Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, May 19, 2009

Adilkah..?

Membaca entry di blog Kak Yan tentang pulangnya seorang kenalan kerana mengidap kanser payu mambuatkan aku teringat pada sebuah kisah...

Dahulu...semasa aku pergi membuat pemeriksaan kesihatan...doktor tersebut bercerita tentang seorang pesakitnya.

Wanita tersebut telah datang ke kliniknya untuk membuat pemeriksaan payudara. Setelah mendapati ada ketulan di bahagian dadanya...penyelidikan lanjut dilakukan dan keputusannya diberitau pada wanita tersebut dan suaminya....

Dia disahkan mengidap kanser payudara...dan terpaksa melakukan pembedahan untuk membuang kanser tersebut.

Bila sahaja doktor habis berkata2...sisuami terus bertanya...adakah doktor terpaksa membuang payudara isterinya....maka doktor pun mengiyakan demi untuk mengelakkan kanser itu dari terus merebak.

Mendengar sahaja kata2 doktor itu....si suami terus membantah...kerana dia tak sanggup mempunyai isteri yang hanya mempunyai sebelah payudara. Kata doktor siap mengugut isteri...kalau dia lakukan pembedahan...si suami akan meninggalkannya.

Dia terus memberitau doktor yang dia tidak bersetuju isterinya dibedah...dia ingin mencuba rawatan alternatif...walaupun si isteri ingin meneruskan rawatan bersama doktor tersebut tapi disebabkan suami dengan keras menghalang terpaksalah dia akur dengan kata2 suami.

Selang beberapa lama kemudian...pasangan tersebut datang semula ke klinik tersebut berjumpa dengan doktor itu. Malangnya kali ini kanser tersebut telah pun merebak dan tak dapat diselamatkan. Doktor itu begitu menyesal dengan tindakan suami wanita tersebut. Kerana kedegilannya...isterinya yang menanggung derita dan menerima akibatnya.

Mendengar cerita doktor itu...aku merasa sungguh kesal dengan tindakan yang diambil oleh sang suami. Geram dan marah dengan sikapnya. Bagi aku tak salah kalau nak melakukan rawatan alternatif...tapi janganlah sampai penyakit dah menjadi begitu teruk baru nak berpatah balik melakukan rawatan moden. Sebab kadang2 rawatan alternatif itu tak serasi pada semua orang.

Dan pada para suami2 yang terpaksa melalui saat2 begini dengan isteri...berikanlah sokongan yang tidak berbelah bagi pada isteri...kerana disaat2 inilah isteri2 akan menjadi begitu sensitif dan mudah putus harapan. Kata-kata semangat dan 'support' yang diberikan suami dan ahli keluarga serta orang2 yang disayangi akan menjadi penawar paling baik untuk mereka. Jangan ketika isteri masih cantik jelita dan sempurna 'i love u...u love me' ...tapi bila perkara begini terjadi pada isteri...'i love u...u love me' pun melayang....

Pada mereka yang aku kenali yang berjaya memerangi penyakit ini iaitu Raden Galoh dan Morna (yang pernah aku ceritakan dulu)....mereka begitu bertuah kerana memiliki suami yang begitu menyayangi mereka dan memberikan sepenuh semangat dan kekuatan yang mereka perlukan ketika mereka melalui saat2 getir...

Bagi wanita2 yang menerima nasib seperti kisah yang diceritakan tadi...adilkah mereka diperlakukan begitu oleh mereka yang sepatutnya sentiasa bersama di saat susah atau senang?..





...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

32 comments:

ida napi said...

tulah dia kan kak..jadi org pompuan..dah ler kena kanser, suami lak tak bagi sokongan ditambah ugut-mengugut..kesudahannya yg perit gak ditanggung dek isteri..

Masy said...

ni laa namanya suami masa senang je.. sian kat isteri yg kene menanggung. cube klu isterinye wat camtu kat suami, baru dia tau.

nk sedap je eh. huh!~

zura aini said...

habis manis sepah dibuang. apa punya suami macam ni? dia takkan diuji Allah ke? Simpati untuk wanita tersebut, moga dia dirahmati Allah s.w.t.

Anonymous said...

hurm. sampai hati ek.

pentingkan diri sendiri.

takot pulak nak kawen

cikceriacorner said...

sedihkan kak..xpatut suaminya wat begitu..
kak..sepupu sy telah meninggal dunia thn lepas krn kanser payudara.
sy ada terbaca buku..bile kita menghadapi penyakit,salah 1 perkara yg mesti kita buat ialah menggembirakan hati kita..dan ketawa krn ni pon salah satu yg bleh mengurangkan kesakitan..

silversarina said...

Kita manusia mana ada kusasa untuk menentukan hidup kita, semuanya di bawah kuasaNYA. Para suami memang kena sekuat isteri apabila berlaku sebarang penyakit seperti barah ini. Sebagaimana remuknya hati suami bila mendapat tau isteri tersayang terpaksa mengharungi penyakit ini, ketahuilah sejuta kali lebih remuk hati si isteri, tapi semua itu dugaan dari Yang Maha Esa.

Anonymous said...

Semua ni ujian Allah, ujian Allah sebenarnya tanda Allah sayangkan kita hambanya...untuk menilai bagaimanakah tindakan kita melalui akal yang diberi...menerima dengan baik, iaitu redha atau sebaliknya....
Ramai kita hari ini lupa..semua tu...kepada yang menghadapi saat genting tentulah keadaan ini menjadi teramat ...sedih dan pedih..tapi janji Allah tetap benar yang tertindas, pasti akan dijaga Allah...selagi dia tidak mempersekutukan Allah.
Marilah kita sama-sama dekatkan diri kepada Allah...
"Jagalah Allah
Allah akan menjagamu"

Antara kaedah mencegah penyakit...dalam badan...bangunlah 1/3 malam yang terakhir tunaikan solat tahajuj...solat sunat taubat, dll . Insyallah pasti di makbulkan Allah segala doa kita.Kerana waktu itu rahmat Allah dekat sangat dengan hambanya...
P/s: shami

pB said...

ditelan mati mak


di buang mati ayah

Kak Elle said...

Anie ni ada golongan lelaki ego yg very selfish..cuma ingat kesenagan sendiri...mmg tak adilkan?sepaptut sang suami lah membagi perangsang untuk istri2 yg malang yg bukan kehendak nya jadi begitu...apa kata kalau si suami yg menjalani begitu?

~EZ~ said...

hmm..sedihnya kalau si suami mcmtu.memang tak adil.Masa senang je sanggup bersama isteri.bila sakit mcmtu sanggup pertaruhkan nyawa isteri demi ego dan kepentingan diri.

hmm...mcm2 jenis manusia ada skg ni.Bersyukur la dapat pasangan yang tak camtu kan kak anie?huhuhu...

sally said...

Tu la org lelaki nih..nak yg seronok jer..nama pun perkongsian hidup, susah senang kenalah bersama-sama..

Mana boleh pentingkan diri sendiri..

alamanda said...

sedihnye crite ni kak anie.

Irfa said...

siannya..mmg sungguh tak adil.

tp smbl ikan bilis akak tu sungguh menyelerakan.boleh ke nak order?jauh ni nak kena pos?hehe

Neeza Shahril said...

macam mana agaknya kalau sisuami tu didiagnose mempunya kanser prostat dan terpaksa buang 'anunya',

Agak2nya, sanggup tak siisteri menerimanya?

neeza rasa la kan, Kak Anie, isteri lebih sanggup berbanding suami dalam hal macam ni... dari pengalaman neeza tengok orang sekeliling la..

Unknown said...

salam aNIe..dah masuk umur 40..an ..hati memang risau..kerna peringkat ni mcm-mcm penyakit mula datang..

semuga kita di jauhkan dari penyakit yang merbahaya ni.

ibundo said...

Ada orang tidak bernasib baik. Tidak ada siapa yang meminta penyakit. Kita bersimpati bila mendengar derita orang. Nasib kita pula belum kita ketahui.

Suami seperti itu? Semuga isteri mendapat pahala kerana menuruti kehendak suami.

MA said...

Salam Kak Anie - lama tak nyampuk kat sini...:D

Kawan saya punya Mak pun mengidap barah payudara and Bapak dia pun tak kasi Mak dia buang sebelah. My friend pun masa tu muda (budak) lagi so tak berani nak bangkang cakap ayah dia.


So lepas Mak dia meninggal, Ayah dia lak pi kawen lain.


Hmm....

aNIe said...

Idahani...tulah...ada jugak suami yang macam tu kan? Harap2 suami kita akan tetap bersama kita susah atau senang

----------------------------

Masy...aha ...betul tu...suami yang nak sedap je...

---------------------------

zany dia mendapat ganjaran dari ALLAH kerana mentaati suaminya

--------------------------

Qas...memang ada lelaki yang macam tu...tapi tak semua...so jgn le takut nak kawin...heheheh

---------------------------

Ez...orang kata bila kita bermurung badan kita mengeluarkan asid berlebihan...dan orang kata asid adalah makanan sel kanser...tu sebab orang yang sedang menghadapi penyakit seperti itu tak boleh bermurung ataupun stress....dan disitulah peranannya kaum keluarga dan suami

----------------------------

Silversarina...kadang2 bila dalam keadaan yang tertekan manusia terlupa segala yang berlaku adalah dugaan ALLAH...dan segala2nya adalah kehendak Illahi...

Semua itu dugaan ALLAH...manusia ni memang berbagai ragam...kalau dpt yang baik...maka beruntunglah si isteri...tapi kalau dpt yang macam tu...terpaksalah redha kerana segalanya ketentuan ALLAH

---------------------------

Salam shami...boleh tanya tak...ni shami blogger yang akak kenal dulu ke?

Kalau benarlah...lama akak tak dengar berita...

Terima kasih kerana berkongsi pendapat dengan kami...sesuatu yang boleh kita jadikan panduan...dan kita kenalah sentiasa beringat bahawa segala yang berlaku adalah dengan kehendak ALLAH jua...

---------------------------

PB...memang serba salah dibuatnya...tapi tulah si suami menolak rawatan doktor atas alasan yang membuat kita tak dpt menerimanya...

---------------------------

Kak...selalunya kalau lelaki yang berada dalam situasi begitu...isterilah yang akan bersusah payah menjaganya...tak ada isteri yang akan meninggalkan suaminya di saat2 suami memerlukannya

---------------------------

aNIe said...

^ez^...lelaki dalam dunia ni ada berbagai-bagai...dan kalau dpt yang macam tu ..orang kata dah bahagian kita...dah itulah kehendak ALLAH...maka kita kena redha...tapi geram tetap ada...geram sebab alasannya itu begitu mementingkan diri sendiri..


-------------------------

Sally...semoga suami kita akan terus bersama kita susah maupun senang...

-------------------------

Ummu_hanis...dah tersurat nasibnya begitu...memang sedih kan?

-------------------------

Irfa...akak dah beli plastic...tgh nak cari sealing machine...kalau dah ada nanti senang le nak pos tempat yang jauh...hehehe...

-------------------------

Neeza...selalunya kita lihat...isterilah yang begitu sabar dan tabah melayani suami yang menghidapi penyakit kronik...merekalah yang taat setia menanti di sisi katil suami...melayan seadanya...tapi kalau orang laki tak tau lah lagi...

-------------------

Ina Kl...bila usia dah menjangkau 40an...makan pun kena berhati2...tak boleh lagi nak makan macam kita muda2 dulu..sebab bila dah melepasi usia itu...penyakit senang aje duduk dlm badan..

Satu lagi kena selalu buat pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui tahap kesihatan kita.

---------------------

Betul apa yang kakPah cakap tu...saya selalu ingatkan anak2...nasib orang kita dah tengok...tapi nasib kita hanya ALLAH yang tahu...

Semoga isteri tersebut mendapat ganjaran pahala dari ALLAH

-----------------------

MA...hah! Lama kita tak jumpa...tak sembang tak menyampuk ye...hehehehe....

Isykk!! orang laki biasalah camtu...kadang tanah kubur masih merah dah kawin lain...yang tu takpelah jugak...ada yang isteri tgh sakit diorang bercengkerama dengan isteri baru...lagi geram...

Mak Su said...

kasihan kat si isteri. malang sungguh kerana payudara itu, terlalu dianggap sebagai objek seks... barangkali ??

:(

Mama Rock said...

kak anie, memang sedih kalau jadi macam tu...selfish sungguh husband dia. tak terfikir ke dia if he is diagnosed with prostate cancer, you think the wife will leave him?

ps - a frone dof mine was also diagnosed with breast cancer recently. has good support from hubby and she is one strong woman. kalau nak baca cerita nya : www.breastcancernott.blogspot.com

kad0k. said...

abis kak cerita tu end up dia camne? kesian pempuan tu.

MOKCIK AZWA said...

Kak anie,

Suami yang semacam ini sepatutnya kena tembak dengan M16 sahaja..geram betull mokcik mentaliti semacam ini. Semoga siisteri dikurniakan syurga kerana taat pada perintah suami walaupun terpaksa dibayar dengan nyawa.

Kisah kawan mokcik pulak, dia sendiri yang enggan nak buang...kanser daripada sekecil biji kacang sehingga meragut nyawa semata2 tidak mahu kehilangan payudaranya...

AuntieYan said...

Salam Anie,

Itu satu hal, Mak sedara sepupu Kak Yan (dah arwah)lagi sedih, saat dia menderita sakit kanser payudara, suami dia boleh bawak bini baru melawat dia kat spital, sambil bawa mangkok tingkat berisi nasi beriani...apa lagi, nasi beriani tu bertaburan di lantai spital!!!!!...yang heran tu, bini baru tu boleh tak de perasan pi tayang muka kat madu yg. sedang sakit....

Nukilan ida said...

salam kak anie..saya pun pernah mengalami keadaan ini,tapi keadaan yg saya alami si suami taknak si isteri dok hospital untuk terima rawatan untuk payudaranya yg bernanah sebab bengkak susu yang telah tidak dirawat...
Kalau yang kanser belum lagi la..
Actually breast cancer is the first most common cancer in selangor.. as early as 26 years old..Dan most of the cases come to seek treatment dalam keadaan StageiV, yang dah berebak..we call it 'metastasis'..some of the doctors at hospital express to me their kekecewaan sebab most of the patient yg didetect early akan ckp pd doktor nak seek alternatif treatment.. to me dalam bab2 ini esp breast cancer modern medicine mmg terbukti dapat actually 'cure' a person with early stage of breast cancer...

When anybody receive any bad news they akan go through 5 stages of grief :

The stages Kubler-Ross identified are:
* Denial (this isn't happening to me!)
* Anger (why is this happening to me?)
* Bargaining (I promise I'll be a better person if...)
* Depression (I don't care anymore)
* Acceptance (I'm ready for whatever comes)

Mungkin si suami yg buat keputusan pada peringkat awal itu masih dalam keadaan 'Denial' dan belum sampai ke peringkat 'Acceptance'..

Itulah perbezaan orang dulu2 dgn sekarang i rasalah... sometimes when a patient leave the decision making in this matter to doctor its quite easy for us.. tapi masa i keje dulu ada jugak patient yang cakap 'kalau doktor cakap kene buat saya ikut saja cakap doktor...'

Suami yang berbuat begitu pada pendapat saya adalah seorang yg mementingkan diri sendiri.. and for sure si isteri akan meninggal lebih cepat apabila dah merebak kanser itu.. (mungkin si isteri terpaksa menerima takdir hidupnya begitu)

Yang penting untuk breast cancer is early detection.. tapi kalau dah detect early and tak nak terima rawatan nya pun apa gunanya..

Ada macam2 protesis yang boleh digunakan untuk mereka yg dah menjalani mastectomy.. sometimes tak nampak pun macam dah takder breast.. tapi real-life dengan suami semestinya dia akan perasan.. tapi its up to suami nak isterinya hidup tanpa breast atau meninggal dengan breast...

(sori mengomel panjang sgt)

Abang Long said...

Komen Neeza - macam mana agaknya kalau sisuami tu didiagnose mempunya kanser prostat dan terpaksa buang 'anunya',

Rasa nak tergelak pun ada, tapi HAKIKATNYA ?

Yang penting ialah perasaan KASIH SAYANG, PERSEFAHAMAN dan BERTANGGUNGJAWAB.

Sya said...

Benaunya bukan tak nak bagi buat pembedahan.. tapi sbb sayangkan duitnya nanti dah bedah pun lom tentu boleh sihat.. ataupun dia memang nak bini dia mati cepat..

Mulan said...

sayang duit atau tak sayang bini..?

Nong said...

Kasih sejati ke akhir hayat, bukan masa sihat saje loving2 ye...

aNIe said...

Maksu...kadang2 lelaki pandang ianya dari lain sudut...memang malang...tapi semua dah suratan

-------------------------

Mamarock...akak memang kagum dengan mereka yang begitu tabah menghadapi apa jua penyakit kronik...kita kene belajar untuk pasrah & redha kan?

--------------------------

kadok...memang wanita itu tak dpt diselamatkan...kesian sungguh

--------------------------

Kak Yan...kesian sungguh dengan isterinya tu...sampai hati diperlakukan oleh suaminya sendiri mcm tu...kalau ye pun nak kawin...sabar lah sikit..pompuan tu pun jenis tak malu sunggu

--------------------------

Ida...terima kasih kerana komen yang panjang dan banyak informasi...akak suka...

Thanks....

--------------------------

Abg Long...betul tu...yang penting dlm rumahtangga...kasih sayang...persefahaman dan tanggungjawab...yg kadang2 susah nak jumpa ketiga2nya dalam setiap manusia

--------------------------

sya...ntahlah...itu mesti suami yang tak berpelajaran tu...dlm kepala dia ingat lain je...bukan keselamatan isteri

--------------------------

Mulan...dua2 kot...hehehe

--------------------------

Kak Nong...betul tu...suka tengok kak nong ngan cik abang tu...nampak mcm loving couple...

Unknown said...

Kak Anie ku yang cun,
Lepas baca entri ni, opah cari anney. Opah cakap kat dia, kalau apa-apa jadi kat body opah, dia tak ada hak untuk buat keputusan! Terkejut member tapi opah explain la, napa opah cakap macam gitu. Opah kata, kalau dia suruh pilih nak potong buah dada atau hidup tanpa dia, opah rela potong buah dada demi kesihatan sendiri daripada hidup dengan orang yang narrowminded gitu. Sabar aje aku. Kita yang sakit, pasal apa dia yang pandai-pandai buat keputusan? Tak adil satu, budus satu.

CuTeMiUt78 said...

emmm betul tu kan kak.. ish kesian isteri yg terpaksa menanggung penderitaan tu...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails