Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, January 12, 2009

Kejam Tak Kejam...

Farhan selalu cakap...


'Ibu ni kejam tau...'


... itulah yang selalu dia cakap bila aku mengenakan dia. Memang aku suka menyakat dia. Aku bukan menyakat dia aje...aku suka menyakat semua anak2ku.


Dulu masa Fareez kecik2...aku selalu kenakan dia...


Aku memang tak galakkan anak2 kalau pergi shopping suka meminta-minta. Sejak dari dulu lagi. Anak aku yang jarang meminta2 bila dibawa jenjalan ialah Munir & Farhan. Kalau Ude...dia akan minta selagi tak dapat...dia boleh duduk mencangkung di tepi jalan kalau nakkan sesuatu. Tapi aku tak ikutkan kehendak dia...aku akan heret dia atau dukung dia. Begitu juga dengan Fareez....aku tak biasakan dia meminta2. Jadi kalau Fareez berkenan dengan sesuatu dia akan tanya aku...


'Ibu...yang ni berapa harga..?'


'Mana?'


'Ni...' sambil menunjukkan barang yang dia berkenan...


'Mahallah...ibu tak bawak duit byk...'


'Berapa?'


'Seratus ringgit....'



'Yang ni...' tunjuk benda lain pulak...selepas pilihan pertama dia tak diluluskan...



'Tu..hmmmm....tu lagik mahal...seratus lebih...'



'Kalau yang ni....' mengambil mainan yang lebih kecil sambil menunjukkan pada aku...



'Yang tu...80 hengget'


'Alah...semua mahal2...' rungutnya sambil meletakkan barang itu semula.



Bila dia dah pandai tgk harga aku dah tak boleh nak kelentong dia lagi...dia dah pandai.


Satu hari masa aku pi bershopping dengan dia....


'Ibu...aeez nak beli ni...'


'Apa tu...'


'Mainan....'


'Nak buat apa beli mainan...beli benda lain kan lagi baik...'


'Alah...aeez nak beli ni...'


'Tak mau le...nanti beli mahal2...balik main sekejap... dah terkopak...'


'Boleh le ibu...' merengek2 merayu....


'Mahal lah...ibu takde duit...'


'Alah...aeez ada duit...nanti aeez tambah duit aeez...'


'Yelah...yelah....duit aeez berapa...?'


'Ni....' sambil mengeluarkan duit RM 1 dalam poket dia...


'Yelah yelah....Jom pi bayar....'



Semasa kat kaunter pembayaran...


'RM11.00 kak...'


'Okay....' lalu aku menghulurkan duit note RM10.00... dan terus menoleh kat aeez...


'Mana duit aeez tadi...kata nak tambah...bak meh sini seringgit...'


Fareez terus menghulurkan aku duit RM1 dia...


Aku ambil dari tangannya dan menghulurkan duit itu pada budak dikaunter yang tersenyum2 melihat aku mengambil duit dari Fareez....


'Dia kata tadi nak bagi RM1...kene ambillah dari dia...biar dia tau...kalau nak sesuatu kena bayar...jangan pandai nak minta2 aje...' pandailah aku buat alasan...


Tapi memang betul kan...jangan nanti dia tau minta aje...bila sesuatu tu kena beli...dia kenalah menyimpan duit sendiri.


Bila aku menceritakan kisah tu pada Farhan dan Ude...mereka kata ...


'Ibu ni ...kejam tau...'


Kejam ke aku....?? Hehehehe...Tak kan?


Kelmarin aku dan Farhan sedang makan sup ketam yang tak habis dimakan sehari sebelum tu. . Ada dua ekor ketam yang tinggal...maka aku bagi sorang seekor dengan dia.

Aku ambil ketap yang ada sepitnya...dan bagi Farhan ketam yang takde sepit...

'Aiii....ibu...ketam Farhan takde sepit pun...'

'Takpe...bebudak tak pandai makan sepit...'

'Alah tak baik ibu tau....semalam Farhan baru belajar makan sepit ketam dengan kakak...'

'Kalau camtu...len kali ibu beli ketam boleh praktis lagik....hehehehe...' sambil aku menggigit sepit ketam aku...

'Eiii...Ibu ni kejam tau...'

Hahahahah....Itu memang kejam....



...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

36 comments:

Mak Su said...

hahahah, saya pun pernah buat mcam tu (kat kedai), dorang terpaksa lah redha sajork ;p

Unknown said...

hihi, yelah kak anie. Yang kedua tuh mmg kejam..hahaha.

Kak, saya pun nak ikutlah style akak ajar aeez tuh, lenkali nak buat mcm tuh gak kat aqil.

Unknown said...

Kak aNIe cayang...
Mak Su Mas pernah guling-guling kat lantai supermarket sebab OD tak nak belikan dia anak patung. Bertuah punya adik. Buat malu aku aje... he he he... Kami beza umur 17 tahun, Kak aNIe. Sebab tulah orang ingat OD ni mak dia. Sabar ke tidak?

Ummi365 said...

ha ha ha... kak anie. adakah kau kejam?

ummi boleh bayangkan muka aeez bila dia bagi duit kat kak ani? mesti comelkan

shafarina said...

anak daraku kijam juga kerana telah belajar dari ibu dia sendiri

time gi shopping, dia akan letak apa yg dia nak beli masa kat cashier counter... sekail bayar entah gula2 ape entah berderet :p

iina said...

Kak Anie

Tergelak sakan saya baca pasal ketam tu.. siap leh praktis lain kali tuh hehehehe.. wakakakah..

eloklah kak kan ajar awal2 tentang keperluan dengan kehendak.. perkara nie selalu juga saya bincgkan dengan kwn2.. lagik satu kdg2 boleh juga etak harga tertentu.. takat bape inggit jek.. itu pun ok juga kalau agak2 diorg nak beli sesuatu ;)

aNIe said...

Maksu...kene buat camtu...kalau tak diorang suka2 je mintak..

---------------------------

Yus..memang kejam masa tu...siap gigit sepit ketam tu depan dia...tak bagi dia pun...memang kejam...hahahha

--------------------------

OD...hahahah...17 tahun beza? Mesti diorang ingat ibu muda...kalau akak pun geram dibuatnya...mau rasa nak sekeh je masa tu

-------------------------

Ummi...terkebil kebil mata dia...hahahha...buat muka kesian... jahat mak dia ni...

-------------------------

Shafarina ...tu anak akak lom pandai lagik...sebab dia takut kat ayah dia...jadi bila ngan ibu pun dia tak berani...sebab ibu dia kata nanti report kat ayah dia...hehehe

-------------------------

iina...hahahha...tu lah...cakap dia...nanti len kali boleh praktis lagik...dia buat muka muncung...akak makan aje..hahaha..

Akak pun kadang had kan diorang...sekali keluar boleh beli 1 barang je...dan barang tu tak lebih berapa ringgit...tak boleh bagi muka...nanti diorang tak tau nak appreciate duit yang diorang ada...

--------------------------

Neeza Shahril said...

Hahaha.. ibu kejam ke tu? adalah sikit sikit.. hehe..

anak2 neeza tak tahu value duit lagi.. kalau nak apa, mintak aje..
of courselah tak semua benda kami kasi.. selalunya tak kasi pun..

kami memang simpan duit raya diorang dalam bank. 1 sen pun tak bagi diorang belanja..
kalau kami kata takde duit nak beli, diorang kata, ambiklah duit dalam bank tu.. sedap aje diorang ni..

NJ@Goboklama said...

bab-bab beli barang, bebudak sekarang ni mmg pandai buat muka kesian. Tapi rasanya qisst lagi garang kot,muka kesian tak kesian,kalau kata 'No', I meant it. Kesian my Arif,heheh..

MOKCIK AZWA said...

Masa kecik2 memang bleh klentong bebudak nie, tapi bila dah besar cam fareez tu dah tak bleh tipu dah huhuhuhu...anak azwa pun camtu gak...klu azwa tak bagi dia kata nak guna duit sendirik...ayoooo

part makan sepit ketam tu hehehe..akak suka makan sepit ketam ek...

Anonymous said...

salam kak anie :)

yang part makan ketam tu mmg kejam hehehe sib baik farhan tak ngidam masa tu, klu idak lagi kejaaaaam.

camne ekk muka fareez masa akak amik duit singgit dia?

Zareda Norman said...

kak ani

nasib baik ketam tu tak menyepit lagi dah.. hahhahaha

Memang anak anak ni kita kena ajar dia, nak sesuatu kena usaha dapatkan.. zar pun sekarang kalau Zulaika minta benda mahai mahai, zar amik dari duit dia jer.. biar dia tahu..

RaFFLeSiA MeRaH said...

hehehehe...yg pasti dlm dunia ni takder sorg ibu pun yg kejam...kan kak....

Masy said...

sy x reti mkn ketam. smpikan bos sy siap ajar camne nk kopakkan ketam. ahahahahh

apa salahnye mengajau kan. sy dulu pon x reti nk mintak2 sbb da tau klu mintak x dpt dee hahaha. tp yg peliknya arwah abah slalu ckp kat kawan2 dia..

"dia ni manja anak bongsu pompuan sorang lak tu. ape nak sume dpt"

sy slalu tpikir mende ape laaa yg sy mintak sume dpt tu. hahahahah

cikceriacorner said...

ehheeh..akak..bdk2 ni kelakola..ibu x kejam...ibu baik...

MiSyaJanah said...

hahahhaha....kak anie buat sy terinagt mkn ketam laaa....my fav!!! hihihi.....

Intan said...

Intan pun sama mcm Kak Anie bila bab membeli. Biarlah org kata kedekut ke hapa... Budak2 ni mmg dah faham sgt tapi diaorg still sentiasa akan mintak ibu dia belikan, mana tahu mood ibu baik harus lah dpt.. hahaha

Bab makan ketam tu mmg kejam. Hehehe..

;)

Queen Of The House said...

Kak Anie, I kadang-kadang tolak duit belanja sekolah diorang kalau nak sangat beli apa-apa. Hahaha, biar tahu tak boleh dapat free. Tapi tak lah kejam sangat, tolak pun RM1 aje sehari (ada lagi RM4) dan sometimes tak tolak sampai habis pun. Dua tiga hari aje .... acah-acah je.

aNIe said...

Neeza...anak2 ni kalau tau duit diorang ada pada kita memang asal nak beli barang aje kalau tak dibenarkan terus cakap...tolak duit dia tu...hehehehe

Cik abang memang ajarkan anak2...kalau diorang nak barang jgn main bagi aje...kene ajar diorang bukan senang nakkan sesuatu

-------------------------

Goboklama...akak dgn anak2 yang lain tu senang sikit diorang takut kat ayah diorang...tapi kalau dgn sikecik ni...lemah sikit akak ni...lagi pun ayah dia jauh...jadi dia kurang takut sikit...tu yang jadi kejam sket ngan dia...


-------------------------

Azwa...yang suka cakap camtu Farhan...dia kalau nak beli apa pun akan guna duit dia kalau tak dibenarkan. Sampai kadang akak cakap...bukan masalah ibu takde duit nak belikan dia...tapi masalahnya sekarang ibu takmo dia beli benda tu...

Akak memang suka sepit ketam...rasa seronok bila dpt keluarkan isi yg didalam

-------------------------

Ayu...hahaha...memang pasal sepit ketam tu akak kejam betul...hahaha seb baik dia tak mengidam... :P

--------------------------

Zar..memang bebudak tu kita kene ajar diorang yang untuk mendapatkan sesuatu tu bukan mudah...

Kalau sepit tu menyepit...akak le yang kene sepit dulu...hahaha

--------------------------

Rafflesia...kejam sebab suka menyakat...hehehe

-------------------------

Masy...itu jugak yang selalu cik abang cakapkan pada Ude...'anak pompuan sorang...apa nak dapat aje...' sampai ude cakap...aper ler yang ude mintak dapat aje pun ude tak tau...

-------------------------

ez...anak akak ni memang suka cakap akak kejam sebab akak suka sangat menyakat diorang

--------------------------

Misya...ketam ni feveret Ude...akak suka makan kalau isi dia banyak...kalau sikit rasa malas nak makan ...leceh....

-------------------------

Intan...tulah...biar diorang kata kita kedekut pun takpe...asalkan diorang tau...nak dapatkan sesuatu tu kenelah usaha...dan bukannya senang...cakap aje dapat...

Hahaha....memang aku kejam...huhuhu

---------------------------

CuTeMiUt78 said...

heh..heh..heh.. nak tergelak pun ada bila baca n3 akak ni.. tapi betul la kan kak.. dari kecik ler kita nak kena ajar diaorang supaya tak meminta2... cam mirul pun.. sekarang ni kita dah ajar dia tak minta2 klu g mana2... alhamdulilah dia dgr kata..

^ez^ said...

hehehe....saya setuju cara akak yg pertama tu.mmg anak2 patut diajar jgn hanya pandai meminta.. nnt da terbiasa payah..

err...yg kedua tu a bit kejam gakla.heheheheheheee..nak wat camno..maknye naughty.hehehe..

Mama Rock said...

he he he, semua sepit ketam memang mama yang kana habiskan kalau kat rumah, sebab semuanya malas nak gigit :) yummy!

dlt said...

kejam skali skala seronok apa? hehe.... saya memang tak reti makan sepit ketam tapi suka makan ketam.

ida napi said...

hehehe..kejam mang kejam..sesekali nyakat dorang mang best..tapi bila kena balik kat kita..adeeii..sabarjerlah kan..

Yuswani Effendy bin Yusof said...

salam...

itu namanya kejam beradab...kakakkakaaa

saya pon biasa wak camtu kat anak2...tambah2 kalu bab mainan...sakit hati jer kalu beli mahal2..tak sampai kat umah lagi menan tu dah leburrrrrrrrrrrrrr.....feninggg2222

ina said...

salam kak anie...

kak anie ni memang kelakar ....hehehe
saya kan kak...belum sampai hati nak buat mcm tu la...tak tau ek esok2..hehehe...
pernah suatu hari anak saya bawak duit dia masa pegi sama2 ke pasaraya..pastu dia nak bayar sendiri brg dia...hati saya terus terasa sayu....saya bagi balik duit dia...

yani_worldpeace said...

hahaha, kak anie betul tu apa kak anie buat...tak boleh diikutkan sangat cakap budak2 ni, kang die naik tocang...

Kaktiny said...

bagus le cara akak ajar anak.. leh jadikkan panduan.. (nak beli barang... kumpul duit sendirik.. best best.. hihihi)

pB said...

salam


dah boleh nampak dah muka Aez bila dia sebut dialog

'ibu kejam'

Sastri said...

ok la tu kak... kejam-kejam sayang namanya... keskeskes...

aNIe said...

Queen...memang kadang tak sampai hati...janji mereka tau yang kita tolak jugak...hehehe...

-----------------------------


Cutemiut...cik abang akak memang tak suka anak2 klu pandai merengek2 nakkan barang kalau pi shopping...diorang mmg tak berani ngan ayah...tapi ngan ibu adalah mintak sekali sekala...tapi memang diorang dah tau berapa harga yang dibolehkan untuk mereka....

----------------------------

ez...kalau anak2 dah terbiasa memang payah...anak2 ni pandai...dia cepat belajar apa kelemahan kita...dan dia akan gunakan bila perlu...

Yang kedua tu memang kejam...
hahahaha...mak dia ni memang camtu...

---------------------------

Mamarock...sepit ketam tu isi dia manis dan proses untuk mengeluarkan isi ketam tu yang membuat kita teruja...

Kat umah ni...paling minat ketam ialah Ude...selalu suruh akak beli bila ayah dia takde..sbb ayah dia takleh makan ketam

----------------------------

dlt...heheheh...kejam2 sayang tu...

Sepit ketam sedap sebab airnya yg manis...

----------------------------

idahani...anak2 belajar dari kita...kalau kita buat nanti diorang buat kat orang lain...heheheh....

----------------------------

Yustiey...memang pun...kadang mainan2 ni mahal2...tapi tak tahan...diorang pulak bukan pandai main dengan baik...nanti dilempar2kan...yang leburrrrrr duit kita judak kan tiey kan?

----------------------------

ina...kalau anak akak offer nak bayar...akak jadi kesian jugak...tapi yang tak kesian ni bila kita tak bagi dia beli...dia nak beli jugak...geram tau...

Hehehe...akak ni memang suka menyakat anak2...menyakat kejam... :P

------------------------

Yani...kalau dah naik tocang...dah takde ubat lagik dah...

------------------------

Kak Tiny...kalau benda yang diorang nak sgt tapi bagi kita takde faedahnya memang diorang kenelah simpan duit untuk memilikinya...

-----------------------

PB...hehehe...dia kalau cakap camtu...dengan jelingan mata dia sekali...pastu mula lah muncung panjang..

-----------------------

sas...orang selalu cakap..."saper tak sayang anak oiiii..."

13may said...

kejam takpa...jgn dera dah laa...hehhe hehhe

maklang said...

kami pun cam tu..kalau nak barang mahal..kompol jangan tak kompol duit tu...biar dia tahu susah senang kak...

Madam Shah said...

BAgus kak Anie didik anak mcm tu.. nanti bila baby dlm perut nana ni dh besar..Nana pun nak ajar mcm tu jugak, kalau nak pape, kena simpan duit sendiri, jgn tau minta je.
hehehe

Irfa said...

salam kak anie..
adui.kelakarlah akak ni dan mmg kijam,hehe

Intanaziela said...

hahahah kejam farhan kata? wakakkaka

tapi anak2 tak boleh diajar nak apa semua dapat kan, kak anie? intan pun nak ikut cam akak lepas ni..

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails