Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, January 11, 2011

Menghitung Hari...



11-1-11... tarikh yang begitu cantik...

Dan pada hari ini juga... aku bertekad...aku tak mau melayan apa2 jua perasaan yang boleh membuat aku berduka...

Apa yang terjadi itu sudah terjadi... dan biarkanlah ia berlalu...

Aku hanya akan ingat apa yang mereka lakukan... tapi aku tak mau lagi menangis untuk perkara yang tidak aku lakukan...

Aku hanya ingin menangis bila mengadap ALLAH Rabul Jalil untuk memohon keampunan atas segala dosa-dosa yang telah ku lakukan... dan juga hanya DIA tempat aku memohon perlindungan dan pertolongan...

Hari ini...hati sudah semakin ceria...

Aku sudah mampu ketawa ... mentertawakan sikap2 mereka yang aku anggap 'bodoh' kerana mempercayai benda2 yang tidak masuk dek akal...

Hari ini aku sudah tidak lagi bermenung...

Hidup mesti diteruskan...

Sekarang aku sedang membilang hari...

Hari aku akan bergelar 'mertua'

Semakin hari ia semakin dekat... tinggal kurang dari 2 minggu lagi anak sulong ku akan diijabkabulkan... dan sahlah aku bergelar 'ibu mertua'

Segala persiapan untuk ke sana sudah siap... cuma baju untuk ke majlis saja yang tak ada lagik.  Tapi baju untuk aku senang dicari... bisa diatur... kat kedai2 dan shopping terdapat banyak baju siap yang memang tak sukar untuk mencari saiz badanku...

Kad-kad jemputan baru sahaja diedarkan hari ini.

Persiapan untuk majlis di pihak ku masih banyak lagi perkara yang harus dilakukan...

Semoga segalanya berjalan lancar... dan dipermudahkan...




...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

29 comments:

maklang said...

Selamat menjadi mertua Kak...
Moga akak tabah atas apa2 yg berlaku( apa ek?)insyaallah apa yg berlaku samada baik atau buruk pasti Ada hikmahNya insyaallah

Anonymous said...

dosa yang macamana tu kak?

Unknown said...

kak..2 minggu lg ke kak?

Acik Erna said...

alhamdulillah..teruskan hidup...ceria selalu..
selamat menjadi ibu mertua yang baik dan disayangi menantu..

cikceriacorner said...

moga segala urusan dipermudahkan akak..:)

Yunus Badawi said...

Lupakanlah yg dah berlalu dan lihatlah ke hadapan. Betul - hidup perlu diteruskan.

Semoga semuanya persiapan utk menerima menantu berjalan lancar.

ChentaHati said...

wah kakAnie... congrats!!! dah naik pangkat lagi jadik mak mentua aka mak mer [sy selalu sebut]. nt tepk gmbr kenduri byk2 ya...

sharifah rosidah said...

Wah munir dah nak kahwin ye, anak shidah bila entahlah, maklumlah pilihannya menyusahkan hati shidah dan abahnya.

Alina... said...

hehhehe selamat menjadi mertua muda huhu...kad kita mana..???

Kaktiny said...

YES!.. that's the spirit that we want!!... hihihi..

go akak go.. better think of something more valuable and priceless rather than some bullshitness matter created by uncivilization human being like 'them' all..

nanti, jadi mertua yg sgt unggul ya.. yg baik dan menerima menantu sbg anak sendiri.. (jgn jd mcm 'mertua'2 yg tak best yg mcm mertua KASSIM SELAMAT.. kehkehkeh..)

semangat dan terus ceria ya kak!..
hihihi..

Kak Anie said...

Maklang... insyaallah...semoga segala yang berlaku ada hikmahnya...
Terima kasih Maklang... tak lama lagi jadi mertua... tak lama lagik jadi nenek...hehehe

----------------

Anon... kita sebagai manusia memang banyak melakukan dosa... samada sedar atau tidak... dan setiap kali solat hendaklah kita bermohon agar dosa2 kita diampunkan... tak kiralah dosa yang bagaimana.. kerana sekecil2 dosa pun tetap dosa juga...

-----------------

Yus...aha... dua minggu lagi jadi mertua... 2 minggu lagik rumah akak...huhuhu...seram... dan tak sabar rasanya...

Kak Anie said...

Kak... terima kasih kak... hehehe... tak sabar nak jadi mertua ni... first time nak rasa ada menantu...hahaha

-----------------

cikceria... ameen...

-----------------

YB...terima kasih... kita tak boleh hanya berduka memikirkan apa yang berlaku... kalau kita asyik bersikap begitu sampai bila pun kita takkan berjaya memperbaiki diri kita....

Semoga segala doa dikabulkan ALLAH...ameen...

-------------------

CH...insyaallah... nanti akak tepek gambar kahwin bebanyak eh... ada FB tak? Meh add akak boleh share gambar...

Kak Anie said...

Sharifah rosidah... hehehe...anak2 biasalah kalau bukan mereka yang menyusahkan hati kita siapa lagik...hehehe... kita doakan aje yang terbaik untuk mereka...

Kata nak add anie kat FB... takde pun...

---------------------

Alina... awak nanti kita pi jemput kat rumah awak lah...sibuk nak kad...hehehe

---------------------

Tiny... kata2 yang Tiny berikan pada akak begitu akak hargai...terima kasih banyak2 kerana berada bersama akak ketika akak memerlukan kawan2...

Takmolah jadi macam mak si sabariah tu... ya ampunnn!! Bak Kassim Selamat... 'Kenapakah kau dicipta menjadi manusia... kan lebih baik kamu menjadi hewan'... Takmo macam tu.. kita nak jadi mertua yang baik dan tempat anak menantu mengadu dan berkongsi masalah...

Anonymous said...

salam kak

moga2 segalanya berjalan dengan
lancar... jaga diri bebaik... kena
sihat sepanjang majlis tu... (^_^)

ainnoraini said...

kak anie nak dpt menantu...semoga majlis berjln dengan lancar...

jadi mertua yg baik dan disayangi menantu...

Zaitun said...

Jaga kesihatan lagi 2 minggu nak jadi orang penting.

Jadilah mertua yang baik dan penyayang.

MOKCIK AZWA said...

Kak anie,

yess..that's the spirit kak anie! lagipun tak lama lagi nak naik pangkat jadi MIL..kena la ceria2..jauh nun jemputan nak gi sarawak tu..apa2pun wish everything will be successful and as planned insyaAllah..

asnah58 said...

selamat menjadi mentua dah semuga yang datur berjalan dengan lancar amin

Zareda Norman said...

kak ani

lupakan yg sedih sedih.. move on....

Led said...

insya Allah segalanya akan selamat, Kak Ani

lady lavender said...

yeayy..k.ani dah kembali hepi :-) Life must go on! semoga persiapan berjln sempurna.

oren said...

selamat menjadi ibu mertua..

another status baru..

n jgn sedih2 lagi dah..

Sya said...

Cakap ngan Munir honeymoon lelama sikit, aku tak nak jadi nenek sedara cecepat

RashAtie said...

yeay!! camtu lah kak..no sedey2 lagi...byk keje nak buat tuu..lagi 2 minggu je lagik....

no mood sedey2 biar hepi2 sokmo...nnti jgn terkejut kalau gmbr mertua lagi meletup dr gmbr pengantin.....

x0x0...love you...muaaaahhhhcckkk!!

en_me said...

salamm ziarahh akak lady ittewww.. ehehe

Kak Anie said...

Manje...terima kasih...memang terpaksa gagahkan diri hingga pada hari majlis tersebut

--------------------

ainnoraini...terima kasih...insyaallah...akan jadi yang terbaik...

-------------------

Kak Zai...terima kasih kak... Insyaallah... saya akan menjadi yang terbaik

------------------

aNIe said...

Mokcik...tulah pasal... nak naik pangkat...hehehe...pandai aje dia

-----------------

Izan..terharu sangat dengan kata-kata semangat you... Yup..!! We Librans... are always 'Happy Go Lucky'

Thanks again...

----------------

asnah...terima kasih juga dari saya... Semoga apa yang didoakan termakbul

----------------

Zar...yelah...have to move on... nanti dok pikir je...dahi pun berkedut...

aNIe said...

Led...terima kasih...ameen...

------------------

Lady Lavender...malas nak pikir2 perkara yang boleh buat kita berfikiran negatif..Terima kasih ye

-----------------

Oren...terima kasih...akak nak jemput oren ...tapi no. tepon dah ilang...huhuhu

----------------

Sya...kau... nak muda aje eh...hahahha

---------------

Atie...hahahah...tak tahan ayat meletop tu...

Love you too...thanks atie...Muahhh!!

----------------

en_me...terima kasih kerana masih ingat ngan akak...

Mak Su said...

kak, good luck, insyallah, semua berjalan lancar, jgn sedih2 ya , senyum skit :)

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails