Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, October 23, 2009

Suker...Suker...aje...!!

Semalam...telefon aku berbunyi...nombor yang tertera tidak aku kenali. Sudah kebiasaan aku...kenal atau tidak...aku mesti angkat sebab takut2 kalau customer nak bertanya tentang produk.

Memula angkat aku memang berhemah...maklumlah sejak terkena macam2 panggilan yang bukan2 dulu...aku sering menyergah orang laki yang telefon bertanya...

'Anie ke?'

Pastu aku dah tak sergah orang lagik dah...sebab satu hari tu...terkena dengan sorang pakcik tu...

'Anie ke ni?'

'Ye kenapa?'...suara dah tinggi ni...

'Awak kat mana...'

'Kenapa awak nak tau...?' Amboi...dgn nada keras dan sombongnya...

'Saya nak tanya pasal Bio Segar...yg kat dalam website awak tu...'

'Errr....errr....mintak maaf ye encik...' masa ni dah tergagap2...nak ketawa pun ada...kesian pakcik tu...tak pasal2 kena sergah dengan aku...

Jadi...dari hari tu...aku dah berlembut sikit...




Semalam....masa telefon berbunyi...

'Aloo...' dengan cara yang sungguh sopan.

'Hello...anie ke ni..?'

'Ye...'

'Saya nak cakap dengan anie...'

'Ye...anie cakap ni...siapa ni...?' nada suara dah lain sikit...

'Saya Azman...'

'Kenapa awak telefon saya..?' ...nada suara dah meninggi ni...

'Saje aje...' ...boleh ke telepon orang saje2 je..?

'Mana awak dapat nombor telepon saya ni?'...suara dah mula meninggi dengan intonasi garang tak hengat lagik dah... *siap cekak pinggang lagik ni*

'Kawan saya bagi...' ...ni mesti takmo ngaku amik nombor kat tempat lain..

'Kenapa kawan awak suker suker bagi nombor telefon saya kat awak...?'

'Ntah ler dia...'

'Abih apsal awak pulak suker suker aje nak telefon saya...?'

'Sajer2 nak berkenalan....'

'Takde2...aper kenal2 ? Saya ni isteri orang tau...suker suker aje nak kenal orang...'

'Kita boleh bual2 aje...'

'Awak ingat saya suker suker ke nak bual dengan orang saya tak kenal...? Ni saya heran ni...kenapa kawan awak tu suker suker bagi nombor telefon saya kat awak? Pastu kenapa awak suker suker aje nak telefon saya?....awak ingat saya ni suker suker aje nak bual2 dengan orang2 yang saya tak kenal ?....bla...bla...bla...bla....' apa lagi aku membebel tahap mak nenek kat orang tu...mau pekak telinga dia sebab aku dah tahap memekik dah...

terus...

'Tak apa lah...maafkan saya....'

'Hah!! Len kali jangan suker suker nak telefon orang awak tak kenal...ingat saya ni suker suker nak marah2 orang camni ke....?'

Lepas mematikan panggilan tu....aku tengok Farhan dah gelak2...

'Ibu ni...berapa banyak suker lsuker ah ...'

'Ye la...suker suker aje...nak kenal2 dengan orang...' sambil berlalu...mulut aku tak abis lagi pot pet pot pet...pastu...aku senyum sendiri....

Hissshhh!! Berapa banyak suker dahhh .....!








...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

23 comments:

Mak Su said...

hish, bosanlah kan kak anie nak melayan orang suka-suka macam tu, bengap

ida napi said...

bagijer cukup2 kak..biar dia serik utk call membabi buta jer..well done kak!

ILA said...

Suker saya tengok cara akak mjawab macam tu:D

Zareda Norman said...

saya suker aje baca entry ni.. hehehheh

ummu said...

hi hi.siannyer pakcik tu.

zue said...

tergelak saya baca citer kak anie ni...saja suker suker.

MAMAMIA said...

Ni saki baki org2 dari cerita dulu ke? Suker saya baca entry ni.

Anonymous said...

kak, akak letak segala nombor yg panggil tujuan tak baik tu kat dlm blog. setiap kali akak terima call akak post nombor tu.

Kalau tak de tak pa.
By the way akak call provider akak tanya apa mereka boleh buat jika akak kena haras dgn this calls?
so that ada dlm record dan mereka boleh monitor. after all world wide termasuk kat mesia phones are recorded. so something can be done actually... esp after terima all this harrassment phonecalls. mereka boleh trace nombor yg kena witheld. kalau yg call tu time yg akak terima akak cata time and date, bila mereka match the data, they can do something.
sama ada mereka boleh ambil tindakan dgn menghubungi si ganggu tadi dan memberi amaran yg mereka telah menyalahgunakan nombor mereka etc etc..


btw banyak benda boleh dilakukan.
salah satunya akak letak segala nombor yg akak terima tak senonoh tu dlm satu posting.
ni dunia internet. mana tau kita bleh kenal no tu..
atau ......

biar terkena buku dan ruas.
***

iina said...

Camtu kak.. saya pun suka-suka gak nak komen kat sini.. hehehe yang nie mesti akak takkan suka-suka nak marah saya kan kan kan hehehehe ;)

Kak Elle said...

Anie tu ye?ala saya ni suke suke nak bagi komen pasal cerita hari ni kan suker suker...hahaha

afiq said...

hishhh ade je mnusie cmtuh kan...aiyoooo

NBK466 said...

Tapi kan kak..sejak buat biz nie takde laa pulak awek2 esp yg cun2 yg call nak berkenalan dgn saya...sume pasal biz jek..hu..hu..hu..

Tirana said...

Aduhai kak Anie..siksanya hidup jika ada orang yang mengacau...Kalau saya, tak berani nak sergah orang..saya hang up the phone. Lagi sekali dia call, saya buat bodo aje, tak angkat..hehehe

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam Ziarah. Bagus kena sebijik..Padan muka dier kan..He he he..

aNIe said...

Maksu...sebab akak dah bosan le saper yg nasib tak baik kene sembur dgn akak...kalau masih boleh tahan...tahan aje lah...

----------------------------

idahani...akak kalau dah tahap geram...memang dah tak kira lagik...akak bedal aje...padan le muka dia...

---------------------------

Ila...kalau nasih mood akak okay...rasanya terlepaslah org tu...tapi bila dah geram...nasib le...

---------------------------

Zar..hehehe...kena garang2...kalau lembut2 diorang suka...

Unknown said...

haa..orang zaman sekarang ni memang cmtuh..main suke2 jek nak suke..eheheh

aNIe said...

Ummu mashita...memang kesian kat pakcik tu...rasa bersalah pada dia...

-----------------------

zue...suker suker camni memang akak suker...jgn suker2 nak menyusahkan orang...geram akak dibuatnya

----------------------

Mamamia...tak abis lagik...tapi dah berkurangan...alhamdulillah

---------------------

Salam anon...akak malas lah nak tempek2 nombor diorang kat sini...nanti diorang balas dendam...habis merata tempat diorang jaja nombor akak tu...Lagikpun nanti kot2 ada isteri atau girlfren yang terbaca nombor tu jadi gaduh pulak...

Takpelah biarkan aje...satu hari nanti senyap lah...

---------------------------

iina...macam akak kata...saper yang suker2 masuk sini memang akak tak suker2 nak marah2...seronok

-------------------------

afiq ...ada banyak...yg ni hanya sorang je yang akak ceritakan...yang akak tak cerita bertimbun

------------------------

NBK...gadis2 selalunya bersopan ...baik2...yang suka nak mengurat2...jual minyak ni orang laki...hehehe

------------------------

Tirana...kak anie ni kalau membebel dan marah2 dlm tepon okay lah...tapi kalau berdepan...takut jugak...

----------------------

Salam kenal marina...memang patut pun dia kena sebiji..suka2 aje nak kenal orang...

myQza said...

salam anie..

aku pula jenis yg tak angkat no yg aku x kenal..
dan x selesa untuk publish no di mana2. he he he..

salam kenal!

zino said...

zino kalau call dari yg tak kenal biar je dulu.. lepas tu anta mesej..

"maaf saya dalam mesyuarat, apa yg boleh saya bantu?"

kalau orang tu memang kenal dan nak bantuan kita dia akan balas mesej, kalau tak akan senyap sunyi le lepas tu hehe

Anie said...

salam sl tedi...saya mesti angkat telefon sebab takut customer nak beli barang...kalau tak angkat nanti bisness tutup...hehehe...

Nombor yg publish tu no. untuk bisness & utk rakan siber...kalau untuk famili lain nombornya...jadi gasaklah siapa yang kaya sgt nak menghabiskan kredit dia menalipon dan dimarahi...heheheh

------------------------

Zino...tulah...tapi anie memang angkat call walaupun tak kenal...sebab memang geram orang yang suker2 menalipon walaupun tak kenal dengan siapa yg dia talipon...maksudnya...telefon orang tapi tak tau apa tujuannya...

Masy said...

bagus gak ckp panjang2 n lama2, biar padan muka dia byr bil hahaha

Kak anie said...

Masy...tulah...suker2 nak tepon...nak menggatal...gasak!!

Nukilan ida said...

kesiannyaaa kak ani..
terbayang2 saya gaya kak ani...hehe
besar betul dugaan kak ani..nak mengajar org yg perlu diajar

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails