nuraarin-life said...

Nampaknya samalah tauma kita, kak anie, saya pun dah pulun bersenam aerobik tapi berat tak turun2 juga, jadi berserah lah

Mulan said...

hehheee.. saya 62kg tak turun2.. tapi seluar longgar2 & kena cari 2-3 cm smaller sbb dah berbulan2 minum teh org kampung.. everyday sessi memulas2 saya tahan je.. hehee.. yg kluar dari badan tu air agaknya.. lemak masih kat dalam.. kuang kuang kuang..

Unknown said...

waaa...best rancangan tu. pernah tgk Us punya verse. Syanie ngan dina dah kurus ka kak??

Unknown said...

xpe2..jgn risau..akak try je timbang..jgn takut2..:)

aNIe said...

Qas...dok rumah ni bahaya tau...sebab dapur dlm rumah...lapar aje boleh pegi dapur
masak apa yang ade kat dapur tu...

------------------------

Tirana...kalau nak beli timbang elok beli yang digital...

------------------------

Kak Erna..tulah masalah kita...anie pun camtu jugak...selera makan tu tak boleh nak disekat2...semua nak nak makan...

-----------------------

Zino..hahaha...dah pejam mata satu benda pun dah tak nampak lagik

-----------------------

Kak Pah...susah nak kontrol kan...tgk apa pun kecur aje air liur...

-----------------------

Ilah...orang kata kita kalau tiroid memang cepat naik berat badan tu...

59kg? Taklah berat sangat tu...ilah kan tinggi sikit...

Tapi kalau BMI rendah okaylah lagik...

--------------------------

sally...ramai yang kata okay...tapi kalau berhenti makan naik balik...tu yang tak tahan tu...tapi akak ni tak pernahlah guna apa2 pun ubat2 menguruskan badan...lebih pada control makan...

--------------------------

Alina...clenz tea tu okaylah...cuma dah lama tak beli...hahaha

-------------------------

Leeya...masih muda lagik...kalau nak turun...diet sikit aje dah boleh turun...macam akak ni jenuh nak turun...

------------------------

Kak elle...yesss!!! Thank you kak...

-------------------------

Zar...memang ada sesetengah ubat mengganggu hormon kita dan menyebabkan badan cepat naik

-------------------------

nuraarin...cuba kurangkan makanan lemak...orang kata kalau mayonaise tu sikit pun jgn makan...

Anonymous said...

hi anie..
gigih2 lah eksesais!!
makan malam..bahaya..badan naik!!
makan angin malam2 takpe..
;)

dEeWaN said...

timbang jer kak jika naik gak kena usahakanlah agar turun. saya ni dah mcm2 makan nak tambah berat badan tapi sampailah ni dok 50 jer.
payah nak capai 55 kilo

arsaili said...

salam aunty..yes you can! GO GO GO

aNIe said...

Mulan..mungkin teh orang kampung tu buang angin & air yang berlebihan dlm badan...membuatkan badan lebih padat...tu yang biarpun berat tak kurang...tapi baju sudah longgar

-----------------------


cj akak ada tengok US verse...memang diorang tu gemok betul kan...maybe sebab diorang ni semua suka makan fast food & cheese...

-----------------------

shima...takutttt!! Kalau kena timbang yang boleh bercakap tu lagik takut...hahaha

----------------------

ibusinga...betul tu...makan malam...makan nasi pulak...pastu golek2 depan TV..memanglah badan naik

-----------------------

dEewan...ha'ahlah...orang ramai sibuk cari ubat pelangsing...sikit tak hiraukan mereka yang nak menaikkan berat badan...akak dulu pernah kurus giler...masa kawin...tak sampai 40kg...hahahha...sebab ada peristiwa yang membuat badan akak susah nak naik...terbantut kot...

-------------------------

arsaili...yes I can...!! Tq

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails